Tuesday, October 19, 2010

Kachak dan Terlebih Kachak

Salam Alaik...

Malaysia memang terkenal dengan Pekan Sehari atau Tamu atau Pekan Sari atau Pekan Rabu dan sebagainya... Sejenis karnival menjual segala barangan tak kira barang dapur sehinggalah jersi pasukan bola sepak terkenal antarabangsa, seperti Man United, Chelsea, Kedah, Kelantan, Selangor, Pahang dan tak lupa Liverpool Blackpool...

Kalau pergi pasar tue, atau kat tempat aku diorang panggil Pekan Sari, mesti kita akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi hensem, atau cun... Maklumlah berhadapan dengan ramai orang, seminggu sekali je... Masa tue la nak keluar dengan bini, anak-anak, keluarga, kengkawan, gheghodong, sesaing dsb...

Sebelum gi pekan sari, wajib dah sikat rambut kasi kemas, letak gel rambut berkilo, paling kurang letak air, usap-usap sket bagi kemas... Dah pakai baju paling semat, ambik perfume pulak, pelbagai jenama, Body Shop, Patrick Starfish, George Santayana etc... Asalkan bau menusuk kalbu dan hidung jadilah...

Gerak gi pekan sari wajib hensem, bawak kereta berkilat, pakai ray ban RM10 beli kat Karnival Raya dulu, pakai kasut Converse All Star kaler kuning, dan jeans jenama Levi's beli kat Uptown Ipoh tambah T-Shirt Paul Smith yang glamer kini kat Malaysia... Masuk pekan sari, semua duk pandang... Hensem, kan? haha...

Bila dah lama sangat kat pekan sari, bau badan berpeluh dah kaver habis dah perfume Body Shop, rambut dah lunyai, baju pun dah bau ikan... Masa tue dah tak selesa dah... Mula terfikir nak balik umah... hehe... Orang pun dah tak pandang sangat pun... Kalau pandang pun, sambil tutup hidung... haha...

Sampai kat umah, family tengok pun naik kesian... Keluar rumah punya la hensem, kacak, cun... Balik umah terus kena kutuk...

"Kenapa keluar tadi hensem, sekarang dah huduh?" soal bapak dengan nada sinis kepada anaknya yang baru balik dari pekan sari...

"Ala, biasa la.. Pergi mesti hensem, balik habis la hensem," jawab anaknya sempoi...

"Nak tau tak macam mana nak pergi pasar hensem, dan balik pasar lagi hensem?" soal ayahnya sambil membelek Utusan Malaysia yang dicampak oleh jiran mereka setelah loya dengan berita semasa...

"Boleh jugak kalau ayah nak kongsi... hehe..." Gelak si anak sinis...

Lantas ayahnya pandang ke anaknya, dan berkata: "buatlah amal sebaiknya... Jadilah ahli syurga..."

"????" Anaknya buat muka blur...

Ayahnya menyambung:
Dari Anas R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
[Di syurga ada sebuah pasar yang setiap ahli syurga pergi pada setiap hari Jumaat. Satu bayu daripada Utara akan meniupkan wangian dan sepertinya kepada muka dan baju, menaikkan elegan dan kecantikan; dan mereka akan pulang bertemu keluarga mereka, dengan kecantikan dan tarikan yang semakin bertambah. Ahli keluarga mereka akan berkata kepada mereka: "Kau semakin hensem dan semakin elegan." Dan mereka membalas, "demi Allah, kamu semua juga semakin hensem dan cantik semasa pemergian kami (ke pasar itu)"]

H.R Muslim
Dipetik dari Riyadh As-Saliheen Hadis No. 1889

Hehe.. Sapa taknak jadi semakin hensem dan semakin cantik setiap minggu? Cuma bagaimana usaha kita untuk cantik tue jer yang berbeda...

Bak kata ntah sapa ntah:
"Semua orang mahu ke syurga, cuma sesetengah mereka yang tidak mahu berusaha ke arah itu."

p/s: Sebenarnya aku nak test buat strikeout jer, macam nie --> strikeout, tapi takkan nak wat entri yang tidak ada apa-apa yang bermanfaat? hehe...

"Berilah peringatan, kerana (peringatan) itu memberi manfaat kepada orang beriman" [QS 51:55]

-Gambar Hiasan-