Sunday, October 10, 2010

Salam 1Malaysia

Salam Alaik...

Alhamdulillah, selesai sudah majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri yang berlansung di Suraksha House, Ananth Nagar... Majlis rumah terbuka ini dianjurkan oleh Malaysian Club House (i.e: Ahli rumah Raya dan Rumah Suraksha) dan rakan-rakan seangkatan Manipal...

Perjalanan majlis rumah terbuka ini sememangnya tidak akan berjaya tanpa sokongan-sokongan manusia-manusia yang sanggup menyinsing lengan, memakai apron dan berjaga siang malam untuk memastikan makanan yang akan dijamu dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan...

Makanan yang dimasak merangkumi pelbagai jenis hidangan Malaysia, dan serius, rumah terbuka kali ini, persis Malaysian Food Festival yang sering dianjurkan di Manipal... Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada yang membantu... Antara makanan yang dimasak termasuk:-

  1. Sate dan kuah kacang
  2. Roti Jala dan kari daging, ayam dan sayur
  3. Nasi Himpit dan kuah kacang serta lodeh (???)
  4. dan sebagainya...

Dan antara yang turut membantu menyediakan segala juadah termasuk:-

  1. McD - Chef Jemputan Kuah Kacang
  2. Munira dan Mirae - Chef Jemputan Roti Jala
  3. Safiah dan rakan-rakan - Chef Jemputan Nasi Himpit
  4. Dan ramai lagi termasuk Bella n Co., Tasnim n Co., Kecipak n Co. Dayah n Co., Zaid n Co., Sundaraa n Co., etc dalam menyediakan bahan dan kelengkapan

Terima kasih kepada penganjur, dan Chief of Chef, Ediamin Suhaimi dan dibantu oleh Asst Chef AMierul Izwan serta segala rakan-rakan yang terlibat dalam membeli barang, memotong bawang (khasnya yang potong bawang putih), menggoreng kacang, mencucuk sate, membasuh ayam, membuat air, membakar dan memakan sate dan Abalon, dan banyak lagi...

Jasa kalian hanya Tuhan yang balas...

Dan tidak terlupa, setinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis ini... Daripada batch 23 sampai ke 27.. Anda semua memang sporting di sebalik kepenatan menguruskan Liqa' Mahabbah, Chinese dan Indian Orientation... Tidak lupa yang sanggup meredah sejauh 65 km daripada Mangalore, untuk menjamah sate, terima kasih jugak diucapkan... Tanpa tetamu, majlis ini serius tidak ada apa-apa... Dan kehadiran daripada pelbagai bangsa dan agama jelas menunjukkan perpaduan masih utuh dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengenal batch dsb... Salam perpaduan, salam 1Malaysia

Dah la tue... Cukup la yerk... Penat dah menulis... Nak berehat pulak.. haha...

Jazakumullah khair katsira,

Terima kasih banyak-banyak,

Semoga Tuhan memberikan kebaikan kepada anda semua...

Pisang emas di bawa belayar,

masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh ku bayar,

Hutang Budi di bawa mati..

Lautan luas berani ku redah,

Inikan pula dataran tiga;

Hancur badan dikandung tanah,

Budi baik dikenang juga.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh hamba menumpang mandi;

kalau ada umur yang panjang,

boleh kita berjumpa lagi.


Pantun menjadi budaya kita

Satu Malaysia Tema kita

Sekian,

Bagi pihak penganjur..

Salam 1Malaysia!!!!