Wednesday, November 11, 2009

Tok, Nak Air Satu

Salam Alaik...

Aku dulu kat Malaya memang selalu turun pasar malam/pekan sari kat bandaraya Jerantut... Memang sangat meriah... Pelbagai kaum wujud, tak kira Melayu, India ataupun Cina... Malah, orang Asli pun turun bersama memeriahkan pasar tue...

Kalau dah kata pasar, memang sangat bising la... Tak boleh tak bising... Dengan orang tawar menawar sampai la Mat Rempit jalan-jalan usha awek... Semua bising... Campur bunyi generator lagi masyuk... Ceis...

Tapi yang paling mendapat tempat selain kedai jual jersi Golok dan kedai Ayam Goreng, ialah kedai ubat herba... Ramai la datang dari seluruh Pahang, dan kadang-kadang ada jugak sesat dari Kelantan atau Kedah mempromosi ubat-ubat herba mereka... Pakai tiang speaker 3 meter melangit, cakap-cakap macam ahli politik dah, ayat hambur macam penceramah agama... macam-macam...

Tapi yang paling aku pelik dan rasa macam nak gelak ialah bila mana ada satu PakCik yang menjual air jampi... Dia beria-ia kata air jampi tue sangat mujarab dalam membentuk minda anak-anak supaya jadi lebih pandai dan boleh dapat 10A, sangat hebat dalam mengawal anak muda yang liar, boleh elak gangguan Syaitan dsb...

Maka berteriak la PakCik tue kata "Air jampi nie 100% dibacakan ayat al-Quran"... Hehe... Cuma satu aku nak tanya kat PakCik tue (tapi tak tertanya), "PakCik, kalau saya beli air nie, saya minum dengan selawat 40 kali campur dengan Habbatus Sauda', dan saya minum tiap-tiap kali sebelum makan dan sebelum solat, adakah saya akan menjadi pandai tahap Gaban?"...

Mesti sapa-sapa yang baca perenggan kat atas nie akan jawab, "Kalau tak berusaha mana boleh pandai!!!"... Ok... Betul tue, tepat sekali... Kalau minum air jampi ke, air mentera ke, air Habbatus Sauda' ke, makan kismis 45 bijik ke, kalau tak berusaha mana boleh jadi:... Inilah dia sebahagian daripada silap kita dulu-dulu... Asyik bergantung kepada air jampi dan umpama membuat air jampi tue seperti dewa yang boleh membijakkan orang...

Aku tak kata tak boleh minum, cuma kalau sapa-sapa yang beli tue silalah jangan kata, "dengan air nie, boleh la anak aku berjaya"... Tapi aku yakin, pada zaman IT dan kepesatan pelajaran dan keluasan jajahan ilmu ini tidak ada lagi sikap seperti ini... Khurafat + Syirik namanya tue... Nak minum boleh, tapi sandarkan permintaan kita kepada Allah selaras dengan usaha kita...

Lagi satu yang best dalam bab pagar-memagar makhluk halus nie... Bila pagar rosak atau runtuh atau pecah, mulalah masing-masing menikus kata dah takde perlindungan dari kejahatan makluk halus... Ceit... Ape kejadahnya paku tue yang menghalang? Ini semua kuasa Allah... Bila pagar pecah, macam Allah dah takde je nak cover kita... Haduyai... Doa mohon perlindungan sudah cukup... Tak perlu nak perantara seperti paku, batu dsb... Boleh jadi khurafat nie...

Hurm, sebelum aku berundur, aku cuma nak pesan, kalau ada apa yang aku salah, sila betulkan... Aku cuma manusia biasa yang tidak sempurna...

Jazakallah
Wallahu 'Alam

Tuesday, November 10, 2009

Rindu Sama Kamu

Salam Alaik...

Intro: Tahniah kepada Chelsea kerana berjaya menang menentang United semalam... Serius, kekalahan semalam tidaklah merunsingkan aku langsung kerana aku tahu segalanya akan berputar kembali seperti musim-musim sebelum ini... Lihat sajelah nanti...

Ahad baru nie, semasa aku kat Bangalore, kat kedai kamera, aku terpandang sesuatu yang muncul dalam mimpi aku beberapa hari sebelum tue... Aku nampak dia sangat comel... Kulitnya lembut, pergerakannya menawan, dan serius aku rasa macam nak picit-picit je tanda geram...

Kalaulah aku dapat dia, serius, aku akan buat apa yang paling aku suka untuk dia... Mimpi tue jelas meningkatkan nafsu aku kepada dia... Ya, kepada dia yang sudah lama tidak aku jumpa... Geram sungguh... Tak pernah aku rasa segeram ini untuk memegangnya...

Rindu aku dulu sudah terubat ketika di Malaya... Tetapi kini, setelah hampir 3 bulan, dia kembali... Sengaja membuatkan aku terliur dengan lenggoknya... Aku membayangkan kalaulah dia tahu aku sayang dia, tentu dia akan mahu kepada aku...

Tetapi, aku dan dia berbeza... Dia kepunyaan orang lain... Dia ada komitmen lain... Dia jauh berbeza dari aku... Aku hanya mampu memandang dia dari luar sahaja... Tak mampu untuk aku memegangnya dengan tanganku...

Mahu saje aku merompaknya dari genggaman si empunya... Tetapi aku tahu batas aku sebagai Muslim tidak boleh mengambil apa yang bukan hak aku... Biarlah dia bersama tuannya... Biarlah aku menanggung derita melihatnya gembira bersama tuannya... Biarlah aku simpan sahaja nafsu aku kepadanya... Tidak lama mungkin... Hanya paling kurang 10 bulan saje... Kelak di Malaya, akan aku gunakan sepenuhnya kesempatan untuk meluahkan segalanya kepada dia...

Indahnya kau~Rindu aku sama kamu... Alangkah indah kalau aku dapat kamu dan akan aku masak kamu dengan tempoyak dan sedikit cili padi... Wah~ Maaf, gambar dia tak jelas sebab dalam akuarium... Gulai Masam Ikan Patin a.k.a Patin Masak Tempoyak, bilalah lagi aku mahu merasa kamu~

Monday, November 9, 2009

Misi Tercapai

Salam Alaik...

Misi 1: Teman Mun beli kamera DSLR dia...
Komen: Tercapai, nama kameranya Orked...

Misi 2: -daripada Doo, sulit dan persendirian-
Komen: Tiada komen

Misi 3: Beli but untuk Doo
Komen: Nike Merah Hitam

Misi 4: Melepak melepaskan tensi
Komen: Berjaya

Misi 5: Shopping~
Komen: Hehe... Tiada komen~

Friday, November 6, 2009

Aku dan Loghat Pahang

Salam Alaik...

Aku ialah seorang pelajar yang berasal dari Pahang... Mak bapak aku pun orang Pahang... Aku sekolah sampai umo 17 tahun pun kat Pahang... Aku hidup pun penuh dengan orang Pahang... Naik kereta pun aku dengar Pahang fm... Lagu faveret pun Menghilir di Sungai Pahang... Ayah aku orang Lipis, mak aku orang Tembeling... Aku dulu sokong Pahang FC... Kebanyakannya Pahang la aku nie...

Tapi, aku duduk kat Pahang, kat bandar Jerantut... Kat kawasan perumahan... Satu je yang aku tak berapa Pahang... Iaitu loghat dan slanga aku... Aku tak pandai sangat berloghat Pahang... Sikit-sikit tau la aku... Kalau setakat perkataan yang eksklusif di Pahang tue aku tahu maknenye, tapi tak pernah pulak aku cuba mengaplikasikan dalam hidup aku...

Petang-petang lepas SPM dulu, sesalu sangat aku melepak tengok bola Liga Jerantut... Aku selalu duduk kat Grand Stand, tempat orang-orang otai (tua & separuh abad) duduk... Aku selalu dengar mereka berloghat Pahang, dan aku faham... tapi untuk aku cakap amat payah...

Lidah aku cuma mewarisi kelajuan percakapan orang Jerantut tetapi tidak kosa kata dan seninya.. Aku hanya mewarisi seni memerli dengan lembut tapi tajam... Tetapi tidak melalui loghatnya yang unik... Itulah satu yang aku ralat sangat... Tak reti berloghat Pahang... Ramai orang luar Pahang tak sedor yang Pahang nie mempunyai loghat yang unik, banyak dan lembut... Deme tak tahu yang Pahang juga punya loghat... Aku cuba untuk membawa loghat ini... tetapi tidak boleh tanpa orang kedua.. kalau aku nak berloghat Pahang, aku kena berdua...

Jadi, aku berikrar hari ini, aku akan cuba berloghat Pahang dan belajar selok belok seni loghat Pahang apabila aku berkesempatan di Malaysia nanti~

Wednesday, November 4, 2009

Mainan Tido~

Salam Alaik...

Penat aku tido petang tadi... Daripada lepas zohor, berhenti jap masa Asar, pastu sambung balik sampai la mak aku call dari rumah bertanyakan perihal exam tadi...

Dalam masa aku tido tadi, macam-macam mimpi menerjah otak aku... Penat gak cuba untuk recall mimpi tue... Akhirnya berjaya jugak... Tapi yang paling best sekali aku mimpi ada orang tanya aku, "tak rindu gulai masam ikan patin ke?"... Ceit... Saje je nak bagi aku terliur eh... Hampeh punye mimpi...

Mak aku kata, kalau mimpi tentang ikan, tak lama lagi dapat duit banyak... hakhakhak... Elaun aku nak masuk la tue... Cepat-cepat elaun~ Aku mahu simpanan yang mantap... Takde la aku perlu mencatu urusan aku... Hehe...

Banyak lagi mimpi aku... Aku rasa tak payah la nak tulis satu-satu... Bukan menarik pun... Mungkin kepenatan sangat pas exam tadi... Esok plak exam Physio... Wallaweh... Baca tak habis lagi... Pulun la malam nie...

*Amaran oleh aku: Percaya akan mimpi bermakna sesuatu boleh membawa kepada khurafat dan syirik~

Monday, November 2, 2009

Malaysia Oh Tanah Airku

Salam Alaik

Cuma mahu mengutarakan rasa rindu diriku kepada tanah tumpah darah aku... Cuma mahu melihat buminya yang hijau dan makmur... Cuma mahu menyelinap di dalam cahayanya yang panas... Cuma mahu menyelami isi hatinya dengan sepenuhnya... Cuma mahu menghidu khabar beritanya yang panas... Cuma mahu memerhati kontroversi dan politik serta kekalutannya... Cuma mahu memikirkan apa yang salahnya di sana... Cuma mahu menggelengkan kepala tanda tidak setuju tanpa mampu mengubahnya... Cuma mahu diam belajar sebab peperiksaan bermula esok... Cuma mahu lihat hidup di India kini dan mengimbas sesekali keadaan di Malaysia...

Cintaku pada Malaysia tidak pernah pudar... Serius...

Gambar dari Razaklatif.com