Saturday, June 19, 2010

Wednesday, June 16, 2010

Khas Untuk Perokok: Statistic Revealed

Salam Alaik...

Saban tahun kita akan mendengar pelbagai statistik yang dikeluarkan oleh iklan di TV, atau media massa yang lain berkenaan dengan keburukan merokok... Tidak dinafikan bahawa statistik itu sangatlah benar... Cuma konklusi kepada statistik itu tidak menunjukkan fakta yang tepat..
Meh kongsi statistik yang selalu kita dengar~
  1. 90% kanser yang berkaitan lelaki berpunca dan berkait rapat dengan rokok
  2. 30% kematian akibat kanser berpunca dari rokok
  3. sebatang rokok memendekkan hayat 5 minit
  4. Rokok punca 10 jenis penyakit dan 9 jenis kanser
  5. terdapat 4000 bahan kimia dalam rokok, lebih 60 karsinogen
  6. 10000 kematian berasaskan rokok setahun di Malaysia
  7. perokok pasif 2x ganda risiko dari aktif
  8. rokok menyebabkan gangrene
Ada lagi nak tambah?

Memang banyak lagi... Tapi kat sini aku nak letak statistik yang jarang diiklankan...

Semua statistik berdasarkan World Health Organization (WHO) atau WHO Malaysia (2006)...

  1. Sebanyak 4.6 juta perokok di Malaysia
  2. 8% daripadanya remaja (0.4 juta)
  3. Kira-kira 50 remaja mula merokok sehari (setahun = 18 000)
  4. RM15 Juta dibelanjakan sehari oleh perokok (Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan)
  5. Mengurangkan rokok yang dihisap tidak mengurangkan risiko kesihatan (American Journal of Epidemiology)
  6. 700 Ribu pesakit kanser di Malaysia (WHO Malaysia, 2008)
  7. Malignant Neoplasm (kanser yang malignant mendapat tempat ke 10 dalam turutan hospitalized patient di Malaysia (WHO Malaysia 2008)
  8. Malignant Neoplasm, merupakan yang ke-3 dalam turutan punca kematian di Malaysia (WHO Malaysia 2008)
  9. Kanser biasanya berlaku kepada orang berumur lebih 50 tahun (^^) [jangka panjang beb]
Ok, nampak tak apa yang aku cuba sampaikan...

  1. 4.6 juta perokok di Malaysia, hanya 700 000 yang mendapat kanser, itupun bukan semua 700000 tue perokok... (500000 kanser peparu) [0.15 %]
  2. 18 000 perokok bertambah setahun, dan hanya 10000 yang mati kerana penyakit yang berkaitan rokok
  3. RM 15 Juta dibelanjakan perokok sehari, merangkap kurang lebih RM 7.5 juta diberikan kepada kerajaan hasil cukai rokok sehari. RM 2.74 bilion setahun untuk kerajaan. Boleh la beli beberapa kapal selam lagi (^^)
  4. 90% dari kanser paru-paru ialah perokok. kalau yang pasif 2x ganda risiko, kenapa pulak statistik kata sebaliknya. Kalau pasif dua kali ganda, harusnya statistik ialah 67% - pasif, dan 33% -aktif..
  5. kematian akibat kanser (bukan kanser yang disebabkan rokok sahaja) menduduki tempat ke-3... Tempat pertama ialah penyakit jantung (kebanyakan akibat obes), kardiovaskular (obes, kolesterol, kurang bersenam) dsb... [review: kardiovaskular dan jantung  ada kaitan dengan rokok. Poin nie tak valid]
  6. Mengurangkan rokok tidak mengurangkan risiko kematian, kecuali berhenti terus... (^^)

Banyak lagi poin sebenarnye.. malas nak letak... Kalau aku letak pun macam bagus jer... Lagi teruk ada la... Haha..'

Ini bukan entri yang menggalakkan merokok... Cuma aku nak sampaikan statistik yang tidak diberikan fokus..
lagi satu, jangan la kata merokok sebatang mengurangkan 5 minit hayat... Mana la faktanya... Hehe... Kalau bawak motor merbahaya boleh mengurangkan hayat selama 10 tahun percaya tak? Atau makan banyak lemak mengurangkan hayat 20 tahun? Komfem tidak...
Katakan taknak kepada merokok (aku cuba kay)

Dan sapa yang tak merokok lagi, jangan anggap statistik nie menunjukkan anda tak boleh kena kanser... Bak kata lecturer aku, "kanser berlaku bila genetik tak kuat"... Kalau genetik lemah senang kena kanser... Tapi kalau genetik kuat, kanser payah nak berlaku...

p/s: Merokok membahayakan kesihatan. Penyebab kanser, gangrene, kelahiran pra-matang, pengguguran, dsb...

Sumber-sumber statistik bernombor aku semua boleh percaya kay...
a) WHO Yearly Health Statistic
b) MOH Health Statistic 2008, 2006
c) Malaysia Cancer Statistic
d) American Journal of Epidemiology
e) Berita Harian, Utusan, Metro
f) Blog-blog tertier yang bersumber sekunder

AMARAN: Entri nie 'sedikit' bias kay~ sebab entri-entri Tak Nak yang lain semua bias 'melampau'

Update: Berdasarkan buku Underwood (Pathology),
  1. Karsinoma Sel Squamos merupakan karsinoma primer yang disebabkan rokok
  2. Karsinoma Sel Squamos merupakan primary cancer (Kanser Peparu Primer)
  3. Insiden Karsinoma Sel Squamos secara relatifnya menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini
  4. Jumlah perokok semakin meningkat saban tahun
  5. Pesakit Kanser Peparu Sekunder lebih banyak daripada Kanser Peparu Primer
Kesimpulan: Haha... Lu fikir la sendiri...

Update lagi (2013): Merokok bukan sekadar penyebab kanser peparu, malah ada kaitan dengan kanser perut, kanser tekak dan kanser mulut sungguhpun kanser tekak lebih kepada 'bangsa' dan kanser mulut tak banyak di Malaysia.

Merokok juga boleh menyebabkan penyakit lain yang agak serius seperti darah tinggi, jangkitan paru-paru, radang paru-paru  dan lemah jantung.. Beberapa penyakit lain seperti, mati pucuk, keguguran janin, trombosis, emboli (selain daripada jantung) juga boleh disebabkan oleh rokok walaupun kebarangkaliannya rendah.. Merokok juga boleh menyebabkan duit berkurang, ketidakselesaan dan sebagainya..

Kanser kebanyakkannya berlaku kerana genetik yang tak hebat.. Jadi, jika anda rasa genetik anda lemah, jangan merokok.. Kalau rasa genetik anda kuat, maka bolehlah cuba nak merokok.. Kebarangkalian 70% untuk  anda mempunyai genetik yang kuat daripada terkena kanser.. Ini ialah perjudian.. Your bet..

Walaupun statistik menunjukkan kanser peparu dalam kalangan perokok menurun, dan kanser peparu disebabkan perkara lain lebih banyak dari kanser peparu disebabkan rokok, saya tetap dengan tegas menyatakan:

Katakan TAKNAK!

Sunday, June 13, 2010

Lena~

Salam ALaik...

Angin malam bertiup lesu, membawa kedinginan hujan menghembus ke dalam bilik. Langsir kuning menari-nari umpama lambaian sang permaisuri bunian yang memanggil puteranya. Bulan sabit yang kecil tidak mampu ditutupi oleh awan hitam yang bertompok-tompok. Sedang bintang yang banyak menyorok sepi mendiamkan diri.

Kipas ligat berpusing, berubah laju, dan kekadang perlahan. Tapi hasilnya sudah cukup membekukan hujung kaki yang terbuka luas. Selimut tebal berwarna merah jambu gagal menawan hati yang hitam dirundum syahdu. Tilam nipis terbaring sendiri di kiri katil yang penuh serabut dengan baju dan buku. Bantal berpaten petak-petak hijau dan oren ala-ala Scottish Skirt berada setia di kepala tatkala Tedi membulat di perut yang kecil. Yang-masih-tiada-nama sepi di dalam loker besi, tidak mampu menggugat si Tedi. Telefon genggam setia di sisi, sunyi senyap tidak berbunyi.

Mulut yang tertutup rapat membisu tanpa bicara. Telinga yang luas jelas mampu mendengar lagu radio dari tanah tumpah darahnya yang Panas tapi jelas bunyi itu hanya sampai di gegendangnya sahaja. Mata yang terbuka dan tertutup berkelip-kelip melayang dalam gelap bilik diterangi lampu dari tetikus yang memancar halus biru. Hidung yang penyek statik tanpa bauan yang indah dan hanya setia menemani peparu yang kembang-kempis. Hanya otak yang ligat, mengatasi segala stimulus, berfikir tentang sesuatu. 150 ribu kali atau lebih, soalan yang sama sentiasa bermain di dalamnya. Dan setiap jawapan yang timbul saling membunuh dua konklusi yang kontra: Positif dan Negatif.

Dan persoalan itu kekal dengan jawapan yang sama, mungkin sehingga 160 ribu kali lagi, tanpa jawapan yang konkrit. Sehinggalah otak terlena di alam mimpi, menanti esok yang penuh misteri.

Saturday, June 5, 2010

Maaf: Saya sedang Sibuk

Salam ALaik

Esok, aku akan berperang dengan peperiksaan Blok 1 bagi Tahun kedua... Jadi, tue la sebab aku lama tak mengapdet blog nie... Sangat maaf kay...

Dan insya Allah, kalau takde aral melintang, aku sedang siapkan kertas-kerja-tak-boleh-pakai tentang perkara yang masih segar walaupun dah lama dah wujud... Tajuk apa aku takleh nak hebah... Tunggu eh...

Dan, sila doakan aku~

Itu saje... terima kasih~

Sunday, May 30, 2010

Kebejatan

Salam Alaik

Mengasing diri penuh sepi
ke arah hutan yang penuh misteri
terjun dalam lubang tak berbutuh
melambang punah yang tak terfikir

musnah dunia angkara durjana
bejat manusia kerana minda
oh
bilakah mahu semuanya berhenti
memasang gerak meranap dunia
yang penuh pancaroba di segenap ruang

mungkin menunggu masa indah
untuk dihayati bersama
tanpa selangkah bergerak membantu
menghayati sisa-sisa gaia
yang bakal rebah tak tunggu masa

janji-Nya bakal tiba
cuma bila atau bagaimana menjadi tanya
sungguh
kau kata ia ialah pilihan
ke arah mana di tangan kita
tetapi janji-Nya tetap janji-Nya
menunggu masa yang dicipta oleh-Nya

adakah kau menunggu sehingga tanda besarnya?
atau mengatur langkah awal supaya tak terikat masa
yang bakal menelan dalam tangisan yang berdusta
menghilangkan jeritan tawa gembira dunia

apakah kau tidak mengerti
saat itu akan tiba
tak kira jauh mana kau lari
ia akan menghambat tak kira sapa

masih kau kata nista
di hadapan sang jelata
tentang segalanya yang kau rasa aman
damai bak angin di tepi pantai
tapi semua tahu
kau bakal kecundang
di balik kepunahan matawang
dan juga sikap yakinmu itu

di mana lagi mau kau tipu?
kau mau sengsarakan marhaen dengan dosamu?
kau mahu nafikan nikmat sang pelajar
diganti dengan senjata tak berupaya mu?
mahu kau lakukan semua mengikut nafsumu?

Pergi mati kau wahai pendusta
rasakan apa yang telah dijanjikan

aku tidak takut padamu
aku tidak takut pada seksamu
kerana aku tahu
Dia lagi teruk seksaan

semoga kau bahagia
mengorek segenap penjuru dunia
dan melemparkan pasir ke dalam periuk
sedang kau makan beralas pinggan emas

Tuesday, May 25, 2010

Kerinduan Kepada John~

Salam Alaik...

Dah lama aku tak update, ok... Maaf... Bukan aku sengaja, cuma aku tak dapat nak online... 4 minggu genap aku rindukan lappy aku, John.. haha..

Sebab aku sekarang sibuk nak exam, mungkin aku payah lagi la nak update blog~ Takpelah, aku letakkan surat aku untuk Evans~ Huhu...


Sehingga bertemu lagi~