Friday, February 20, 2009

Perang Aku dan Geng dengan Anjing Taman Koperasi

Salam Alaik…

p/s: Sempena dengan usaha memartabatkan bahasa Melayu, aku dengan ini mengisytiharkan entri aku kali ini akan cuba menggunakan bahasa Melayu yang betul… Jika ada salah dalam unsur bahasa, sila maafkan aku… Kisah ini ialah kisah benar yang diedit sedikit untuk memudahkan penceritaan…

Suatu petang yang indah dan permai… Burung berkicau dengan riang berterbangan di langit mendung… Aku melepak bersama kawan aku, Ahmad dan Zimi, sekadar menghabiskan waktu petang yang sangat cantik itu di hadapan rumah kami…

Ketika itu, Ahmad ada membawa motor Krissnya keluar dan diparkir berhadapan dengan tempat kami melepak... Aku kata kepada Ahmad, ‘apa kata kalau kau bawak motor pastu aku naik kat belakang masa motor tue tengah bergerak’... Zimi pula masuk ke rumahnya untuk minum air sebentar... Ahmad tanpa bercakap sepatah pun menghidupkan enjin motor dan terus membawanya... Aku tanpa berlengah-lengah berlari cuba memanjat motor itu dan tidak berjaya...

Dari jauh, seekor anjing jantan berwarna hitam bertompok putih memerhati kami dengan tajam... Aku dan Ahmad tidak langsung kisahkan anjing itu... Tiba-tiba, anjing itu nampak sangat teruja dengan kami lantas berlari menuju ke arah kami... Aku yang kaget cuba memanjat motor Ahmad yang sedang bergerak, namun gagal... Ahmad terus memecut motornya itu meninggalkan aku dan anjing yang hanya kira-kira 10 meter lagi menghampiri aku…

Aku teringat petua, kalau anjing mengejar, jangan lari… Lalu aku diamkan diri… Anjing yang pada mulanya nampak macam nak makan aku itu terus berlari melintasi aku dan mengejar Ahmad… Aku lega sebentar… Anjing itu memberhentikan lariannya setelah melihat keupayaan motor Kriss Ahmad yang tak tercapai dek kelajuan anjing itu lalu anjing itu bergerak ke tempat yang lain…

Selang beberapa ketika, Ahmad kembali ke tempat lepak kami… Zimi juga sudah selesai minum air… Kami berkumpul untuk membuat mesyuarat tergempar… Dalam mesyuarat itu, dua resolusi telah dipersetujui antara kami iaitu: mengutuk tindakan anjing itu; dan membunuh anjing itu dengan cara yang agak kejam...

Maka, aku, Ahmad dan Zimi menyediakan senjata berupa sebilah parang dan beberapa kayu beluti... Anjing yang mengejar kami itu telah muncul kembali kira-kira 20 meter dari tempat kami berdiri... Anjing itu kini membawa rakannya 2 ekor, seekor betina dan seekor jantan... Ketiga ekor anjing itu memrhati kami dan membuat langkah perlahan menuju ke arah kami...

Ahmad yang belajar Silat Gayung menyediakan kekudanya, aku yang hanya belajar RMA sekadar berdiri tegak memerhati dan Zimi pula bercangkung ala-ala kongsi gelap menunggu mangsa... Anjing itu memang tidak langsung cuak menghampiri kami yang bersenjata itu... Lagi 5 meter jarak anjing itu dengan kami, kami masih keras kaku berdiri menanti...

Apabila berhadapan dengan anjing itu, aku menyuakan parang ke muka anjing itu... Anjing itu nampak tenang sahaja... ‘Huh, anjing jadian ke apa ini?’ Langsung tidak gentar berhadapan dengan parang... Zimi dan Ahmad masih menunggu serangan yang sepatutnya dimulakan daripada aku... Aku malas nak menyerang jika anjing itu tak menyerang dahulu...

Tiba-tiba, anjing itu cuba lari dari kami... Ahmad pantas menghentak kayu beluti ke arah anjing itu... Anjing itu tergamam dan cuba berpatah balik, aku dengan pantas menghayun parang tetapi gagal menepati sasaran... Aku sangat marah... Zimi bertindak menghentam kepala anjing betina dan anjing itu menggelupur selama sesaat sebelum bangun...

Aku nampak anjing-anjing itu bergelut untuk melarikan diri sehinggakan mereka berlaga sesama sendiri... Detik itu tidak aku lepaskan... Aku terus menghayun parang berkilat yang ayahku selalu bawa ke kebun dengan pantas ke atas kepala anjing yang mengejar kami mula-mula tadi... Ayunan aku nampak perlahan...

Tetapi, aku nampak darah mula membuak-buak perlahan dari kepala anjing itu... Aku agak puas hati... Ahmad dan Zimi nampak sangat tenang.... Aku memikirkan di mana aku hendak membuang bangkai anjing ini... 2 ekor anjing yang menemani anjing hitam tadi hanya terbaring lemah di sebelah taikonya...

Dari jauh, aku ternampak 3 orang yang aku suspek tuan kepada anjing-anjing ini menuju ke arah kami... Aku kaget... Aku melakukan dosa membunuh haiwan yang tidak berakal (berdosakah aku?)... Aku dan rakan-rakan meninggalkan tempat kejadian dengan pantas dengan harapan tuan anjing itu tidak perasan muka kami...

Sedang aku menjauhi kawasan kejadian, aku terasa ada sesuatu bergegar kat kepala aku... Aku menjadi pelik... Lalu aku bangun tidur dan menyeluk tangan aku di bawah bantal dan mengambil telefon bimbitku yang bergetar lantas bermonolog, ‘huh, dah pukul 10am rupanya... Jap lagi nak solat Jumaat pulak’...

Hehe... Moralnya, jangan tidur lepas Subuh...

6 comments:

beddy said...

aq dh agk dh ko mimpi jek..
x logik la nk blaku kejam cam tuh..
:p

Portgas .D. Ace said...

cerita nie mmg SENGAL!!??
ko igt pertndingan BERCERITA ke...

anum farida said...

cet...
aku ingt nie nk publish karangan yg anta kt cgu maisarah...
huhuhu....

bungaditepijalan said...

saya slalu kene kejar ngn anjing jiran2 cina saya nie.
org lain dia tamao kejar plak.
hahaahhaa

Dzulkarnain Mohamad said...

aku dah agak..hihi

Lah said...

shoot btul..
naseb g smayang jumaat..