Thursday, February 5, 2009

Rana sp.: Spesis yang sering ditemui kini...

Salam Alaik...

Maka, menjelang pagi tadi aku melompat-lompat gembira apabila aku membaca mesej dalam henpon Nokia aku yang dikirim oleh 26633... Mesej itu menyatakan bahawa Everton berjaya menyumbat 1 gol di minit ke-118 semasa menentang Liverpool lantas menyebabkan Liverpool tersungkur dari saingan Piala FA... Penyokong Everton pula pastinya terlompat-lompat gembira... Kasihan Liverpool, asyik melompat pas kalahkan Chelsea, akhirnya tersungkur jugak... Hahaha...
Pagi tue, setelah aku melompat-lompat, aku menghantar mesej kepada penyokong tegar Liverpool dan sayangnya, tidak berbalas... haha...Kecewa kot... Sape suh lompat beria sangat pas menang dengan Chelsea...


Mari kita melompat, Malaysia Cergas!!! Yeah!!!


Petang sikit, aku bukak berita... Dengar pulak berita kerajaan PR Perak dah tersungkur... Maka melompat-lompatla kegirangan BN apabila berjaya menubuhkan kerajaan setelah 4 orang wakil rakyat melompat-lompat... Huhu... 2 orang wakil rakyat melompat-lompat selepas 'dibuang' kerajaan PR Perak dan sorang lagi melompat tak diketahui sebabnya... Sorang lagi membuat lompatan paradigma dengan melompat ke hulu dan ke hilir dalam masa 2 minggu...
Bekas MB Mohamad Nizar pulak 2 minggu lepas melompat-lompat gembira pabila ADUN Bota melompat ke PR... Kali ini beliau pulak tersungkur pabila ADUN Bota itu kembali melompat ke BN (UMNO)... hahaha... Pasni sape pulak nak melompat ha? Macam best je bunyi melompat-lompat nie... Dapat keluar peluh gamaknye...
Maka, apabila DUN Perak tak dibubarkan, maka melompatlah sekalian makhluk... Ada melompat gembira, ada melompat kecewa ada jugak yang melompat bangga dan angkuh... Haha... Ape daa... Politikus.... Rakyat pulak asyik dok memandang si pelompat-lompat nie... Agaknya bila la lompat melompat nie nak berenti...
Dulu ada berita besar kononnya ada 30 nak melompat-lompat, tapi sekarang hilang tanpa berita... Taktik kot... Hurm... Lompat melompat nie bagus sebenarnya... Boleh menunjukkan kesetiaan seseorang terhadap partinya... Kalau yang melompat 2 kali tue maknenye memang dia sangat setia la kat parti dia... Maknanya dia da dua kali masuk partinya itu... haha...
Walaupun begitu, nampak jelas kerajaan baru Perak pun tak kukuh... Dengan 2 adun yang ada kaitan rasuah, 1 adun yang pernah belot UMNO, payah la nak kukuh... Bila payah nak kukuh, payah la nak buat enakmen baru... Dalam sidang DUN mesti habis masa dengan bertengkar je... Cube tengok kerajaan Pahang... Aman dan makmur je... Keputusan semua senang je nak buat... Tak payah nak bergaduh...hal balak ke, hal tanah ke, atau hal-hal lain, senang je lulus...

OK... Oleh sebab kerajaan Perak dah bertukar, jom kita tengok ramai-ramai bagaimanakah kerajaan baru nie pulak memerintah... Hurm, Camry baru tue ape cer? nak jual atau nak pakai? Bagi aku je la...Hahaha...

Bagi aku la, antara silap kerajaan Perak ialah membeli Camry baru tue... Sedang ekonomi gawat ada hati nak tambah belanja... Guna je la Proton Waja ke, kos jimat jugak... Takpun guna kereta sendiri... lantak la, buat ape nak kenang kerajaan lepas kan?

Aku malas da nak komen pasal lompat melompat nie... AKu nak melompat dulu la... Nak eksesais...

Lompat si katak lompat,
Lompat la tinggi-tinggi,
Cepat la ADUN cepat,
Kita lompat-lompat lagi...
MEMPERKENALKAN, Rana Sp.

No comments: