Saturday, February 28, 2009

Kenyataan Blog dari Encik da Tsar

Bismillahi ar-Rahmani ar-Rahim


Assalamualaikum W.B.T


Saya dengan ini sebagai wakil kepada Encik Redz da Tsar ingin mengeluarkan satu kenyataan blog tentang perihal perjalanan Encik da Tsar yang akan datang.


Untuk pengetahuan semua orang dan pembaca yang berkenaan, bahawa Encik da Tsar akan bertolak ke India dengan menggunakan kapal terbang MAS dan dijangka berlepas pada jam 9.55pm di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6 Mac ini. Encik da Tsar dijangka akan berada di KLIA sebelum jam 6pm untuk urusan semak masuk.


Sebarang urusan terakhir dengan Encik da Tsar hendaklah diselesaikan sebelum 6 Mac ini untuk memudahkan segala urusan.


Dengan kenyataan blog ini juga, Encik da Tsar dengan segala hormatnya memohon maaf jika terdapat salah dan silap sepanjang hidupnya kepada sesiapa yang mengenali beliau. ENcik da Tsar juga menyatakan bahawa beliau sangat-sangat kesal jika ada antara rakan yang beliau kenali telah dilukakan oleh beliau.


Di samping itu, Encik da Tsar juga dalam kesempatan ini ingin menyatakan bahawa betapa beliau sangat berat hati untuk meninggalkan tanah air yang dicintainya ini sungguhpun beliau pergi atas dasar menuntut ilmu. Bak kata pepatah moden, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, jadi pergilah ke negeri orang kemudian bawalah emas mereka ke negeri sendiri.


Encik da Tsar juga menyatakan betapa beliau bakal merindui keluarganya, serta rakan-rakan yang sentiasa bersamanya ketika di Malaysia sebagai contoh Encik Firmad, Encik Amin, Encik Hakim, Encik Zul, Encik Sazzul, Encik Fizul, Encik Ahmad, Encik Zimi, Encik Nanan, Encik Scott, Encik Azli, Encik Qudus, Encik Epul, Cik Farah, Cik Eyra, Cik Ain dan semua rakan lain yang tidak tersebut namanya di sini sebab ramai sangat. Nanti bosan pula.


Kepada rakan-rakan beliau, Encik da Tsar juga mengucapkan selamat maju jaya dan sentiasa berfikiran positif. Beliau juga mengharapkan doa rakan-rakan beliau untuk mengelakkan Encik da Tsar terlibat dalam Air Crash Investigation (Ch.553 Astro). Di samping itu, beliau menegaskan bahawa, beliau sangat berharap kepada sesiapa yang beliau berhutang, sila tampil memberitahu jumlahnya beserta bukti (hehehe) untuk diselesaikan.


Encik da Tsar dengan rasa kesal mungkin tidak akan menulis blog selepas beliau tiba di India sehingga masa yang akan diberitahu kelak. Sebarang kesulitan amat dikesali. Tetapi, selagi beliau berada di Malaysia, beliau akan sentiasa menulis. Entri yang akan datang, Encik da Tsar akan menulis tentang perjalanan beliau bertemu dengan pemimpin kerajaan di Putrajaya pada 26 Mac yang lepas.


Saya akhiri kenyataan blog ini dengan ucapan terima kasih kerana sudi membaca.


Yang mungkin benar,


Redz Wan

Setiausaha sulit da Tsar

8 comments:

Anonymous said...

hey kamoo...
gud luck...
blaja rerajin..
smoge bejaye capai impaian lah yek...
ok..take care!
salam..drpda aku..

aya hidayah said...

26 mac? ari ni baru 1 mac...

nway~ smg hidup bertambah baik~

(^____^)v

anum farida said...

sape cik eyra n cik ain tue he?

anum farida said...

furah sbnr yer yg tulih tuh duan...die silap gne id...so..jwb2..jgn x jwb...hehehe..

.b.e.d.d.y. said...

6 mac?
jmaat ni..
gud luck wei..
blaja memolek..
:D

Lah said...

6 mac la cik hidayah

(^________________^)v

aya hidayah said...

bukan lorr encik fakhrull..

i mean,

"Entri yang akan datang, Encik da Tsar akan menulis tentang perjalanan beliau bertemu dengan pemimpin kerajaan di Putrajaya pada 26 Mac yang lepas."

ble die g? 26 mac taon lps ke?

=p

Lah said...

oh..

dalam sungguh maksudnye ye..
sori,xdpt pk luar kotak..
hua3x

sape suh g tahun ni.g la awal sket.=p