Tuesday, February 17, 2009

Isu Perkauman Sempit? Ye ke?

Salam Alaik…

Amaran: Terdapat beberapa isu di dalam entri ini berasaskan pendapat aku yang masih mentah… Jikalau ada yang membangkang, silalah bangkang… Aku tak kesah… mana-mana isu yang aku komen berasaskan pendapat aku hendaklah difikirkan dalam-dalam sebelum diterima untuk menjadi pendapat korang… Sila baca terma dan peraturan am di sebelah ini -->

Maka bertitahlah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong semalam menyatakan bahawa betapa berdukacitanya baginda apabila ada sesetengah pihak yang memainkan isu perkauman sempit (Buletin Utama, 2009)… Siapakah sesetengah pihak itu? Adakah sesetengah phak itu berada di pihak yang berlambangkan bola golf, roket ataupun mata? Atau berada di pihak keris, bintang dsb? Siapakah mereka yang sering memainkan isu perkauman sempt itu? Lihat sahajalah selepas kes Perak dulu… Di kaca televisyen penuh berita tentang isu perkauman yang dimainkan oleh sesetengah pihak itu…

Hehe… Saje aku tulis perenggan kat atas nie sebagai satu persoalan yang patut korang semua fikir… Aku malas nak tulis pihak mane… Nanti aku dituduh pro- kepada sesetengah pihak yang lain… Jadi, aku tingalkan sahaja persoalan itu untuk korang sama-sama fikirkan…

Sebut pasal titah perintah baginda SPB Agong, baginda juga ada menegur ahli-ahli Yang Berhormat agar menjaga perilaku mereka supaya Dewan Rakyat dan Malaysia tidak malu apabila perangai sesetengah dari mereka persis budak kecik Tadika yang bergaduh sesame mereka (RTM, 2008)… Jikalau mereka masih tidak berubah, maka gelaran Yang Berhormat itu perlulah ditarik balik kerana orang dewasa (tua) yang berperangai mengalahkan budak kecik tidak patut dihormati… Mereka sepatutnya diberi gelaran Yang Budak… Hahaha…

Seri Paduka Baginda juga ada bertitah bahawa segala maklumat atau berita yang wujud di dalam media massa ataupun blog perlulah dikaji dahulu supaya rakyat tidak diracun oleh berita palsu… Yup… Benar sungguh titah baginda itu… Tak dapat aku sangkal dakwaannya itu… Rakyat perlu sangat menilai segala berita atau post dalam blog agar tidak terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak yang cuba meracuni fikiran rakyat untuk kepentingan sesetengah pihak… Huhu… Aku malas nak komen apa-apa… Pandailah korang fikirkan ape yang aku tulis nie…

Baginda jugak sempat berpesan kepada media dan blogger agar sentiasa beretika dalam menulis atau menampaikan berita… Aku sering mendengar cakap-cakap orang yang menyatakan bahawa media berarus perdana selalu menipu dan pro-kerajaan… Hei, tolonglah… Media berarus perdana tak pernah tipu kita… Mereka menyampaikan berita yang tepat, benar, dan terkini… Mereka tak pernah menipu… Mereka menyampaikan yang benar walaupun sesetengah kata-kata orang (ahli politik dsb) dipotong (tak diambil sepenuhnya)… Mereka sengaja menimbulkan polemik dan kontroversi berasaskan fakta yang mereka dapat… Cuma sekarang terpulang kepada yang mendengar untuk menilai sama ada betul atau salah… Hurm, jap… Menimbulkan kontoversi dan polemik tue dikira beretika ke? Haha… Yang penting, pembaca dan pendengar pandai menilai… Aku dalam menulis blog nie, aku cuba menjadi lebih beretika… Kalau ada entri aku yang tak beretika, silalah tegur… Aku taknak derhaka kepada istitusi raja Melayu dengan mengingkari pesan Agong… Banyak pulak laporan polis kat aku nanti… Tapi, aku tetap akan cuba untuk beretika disamping menyampaikan maklumat yang benar dan bernas…

Titah dijunjung Tuanku…

Sebut juga pasal penderhakaan kepada raja dan Sultan, Tengku Razaleigh Hamzah ada melemparkan persoalan ‘siapakah yang sebenarnya menderhaka?’… Adakah tindakan dato’ Seri Nizar? Atau tindakan Karpal? Atau manusia yang mengubah perlembagaan pada tahun 1993? Untuk pandangan Ku Li, sila baca dalam Razaleigh.com (kalau tak silap aku)… Perenggan ini berasaskan apa yang aku dengar dalam astro Awani (Atma Asia, 2009)… Aku malas nak komen…

Ok, dah cukuplah sebut pasal hal kerajaan dan politikus…

Semalam aku pergi ke Bandar Tun Razak Jengka (ingat KL je ke ada bandar Tun Razak?)… Aku ingin bertemu dengan sahabat handai aku di sana memandangkan aku mungkin akan tidak bertemu mereka selama 2.5 tahun akan datang… Maka, setibanya aku di sana, aku berhajat bertemu dengan En.Nadz, En.Epul dan En.Qudus… Tetapi sayang sekali En.Epul mempunyai agenda di Lembah Kelang… Jadi, berjumpa dengan En.Nadz dan En.Qudus sudah memadai…

Tidak banyak dibualkan bersama mereka memandangkan aku mempunyai masa lapang yang terhad... Sekadar berbual tentang keseronokan dunia dan kehe(ha)batan politik... Tapi, walau berjumpa hanya untuk 1.5jam, sudah memadai untuk aku... Kini, misi untuk bertemu Mursyed, Nasha, Hakim dan Zul je belum menjadi kenyataan... Mursyed payah nak jumpe, Nasha dah kerek dengan aku, jadi payah la nak jumpe diorang... Hakim dan Zul boleh ku temu ketika perjalanan aku ke KL nanti... Tunggu tau!!!

Hurm... Dah lama tak cerita pasal bola... Ye la, nak cerita ape? Semua dah tau Man United tengah mendahului liga, Felipe Scholari kena pecat, Liverpool kalah piala FA, Chelsea jatuh no.4, Arsenal ntah ke mana... Semua orang tau tu, kan? Ye la, bukan setakat tue, semua orang tau Man United menang 4-1 dengan Derby walaupun takde seorang striker pon yang main mula-mula... Haha… Lagi satu, takkan korang tak tau Man United pecahkan rekod British untuk perlawanan Liga tanpa bolos selama 13 perlawanan… Semua orang tau yang United tak bolos-bolos sejak Samir Nasri buat gol dulu… haha…

Semua orang tau, kan?

Baru-baru nie aku ada berjumpa dengan kawan aku, Lokman Hakim kat tempat jual CD Lanun… Terkejut jugak aku sebab dia sepatutnya berada di Indonesia untuk belajar medic… Rupa-rupanya dia cuti… Berborak la dengan dia sedikit sebanyak an sempat jugak aku beritau dia yang aku mungkin akan belajar di India… Haha… tapi paling penting, dia bagitau yang elaun JPA bagi student India ialah USD700$ sebulan… Aku tak tau la betul atau tak… Tapi memang tinggi la tue, kot… Mana tau aku dapat bawak balik kete sebijik… Haha…

Sebelum aku mengakhiri entri kali ini, aku nak merakamkan berbanyak terima kasih kepada En.Nizam dan Cik Fauzana dari JPA kerana banyak membantu aku dalam urusan pembelajaran aku nie… Di samping itu aku nak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam kerana menaja aku untuk belajar ke luar Negara… Jasa JPA amat saya hargai… Insya Allah jasa JPA akan saya balas dengan berkhidmat kepada kerajaan MALAYSIA selama 10 tahun…

Dah la tue mengarut… Aku blah dulu… Ada hal nak setelkan… Adios…

p/s: Header blog aku dah berubah sket... Tolong komen yerk… Hahaha

3 comments:

Lah said...

nko mmg xnk jmp aku ke?
ni y beta murka ni..haha
wei 700usd duk india beb..blh jd kaya mcm adik2 beradik kapoor..
makan roti canai je la nko ari2..

lg satu..aku ade plan baik.kalo ko nk ikot aku la.haha.papehal nnt2 aku kol nko ke.keh2x..

selamat blah dari bumi malaysia..wee~

pakDin said...

nanti bila jadik Dr. Bombay,
jgn lupa kiteOrang...haha

Anonymous said...

check out dis blog.

http://lee-yana.blogspot.com/

find post about manipal.