Saturday, February 21, 2009

Ini Gila Punya Kerja

Salam Alaik…

Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan Tuan Hakim dalam menentukan siapa benar dan siapa yang salah… Semuanya tertakluk kepada mahkamah di dalam negara yang asasnya ialah perlembagaan…

Dalam hal berkenaan mahkamah kini, banyak perkara dan isu yang berlaku… Antaranya ialah kes-kes berkaitan dengan saman… Haha… Mula-mula, kes saman oleh En.Karpal Singh kepada Sultan Perak dan ‘Kerajaan baru’ (atau kerajaan kedua) Perak… Belumpun selesai isu tu, ada pulak makhluk menyaman Karpal Singh sebab dia menghina institusi beraja di Malaysia… Haha…

Tak habis lagi… Baru ni jugak, En.Khir Toyo pulak disaman malu oleh Khalid Ibrahim sebab memfitnah MB Selangor itu dalam kes penyelewengan... Haha… Sebelum ni, Anwar menyaman lagi KPN dan Ghani Patail sebab menyembunyikan fakta semasa perbicaraan kes ex-KPN yang menumbuk Anwar… haha…

Saman-menyaman je kerjanya…

Tapi tak pelik ke, kenapa Najib tak saman Anwar sebab memfitnah dia ada hubungan dengan kes pembunuhan Altantuya? Kenapa Najib tak saman Anwar sebab melempar banyak tuduhan kepadanya… Dah la menuduh, tidak berbukti kukuh pulak… Sekadar teori je… Kenapa tak saman je Anwar tue? Mungkin, diulangi, mungkin, sekali lagi aku ulang, mungkin, Najib bertindak macho dan cool dan menganggap tak patut melayan kerenah Anwar… Ataupun, mungkin, aku ulang, mungkin, sekali lagi, mungkin Najib taknak bawak kes ni ke mahkamah sebab ada perkara yang perlu dilindunginya… haha… Ini semua teori semata-mata dan aku takda bukti kukuh untuk menyokong kedua-dua teori tadi (ada can aku kena saman malu pulak pasni)…

Cukup pasal kes saman…

Ini pasal kes SPRM pulak… Dengar berita tadi, MB Selangor sudah disiasat berkaitan isu penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan duit negeri dan sudah ada bukti yang cukup untuk mendakwanya… haha… Tindakan yang bagus untuk SPRM… Bila dah dakwa kat mahkamah nanti, jangan pulak ada unsur-unsur bias… Telus dan adil la sikit… Hehe… SPRM jugak ada menyatakan bahawa sisatan tentang sogokan lompat-melompat ADUN Kedah masih berjalan… Maka, tak senang duduk la En.Mahadzir Khalid…

Biarkan SPRM jalankan siasatan… Jangan nak menyibuk… Diorang dibayar gaji oleh Kerajaan MALAYSIA untuk melaksanakan amanah… Jadi, jangan duk fikir fasal kerja mereka… Kalau betul kerja mereka, Tuhan dah janjikan kebaikan, jika sebaliknya, itu hak Tuhan nak bagi apa-apa kat mereka… Yang penting tunggu dan lihat sahaja…

Aku ada hal plak… Daa~

3 comments:

sikhsingh said...

Layakkah Benggali nak campur tangan hal ehwal Melayu. Layakkah bukan Islam nak campur tangan hal ehwal Islam. Kalau layak, silakan. Moga Melayu dan Islam termartabat selayaknya di persada negara kita.

Redzwan Abdullah said...

SikhSingh

Kalau ikut hati dan perasaan aku, memang dia tak langsung layak untuk menyaman Sultan, tapi kalau ikut Perlembagaan Malaysia yang dijunjung tinggi, dia berhak untuk menyaman...

Tu je aku boleh cakap...

beddy said...

pkare yg aq palinh x ske bab saman menyaman ni kn..
diorg mmbanyakkan kes yg aq kne bace!!
hahaha..