Sunday, May 31, 2009

Homosapiens dan Aku serta Sehelai Baju Putih Yang Kotor

Salam Alaik...

Apabila disebut Homosapiens, mestilah kepala otak korang akan terbayang makhluk Tuhan yang digelar 'manusia'... Bagi aku, kawan ialah segala-galanya selepas keluarga dan agama... Kawan bagi aku amat bernilai... Sebab apa? Dengan kawan kita tak payah nak jadi hipokrit dan berpura-pura...

Lihat sahaja hidup aku... Kekadang hidup aku nie memang belum baik... Dan bila bersama kawan, aku boleh menjadi diri aku... Tidak dinafikan mereka ada menegur aku... Cuma aku kadang-kadang lalai... Hehe... Adatlah manusia... Cuma perlulah kita berubah...

Dulu, semasa di Intec, aku ada mengguris hati dan perasaan seorang rakan aku... Aku tak sedar pun apa kesalahan aku... Tetapi, apabila dia merajuk atau marah dengan aku, aku rasa sangat sedih... Nak study tak boleh, nak berborak pun tak sedap... Rasa macam tak best je hidup... Yup, kawan memang ada ramai.. Tetapi kalau boleh, aku nak memastikan kawan aku seramai mungkin...

tetapi kekadang, mulut aku yang kecil ini payah untuk dijaga... Maklumlah, kekadang niat untuk bergurau, tetapi terlebih... Kadang-kadang niat untuk menceriakan suasana menjadi sesuatu yang boleh membangkitkan kemarahan dan ketidaksenangan rakan kita...

Jadi, oleh itu, di kesempatan ini, aku memohon maaf kepada semua rakan-rakanku jika ada salah dan silap yang aku buat kepada korang selama ini... Hehe... Saje je tulis pasal nie.. Boring... 



Lagii satu... Aku ambik dari UK Eurosport... Memetik kata-kata Guus Hiddink... Apa maknanya yang dia cakap nie, "But winning the FA Cup in the Mecca [Wembley] of world football, that's something you cannot believe."?

Anyway, tahniah kepada Chelsea sebab dapat FA Cup... nampaknya Man United kalah dengan Runner Up la... hehe... Liverpool dan Arsenal bila nak dapat piala?

ps: Internet aku dah ok... Lagi satu, header blog aku dah tukar... Ok tak?

'Satu sajak dari aku'

Sehelai Baju Putih Yang Kotor

Dahulu Merah warnanya
Kekadang mungkin pergi ke biru, putih
Tetapi selalunya putih membawa letih
biru membawa lesu
merah membawa amarah

bila putih mengganti merah
tanda kuasa menjadi lemah
dari gergasi menjadi semut
dari berani menjadi takut

namanya gah sekali
sebutan ramai seantero dunia
tapi malang
situasi kini menjadi hakim
reputasi menjadi bisu

memang masuknya penuh dengan amanat
dulu keluarnya dengan semangat
kini, keluarnya dengan berat
dulu membenam lawan kuat
kini dibenam lawan menghambat

tetapi
dunia ini bukan bulat
dunia ini sfera
bagaikan bola disepak-sepak
kadangnya masuk, kadangnya tidak

cukup
mungkin tiga baik bagiMU
empat melampau buatMU
apatah lagi lima atau enam
tidak tertanggung kudratMU

Mungkin kelak
kembali MU lesu
tetapi akhirMU penuh fantastik
mungkin
harapan masih harapan
impian harap kenyataan

tanamkan tekad
derap usaha meningkat
mungkin bukan lima atau empat
tiga lagi sudah memadai
kerana kekadang langit mendung bukan tanda hujan
langit cerah bukan sepanjang hari

merah, putih, biru
abaikan, cuma
tanamkan azam di hati
tingkatkan prestasi
kerana masih ada ruang perlu dibaiki
~Glory-glory

Saturday, May 30, 2009

Seperti Yang Dijanjikan~ gambar Hanumanagundi dan Laporan ringkas Kesatuan Manchester

P/s: Aku nak post entri ni semalam, tapi internet jem balik.. jadi, mintak maaf la... Lagi se, internet keh tak tau bile nak molek.. nanti da molek keh kembali balik... (tergune slang pahang sebab baru baca blog Don tadi~

Salam Alaik…

Kekalahan Kesatuan Manchester semalam jelas menunjukkan gergasi bola sepak England itu juga dihimpit dengan sindrom tidak konsisten… Ya, benar bahawa Kesatuan antara pasukan paling konsisten di dunia, tetapi kali ini, 1 dalam 30 perlawanan, ketidakkonsistenan Kesatuan jelas memakan diri…

Penyokong Barca di Malaya mungkin kurang untuk merayakan kekalahan Kesatuan, tetapi penyokong kelab musuh Kesatuan jelas berpuas hati, hendak pula dibantai 2 gol oleh Barca… Di manakah pertahanan termantap England? Jelas sekali Kesatuan di bawah par semalam… Mungkin sebab dikejutkan dengan gol awal Barca… Kejadian inilah juga yang berlaku dengan Arsenal, dikejutkan dengan gol awal Kesatuan ketika separuh akhir…

Sungguhpun pasukan bola sepak yang aku sokong ini kalah, tetapi aku tidak stress sebagaimana Kesatuan kalah dengan Everton dahulu… Kenapa? Ha, inilah faktornya:

i. Aku memang dari awal lagi tahu bahawa Barca adalah team yang kuat
ii. Barca ialah kelab ketiga faveret aku selain Malaysia dan Kesatuan (bukti aku sokong barca selain United boleh dilihat di gambar di bawah)
iii. Sekurang-kurang kalahnya Kesatuan di Final, bukan di separuh atau suku akhir.
iv. Kesatuan dah ada 4 piala: Perisai Komuniti, Kelab Juara Dunia,Piala Liga dan Liga Perdana Barclays
v. Untuk memecahkan rekod kelab pertama ‘retain’ piala memang payah, tetapi tak mustahil
vi. Aku belajar untuk menerima hakikat bahawa bola itu sfera. Boleh bergolek ke kiri, ke kanan, ke depan atau ke belakang

Oleh itu, aku tidaklah kecewa sangat... Di kesempatan ini, aku mengucapkan tahniah kepada La Liga, Barca dan penyokong-penyokongnya... Dan aku juga nak ucapkan selamat maju jaya kepada Chelsea dan Everton yang akan bertemu di akhir Piala FA... Yang pastinya, Liverpool tetap tidak mempunyai apa-apa piala... Arsenal ada jugak piala, iaitu Piala FA Remaja... hehe... Walau apa-apa pun aku tetap anti Liverpool...

Erks, ada ke penyokong kelab lain akan buat macam aku cakap nie kalo team diorang kalah? Haha... Takde!!! Diorang akan habis-habisan mengutuk referee... Contohilah Wenger yang mengucap tahniah bila kalah... Jangan contohi Benitez yang jelas bersikap ego dengan menolak untuk mengucapkan tahniah kepada Alex... Alex pon ucap tahniah kat Joseph bila Barca menang.. Alamak, banyak pulak ulasan aku...

Kat bawah nie aku sediakan gambar trip aku ke Hanumanagundi Waterfalls seperti yang aku janjikan semalam... Terima kasih...

Barca @ al-Awwal
Semasa study Chem kat cemara

Photoshoot for editing



tengah boring kat Cendana
HANUMANAGUNDI WATERFALLS



panjang



dah nak balik, dah naik tangga


dah nak balik sebelum naik tangga




Mat Yie



mangkuk mana dari Hawaii nie?



Sebelum masuk/mandi kat waterfalls

Wednesday, May 27, 2009

Dua Laporan Sekaligus... Ambik Ko!!

Salam Alaik...

p/s: Laporan agak ringkas sebab mengejar masa... Laporan 2 ada di bawah... Gambar perjalanan Laporan 1 akan diterbitkan mungkin esok, atau lusa...... Terima kasih...

Laporan 1:
Tempat: Hanumanagundi Waterfalls
Tarikh: 24 Mei 2009
Masa: 0800 - 1500
Aktiviti:
Mandi sungai je la... Haha.. Best siot...
Cerita best:
i. Aku hampir lemas setelah berenang di dalam sungai yang sedalam 2 meter... Walaupun berenang dengan kelajuan yang tinggi, ketidakmampuan untuk terapung dalam air dalam keadaan tegak hampir menyebabkan aku tidak boleh menaip laporan ini... Terima kasih kepada Mantap (Azrul) dan Rohil yang berusaha menyelamatkan aku... Jasamu akan kukenang... 

ii. Eddy nyaris lemas jugak setelah gagal mengapung diri dalam keadaan tegak... Setelah berusaha, akhirnya dia berjaya berenang ke tepian... Untuk pengetahuan semua, Eddy antara geng kami yang expert berenang selain Aku, Rohil dan Mantap...

iii. Ujian stamina selepas mandi: Naik tangga bapak tinggi... Selamat aku fit.. Haha.. aku first sampai atas...

iv. Perangai tempe (orang India tempatan) yang pelik... Bila kitorang mandi kat Air terjun, semua pakat nak mandi kat air terjun, padahal kat bawah tu kosong (sungai 2m tadi)... Bila kitorang turun kat sungai bawah tue, semua pun follow jugak.. Ish... Tak tahan betul aku... Bila kitorang nak balik, semua pakat-pakat nak balik... Aduyai.. Pening aku...

v. Sebelum balik, yakni ketika aku dah siap berbaju, ada dua orang tempe yang berbadan katang dan tinggi juga hampir lemas.. Huhu... Bentuk badan tak menjamin kehebatan renangan k...

vi. Dah siap melalak, balik... Sampai Manipal, makan dulu... Perjalanan dari Manipal ke air terjun tue lebih kurang 2 jam...

Laporan 2:

Tempat: ENd Point Park
Tarikh: 26 mei 2009
Masa: 1800-1930
Aktiviti: Supremo League Cup

i. Batch 24 kalah 4-1 dengan batch 22 menyebabkan impian ke final lenyap...

ii Aku main 10 minit je dari 60 minit... Dan aku langsung tak sentuh bola...

iii. Semasa aku di atas padang, tiada gol bolos kecuali gol penalti...

iv. Kesilapan disyakki berpunca dari pertukaran pemain tengah bertahan (Yob) dengan pemain sayap serangan...Di samping itu, beberapa pertahanan lain yang mantap juga ditukar... Hal ini menyebabkan pertahanan kacau bilau... Harap kapten pasukan peka dengan kesillapan ini...

Laporan Lengkap Perlawanan oleh Yobo: klik sini

Kesulitan Amat Dikesali

Salam Alaik...

Hari ini aku cuma nak beritahu yang aku punya internet sedang 'cibai' dan aku tidak dapat dalam talian (online) untuk masa yang diberitahu kelak... Atas jasa Yobo, aku guna internet die kejap untuk melihat blog aku dan facebook aku... nanti, aku kembali... Insya Allah... Entri yang bakal menyusul;

i. Laporan Perjalanan ke Air Terjun Hanumagundi
ii. Laporan Perlawanan Bola Sepak Liga Supreemo Batch 22 vs Batch 24

Erks, entri nie hanya akan disiarkan jika dan hanya jika internet aku elok esok... faham? Sesiapa yang merindui aku, sila jangan berbuat demikian... Nanti menyesal... haha....

p/s: Terima kasih kepada MatJu untuk komen anda...

Thursday, May 21, 2009

Nukilan Di Atas Atap

Nukilan di atas atap

Seronok benar 
Memberi rezeki kepada jin 
Sambil melihat indahnya alam 
Bintang beribu terangi langit malam 
menghambat bosan ke dalam kelam 
mencampak tekanan mendalam 

Indah ciptaan Tuhan tiada bandingan 
tunjukan seni ketuhanan 
ditambah kuning si bulan 
membawa diriku keawangan
Indah nian ciptaan Tuhan 
Malam gelap kedinginan 
menghilangkan segala kegusaran 

Ciptaan Tuhan memang agung 
membawa aku merenung betapa kerdil diriku 
Malam mengajar aku erti suram 
malam mengajar aku erti alam 
malam mengajar aku berfikir tentang hidup 
malam itu amat indah; di atas atap. 

12072008; Jam 0204; Diedit: 17072008; Jam 1902

Rinduku kapada atapku memang payah nak berubah... Tunggulah Malaya, akan aku pulang kelak... Sajak nie aku buat masa atas atap bertarikh dan bermasa seperti di atas...

Sunday, May 17, 2009

Aku Dah Kata, Man United Takkan Menang Dengan Arsenal!!!

Salam ALaik...

Takde ape untuk ku katakan kerana aku tak terkata... Hehe... Layan je la gambar nie... Apa yang aku tau, United seri dengan Arsenal tanpa jaringan... Tapi, itu dah cukup, tak gitu penyokong Liverpool?
Champion of England 18th Time

Wazza and Carrick

17 years old Macheda (2 goals in 3 caps)

Berbatov (Mahal Tak Patut) and Vida

Sir Alexander Chapman Ferguson (11th Premiership Title)

Friday, May 15, 2009

Mayat Itu Berkata-kata: Ujian dari Tuhan

Salam Alaik… 

Pagi tadi, aku ada Anatomi Spotter… Ujian ini memang memerlukan kecekapan dalam mengimbas segala aspek dalam tubuh manusia… Haha… Kalau dia bagi gambar memang Nampak senang, tapi, ujian ni, dia bagi specimen dari mayat… 

Macam-macam spesimen ada, tangan, kaki, lutut, peha, dada dsb... Memang kena pandai mengimbas la... Ujian kali ini, aku boleh kata ak menjawab dengan positif... Sebab apa? Sebab aku tak study semalam... Aku tido awal sebab mengantuk menyalin tulisan hieroglif Mantap... haha... Sori Mantap.... 

Berbalik kepada ujian tadi, aku ni memang tak hebat sangat mengimbas... Jadi, untuk mengenalpasti apakah yang ditunjuk pada spesimen itu, aku kena la pegang-pegang spesimen itu... Aku pegang dengan tangan bogel ‘naked hand’... haha...

Alhamdulilah, aku boleh kenal pasti sebahagian besar komponen... Cuma, ada soalan aku hentam... Haha... Sape suruh tak bace awal-awal kan? Selamat kalau salah takde tolak markah macam MTF (soalan aneka pilihan)...

Habis ujian, aku keluar dewan pembedahan… Aku bukak POLO, dan aku makan POLO dengan penuh bernafsu… Lepas tue, aku dengar ada orang kat belakang menegur

“EH, KO BASUH TANGAN KAT MANA TADI?”


Aku lupe, aku tak basuh tangan lagi rupenye~

p/s:Kalau nak hiburan sila klik sini

Wednesday, May 13, 2009

Mati Hanya Sekali Beb!!!

Salam Alaik...

"Mati hanya sekali beb"...

Aku teringat ayat yang selalu aku cakap kepada member aku dulu... Haha... Bukan berniat serius ayat itu, tetapi sekadar untuk bergurau... Ye, betul, mati memang sekali je, tetapi kalau dah mati? Fikirlah sendiri...

Ayat ni biasenye digunakan oleh mangkuk-mangkuk rempit kat tempat aku... Bila ditegur secara bergurau bahawa merempit boleh membawa maut maka ada la berkata,

"Mati sekali je kot"

Hah... Bangang...

Aku bukan ape, dulu ada gak la aku join budak rempit, erks, aku ingatkan ye, aku bukan Mat Rempit... Ulang suara, aku bukan rempit... Aku join diorang je... Mat Rempit nie memang kering, memang takde langsung perasaan takut mati... Pantang ada kereta kat depan tengah sesak, suke je diorang sebab dapat mencilok...

Bila polis muncul, mulalah masing-masing macam nak mati lari... Bila dapat lari, bangga satu kampung dapat lari... Bila kena tangkap mula la sumpah seranah polis tu... Hampeh...

Baru-baru nie, sebelum aku berangkat ke India, aku ada membeli burger kat gerai depan seven eleven Jerantut.. Masa tu ada mangkuk, baru habis beli burger... Aku agak dalam umur 16 tahun kot budak tu... Ada ke patut dia naik motor takde lampu belakang... Dah la tak pakai helmet malam-malam... Bangang... Kalau kena sondol dengan kereta tak ke naya? Ish3x...

Dulu, aku ada gak try buat wheely, saje je mencari maut... Haha... Nyaris melanggar pagar umah member aku... Tak caye, tanye Firmad... haha... Bodoh... Sampai sekarang aku tak wheely dah... Buat sakit badan jer...

p/s: entri ini sebenarnya ialah entri peringatan kepada aku sebelum aku beli motor berkuasa tinggi kat India nie... haha....



Inilah Impian Aku....

Terima Kasih Atas Segala Yang Diberi

Salam Alaik...

Baru sahaja tengah hari tadi aku berjaya menjalani ujian meja (Table Test) untuk Anatmi bersama VK... Ujian yang tampak susah, tetapi rupanya tidaklah sesusah mana, 'umpama melihat langit gelap, hujan renyai-renyai...'

Segalanya berubah selepas sahaja aku balik ke bilik... Dimulakan dengan rasa sakit perut yang tak pedih sangat, pergi ke rasa pening, kemudian dihydrasi, dan kini, demam pula datang... Patogen tak habis-habis suka kat aku... Mungkin tarikan (affinity) dengan aku sangat hebat kot...

Tapi, sungguhpun demam ini menjejaskan kehidupan aku untuk belajar, tetapi aku tak kisah... Sebab aku bersyukur, Tuhan hanya bagi aku demam...Cuba bayangkan kalau Dia bagi kombo demam+selesema+batuk+sakit tekak? haa, baru tau rasa bersyukur... haha...

Ok, berkaitan hal tanah air... Aku sebenarnya [ayat-ayat selepas ini dikeluarkan atas sebab-sebab keselamatan]...

Dah siap bicara hal politik, kita tengok ke arah barat, kita lihat ke arah JJB stadium pada hari khamis jam 0015 waktu India dan jam 0245 waktu Malaysia... Man United akan bertemu dengan Wigan... Kemenangan di sana, dan sekurang-kurangnya seri dengan Arsenal di Old Trafford akan menjadikan United juara Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga berturut-turut...

Sebagai memori, aku letakkan gambar United vs Wigan musim lepas yang menjadikan United menjuarai Liga, meninggalkan Chelsea 2 mata di belakang...

Gambar Hak Cipta www.manutd.com

Saturday, May 9, 2009

"Perlawanan Pertama Kami Agak Baik!!!" ~ Doo


Salam Alaik...

Pertemuan antara pasukan Batch 20 dan 24 petang tadi berkesudahan dengan kemenangan pihak Batch 20 dengan 2 jaringan berbalas satu... Gol pihak batch 20 dijaringkan oleh Ganesha melalui sepakan penalti manakala gol kedua dijaringkan oleh Muiz melalui sepakan basikal (bicycle kick)... batch 24 kemudian mengasak dan mendapat gol saguhati melalui jaringan penalti oleh Praveen...

Pada awal perlawanan, batch 24 amat kental bertahan... Pasukan penyerang batch 20 agak buntu setelah usaha bertali arus untuk menembusi benteng pertahanan batch 24 yang diketuai Panjang Ferdinand dan juak-juaknya iaitu Xiang (bek tengah), Mantap dan Rohil masing-masing di bahagian pertahanan kiri dan kanan...

Pada separuh masa pertama, pasukan batch 24 berjaya melakukan beberapa hantaran terus melepasi benteng batch 20, tetapi nasib tidak menyebelahi Kugan kerana gagal menguji kehandalan presiden IYA, Zack dalam mengawal pintu gol lawan dengan sepakan lemah...

Setelah banyak cubaan mengasak gagal, akhirnya batch 20 mendapat sepakan penalti setelah Ganesha dijatuhkan oleh Panjang di dalam kawasan penalti... Ganesha dengan tenang menewaskan penjaga gol batch 24, Skantha yang mantap sebelum ini... Beberapa penonton menegaskan Panjang mendapat bola dahulu, tetapi tidak dapat dibuktikan kerana tiada ulang tayang... Panjang selepas perlawanan menyatakan bahawa beliau memang tidak bermain dengan bola, sebaliknya bermain kaki...

Batch 20 masih belum berpuas hati dan melancarkan beberapa serangan merbahaya... Hasilnya, satu lagi gol dapat dihasilkan melalui kekalutan pemain pertahanan di depan pintu gol... Gol kedua ini, menurut beberapa pengulas, adalah gol yang ofsaid... Dan pembantu pengadil telah mengangkat bendera sebagai tanda ofsaid sebelum menurunkannya kembali setelah referee tidak melihat ke arahnya... Tetapi, tidak dapatlah dipastikan siapa yang betul kerana tiada ulang tayang...

Separuh masa pertama tamat dengan batch 20 mendahului 2-0... Masuk separuh masa kedua, beberapa pemain diganti (Redz in, Arvin out; Superman in, Rohil out; Doo in, Yob out; Vishnu in, Kugan out)...

Sepanjang separuh masa kedua, aksi hambar dipamerkan oleh kedua-dua pihak kerana kehabisan stamina... Pada 5 minit terakhir, batch 24 mendapat sepakan penalti setelah Praveen dijatuhkan... Batch 24 kembali semangat di sebalik serangan-serangan merbahaya pihak batch 20...

Tamat perlawanan, batch 20 (2) dan batch 24 (1)...

Komen pascaperlawanan:

~kita bermain dengan baik sekali... Cuma kadang-kadang jentera serangan gagal mengasak dengan lebih bahaya.. Tetapi ini sudah dikira bagus kerana kami masih baru, dan batch 20 dah banyak pengalaman~ Rohil memberi komen ala-ala Arsene Wenger...

~Kami umpama pemain Malaysia menentang pemain Man United... Badan mereka besar untuk dibandingkan dengan kami... Kami memang gagal mengawal bola kerana badan kami yang kecil ini~ Yobo

~Kami agak sedih apabila banyak pemain kami cedera... Tetapi mereka tetap bersemangat, dan kami mampu menang jika pemain kami cergas~  Panjang

~Panjang memang terbaik dalam bidang pertahanan... Tengok sahajalah tandukan melayang dia yang menyebabkan ramai kagum keupayaannya dalam pertahanan sedangkan dia ialah bekas penjaga gol di SAKTI dahulu~ Mantap

~Saya agak sedih tak dapat buat skil Zidane... tapi takpa, kita masih muda dan punya banyak masa untuk kembali beraksi dengan baik... Kami sudah bersungguh-sungguh, tetapi nasib tidak menyebelahi kita... Perlawanan kompetetif pertama kami agak baik sebenarnya~ Doo

~Saya tidak dapat bermain dengan mantap hari ini kerana stamina saya tiba-tiba jadi haram... Mungkin tidakan saya yang skip makan tengahari menyebabkan saya gagal menghasilkan tenaga yang mencukupi.. Walau apa-apa pun, kami dah cuba yang terbaik... Mungkin kali ini kami kalah, tapi nanti kami akan menang~ Sam der Tsar

Starting XI:

                                                   Skantha

Rohil (Superman)(Arvin)       Panjang       Xiang           Mantap (Rohil)


Pau (Kugan)        Yobo  (Doo)     Doo (Praveen) (Yobo)   Arvin (Redz)


                               Anthony          Kugan (Vishnu) (Yobo)

Edited Version (jam 0030): Yobo masuk balik setelah keluar sebentar menggatikan Vishnu, Arvin masuk balik menggantikan Superman, Rohil masuk balik menggantikan Mantap, Kugan masuk balik menggantikan Pau... Untuk pengetahuan korang, Liga Supremo nie membenarkan pemain bertukar banyak kali sesuka hati ala-ala American Football... (Pemain yang bermain sepenuh masa: Skantha, Panjang, Xiang, dan Anthony)

Yellow Card: Panjang , Rohil
Injured: Yobo; Doo, Redz, Mantap (dijangka kembali bermain dalam perlawanan seterusnya)

Thursday, May 7, 2009

Jumpa di sana dalam masa 20 hari!!!

Salam Alaik...

Kemenangan Barcelona dalam separuh akhir Liga Juara-juara Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA Champion League) berdasarkan jaringan gol di tempat lawan menyebabkan aku terasa agak sedih... Aku sedih bukan kerana Chelsea kalah, tetapi aku sedih kerana Barcelona agak hebat untuk bertemu United...

Jikalau Chelsea pergi ke Rom untuk menentang United, aku agak pasti kali ini kemenangan mudah kepada United... Ya, mungkin peminat Chelsea berasa sedih kerana pengadil perlwanan agak sial dengan menidakkan penalti milik Chelsea sebanyak sekurang-kurangnya 3 kali, tetapi, itulah adat perlawanan bola sepak... Pengadil ialah segala-galanya... Tiada ulang tayang, atau panel juri untuk menentukan sesuatu tindakan pengadil... Ini semua berdasarkan pendapat 3 orang di atas padang, Pengadil dan 2 orang Pembantu pengadil...

Kesian Chelsea... Aku paham... United juga mengalami nasib yang sama apabila Fletcher diberi kad merah setelah menjatuhkan Van Persie, sungguhpun ulang tayang menyatakan Fletcher bermain bola, bukan bermain kaki dahulu (paham tak?)... Mungkin tindakan penalti masih boleh diterima, tetapi, untuk kad merah, ia terlalu berat... Walaupun penalti, ia jelas tak menjejaskan keputusan separuh akhir... Tidak seperti Chelsea, yang jelas sekali menjejaskan harapan untuk bertemu United di Rom...

Ya, Barca mungkin susah untuk dikalahkan United, tetapi jelas sekali perlawanan akhir itu adalah yang terbaik kerana membandingkan liga perdana Inggeris dan Liga perdana Sepanyol... Corak kedua-dua pasukan bermain juga berbeza, jadi aku mengharapkan perlawanan yang terhebat dlam sejarah... Kalah dengan Barca aku tak kesah dah... Sememangnya mereka hebat... tapi, aku tetap optimis kerana pemain pertahanan utama Barca, kebanyakan cedera dan digantung perlawanan...

Apa-apapun, nasib tidak menyebelahi Chelsea... Kesian Zul Katak... Mesti die bengang giler... Dah la musim lepas kalah sebab Terry tergelincir, musim ini pulak, kalah sebab pengadil... Mungkin Chelsea belum bernasib baik untuk memenangi Liga Juara-juara...

Kepada Barcelona, jumpa di Rom 27 Mei ini... (Erks, 28 Mei waktu India)...

Tuesday, May 5, 2009

Redz berduka di sebalik keceriaan 24

Salam Alaik...

End Point, Manipal, SELASA - Pasukan bola sepak batch 24 berjaya membenam pasukan batch campuran 20, 21 dan 22 dalam perlawanan persahabatan 14 sebelah di padang bola sepak utama End Point petang tadi... Perlawanan yang berkesudahan 4-1 tadi memang tampak seimbang tetapi kualiti penyudah batch 24 melalui Awang Import dari batch 20, Miraj jelas menampakkan taring bach 24...

Perlawanan persahabatan ini merupakan perlawanan kedua batch 24 setelah kalah 3-0 dengan batch 21 sebelum ini...

Dalam perlawanan ini, Redz, pemain bek kiri Batch 24 telah cedera di kaki kanan setelah tersilap landing semasa cuba menahan bola pemain sayap Batch campuran... Redz, walau bagaimanapun berjaya menamatkan perlawanan itu walaupun dikhuatiri tidak dapat beraksi dalam perlawanan Supremo batch 24 vs 20 Sabtu ini...

-Lagi berita: Selepas makan-

Dah siap makan... Haha...
Sambung berita...

Kecederaan Redz memberikan tamparan kepada batch 20 kerana bahagian kiri yang selama ini senang ditembusi tampak susah dengan ketiadaan Redz...  Mungkin kapten pasukan batch 24, Pravin perlu memikirkan formasi setelah satu-satunya bek kiri batch 24 telah cedera...

Batch 24 diwakili oleh:

GK: Panjang

Bek Tengah: Mantap, Xiang dan Vishnu

Bek Kiri dan Kanan: Redz dan Rohil

Tengah: Doo, Yobo, Arveen, Pau, Pravin

Penyerang: Anthony, Miraj

Formasi: 5-5-2

Gol: Ustaz (1 gol) - Miraj (3 gol), Arveen (1 gol)

Sunday, May 3, 2009

One Giant Step For the Devils (Satu Langkah Besar untuk Setan)

Salam Alaik..

Di sebalik kekecewaan aku dalam gagal menonton si baju putih beraksi di Riverside, aku mendapat berita gembira selepas sahaja bermain bola di end point yang menyatakan United menang 2 gol berbalas kosong... Haha... Pemain Lagenda Giggs, dan Pemain Sayap kiri Korea, Park memberikan kedudukan yang selesa bagi United...

haha...

Tue je la aku nak cakap...

Man United akan mendahului 6 poin, untuk sekurang-kurangnya 24 jam... Jika Liverpool menang... haha... Boleh menang ke?

Malas nak takabbur... PBL Selasa nie, Embryology Isnin, dan pelbagai Ujian Kelas (Class Test) serta Peperiksaan Blok yang akan tiba 2 minggu lagi...

Izul (Senior batch 20) berkata, "Study la dari sekarang".... haha... Tengok la dulu Bro.... Aku ngantuk seyh...

Friday, May 1, 2009

Satu Mei Dua Ribu Sembilan: Pilihan Raya Umum

Salam Alaik...

1 may 2009... Apakah yang begitu signifikan dalam hari ini? Secara umumnya, rakyat Malaysia menyambut hari buruh atau hari pekerja pada tanggal 1 Mei setiap tahun... Hari Pekerja merupakan satu hari untuk menunjukkan apresiasi kerajaan dan rakyat kepada para pekerja yang sama-sama membantu membangunkan negara Malaysia, sejak dari Malaysia mencapai kemerdekaan sehinggalah kini...

Jasa pekerja dalam membangunkan negara tidak boleh dilupakan, tidak kira apa-apa pangkat sekalipun... Walaupun seorang buruh, mereka masih berjasa dalam membangunkan negara...

Eish... Ape kes aku berbincang pasal hari pekerja nie? Mengarut jer... Aku dah la lame da tak tulis esei BM Cikgu Mai sepanjang 6 muka surat mandatori... Jadi, tidaklah bagus untuk aku menulis karangan fakta sekarang... Haha...

Berbalik kepada betapa signifikan 1 Mei kepada aku, 1 Mei 2009 merupakan hari kedua cuti untuk aku dengan cuti itu bermula semalam... Kenapa cuti? Aku dengar khabar angin cuti pilihanraya... Tapi aku tak nampak lagi macam ada unsur pilihanraya kat sini (Manipal)...

Ok, jom lihat kembali ke belakang, kalau di Malaysia... Apabila ada je unsur pilihanraya umum, mesti bertebaran poster merata di muka bumi... Belum campur berita-berita hangat+hangit di muka Tv serta fitnah dan segala umpat keji di Internet dan juga akhbar serta di kedai kopi...

Tapi, kat sini, aku tak nampak macam ada pilihan raya... Kenapakah? Adakah mereka hanya tahu study? Atau memang bukan budaya di sini untuk melibatkan diri dalam politik? Mungkin mereka hanya fanatik dalam bab kriket sahaja? Itu aku tak tau... Adakah ini menunjukkan kematangan rakyat India dalam politik, atau sebaliknya?

p/s: Aku dengar citer orang jer ada pilihanraya... Betul atau tak, aku tak tau... Biar aku check wikipedia jap... Yup.. Betul... 30 April pilihanraya... Dan aku tak perasan pun pilihanraya semalam... haha