Monday, June 15, 2009

Kenyataan Blog Dari En. Redz da Tsar

Salam Alaik...

Saya, Redz da Tsar dengan ini mengumumkan bahawa saya tidak akan ada dalam talian (online) selama sekurang-kurangnya 5 hari dan semaksimanya 2 minggu... Hal ini jelas sekali tidak dapat dielakkan kerana saya perlu bertukar bilik dari A 433 Nehru Block ke A331/A324 Nehru Blok atas arahan pihak pengurusan asrama Institut Pengajian Tinggi Manipal (MAHE)...

Perpindahan yang tidak dapat dielakkan ini mungkin bermula pada hari esok 15 Jun... Walaupun perpindahan bermula esok, saya tidak aa dalam talian mungkin bermula pada 16 Jun... Perpindahan ini menyebaban saya perlu menukar alamat talian lantas mengakibatkan urusan dalam talian tidak dapat dilakukan...

Akibat perkara ini, segala aktiviti saya seperti mem'facebook', mem'blog' dan segala berita tentang perpindahan pemain BPL tidak dapat diikuti sepanjang masa itu... Masa itu, saya hanya boleh dihubungi oleh dunia luar melalui talian telefon sahaja di sebalik Skype, YM, Yahoo Messenger, dan emel kini...

Di samping itu, berita terkini dari saya juga gagal dikongsi sedangkan esok mungkin saya punya berita yang agak besar... Maaf...

Segala kesulitan amatlah dikesali... Terima Kasih kerana faham dengan masalah ini...

Saya Yang Benar,

Redz da Tsar
Blogger, Facebooker, etc...

2 comments:

Portgas .D. Ace said...

pindah bilik pn mcam pindah umh..
pe da..

Anonymous said...

Okee...
Selamattt.


S.Yanaz