Wednesday, September 30, 2009

Rumah Yang Terbuka Luas

Salam Alaik...

Ramadhan dah lama berlalu, Syawal dah 10 hari berlalu... Diam-tak diam, dah 7 hari kelas bermula... Kepompong Ramadhan dah lama terbukak... Kini keluarlah rama-rama berdasarkan apa yang berlaku dalam kepompong... Jika cantik perbuatan dalam kepompongnya, keluarnya rama-rama yang cantik juga... Hehe...

7 Syawal dulu, ada open house kat rumah Anis Nabillah, Munira, Husna, Arifah, Mastura dan Farah Inaz... 8 Syawal, rumah raya a.k.a rumah Edi, Azrul, Aliff, Rohil, Wawan dan Aku pulak membuka pintu rumah untuk jamuan makan-makan dan majlis kesyukuran... Insya-Allah, Jumaat nie, rumah Asmira dan rakan-rakan pulak yang dibuka...

Rumah terbuka nie, sangat bagus dalam mengeratkan silaturrahim dalam kalangan semua budak... Masa ni la, semua orang dapat mengenali seseorang yang lain dengan rapat... Ukhwah yang dahulu sangat 'cetek' kini bertambah dalam... Kegembiraan terpancar di mana-mana... Yang penting, hubungan sesama manusia dapat dieratkan... Lihat sahajalah tetamu yang datang, jelas dari pelbagai bangsa dan umur... India, Cina, Melayu, Serani, malah pelajar dari Maldives pon datang beraya... Inilah dia 1Malaysia yang dicanang oleh Najib... hehe... (Dah puji nie boleh la naik elaun)...

Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa... Sengaja menulis walau takda isi sebab taknak blog aku sunyi sepi... Haa, ada satu berita bagus, 'The Redz Devil' aku dah keluar dari workshop dengan banyak benda baru... Yang tak baru cuma Nama dan jiwanya sahaja... hehe...

Semoga aku sentiasa selamat di sini... Kalau injured, payah woo... Dah la jauh dari keluarga... mungkin la ada kengkawan yang baik hati memberi semangat dan bantuan... Alhamdulillah, setakat nie masih belum ada ujian berat yang menghalang aku selain ujian Blok, dan ujian kelas (Class Test)... Hehe...

Bergerak lah dahulu aku... Aku nak melukis pulak... Salam Aidilfitri, masih belum terlambat agaknya...

2 comments:

Mus said...

Ohh, maseh x t`lmbat..
Raya kn sebulan..haha
Slmt ari raye :)

fi3lina said...

g lukih histoo nuhh. berblogging pule.=p