Salam Alaik...
Yeah... Entri ke-4 dengan menggunakan Scheduled post..
Bercakap tentang minat, atau hobi, atau kegemaran, tentu macam-macam yang akan terbayang dalam kepala otak sekarang nie... Biase la, setiap orang lain minatnya... AKu pun banyak jugak benda minatnya... Apa yang aku minat, tak semestinya orang lain minat, kan...
Masa aku kecik-kecik dulu, aku suke sangat main pasir... Pasir nie memberi aku peluang untuk membuat karya seni aku, tidak kira la Istana, ataupun empangan ataupun sawah, Pasir memberi aku peluang untuk mengasah minda dan bakat yang terpendam dalam jiwa aku.... Tapi, biasa la, mesti ada yang menghalang kalau aku minat sesuatu... Kalau dalam bidang halang-menghalang aku main pasir nie, juaranya ialah Mak dan Ayah aku... hehe... Tapi nak wat gone, kan? Dah mende bahaye.. Kalau aku pon marah anak aku main pasir... Kalau nak main pasir, pergi pantai...
Bola Sepak a.k.a Man United
Dalam proses membesar, minat aku kepada pasir dah berkurang, jadi kembali kepada minat-minat yang lain seperti Digimon, Buku Sticker tah ape-ape, dsb... Macam biase, kanak-kanak... Tah ape-ape mainnye... Tapi, sebagai seorang ex-kanak-kanak, aku menghargai minat mreka tue asalkan masih berpandukan logik dan berlandaskan syariah...
Bila dah besar, minat-minat nie semakin serius... Aku mula meminati sukan bola sepak, atau dengan nama lainnya Manchester United, si setan merah... haha... Minat nie agak parak jugak la... Fanatik jugak kot... Bukan senang nak tengok orang yang baru 3 bulan sokong United tiba-tiba jadi fanatik giler... Kalau kalah, murung je sepanjang hari... bercakap pun taknak.... hehe.. tapi itu dulu... Sekarang dah tak fanatik dah... kalau kalah, nak buat camne, kalau menang, tumpang hepi... Tapi sila jangan persoalkan sokongan aku kepada Malaysia... Walaupun kalah macam mana pun, atau lawan MU sekalipun, aku tetap sokong Malaysia.... Cuma jersi Harimau Malaya je tak beli LAGI... heh
Politik
Bidang politik memang aku minat lama dah... Sejak umur 10 tahun lagi... Pasal politik nie memang dah banyak sangat dah pengalaman aku mengomen, mengkritik, memuji, memerli dsb... Dalam blog nie pon tak kurang dari 10 entri pasal politik.... Tapi itu dulu la.. Sekarang bila aku dah belajar bahawa politik itu dikotorkan ahli politik, terus aku malas nak ambik pot... Apa yang aku ambik pot ialah kenapa GST perlu dikenakan kepada rakyat, kenapa cukai rokok naik lagi, kenapa harga petrol taknak turun bawah RM1.40, kenapa nak jugak buat petrol yang mahal dsb... Adakah itu politik?
Fotografi
minat aku dalam bidang fotografi sudah lama wujud... Sejak dari SBPIT lagi.. Cuma waktu tue, tak berkecimpung secara aktif jer... Almaklumlah, malas nak beli kamera... Bila sampai kat India, baru la beli sekor kamera yang diberi nama Davy Jones atau nama Melayunya Mokhsen... Aku malas lagi nak beli DSLR... Kalau ilmu belum cukup untuk mencari pose atau scene menarik, guna la DSLR harga RM40 000 sekalipun, tak guna jugak... So, sebab aku tengah jalan-jalan nie, maka aku bawak la sekali kamera aku... Insya Allah minggu depan aku tunjuk gambar aku yang aku amik dalam facebook...
Panjang la pulak aku punye entri... Banyak lagi minat aku... Nanti la pulak aku citer... Kalau panjang sagat bosan nantinye...
Cuma aku nak bagitau, apa yang kita minat tak semestinya orang lain minat, dan apa yang orang lain minat, tak semestinya kita minat... Hargailah minat seseorang itu selagi tidak melanggar syarak... Jangan duk kutuk-kutuk tapi bagi sapot kay~ Hingga bertemu lagi, dalam 3 hari~
p/s: Entri ini telah lama ditulis dan dipos secara automatik dengan menggunakan pilihan 'scheduled post' kerana aku tidak dapat berada dalam talian dalam masa beberapa minggu... Sila rujuk di sini... Harap maklum~
Sunday, February 28, 2010
Hargailah Minat Seseorang Itu
Tentang
bola sepak,
fotografi,
ManUtd,
Redz
Thursday, February 25, 2010
Patriotisme dan Nasionalisme Aku
Salam Alaik...
Sungguhpun aku kini berada di bumi India, semangat patriotik dan nasinalisme aku masih tinggi... Rindu aku kepada Malaysia (atau Malaya atau Tanah Melayu) sangat menggunung...
Setiap kali sampai 31 Ogos 2009, komfem, aku dan kawan aku Zimi dan Ahmad mengekalkan tradisi menaikkan Jalur Gemilang di kawasan rumah aku... Menyambung tradisi Pak Cik Leman yang memulakan acara itu...
Walaupun tak sebesar dan setinggi mana, tapi menaikkan panji itu memang satu cara untuk membuktikan semangat cinta akan negara, bukan setakat pergi BTN je... hehe...
Dan, aku teringat, pada 16 Disember 2009, aku bermimpi bahawa aku sedang berbual-bual dalam satu restoran yang riuh rendah, dan tiba-tiba lagu Negaraku berkumandang... Serentak satu kedai bangun senyap menghormati lagu tue... Pegh... Dalam mimpi pun aku patriotik.. Giler hebat...
Dulu, waktu Legenda 2009, aku rasa bangga bila Lagu Negaraku berkumandang di India, sempena kedatangan Pesruhjaya Tinggi Malaysia di India... Bila mana lagu itu berkumandang, semua berdiri, dan aku sangat rasa hebat... Wah3...
Aku sebenarnya kalau dengar lagu nie, meremang bulu roma... hehe...

Monday, February 22, 2010
BTN: Biro Tingkatkan Nasionalisme
Salam Alaik
Dalam pada ramai orang mengutuk BTN atau nama komersialnya Biro Tatanegara, aku tidak mahu mengutuk sekali... Cukuplah komen-komen orang yang lebih berpengalaman dan lebih hantu politik dari aku...
Pengalaman aku dalam BTN hanya sekali, selama 5 hari, sangat mengghairahkan... haha...
Biar aku beritahu satu kelebihan BTN, BTN dapat mengisi masa lapang selama 5 hari dan selain itu mampu mengelakkan perokok merokok selama 5 hari (kalau mematuhi undang-undang la)...
Dalam objektif meningkatkan semangat nasionalisme, aku rasa BTN bukan meningkatkan semangat nasionalisme tetapi lebih kepada ~~~~~~~~~~
Maaf.. Disunting dengan jayanya...

Saturday, February 20, 2010
Aku Nie Radikal Sangat Ke?
Salam Alaik..
SATU
Teringat satu masa dulu, aku tengok satu drama Melayu, si hero berkata pada kawan dia, "Ko jangan nak dekat dengan awek aku... Tak elok ko dekat dengan dia, sebab dia awek orang"...
Geram aku nak seligi penulis skrip tue, ape kejadahnye 'awek' tak boleh dekat... Bukan bini pon lagi...
Ekstrem tak aku?
DUA
Aku agak tak berkenan (bukan benci) bila ada makhluk yang jenguk blog aku sekali, atau tinggal komen sekali pastu tulis, "I follow blog u, follow me back k"... Haha... Mabuk ka? Kemaruk sangat nak follower... Ok, aku follow jugak la... Kesian la, kan?
Sapa yang banyak komen dalam bog aku, atau blog diorang menarik, automatik aku follow... Tak payah nak kata macam ayat kat atas nie... Just tinggal jejak macam 'Salam Ziarah' etc... Nanti aku klik dan aku baca blog korang, aku linkkan sekali dan kalau menarik aku follow...
Biasanya kalau ada yang tinggal komen, atau tinggal jejak kat Shout out aku akan linkkan terus blog diorang... Supaya mudah aku nak tengok update... Jadi, kalau nak aku letak link korang, cuma tinggalkan jejak jer...
p/s: Sila jangan semakkan aku punya shoutout dengan bisnes MLM atau MGM atau online bussiness... Selamat shoutout takleh delete... Kalau boleh delete, aku delete dan 'ban' terus... Hehe... Maaf agak panas entri nie...
Pos ini di'pos' dengan Scheduled Post option sebab aku tak online dalam 20 hari... Untuk maklumat lanjut, Sila lihat entri ini~ Harap maklum..

Aku gerak dulu~
Salam Alaik...
Aku nak jugak buat entri stail Che Det
Aku nak jugak buat entri stail Che Det
- Akan aku tinggalkan blog aku dengan entri-entri yang akan datang... Kalau rajin sila la komen... hehe...
- Aku dah nak gerak pergi jalan, destinasi pertama, Jais Almer~
- Doakan aku dan rakanku selamat~
- Kepada familiku, maaf tak dapat pulang ke rumah~ Semoga kalian sentiasa selamat dan bahagia..
- Keputusan exam dijangka keluar Isnin nie, sewaktu aku berada di gurun Jais Almer... Jadi, apa-apa pun aku harapkan yang terbaik untuk aku dan rakan-rakanku... Aku merancang, Tuhan merancang, tetapi perancangan Tuhan juga yang terbaik~
- Kepada rakanku yang join sekali travel, memang komfem korang tak baca benda nie sebab sibuk mengemas barang, tapi cuma nak bagitau, "Enjoy ourselves"... Hehe
- Kepada MU, maaf, tak dapat tengok game korang sepanjang 21 hari nie... Semoga berjaya selalu....
- Aku harap aku tak patah tulang belakang bawak beg berat... haha...Jazakallah Khairan Katsira~ Ma'as salamah~
Friday, February 19, 2010
Entri ke 300: Kenyataan Blog Dari Aku!!!
Salam Alaik...
Dah 3 entri sebelum nie aku jamu dengan isu yang agak berat, tetapi telah diringankan... Jadi, aku taknak lagi memberatkan blog aku dengan isu yang berat kali nie... Sekadar santai sudeyh... Hehe...
Yeah, untuk pengetahuan korang, exam aku dah habis 17 Feb lepas... Kiranya bermula semalam sehingga 22 Mac 2010 aku akan bercuti... Tentang exam, aku cuma mampu doakan yang terbaik untuk aku setelah aku melakukan yang terbaik... Dan apa sahaja keputusan, itulah yang terbaik bagi aku...
Bila dah masuk musim cuti nie, bebudak Manipal ada dua pilihan untuk menghabiskan cutinya... Pertamanya, mereka akan bergerak pulang ke Malaysia untuk bersama keluarga tercinta... Al-maklumlah, dah hampir sekurang-kurang 6 bulan tak jumpa... Keduanya, tak balik Malaysia, tapi bergerak melancong memerhati alam ciptaan Tuhan nie...
Oleh sebab aku dah jadi golongan yang pertama bulan 8 tahun lepas, kali nie, aku nak jadi golongan kedua pulak... Insya Allah aku akan mula bergerak keluar dari Manipal esok malam dengan destinasi rasmi pertama Jais Almer...
Perjalanan aku nie insya Allah akan tamat kurang lebih 10 atau 11 Mac 2010... Hal ini bermakna aku akan tidak berada dalam talian selama kurang lebih 21 hari... Segala aktiviti dalam talian akan diuruskan dengan cara tersendiri...
Blog aku, walaupun aku tiada, akan diceriakan dengan entri-entri yang telah aku sediakan, dan insya Allah akan disiarkan setiap 3 hari bermula esok sehingga 9 Mac 2010... Jadi, blog aku akan sentiasa dikemas kini walaupun aku tiada... Jadi, rajin-rajinlah melawat blog aku nie...
Fesbuk pulak, aku takkan balas komen korang, atau pergi komen kat status atau link korang, tapi aku akan sentiasa update dengan lokasi terkini atau aktiviti terbaru aku sepanjang berjalan-jalan di India nie...
Friendster, emel dan website serta blog-blog yang rajin aku lawat, aku terpaksa tinggalkan... Maafkan aku~ Kalau boleh online dalam kereta api, dah lama aku jenguk-jenguk... Haha...
Dan, masa aku takde nie la senang untuk sesiapa yang nak komen isu aku tanpa aku balas balik... Kiranya boleh la letak pendapat korang yang kontra dari pendapat aku tanpa aku balas hujah korang... Hehe...
Sampai sini je la dulu~ terima kasih sebab singgah...
p/s: Ini entri ke-300 aku... Walaupun aku dah 2 tahun buat blog, entri aku baru 300 keping jer... Tak macam blog lain yang bari 3 bulan dan 100 entri... haha...

Wednesday, February 17, 2010
Ancaman Sebenar
Salam Alaik...
Apakah ancaman yang sebenar bagi Malaysia? Adakah Illuminati? atau Freemason? Haha... Ingat dah habis pasal dua tue, kan? Rupanya ada lagi... Owh, bagi pendapat aku, aku ulang sekali lagi, bagi pendapat aku, dan aku berpendapat bahawa ancaman sebenar Islam dalam Malaysia ialah musuh dalam selimut...
Bila sebut musuh dalam selimut, aku nak lontarkan satu pertanyaan... Adakah illuminati musuh dalam selimut? Apakah makna dan definisi musuh dalam selimut? Adakah musuh yang dibalut selimut bercorak petak-petak papan dam? Haha... Sempat lagi buat lawak bangang... Maaf... Hehe... Musuh dalam selimut bermakna gunting dalam lipatan... Musuh yang berada dalam kalangan kita, itulah musuh dalam selimut...
Sebelum aku mencarut panjang, aku nak tegaskan Illuminati dan Freemason memang musuh kita, tapi ada lagi musuh yang lagi penting untuk kita ambil tahu...
Pertamanya, musuh Islam yang paling utama ialah munafiq... Munafiq nie pada luarannya memang nampak Islam, tapi hatinya bukan Islam... Kalau setakat hati bukan Islam pun dah teruk, munafiq nie mempunyai agenda untuk memusnahkan Islam dari dalam... Kita payah nak nampak tetapi dalam diam dia memakan Islam dari dalam... Mangkuk-mangkuk (kata ganti nama bagi munafiq) nie akan membawa nama Islam, dan pada masa yang sama meninggalkan ajaran Islam yang berasaskan Nas al-Quran dan al-Hadis...
Antara cara munafiq ialah mengapi-apikan rasa marah dan dendam dalam diri Muslim agar bergaduh sesama sendiri... Bila dah bergaduh, mereka akan ke tepi dan jadi batu api... Banyak lagi modus operandi munafiq nie... Malas nak kupas banyak-banyak... Aku share sikit sifat munafiq nie: 1) Bila berjanji dia mungkiri; 2) bila bercakap dia bohong; 3) Bila berbalah dahagakan kemenangan; 4) Bila memateri perjanjian dia akan mungkiri...
"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang." Riwayat oleh al-Syaikhan dari Ibn.'Amr.
Golongan kedua musuh dalam selimut ialah golongan Syiah... Oleh sebab bab Syiah nie aku kurang berilmu, maka aku taknak tulis panjang lebar sangat... Kalau rajin korang carilah sendiri... Yang aku tahu, beradasarkan info, golongan Syiah sekarang nie sedang bertapak di Malaysia melalui pelbagai cara yang tidak kita sedari... Kenapa Syiah satu ancaman? Syiah membawa satu ajaran yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah... TERLALU mengagungkan ahlul-Bait dan Saidina Ali r.a.... Dan mengkafirkan para sahabat yang lain seperti Abu Bakar, Uthman, dan Umar... Apa yang menjadi serius ialah Syiah bergerak di bawah angin dan mungkin secara tidak kita sedar, kita mungkin terpengaruh dengan dakyah Syiah... Nanti kalau aku dah banyak belajar tentang Syiah, aku akan kongsi...
Golongan ketiga ialah golongan neo-Muktazilah... Muktazilah nie sebenarnye ialah satu gerakan dan fahaman yang menggunakan akal fikiran MELEBIHI nas al-Quran dan as-Sunnah... Mereka mentafsir al-Quran berasaskan akal agar mereka dapat apa yang mereka mahu... Muktazilah nie bahaya sebab kecenderungan manusia menggunakan akal melampau-lampau sampaikan meyatakan bahawa al-Quran itu makhluk... Dalam kita tak sedar, kita mungkin juga pernah menggunakan akal melebihi al-Quran dan as-Sunnah... Banyak contoh pendapat Muktazilah yang diadaptasi di Malaysia... Contohnya hal berkaitan Qada' dan Qadar dsb...
Tapi, muktazilah telah lama dipadamkan dalam sejarah oleh al-imam Ahli Sunnah wal Jamaah, imam Asy'ari dan Imam al-Maturidi... Pengikut rasminya memang berkurang dan pupus di muka bumi ini... Tetapi, di zaman teknologi maklumat ini, golongan Muktazilah moden, atau neo-muktazilah pula muncul... Mereka takkan memberitahu bahawa mereka muktazilah, tapi mereka secara tidak sedar meletakkan akal di atas nas...
Sebagai contoh, apabila al-Quran membenarkan sesuatu perkara untuk dilakukan, tetapi golongan neo-Muktazilah ini akan melarangnya berdasarkan hujah-hujah akal fikiran... Mereka akan menggunakan logik akal manusia yang tak seberapa untuk mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram... Mereka menganggap bahawa apa yang telah tertulis dalam al-Quran itu tidak sempurna, dan menambahkannya dengan akal fikiran mereka... Ada contohnya, tapi bahaya untuk aku letak...Takut menimbulkan polemik...
Ada yang berpendapat bahawa ahli falsafah merupakan muktazilah... hehe... Aku tak tau tue... AKu rasa ok je ahli falsafah... Cuma jangan falsafahnya melebihi al-Quran dan Sunnah sudeyh...
Ini semua ialah sebahagian dari musuh dalam selimut yang kita tak sedar kewujudannya dan mungkin kita juga sebahagian dari mereka... Berjaga-jagalah dalam beribadah... Pastikan kita berilmu dalam beribadah berdasarkan ilmu yang shahih dan benar, bukan teori dsb... Ingatlah, jangan kita jadi macam golongan kat bawah nie:
"Solat, puasa dan amalan mereka jauh lebih banyak daripada solat, puasa dan amalan kamu, namun mereka membaca al-Quran hanya sampai kepada tenggoloknya sahaja (tidak memahami dan mengertinya); mereka lepas daripada (ikatan) agama seperti sebatang panah yang terlepas dari busurnya".
Inilah khawarij yang banyak amalannya, tetapi ilmunya kurang... Tidak hairanlah jika mereka sanggup membunuh Saidina Ali kerana ingin bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah...
Update: Bacaan untuk Syiah boleh klik sini
Tambahan: Milan 2- MU 3 (Owh, aku kena mind control. Maaf!!)
Tambahan Lagi: Kerajaan Negeri Kelantan kena cap Wahhabi dsb oleh seorang yang mengaku dia Ahli falsafah kerana tolak mengadakan perarakan Maulud Nabi... Haha... Senang je nak label orang Wahhabi ye dok?

agama,
akidah,
Kontroversi,
sunnah,
wahhabi
Monday, February 15, 2010
Kamu: Illuminatus!!! Bahagian Akhir
Salam Alaik...
Nota Kepala: Sapa yang tak baca Bahagian Pertama, sila baca dulu... Kalau tak mulalah ada tuduhan liar kepada aku~ Klik sini
Edisi Istimewa blog aku diteruskan lagi... Kali ini untuk peminat tegar Illuminati yang obses giler terhadap Illuminati dan sekutu-sekutunya...
Jadi, untuk menjadi peminat tegar yang obses terhadap illuminati, mereka perlulah tahu dan faham cara-cara untuk meng'illuminati'kan atau me'mason'kan sesuatu... Berikut ialah tips-tips yang berguna untuk peminat tegar yang obses terhadap illuminati...
Kepada peminat tegar yang obses terhadap illuminati, silalah bermula dari sekarang meng'illuminati'kan segalanya... Boleh lah bermula dengan header blog aku nie... Cari unsur illuminati... haha... jelas dan nyata kot... Boleh la label aku Illuminatus~ Tapi, jangan la meng'illuminati'kan rukun Solat yang 13 tue... Eish...
Ada terbaca satu komen kat blog orang lain, "SYaitan akan menyesatkan walaupun dengan cara yang dianggap remeh"... Ya, betul tue... Tapi kalau tengok perkara remeh, dan mengabaikan perkara yang besar macam mana? Sibuk dengan illuminati tapi dalam masa yang sama duk mengkafirkan orang, atau membiarkan umat Islam bergaduh sesama sendiri kerana perkara remeh? Inilah dia 'mind control' yang dicanang-canang... mengkhayalkan peminat tegar yang obses terhadap illuminati terhadap perkara remeh sehinggakan peminat tegar yang obses terhadap illuminati gagal melihat perkara yang lain yang lebih serius...
Owh, agak kasar kenyataan aku di situ... Maaf kalau ada peminat tegar yang obses terhadap illuminati terasa... tak semua peminat tegar yang obses terhadap illuminati macam tue... Tapi kebanyakkannye la... Maafkan akau kalau terkasar bahasa dan terlibas fahaman korang... Kalau tak puas hati atau ada yang nak komen boleh la tinggalkan di ruang komen...
Dan sekali lagi aku ingin tegaskan, kalau nak baca untuk tambah ilmu, tak mengapa... Cuma jangan terlalu OBSES dan FANATIK seperti tiada perkara lain yang lebih utama...
Dan, maka, berakhirlah edisi istimewa Illuminati dan Freemason aku... Kalau aku rasa aku nak tambah, aku tambah la... tapi buang masa je tambah benda nie... Dan, artikel kat atas nie hanyalah artikel 'sinis' yang serius... Harap para pembaca paham~
Bacaan Tambahan: Dari Dr.Mimo klik sini
Jazakallah~
Kemas Kini 2300, 160210:
Baru je tadi aku melihat ada kawan aku meng'illuminati'kan atau me'mason'kan logo batch junior sekolah aku... Haha... Uiks, hebat giler batch junior aku, sebahagian dari New World Order rupanya...
Klik sini untuk melihat mangsa Teori Konspirasi~
Tolonglah matang, ye!!!

- Cari apa-apa sahaja yang ada unsur 'unfinished pyramid' untuk meng'iluminati'kan logo itu... Sebagai contoh, lihat logo Reliance Bank kat bawah nie... hehe... Atau bak kata Dr.Amierul, nasik lemak bungkus pun boleh...
- Cari apa-apa yang ada unsur 'all seeing eye'... Ala, kalau tak nampak bentuk mata pun, ala-ala mata pun boleh jugak nak diilluminatikan..
- Gunakan kepakaran matematik anda untuk menghasilkan nombor seperti 13 atau 666... Contoh, dalam jata negara ada tulisan 'bersekutu bertambah mutu' dalam jawi dan rumi... Cuba kira semua abjad yang digunakan dalam jata negara tue... Anda akan dapat 39 huruf... 39 bukan nombor illuminati, tetapi untuk mengilluminatikannye, kita hendaklah bahagikan nombor tue dengan 3... 39/3=13... hehe... Kan dah illuminati...
- Lihat rumah kawan anda... Atau rumah sapa-sapa la... Kalau nampak lantai dia atau lantai bilik air dia ada corak papan dam, bagitau dia, "Kamu, Illuminatus!!!"... amacam, ada berani?
- Lihat sahaja mana-mana logo yang ada lambang perisai berbucu 5.... Pastu steady la sambung bucu-bucu tue, kemudian jadilah bentuk bintang... Yeah... Penyembah syaitan~ Hehe... Lambang kat bawah nie adaptasi dari lambang Man United yang peminat tegar yang obses terhadap illuminati telah illuminatikan... Jadi, adakah Muslimeen United juga mempunyai kaitan dengan lluminati?
- Sebab Illuminati dan Mason nie obses dengan kaler merah dan hitam, boleh la meng'illuminati'kan team bola sepak yang warna merah seperti Man Utd, atau Kelantan FC, atau Selangor dsb... Pasni pakat-pakat peminat tegar yang obses terhadap illuminati jangan tengok bola... nanti kena mind control...
Kepada peminat tegar yang obses terhadap illuminati, silalah bermula dari sekarang meng'illuminati'kan segalanya... Boleh lah bermula dengan header blog aku nie... Cari unsur illuminati... haha... jelas dan nyata kot... Boleh la label aku Illuminatus~ Tapi, jangan la meng'illuminati'kan rukun Solat yang 13 tue... Eish...
Ada terbaca satu komen kat blog orang lain, "SYaitan akan menyesatkan walaupun dengan cara yang dianggap remeh"... Ya, betul tue... Tapi kalau tengok perkara remeh, dan mengabaikan perkara yang besar macam mana? Sibuk dengan illuminati tapi dalam masa yang sama duk mengkafirkan orang, atau membiarkan umat Islam bergaduh sesama sendiri kerana perkara remeh? Inilah dia 'mind control' yang dicanang-canang... mengkhayalkan peminat tegar yang obses terhadap illuminati terhadap perkara remeh sehinggakan peminat tegar yang obses terhadap illuminati gagal melihat perkara yang lain yang lebih serius...
Owh, agak kasar kenyataan aku di situ... Maaf kalau ada peminat tegar yang obses terhadap illuminati terasa... tak semua peminat tegar yang obses terhadap illuminati macam tue... Tapi kebanyakkannye la... Maafkan akau kalau terkasar bahasa dan terlibas fahaman korang... Kalau tak puas hati atau ada yang nak komen boleh la tinggalkan di ruang komen...
Dan sekali lagi aku ingin tegaskan, kalau nak baca untuk tambah ilmu, tak mengapa... Cuma jangan terlalu OBSES dan FANATIK seperti tiada perkara lain yang lebih utama...
Dan, maka, berakhirlah edisi istimewa Illuminati dan Freemason aku... Kalau aku rasa aku nak tambah, aku tambah la... tapi buang masa je tambah benda nie... Dan, artikel kat atas nie hanyalah artikel 'sinis' yang serius... Harap para pembaca paham~
Bacaan Tambahan: Dari Dr.Mimo klik sini
Jazakallah~
Kemas Kini 2300, 160210:
Baru je tadi aku melihat ada kawan aku meng'illuminati'kan atau me'mason'kan logo batch junior sekolah aku... Haha... Uiks, hebat giler batch junior aku, sebahagian dari New World Order rupanya...
Klik sini untuk melihat mangsa Teori Konspirasi~
Tolonglah matang, ye!!!
Tentang
Aktiviti,
Kontroversi
Saturday, February 13, 2010
Kamu: Illuminatus!!!
Salam Alaik...
Sejak kebelakangan ini, illuminati dan freemason merupakan satu topik yang sangat menarik untuk dibaca dan dikaji... Minat ini disuburkan lagi dengan koleksi novel dari Dan Brown yang menyentuh Illuminati (Angle and Demon, 2000) dan karya terbarunya menyentuh tentang Freemason (The Lost Symbol, 2009)... Malah Angles and Demons telah difilemkan, mengikut jejak langkah novelnya yang bertajuk The Da Vinci Code (2003) yang menyentuh tentang Knight of Templar dan Priory of Sion (www.DanBrown.com 2010)
Apakah dia Illuminati, Freemason dan segala macam organisasi yang bergerak di bawah angin nie? Kebanyakan teori konspirasi akan mengaitkan Freemason ini dengan al-Masih Dajjal, dan illuminati juga dikaitkan dengan perkara yang sama... Mengikut klip video kegemaran penggemar teori konspirasi, The Arrival oleh Achinaar , Freemason dan ahli-ahlinya menunggu dan ingin menyambut kedatangan al-Masih Dajjal melalui pelbagai cara...
Illuminati dikatakan satu pertubuhan anti-gereja kerana puak-puak gereja pernah membunuh saintis-saintis yang mengeluarkan teori berlainan dengan ajaran Kristian... Jadi, Illuminati merupakan satu pertubuhan pemikir yang tidak berpuas hati kepada gereja... Tetapi itu dahulu, kini Illuminati dikaitkan dengan al-masih Dajjal...
Knight of Templar pula dikaitkan dengan usaha menyelamatkan ‘keturunan’ al-Masih Isa dan Priory of Sion pula ialah satu pertubuhan untuk memusnahkan ‘keturunan’ al-Masih Isa... Walaubagaimanapun, kewujudan kedua-dua organisasi ini kini diragui...
Berbalik kepada Freemason dan Illuminati... Antara agenda besar Freemason ialah ‘The New World Order’... Untuk mencapai impian mereka menyambut al-Masih Dajjal, mereka telah menyebarkan pelbagai dakyah dan cara untuk mempengaruhi minda manusia, antara yang terkenal ialah ‘All-Seeing Eyes’, ‘Unfinished Pyramid’ dan sebagainya...
Dah!!!! Cukup mencarut!!!
Ok, sebelum aku mengarut dan mencarut lebih panjang, sebenarnya 5 perenggan kat atas nie merupakan satu pengenalan kepada Freemason, illuminati dsb... Aku bukan suka sangat nak menulis pasal Illuminati, Freemason dan segala macam konspirasinya... Aku juga bukan berminat sangat nak meng’illuminati’kan atau me’mason’kan segala macam benda yang kononnya berkaitan dengan Mason dan illuminati...
Pantang ada bentuk mata satu jer, terus Illuminati... Ada macam piramid atau kotak-kotak papan dam je kait dengan Illuminati... Aku bukan nak kata TIDAK atau kata itu semua TIPU, tapi sila beragaklah dalam mempercayai sesuatu...
Kalau nak kata wang Dollar Amerika tue ada kaitan dengan illuminati dan Mason, silakanlah sebab memang mason dan iluminati banyak kat US... Kalau nak kata video klip Rihanna ada ‘checkered floor’, boleh je sebab memang dia orang US...
Tapi kalau selamba badak je kata AJL 24 itu ada Illuminati payah la... Aku bukan nak kata AJL tue baik.. AJL tue sama je macam konsert-konsert yang lain, melalaikan... Kalau bab melalaikan tue aku takkan bangkang, tapi kalau bab Illuminati, itu aku bengang... Agak-agak la weyh... Sama la macam kaitkan lantai umah Dani bercorak papan dam, atau mengaitkan gambar dewa masyarakat Hindu dengan papan dam... Ape kejadah Dewa Hindu layan Illuminati pulak?
Maka, aku ada la terbaca satu laman sesawang tentang Illuminati dan Freemason berbahasa Melayu... Dalam satu entri, dia mengaitkan satu lambang atau logo dengan: 1) Illuminati; 2) Freemason; dan 3) Knight of Templar sekaligus... Cuba anda fikir secara logik, adakah Knight of Templar (yang back-up institusi gereja) boleh berkolaborasi dengan Illuminati dan Freemason yang anti-Gereja? Jadi, silalah jangan percaya bulat-bulat dengan teori konspirasi itu...
Dan bercakap tentang segala macam teori nie, komfem sesiapa yang pernah baca konspirasi nie akan pernah berhadapan dengan segala macam nombor seperti 666 atau 13... Nombor-nombor nie akan keluar setelah segala macam formula yang takde asas dan ikut-suka-hati-asalkan-dapat-666 ... Ikut suka hati je nak darab atau campur atau tolak dan pastu kena terbalikkan, asalkan dapat 666... haha...
Dan, kalau anda seorang ahli teori konspirasi yang sangat pandai memanipulasikan nombor, gambar, logo dsb; cuba lihat Jata Negara, dan keluarkan unsur Illuminati dalam Jata tue... Aku pernah cuba, dan aku dapat 5 kaitan... Aku taknak dan takkan publish sebab nanti orang kata aku hina negara, mula la kena dakwa macam Aduka Penderhaka... hehe... Tapi, benarkah jata negara itu ada kaitan dengan Illuminati? Tidak sekali-kali... Tapi kalau ada yang pakar manipulasi, memang boleh jadi..
Aku tau, ada yang akan bengang bila baca entri aku nie... Nanti mulalah ada tuduhan aku nie ‘Illuminati’ atau aku nie ‘Ejen Zionis’ atau ‘Freemasonist’... Jadi, sebelum hentam aku, aku nak tegaskan beberapa poin:
1. Aku tak kata semua teori konspirasi itu salah, dan tak semuanya benar... Dah nama pun teori
2. Aku dengan sepenuhnya menolak teori yang menggunakan formula nombor
3. Aku tak halang nak baca atau cerita segala macam teori yang korang dapat dsb, tapi sila pastikan ia tidak terlalu mengarut dan ‘far-fetched’
4. Aku bukan anti teori konspirasi, Cuma aku rasa macam teori ni dah semakin melampau
5. Aku tak kata sapa yang baca bodoh, dan aku tak kata sapa yang tak percaya pandai, sila jangan buat tuduhan liar.
6. Aku Cuma nak pesan kepada sesiapa yang OBSES dan FANATIK kepada teori nie saje, kalau sapa nak baca, aku tak kesah.
7. Lebih baik kaji apa yang bukan teori tetapi fakta seperti gerakan Syiah di Malaysia atau kaji dan basmi salah faham atau bidas ajaran sesat...
8. INI PENDAPAT AKU, DAN MUNGKIN PENDAPAT KORANG BERBEZA. SILA TINGGALKAN KOMEN KALAU NAK BERKONGSI PENDAPAT, DAN PASTIKAN ANDA BUKAN ANONYMOUS!!
Daripada aku duduk depan laptop dan OBSES terhadap segala macam TEORI konspirasi tue, baik aku layan Facebook dan merapatkan Ukhwah sesama rakan... Dan, sebagai penutup, aku turunkan kata seorang kawan aku tenang perkara nie, “Elok la ambil tahu, tapi jangan sampai terikut-ikut dan percaya lebih”...
Segala komen anda amat dialu-alukan~
p/s: Aku dah tengok Arrival dari awal sampai habis... Jangan kata aku tak tengok pulak...
dan ada yang dah tulis macam aku tulis nie... Klik Erk888

Thursday, February 11, 2010
Bulatan
Salam Alaik...
"Jalan dari Bulatan Kemajuan menuju ke Bulatan Seksyen 16 sesak akibat seekor anak kucing tersangkut di atas pokok Rhu"
"Lukiskan satu bulatan dalam buku kamu dan warnakan dengan warna merah jambu"
"Keluar Barisan masuk Bulatan"
Owh, abaikan ayat ketiga... Aku takde niat apa-apa yang melanggar akta Universiti atau Kolej Universiti, atau akta 171... Aku cuma nak tunjuk penggunaan perkataan 'bulatan' saje...
Dalam perbincangan aku kali nie (ape kejadah perbincangan kalau aku sorang je yang mencarut), aku mahu menekankan penggunaan 'bulatan' dari ayat yang pertama, iaitu bulatan di jalan raya...
Bulatan di jalan raya, merupakan satu cara yang mudah dan murah untuk mengawal aliran trafik tanpa menggunakan lampu isyarat... Malah, orang yang buta warna sekalipun dapat melalui bulatan tanpa masalah kerana apa yang perlu dilakukan hanya memberi laluan kepada kereta dari sebelah kanan anda sahaja... Tapi kalau orang buta, tak boleh la...
Cuma, apabila anda berada di India, seperti saya nie, bulatan mempunyai fungsi utama yang lain... Bulatan di India, seperti contoh 'Bulatan Harimau' (Tiger Circle) merupakan mercu tanda, atau penanda tempat yang digunakan dalam contoh, "Rumah aku dekat Tiger Circle", atau Ananth Nagar selepas 'Syndicate Circle'...
Sungguhpun bulatan itu duduk di tengah jalan raya, dan fungsinya memang untuk jalan raya, tapi bulatan kat India nie tidak lebih hanya sebagai hiasan... Penunggang motor, atau pemadu bas, atau pemandu kereta, dengan selamba masuk simpang tanpa menghiraukan bulatan yang ada kat depan mata, umpama bulatan tue tak wujud kat situ...
Maka, bila terjadi perkara macam nie, tak hairanlah kalau Bulatan itu hanya sekadar 'bulatan' dan hiasan... Tapi, semakin lama duduk India, semakin boleh adaptasi perangai diorang... Kadang-kadang terikut jugak la dengan mengabaikan bulatan nie... Hurmph...
Kat bawah nie, aku tunjuk la sedikit sebanyak laluan yang diorang selalu guna untuk renungan bersama... (Rajah Skematik Bulatan Syndicate berhampiran Ananth Nagar)
Jadi, bagi pendapat korang, sistem apakah yang diguna pakai oleh masyarakat India dalam menggunakan Bulatan? Sistem UK? Sistem US? Sistem India? Atau Sistem Rempit (Sempit) Malaysia?
p/s: Trafik kat India memang sangat 'unpredictable'... Tak hairanlah dalam sehari anda akan mengalami situasi 'hampir kemalangan' sekurang-kurang 3 kali... hehe...

Manipal,
MMMC
Wednesday, February 10, 2010
Beza Sistem Mesej Singkat dan Entri Blog
Salam Alaik
"Hai awk"
"Ye wk"
"wtpe?"
"kan sik"
"sik pe?"
"sik yam"
"jm kuar tgk mv mlm ni"
"ok j. kul bp?"
Bahasa Sistem Mesej Singkat (SMS) memang terbaik... Selagi buleh singkat, selagi tue la nak singkatkan... Sampai nak mesej mak pun bagi singkat jugak... Patutlah orang-orang tua (atau dewasa) lebih suka membuat panggilan dari menghantar sms... Diorang tak berapa pandai menulis dalam bahasa singkat...
Yup, kalau nak guna bahasa singkat dalam sms aku langsung tak kesah walaupun mencemar bahasa, sebab lebih bagus dari membazir RM untuk konglomerat telekomunikasi yang mengaut untung besar atas keasyikan sms dalam kalangan budak-budak... Lagipun dalam Quran melarang membazir, dan tak sentuh bab bahasa... Hehe...
Tapi aku agak kurang berkenan (bukan benci) kalau ada blogger yang tulis entri diorang dalam bahasa singkat... Bukan kena bayar pun letak entri panjang-panjang... Lain la kalau setiap 1000 karakter huruf kena bayar RM0.01... Ini barulah mencemar bahasa....
Ok, aku akui yang blog aku juga ada pencemaran bahasa dengan perkataan yang bukan standard seperti 'saje', 'hehe', 'yup', 'blogger' dsb... Tapi aku takde la mencemar melampau dengan isi bahasa singkat... Sekurang-kurang orang senang faham dengan apa yang aku tulis...
Dulu masa mula-mula aku buat blog, memang aku dah berazam untuk menggunakan bahasa standard dalam penulisan blog, tapi apakan daya... Tangan yang menaip atas arahan otak gagal mengikut azam... Terikut dengan budaya percakapan pasar yang lebih senang difahami... Tetapi memang aku akan elakkan bahasa singkat...
Dan entri ini hanyalah pendapat aku je... Orang lain mungkin suka atau tak kesah dengan benda tue... Dan jangan terasa pulak dengan entri aku nie~
p/s: Pegh, dah lama blog aku menyepi... Tadi setelah habis kertas esei, ok la sikit... Cuma nak kena belajar praktikal pulak nie... hehe... Dan aku kembali dalam alam blogger, kembali membaca dan membuat kritikan dan komen yang aku rasa membina... Haha... Jadi, sesiapa yang merindui aku (aku rasa takde), simpan rindu anda untuk exam aku yang akan datang..

Subscribe to:
Posts (Atom)