Monday, February 15, 2010

Kamu: Illuminatus!!! Bahagian Akhir

Salam Alaik...

Nota Kepala: Sapa yang tak baca Bahagian Pertama, sila baca dulu... Kalau tak mulalah ada tuduhan liar kepada aku~ Klik sini

Edisi Istimewa blog aku diteruskan lagi... Kali ini untuk peminat tegar Illuminati yang obses giler terhadap Illuminati dan sekutu-sekutunya...

Jadi, untuk menjadi peminat tegar yang obses terhadap illuminati, mereka perlulah tahu dan faham cara-cara untuk meng'illuminati'kan atau me'mason'kan sesuatu... Berikut ialah tips-tips yang berguna untuk peminat tegar yang obses terhadap illuminati...

  1. Cari apa-apa sahaja yang ada unsur 'unfinished pyramid' untuk meng'iluminati'kan logo itu... Sebagai contoh, lihat logo Reliance Bank kat bawah nie... hehe... Atau bak kata Dr.Amierul, nasik lemak bungkus pun boleh...
  2. Cari apa-apa yang ada unsur 'all seeing eye'... Ala, kalau tak nampak bentuk mata pun, ala-ala mata pun boleh jugak nak diilluminatikan..
  3. Gunakan kepakaran matematik anda untuk menghasilkan nombor seperti 13 atau 666... Contoh, dalam jata negara ada tulisan 'bersekutu bertambah mutu' dalam jawi dan rumi... Cuba kira semua abjad yang digunakan dalam jata negara tue... Anda akan dapat 39 huruf... 39 bukan nombor illuminati, tetapi untuk mengilluminatikannye, kita hendaklah bahagikan nombor tue dengan 3... 39/3=13... hehe... Kan dah illuminati...
  4. Lihat rumah kawan anda... Atau rumah sapa-sapa la... Kalau nampak lantai dia atau lantai bilik air dia ada corak papan dam, bagitau dia, "Kamu, Illuminatus!!!"... amacam, ada berani?
  5. Lihat sahaja mana-mana logo yang ada lambang perisai berbucu 5.... Pastu steady la sambung bucu-bucu tue, kemudian jadilah bentuk bintang... Yeah... Penyembah syaitan~ Hehe... Lambang kat bawah nie adaptasi dari lambang Man United yang peminat tegar yang obses terhadap illuminati telah illuminatikan... Jadi, adakah Muslimeen United juga mempunyai kaitan dengan lluminati?
  6. Sebab Illuminati dan Mason nie obses dengan kaler merah dan hitam, boleh la meng'illuminati'kan team bola sepak yang warna merah seperti Man Utd, atau Kelantan FC, atau Selangor dsb... Pasni pakat-pakat peminat tegar yang obses terhadap illuminati jangan tengok bola... nanti kena mind control...
Banyak lagi sebenarnya contoh, Helang, Singa, New World Order dsb... Tapi malas nak tulis... Baik aku buat benda lain... Baik la aku kaji doktrin Syiah, atau belajar ilmu Fiqh atau Usuluddin, atau menjenguk ke'sufi'an tasawwuf... Hehe...

Kepada peminat tegar yang obses terhadap illuminati, silalah bermula dari sekarang meng'illuminati'kan segalanya... Boleh lah bermula dengan header blog aku nie... Cari unsur illuminati... haha... jelas dan nyata kot... Boleh la label aku Illuminatus~ Tapi, jangan la meng'illuminati'kan rukun Solat yang 13 tue... Eish...

Ada terbaca satu komen kat blog orang lain, "SYaitan akan menyesatkan walaupun dengan cara yang dianggap remeh"... Ya, betul tue... Tapi kalau tengok perkara remeh, dan mengabaikan perkara yang besar macam mana? Sibuk dengan illuminati tapi dalam masa yang sama duk mengkafirkan orang, atau membiarkan umat Islam bergaduh sesama sendiri kerana perkara remeh? Inilah dia 'mind control' yang dicanang-canang... mengkhayalkan peminat tegar yang obses terhadap illuminati terhadap perkara remeh sehinggakan peminat tegar yang obses terhadap illuminati gagal melihat perkara yang lain yang lebih serius...

Owh, agak kasar kenyataan aku di situ... Maaf kalau ada peminat tegar yang obses terhadap illuminati terasa... tak semua peminat tegar yang obses terhadap illuminati macam tue... Tapi kebanyakkannye la... Maafkan akau kalau terkasar bahasa dan terlibas fahaman korang... Kalau tak puas hati atau ada yang nak komen boleh la tinggalkan di ruang komen...

Dan sekali lagi aku ingin tegaskan, kalau nak baca untuk tambah ilmu, tak mengapa... Cuma jangan terlalu OBSES dan FANATIK seperti tiada perkara lain yang lebih utama...

Dan, maka, berakhirlah edisi istimewa Illuminati dan Freemason aku... Kalau aku rasa aku nak tambah, aku tambah la... tapi buang masa je tambah benda nie... Dan, artikel kat atas nie hanyalah artikel 'sinis' yang serius... Harap para pembaca paham~

Bacaan Tambahan: Dari Dr.Mimo klik sini
Jazakallah~

Kemas Kini 2300, 160210:
Baru je tadi aku melihat ada kawan aku meng'illuminati'kan atau me'mason'kan logo batch junior sekolah aku... Haha... Uiks, hebat giler batch junior aku, sebahagian dari New World Order rupanya...

Klik sini untuk melihat mangsa Teori Konspirasi~

Tolonglah matang, ye!!!

19 comments:

Nadzrul Ibn Noraja said...

yes..akhirnya...aku berjaya juga komen di blog ko..lama dah xkomen,slalu baja je...

betul tu...aku kdg2 tensen juga dgn masing2 yg terlalu obses dgn illuminati & freemason...semua benda nak dikaitkan dgn bendatu...

"SYaitan akan menyesatkan walaupun dengan cara yang dianggap remeh" mmg bnyk gile aku jumpa komen spesen ni kat blog2x,tapi mcm aku,just baca jer, malas nak komen sbb benda ni kena stdy dlm2x,sblm kite btl2x boleh ckp sesuatu benda itu adlh berUNSURkan illuminati/freemason bla bla bla...

nama pon toeri...teori darwin pun xleh pakai, inikan korang yg pandai2x bikin teori sendiri...

borink laa..bnyk lagi isu kat M'sia xselesai...skrg selalu ade je isu buang anak,freesex,urut2x badan dan sgala haram jadah kat luar tu...xde sape pun nak timbulkan isu, kerrr diorg da biasa dgr,so suruh pihak berkuasa je banteras...uggghhh! saya benci mereka yg pandai berkata, xtahu menilai, xnak menegur, dll alik2x pkara itu juga yg sgt dekat dgn kite...

pheww~ pjg aku taip...lalala...gudluck sahabat...

p.s malas nak buat karangan kat cni..maybe bleh kot aku jadi penulis jemputan di blog ko...hahaha!

Redz da Tsar said...

Anda dijemput menjadi penulis tamu... Deadline penulisan anda pada 10 Mac 2010 dan entri anda akan disiarkan pada 12 Mac 2010... amacam?

Hehe...

Perkara remeh diutamakan, perkara asas dilupakan~

Apple Pie said...

i been here all the way from erk888, komen ni kira 'tapak kaki' la, and i see the point here.

good for any one of us or anyone out there yg pandai guna akal fikiran before decide utk obses membuta ker half obses ker atau sedar mana issue yang perlukan priority. peace.

relevan said...

Ha ha Redz de Tsar....rumah mak mertua kawan bertikar getah petak dam kaler hitam dan putih..

Kawan ingat lagi dan sempat pada zaman seluar bell bottom..zaman muzik metal mengganas..disitu sudah ada setan2 bernama Lucifer dengan lirik lirik lagu yang menyesatkan mengajak orang pergi ke neraka supaya melupai syurga..kurang orang membuat kajian ketika itu..

Tapi sekarang jangan yek..silap sikit je tulis..tulis tepis..apa pun kawan tabik sempering pada artikel aok ni..caya beb!

Redz da Tsar said...

Apple Pie: Yup... The important thing must come before the less important things... They their right to read, or to share, but not to be obsessed by this 'conspiracy theory' thing...

Relevan: Aok jangan kate ke mok mentua aok tue Illuminati sudoh la.. haha... Kalau ande kawan aok hok 'peminat tegar obses kepada illuminati' nampok, mampus mok mentua aok kena chap ejen illuminati... Kena mind control dsb... Hehe... Zaman metal dulu takde It yang secanggih nie... Kalau ade dah lama jadi isu... Hehe

hans said...

aku dah baca dari awal so takder tohmahan untuk ko
jgn risau redz
hehehe

GhOsToNe said...

huhuh..

betoi2!

sha said...

yep..aku sama frekuensi ngan artikel ko...caya

deus X machina said...

terbaik la redz!!!

Anwar dan PKR tu dikatakan agen freemason
sedangkan parti yang memerintah ketika ini perangai super duper dahsyat dari freemason (entah2 mereka freemason sebenarnya)
rasuah, kronisme, nepotisme,
lepas ni GST pulak
melopong la semua yang obses dengan freemason ni bayar GST nanti

banyak isu lain yang lebih memerlukan perhatian sebenarnya

abangpit said...

haha.. terbaik! memang sinis dan pedas.. kalau mereka2 yg obses dgn benda ni baca post ni, memang terbakar otak..

drAmirul said...

Nasi lemak dah jadi simbol agung ILUMINATI..
Nasib baek kat manipal,nasi lemak tak dibungkus macam piramid.Kalu x,merana aku nnti..
Thanks REDZ...
Wa iyyak

Cikgu Jang .. said...

macam2 yak...benda yg diketegorikan pelik gitu

Rodong Blogger said...

Kalau ande yang terlalu fanatik letih weh....

Wan Perlis said...

aku cadang kaji faizal tehrani.
x silap aku dia ni ada unsur2 syiah.

talkIZcheap! said...

tak best.. pasal takde komen2 balas... huhu

Redz da Tsar said...

Komen Balas macam mana tue?

talkIZcheap! said...

err... komen balas dari mereka yg obses mungkin? huhu

Redz da Tsar said...

Owh... Ya.. hehe.. Aku expect ada komen, tapi takde.. Takpe la... Hehe...

Mungkin diorang tak baca atau sibuk~

QH Chief Editor 0809 said...

haha.....batch aku punye blog pon terlibat dlm entri nih???...wah mantap2