Thursday, February 25, 2010

Patriotisme dan Nasionalisme Aku

Salam Alaik...

Sungguhpun aku kini berada di bumi India, semangat patriotik dan nasinalisme aku masih tinggi... Rindu aku kepada Malaysia (atau Malaya atau Tanah Melayu) sangat menggunung...

Setiap kali sampai 31 Ogos 2009, komfem, aku dan kawan aku Zimi dan Ahmad mengekalkan tradisi menaikkan Jalur Gemilang di kawasan rumah aku... Menyambung tradisi Pak Cik Leman yang memulakan acara itu...

Walaupun tak sebesar dan setinggi mana, tapi menaikkan panji itu memang satu cara untuk membuktikan semangat cinta akan negara, bukan setakat pergi BTN je... hehe...
Gambar Bendera Yang Aku Naikkan Dengan Geng Aku

Dan, aku teringat, pada 16 Disember 2009, aku bermimpi bahawa aku sedang berbual-bual dalam satu restoran yang riuh rendah, dan tiba-tiba lagu Negaraku berkumandang... Serentak satu kedai bangun senyap menghormati lagu tue... Pegh... Dalam mimpi pun aku patriotik.. Giler hebat...

Dulu, waktu Legenda 2009, aku rasa bangga bila Lagu Negaraku berkumandang di India, sempena kedatangan Pesruhjaya Tinggi Malaysia di India... Bila mana lagu itu berkumandang, semua berdiri, dan aku sangat rasa hebat... Wah3...

Aku sebenarnya kalau dengar lagu nie, meremang bulu roma... hehe...

p/s: Entri ini telah lama ditulis dan dipos secara automatik dengan menggunakan pilihan 'scheduled post' kerana aku tidak dapat berada dalam talian dalam masa beberapa minggu... Sila rujuk di sini... Harap maklum~