Sunday, July 18, 2010

Kita Patut Bersyukur

Salam Alaik...

Pengurangan subsidi ke atas 5 barangan di Malaysia yang menyebabkan harga minyak naik, dan harga barang naik penyelarasan harga terjadi. Harga minyak petrol RON95 diselaraskan menjadi RM1.85 seliter dan beberapa penyelarasan lain yang melibatkan gula, petrol RON97, diesel, dan juga gas asli. Setelah penyelarasan berlaku, maka bisinglah segala rakyat marhaen yang gajinya dah lama tak naik. Maka adalah yang bertanya:

"Maka ingin ditanya di sini dengan satu pertanyaan yang sangat baik, "ingatkah akan petrol berharga RM2.70 seliter dahulu?" atau paling koman, petrol berharga RM1.92 seliter yang dinikmati sebelum petrol diturunkan kepada RM1.80 seliter?

Ya, ramai yang lupa kita pernah berhadapan dengan RM2.70 seliter. Jadi, kini RM1.85, kenapa masih lagi bising?"

Aku taknak jawab soalan dia ni. Tapi aku cuma nak tanya sebab apa harga petrol diselaraskan? Untuk menambah perbelanjaan kerajaan, kan? Dan dimanakah perbelanjaan itu? Kepada rakyatkah? kepada keluarga rakyat kah? untuk menaikkan gaji pekerja JPA kah? Kepada konglomerat syarikat besar seperti Perimekar Bhd? atau meningkatkan perbelanjaan keselamatan negara yang sangat 'terancam' ini? Ke manakah RM1b setahun itu akan dialirkan?

Penyelarasan harga petrol sehingga RM2.70 seliter dulu, atau RM1.92 dulu, adalah kerana harga minyak mentah dunia naik. Dan harga itu melibatkan petrol RON97, bukan RON95 yang baru diperkenal kerajaan awal tahun ini. Dan penyelarasan harga RM1.85 seliter ini pula disebabkan perbelanjaan kerajaan meningkat, dan bak kata Idris Jala (ex-CEO MAS) kalau kerajaan tak memotong subsidi, Malaysia mungkin akan mengikut jejak Greece (yang masuk World Cup 2010 South Africa baru-baru nie) menjadi sebuah negara yang bankrap. Dan ingatlah, kebankrapan negara bukan disebabkan kerajaan yang tak pandai menguruskan ekonomi, tetapi lebih kepada rakyat yang selalu sangat guna petrol dengan harga yang murah, yakni antara termurah di rantau ini dibandingkan dengan Thailand, Singapura, India dsb.

'Sila jangan banding dengan Indonesia, Brunei, Arab Saudi yang lagi murah dari Malaysia, sebab mereka pengeksport minyak sedangkan Malaysia pengeksport dan pengimport minyak' kerana kualiti minyak Malaysia yang kurang sulfur amatlah mahal dan dieeksport ke luar manakala minyak berkualiti yang agak rendah seperti di Arab Saudi, diimport kembali ke Malaysia.

Macam kes bawang-bawang la... Kalau kat Malaysia, bawang semua besar-besar dan sihat-sihat. Tapi bawang di Malaysia itu diimport dari India. Bawang di India? Yang aku nampak semua kecik-kecik dan tak sihat sangat. Itu sebab bawang India murah berbanding Malaysia. (Eh, takde poin berkaitan dengan entri nie la plak)...

Nampak tak kelogikan kat situ, dan sebab apa kerajaan menyelaraskan harga petrol. Aku taknak komen tentang harga gula. Sebab aku 'amatlah sangat' yakin kerajaan akan memantau harga barangan lain seperti minuman, makanan, kuih muih, dsb.. (Semoga)

Erks, aku ada usrah lepas nie. Takleh nak tulis panjang-panjang.

Akhir kalam, kita patut bersyukur. Kerana firman Allah, 'jika kamu semua bersyukur, akan aku tambah lagi nikmat; dan jika kamu kufur, ingatlah azabku amatlah pedih'.

Semua dah jadi beb... Hehe... Dah diselaraskan dah pun... Sebagai rakyat apa la yang kita boleh buat untuk bantu negara? Renungan untuk yang sudah 21 tahun atau pernah 21 tahun.

Untuk diklik jika ada masa lapang:
1. Kami Semangat
2. Entri separa melankolik

11 comments:

talkIZcheap! said...

agak2 perbelanjaan negara tu termasuk tak sekali dgn biasiswa utk student2 obersi, Redz?? hehe...

p/s: gurau je :P

OyOp said...

betol!! kadang2 kite kene fikir dgn akal..bukan dgn hati je..kalo x,mati la jawabyne...org kat sini,bape punya mahal harga barang...minyak latest bape ek?? rs 58 kn seliter??

Redz da Tsar said...

TalklZcheap: Yup.. termasuk sekali perbelanjaan itu... tapi itu tidak dikira membazir... Lagipun tahun depan dah takde tawaran biasiswa untuk ke luar... SO, perbelanjaan dah dikurankan lagi... (^^)

Oyop: hehe... Semalam aku isi Rs56...

azerrul said...

Ntah Sam...baru 5 sen!
Lepas pru, barulah alang2 menyeluk pekasam!
Baru rasa pekasam GST!
ngeh2

Anonymous said...

gaji marhaen bukan tidak naik...cuma...tidak diselaraskan...kahkahkah

akuanakpahang said...

Kalu gitu gayanya makan rengselah kome. Kita tunggu rakyat pulak naik minyak goner?

Redz da Tsar said...

Az: Kalau GST dah dikuatkuasa, maka yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin miskin...

Anon:Betoi jugak tue... hehe

AAP: Rasenye rakyat dah lama naik minyak... Cuma saje taknok menghukum dalam PRU... Hehe...

Jerantut boleh la start dulu~ Keh3x

azerrul said...

Yang xnampak lagi, aku xtahu la...
knp mesti ckp GST lepas PRU...
soalan2 menarik pun still dia xjwb...

yg xnmpk, xbaca, xambik peduli...
atau
hanya baca 1 sumber...

relevan said...

Mana ada minyak naik..harga minyak angin masih stabil..minyak kapak..minyak cap sauh..minyak urut cap cangkul semua tak naik lagi..

Ezniey said...

Increasing price of Petrol and Sugar,Impose GST,cut any subsidies developed by governmnet to increase revenue.
Untuk membayar balik 2 bulan bonus penjawat awam di sektor kerajaan.huhu~

Mr. Schomey™ said...

kalau pembangkang pegang kerajaan, kau rasa dorang naikkan tak minyak and barang2? tak payah la nak naik2 minyak kat kerajaan. baik naik minyak kat peniaga2 yg suka amek kesempatan. naikkan harga bukan nak cover kerugian. tapi cover keuntungan dorang yang mengurang. nak kaya cepat la katakan..