Thursday, July 22, 2010

Gelap Bukan Hitam

Salam Alaik...

Dalam gelap
aku menghadirkan bayang
yang menunjukkan rasa senang
semoga bahagia dalam kelam

aku umpama kelawar
terbang malam mencari buah
yang manis untukku santap
sedang orang takut kepadaku
menyangka datangku membawa onar

aku hanya mencari mimpi
yang indah dalam imaginasi
supaya malamku itu
bermakna dalam diam

aku suka akan bintang
yang terang tatkala malam
dan bila siang ia hilang
dari yang tidak memandang
tapi ia masih wujud
dalam hati si pemujanya

aku suka akan gelap
karena gelap membuka mata hati
memberi fokus untuk aku hayati
setiap gerak langkah
dan setiap tutur kata

aku suka malam
memberi aku peluang
untuk aku tenang
dalam gelap malam

00:30 20072010

7 comments:

Wan Perlis said...

akustik
aku suka laut

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
(h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

FAKEH KHALIFAH SAKA

Amir Ariff said...

aku pun suka malam. tak suka siang. sebab siang kat malaysia sgt panas. boleh migrain.,

Redz da Tsar said...

Wan: Hehe... Laut pun aku suka jugak.. Tapi hanya malam yang menemani aku setiap hari..

Fakeh: Terima kasih atas perkongsian... Cuma, saudara ada blogkah? Boleh bertukar-tukar link...

Amir: Itu lain sebab... hehe... Kat sini kadang-kadang malam pun buleh jadi panas

akuanakpahang said...

Hitam ttp menawan.
** kawan pun suka malam kerana ada kedamiannya.

deus X machina said...

wow....abang redz bersastera

relevan said...

Gelap tidak terlalu hitam..gelap pekat macam hitam legam..