Monday, March 2, 2009

Analisis: Perbandingan MU 1946 dan Malaysia 2009

Salam Alaik…

Pertama sekali, aku dengan jelas dan nyata memohon maaf kerana aku gagal menulis tentang perjalanan aku ke KL dan Putrajaya seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas…

Dalam entri kali ini, aku nak menulis tentang analisis perbandingan antara MU dan Malaysia… MU yang aku maksudkan di sini ialah Malayan Union, bukannya Manchester United yang sudah melakar kemenangan semalam lantas menambah satu lagi koleksi trofi di dalam lokernya…

Segala fakta tentang MU dan Malaysia aku ambil dari pelbagai sumber seperti Buku Teks Sejarah, Internet, Undang-undang tubuh dan Perlembagaan Malaysia… Tetapi, aku tidak akan secara jelas meletakkan in-text citation atas sebab-sebab masa dan ruang… terima kasih…

MU 1946
"Walaupun Pulau Pinang dan Melaka merupakan sebahagian daripada cadangan Kesatuan Malaya, ia tetap akan menjadi Jajahan British. Singapura juga akan menjadi jajahan yang berasingan. Kesatuan Malaya dan Singapura akan mempunyai Gabenor, Majlis Eksekutif dan Perundangan mereka sendiri. "

Malaysia 2009
Mengikut fasal ini, terdapat satu perbezaan yang besar di mana Penang dan Melaka sudah di bawah persekutuan Malaysia. Singapura, walaupun pernah menyertai Malaysia, tetapi pada sekarang, Singapura berada di bawah pentadbiran mereka sendiri dan tidak di bawah British (sekarang anak angkat Amerika)...

MU 1946
"Di bawah Kesatuan Malaya, Sultan-sultan Melayu akan menjadi Presiden Majlis Penasihat Melayu di negeri masing-masing, yang bertanggungjawab ke atas hal-hal keagamaan sahaja. Sultan-sultan Melayu dikehendaki menandatangani perjanjian baru yang akan memberikan kerajaan British kekuasaan mutlak di negeri mereka. Perlembagaan yang dicadangkan ini merupakan satu perubahan yang menyeluruh dalam dasar kerajaan British. Selama ini, Negeri-negeri Melayu tidak pernah menjadi wilayah British secara mutlak dan hanya merupakan negeri-negeri yang dilindungi British. "

Malaysia 2009
Huhu... Nampaknya, Sultan-sultan Melayu masih sahaja memegang hal ehwal Hak Melayu dan Agama Islam sahaja dan masih terikat kepada Perlembagaan... Malaysia kini masih berada dalam perlindungan British walaupun tidak secara langsung...

MU 1946
"Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang (imigran) yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942."

Malaysia 2009
Prinsip Jus Soli inilah yang ditentang Pekembar, namun, prinsip ini tetap dipakai dalam Malaysia daripada zaman merdeka iaitu 1957 hingga kini... Perbezaan tidak ada langsung.

MU 1946
"Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam."

Malaysia 2009
Yang ini, Hak Keistimewaan masih lagi terjamin setelah diperjuangkan UMNO 1946... tetapi dalam kes penerimaan masuk ke dalam sektor awam, masih ada kesamarataan cuma orang-orang Cina dan India tidak berminat untuk melihatnya.

MU 1946
"Malayan Union dicadangkan dikuatkuasa pada 1 April 1946"

Malaysia 2009
haha... Ini jelas berbeza... Sekarang di malaysia, 1 april dijadikan hari mengenakan kawan-kawan kita sebagai ulangtahun kita diperkenakan oleh British...

Secara umumnya, beberapa prinsip asas MU 1946 masih lagi ada di Malaysia 2009... Ada juga perbezaan ketara yang menjaga 4 perkara dalam perlembagaan Malaysia... Perkara-perkara itu telah dipersetujui dan masih diperdebat kini...

Perjuangan UMNO 1946 pada umumnya hanya 50% berjaya dan kejayaan yang nyata ialah kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957... tetapi, perjuangan golongan berhaluan kiri juga perlu diambil kira sebagai faktor kemerdekaan kerana antara sebab kemerdekaan ialah 'British ingin memberi kuasa kepada orang Melayu menamatkan perjuangan golongan berhaluan kiri ini'...

Mungkin ini entri terakhir tentang politik dan sejarah Malaysia sebelum aku ke perantauan... Hahaha...

2 comments:

fadzil hafiz said...

gua masih menaruh harapan kpd en mourinho utk membenam MU..!!!

~lu jaga-jaga...

Anonymous said...

1 april, april fool
siapa yang fool

mereka dan keluarga mereka.

***
sudahlah padel.
semua orang dah faham perangai fan liverpool.
tak mampu nak kalahkan, dimintanya team lain supaya kalahkan lepas tu tumpang gembira.

kah kah kah