Saturday, May 30, 2009

Seperti Yang Dijanjikan~ gambar Hanumanagundi dan Laporan ringkas Kesatuan Manchester

P/s: Aku nak post entri ni semalam, tapi internet jem balik.. jadi, mintak maaf la... Lagi se, internet keh tak tau bile nak molek.. nanti da molek keh kembali balik... (tergune slang pahang sebab baru baca blog Don tadi~

Salam Alaik…

Kekalahan Kesatuan Manchester semalam jelas menunjukkan gergasi bola sepak England itu juga dihimpit dengan sindrom tidak konsisten… Ya, benar bahawa Kesatuan antara pasukan paling konsisten di dunia, tetapi kali ini, 1 dalam 30 perlawanan, ketidakkonsistenan Kesatuan jelas memakan diri…

Penyokong Barca di Malaya mungkin kurang untuk merayakan kekalahan Kesatuan, tetapi penyokong kelab musuh Kesatuan jelas berpuas hati, hendak pula dibantai 2 gol oleh Barca… Di manakah pertahanan termantap England? Jelas sekali Kesatuan di bawah par semalam… Mungkin sebab dikejutkan dengan gol awal Barca… Kejadian inilah juga yang berlaku dengan Arsenal, dikejutkan dengan gol awal Kesatuan ketika separuh akhir…

Sungguhpun pasukan bola sepak yang aku sokong ini kalah, tetapi aku tidak stress sebagaimana Kesatuan kalah dengan Everton dahulu… Kenapa? Ha, inilah faktornya:

i. Aku memang dari awal lagi tahu bahawa Barca adalah team yang kuat
ii. Barca ialah kelab ketiga faveret aku selain Malaysia dan Kesatuan (bukti aku sokong barca selain United boleh dilihat di gambar di bawah)
iii. Sekurang-kurang kalahnya Kesatuan di Final, bukan di separuh atau suku akhir.
iv. Kesatuan dah ada 4 piala: Perisai Komuniti, Kelab Juara Dunia,Piala Liga dan Liga Perdana Barclays
v. Untuk memecahkan rekod kelab pertama ‘retain’ piala memang payah, tetapi tak mustahil
vi. Aku belajar untuk menerima hakikat bahawa bola itu sfera. Boleh bergolek ke kiri, ke kanan, ke depan atau ke belakang

Oleh itu, aku tidaklah kecewa sangat... Di kesempatan ini, aku mengucapkan tahniah kepada La Liga, Barca dan penyokong-penyokongnya... Dan aku juga nak ucapkan selamat maju jaya kepada Chelsea dan Everton yang akan bertemu di akhir Piala FA... Yang pastinya, Liverpool tetap tidak mempunyai apa-apa piala... Arsenal ada jugak piala, iaitu Piala FA Remaja... hehe... Walau apa-apa pun aku tetap anti Liverpool...

Erks, ada ke penyokong kelab lain akan buat macam aku cakap nie kalo team diorang kalah? Haha... Takde!!! Diorang akan habis-habisan mengutuk referee... Contohilah Wenger yang mengucap tahniah bila kalah... Jangan contohi Benitez yang jelas bersikap ego dengan menolak untuk mengucapkan tahniah kepada Alex... Alex pon ucap tahniah kat Joseph bila Barca menang.. Alamak, banyak pulak ulasan aku...

Kat bawah nie aku sediakan gambar trip aku ke Hanumanagundi Waterfalls seperti yang aku janjikan semalam... Terima kasih...

Barca @ al-Awwal
Semasa study Chem kat cemara

Photoshoot for editing



tengah boring kat Cendana
HANUMANAGUNDI WATERFALLS



panjang



dah nak balik, dah naik tangga


dah nak balik sebelum naik tangga




Mat Yie



mangkuk mana dari Hawaii nie?



Sebelum masuk/mandi kat waterfalls

13 comments:

Henshin said...

lawa baju ko...
ako suke...
hahahah!

Monsieur Anonymous said...

hahahaha~
aku dah ckp..
MU kompem kalah..
wakakakaka~

Don Balon said...

Duan,
beringat weh..
tempat oranc leceh kala jadi mender2..
kala nok adventure jugek balik nanti moh kita naik canopy walk Taman Negara kita..kuikui

Mus said...

Huh. ngutuk ref??
Cm aku jerk..haha..
Tp mmg manU x perform la mlm tu..
rooney cm xde maen je..
Huu~..
Congrats tu barca (tp still x puas ati ngan barca..haha)

Redz da Tsar said...

Nadz>> Haha... Baju tue memang lawa, tapi apesal muke ko dalam gamba nie huduh mat?

Portgas>>
Haha... Ape yang penting Man city takde piala

Don>>
Memang hajat aku nak gi taman negara tym balik nanti... Huhu... Thankz atas nasihat

Mus>>
Bukan ko sorang jer... Hehe... Betoi... man Unted memang main tah ape-ape malam tue.. takleh nak wat pe la..

Henshin said...

@redz: saje ako letak gmbr pompuan..sape2 yg tgk kasi dpt dosa kering skit, termasuk ako skali..hohoho.. ;)

redSeptember said...

mana ni waterfall?

macam best. tak ajak dowh!

Hakim said...

wakakakakah..
saje je gelak dulu..

aku macm knl baju barca tu..
huhuhu..

emm..salah tu kelab pertama retain..
AC Milan dh prnh retain..

Hakim said...

emm..jap2..
x kompem la..sama ada ac milan or real madrid..cek blik la..huhuhu...

.b.e.d.d.y. said...

nak tergolek2 aku gelak tgk ko pakai cam kt hawaii tu..
adoi..
hahaha
:D

Redz da Tsar said...

Nadz: tak baik tau...

Reds: Ade la gambar die.. kat belakang panjang... Huhu..
Hakim: Yup, AC milan retain edisi lama... Sejak UEFA CHamps League ditubuhkan tak silap aku pada 1994, takde lagi kelab retain...

Beddy: haha. Saje pakai serba biru.. Huhu,, berangan sket

S.YanaZ said...

Bro.,
tak nmpk ponnn org jual kepok dan air sirap kat area Waterfalls tuh.
Tak mcm kat M'sia...
",

Redz da Tsar said...

Kat pintu masuk tue ada jual buahan jer... Takde kepuk pon... Hehe... Malas naik bukit kot... Malaysia tetap terbaik