Thursday, February 11, 2010

Bulatan

Salam Alaik...

"Jalan dari Bulatan Kemajuan menuju ke Bulatan Seksyen 16 sesak akibat seekor anak kucing tersangkut di atas pokok Rhu"
"Lukiskan satu bulatan dalam buku kamu dan warnakan dengan warna merah jambu"
"Keluar Barisan masuk Bulatan"


Owh, abaikan ayat ketiga... Aku takde niat apa-apa yang melanggar akta Universiti atau Kolej Universiti, atau akta 171... Aku cuma nak tunjuk penggunaan perkataan 'bulatan' saje...

Dalam perbincangan aku kali nie (ape kejadah perbincangan kalau aku sorang je yang mencarut), aku mahu menekankan penggunaan 'bulatan' dari ayat yang pertama, iaitu bulatan di jalan raya...

Bulatan di jalan raya, merupakan satu cara yang mudah dan murah untuk mengawal aliran trafik tanpa menggunakan lampu isyarat... Malah, orang yang buta warna sekalipun dapat melalui bulatan tanpa masalah kerana apa yang perlu dilakukan hanya memberi laluan kepada kereta dari sebelah kanan anda sahaja... Tapi kalau orang buta, tak boleh la...

Cuma, apabila anda berada di India, seperti saya nie, bulatan mempunyai fungsi utama yang lain... Bulatan di India, seperti contoh 'Bulatan Harimau' (Tiger Circle) merupakan mercu tanda, atau penanda tempat yang digunakan dalam contoh, "Rumah aku dekat Tiger Circle", atau Ananth Nagar selepas 'Syndicate Circle'...

Sungguhpun bulatan itu duduk di tengah jalan raya, dan fungsinya memang untuk jalan raya, tapi bulatan kat India nie tidak lebih hanya sebagai hiasan... Penunggang motor, atau pemadu bas, atau pemandu kereta, dengan selamba masuk simpang tanpa menghiraukan bulatan yang ada kat depan mata, umpama bulatan tue tak wujud kat situ...

Maka, bila terjadi perkara macam nie, tak hairanlah kalau Bulatan itu hanya sekadar 'bulatan' dan hiasan... Tapi, semakin lama duduk India, semakin boleh adaptasi perangai diorang... Kadang-kadang terikut jugak la dengan mengabaikan bulatan nie... Hurmph...

Kat bawah nie, aku tunjuk la sedikit sebanyak laluan yang diorang selalu guna untuk renungan bersama... (Rajah Skematik Bulatan Syndicate berhampiran Ananth Nagar)

Jadi, bagi pendapat korang, sistem apakah yang diguna pakai oleh masyarakat India dalam menggunakan Bulatan? Sistem UK? Sistem US? Sistem India? Atau Sistem Rempit (Sempit) Malaysia?

p/s: Trafik kat India memang sangat 'unpredictable'... Tak hairanlah dalam sehari anda akan mengalami situasi 'hampir kemalangan' sekurang-kurang 3 kali... hehe...

18 comments:

atreyu strange said...

Oh. India. Mmg ngeri trafik kat situ ek. Aku rasa China pun same jek. Mmg risau ah jalan kat situ. Hukhuk..

hans said...

bahaya gila india
aku tgok dalam tv
jalan dia pun tak ada garisan putih as sign untuk beza laluan bertentangan

Redz da Tsar said...

Hans, kalau aa line putih pun, aku rasa steady je diorang potong ikut suka~

Atreyu, Indon pun same jugak~

Munsyi said...

ngerinye india. tp ksian pon ade. :(

JJ KRN said...

kasihan.

zella y said...

uish....
takutnyer mcm tu...
sia2 je eksident nanti...

Sang Harima said...

haha.. ni baru rock!

nazihahisa said...

cukuplah bulatan yg bersepah kat shah alam dah menyakitkan otak... hahah

Hakim said...

kat bulatan mana leh U turn..
aku blajar traffic engineering kot..
haha

Anonymous said...

signal di India adlh bunyikn hon.. Ohh alangkah susahnya mmandu kat India..

p/s: mpir 3x kemalangan..Ya Allah bahaya tu. Jgn lupa baca doa naik kenderaan ok!

deus X machina said...

tak payah pergi india la camni
erk888

kalau aku dah kaya baru pergi
tapi jalan-jalan kat sana tak payah naik kereta, motor etc
naik helikopter, macam rajnikanth dalam cite sivaji
erk8888

Anonymous said...

deus, ko pun tgk citer sivaji the boss tu ker?? hak3...adoiii betullah org lelaki nih pelik sgt... (psssst, ekceli suami akak pun suka sgt sivaji tu ahahaha..)

Relevan said...

Tapi kenapa kat Bombay tu jalan jalan rumah rumah semua cantik indah belaka..orang nye pun cantik2..

Redz da Tsar said...

Releven: Biasa la, itu semua marketing Filem... Jalan mungin lawa, tapi perangai macam haram... Mat Rempit kalau merempit kat sini, belum tentu buleh hidup lama.. Haha...

deus X machina said...

kak finaz...ok wat cite sivaji
heheheheh
tak merapu macam hindustan

Redz da Tsar said...

Sivaji The Boss ka? Kenapa macam aku tak pernah tengok eh?

Amir said...

susahla camtu.. main redah je atas jalan raya.. kalau cmtu aku pun tak berani la nak drive2 ni. hehe..

redz, aku dah dapat lesen kereta n motor.. hehe.. igt tak dulu aku buat kt shah alam, tapi tangguh2 sampai aku fly. skg dah settle.. :-)

Redz da Tsar said...

Amir: Tahniah ler~ Hehe... Ko takyah lesen utk drie kat India... Kalau kena saman pun dalam Rs200 (Rm18) jer...

Cuma perlukan keberanian jer la... Aku pernah citer kat ko tak yang aku eksiden?