Thursday, December 2, 2010

Teka-Teki: Apa Yang Ringan Tapi Berat?

Salam Alaik...

Saja aku nak bawak satu teka-teki yang jarang didengar oleh kebanyakan... Sebab aku yang reka teka-teki nie... Hehe... Soalannya mudah, 5 patah kata jer... Jawapan ada 4 patah kata...

"Apa yang ringan tapi berat?"

Mudah, kan soalannya?

Teka Teki Imam al-Ghazali

Aku ingat alang-alang nak tulis tentang teka-teki, boleh la nak kongsi teka-teki imam al-Ghazali... Tapi aku rasa memang ramai sangat dah tau teka-teki nie... Korang pun boleh agak, kan? Jadi, aku tak jadi la nak kongsi kat blog aku nie... Kalau nak baca jugak, klik kat sini...

Bila Nak Bagi Jawapan?

Haha... Biasanya kalau letak teka-teki mesti orang yang bagi teka-teki tue akan bagi peluang untuk meneka... Tapi, aku risau nanti macam-macam jawapan keluar dan aku tak sempat nak balas... Jadi, aku bagi terus la jawapan... Ok? Tapi kalau korang nak teka dalam hati, jangan scroll down lagi sehingga korang 'surrender'... Hehe...

Jawapannya ialah:-
































"Subhanallah wabihamdihi, subhanallah il-'Azim"...

Daripada Abu Hurairah R.A, Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud, "Ada dua frasa yang ringan atas lidah; tapi berat atas al-Mizan (timbangan); dan disukai oleh ar-Rahman (Allah): (iaitu) Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil 'Azim".

H.R Bukhari dan Muslim
Sememangnya Sahih...

Jadi, moh la kite semua berzikir dengan perkataan ini... Asalkan tengah lapang, contoh waktu tersekat di kesesakan lalu-lintas, atau tunggu lampu hijau, boleh la kita mengamalkannya... Kalau buat zikir lepas solat takpe jugak, tapi sorang-sorang sudah (dalam hati atau sekadar didengar untuk sendiri)... Kalau ajak berjemaah, nanti tidak menepati sunnah pulak ye... (Rujuk Hadis Ibnu Mas'ud vs Ahli Zikir Halaqah)...

Subhanallah wabihamdihi, subhanallah il-'Azim...
(Maha Suci Allah dan Segala Puji Bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Hebat)

5 comments:

Anonymous said...

baguslah Redz...entri nih mengingatkan sesuatu yg aku dah terlupa..thanks Bro!

Aku Anak Pahang said...

Salam bertandang sahabat, malu nak jawab bimbang tersalah malu nnt.. apapun N3 menarik TQ.
New Entry "Perlukah kita menjadi seorang Pelakun Pak Pacak didalam Dunia seorang Blogger?"

cikmemy said...

terima kasih kerana mengingatkan......ni yg aku suke dtg blog ko neh...hehe

Redz da Tsar said...

Finaz: TQ
AAP: Hehe.. Takpe, jawapan dah diberi

CikMemy: Sekadar berkongsi ape salahnye

Sang Harima said...

Terbaik! Dalam kepala gua tadi, gua ingat sekular je..

Lain kali buat lagi.