Thursday, June 23, 2011

Defragmentasi Otak

Salam Alaik...



Ada satu istilah dalam bidang perkomputeran yang digelar 'defragmentation' atau aku melayukan menjadi defragmentasi (maafkan aku sebab DBP tak iktiraf perkataan ni).. Defragmentasi ini satu proses menyusun kembali data dalam cakera keras (hard disc) untuk menjadikan data tersusun (cepat dicari) dan ruangan kosong semakin besar untuk diisi data baru.. Aku bukan nak cerita tentang defragmentasi cekera keras pada hari ini sebab aku bukan pakar dalam komputer dan segala yang berkaitan dengannya..

Apa yang aku ingin cerita pada hari ini ialah tentang satu kejadian yang pernah berlaku kepada diri aku.. Kejadian ini tak selalu terjadi, paling akhir pernah aku ingat berlaku kepada aku masa aku kat INTEC dulu, lebih kurang 3 tahun lepas.. Kejadian ini aku bagi nama 'defragmentasi otak'.. Sila jangan cari dalam kamus atau net, kerana ini istilah yang aku reka sendiri..

Apabila defragmentasi otak terjadi, otak aku akan berfungsi dengan teruk.. Otak aku akan menjadikan aku lupa seketika ke atas beberapa perkara penting yang terjadi lama dahulu atau perkara-perkara yang baru berlaku.. Kalau terjadinya defragmentasi otak, aku mungkin akan terlupa bila kali terakhir aku balik rumah, atau bila aku pergi ke Negeri Sembilan dsb.. Dan aku juga boleh terlupa perkara seperti, 'aku pergi KL tak minggu lepas' atau 'kat mana aku letak kunci motor'... Ini merupakan satu situasi yang sangat rumit lagi merumitkan.. Serius..

Selain daripada otak aku mengalami amnesia, otak aku juga akan menjadi 'kartun' di kala defragmentasi otak berlaku.. Masa tu aku tidak dapat membezakan antara perkara tersimpan dalam otak aku 'realiti' atau 'imaginasi'.. Contoh, aku terbayang aku sedang naik roller coaster di Genting.. Dan masa defragmentasi otak itu, aku keliru sama ada aku pernah naik roller coaster itu atau pemikiran itu sekadar 'imaginasi' aku dahulu kala.. Dan aku juga tidak dapat membezakan event yang 'sebenar' atau sekadar pernah 'mimpi'..

Sewaktu defragmentasi otak jugak, aku akan mengalami 'deja vu' yang banyak.. Biasanya bagi aku, 'deja vu' akan berlaku kadang-kadang sahaja.. Tetapi ketika defragmentasi otak, aku akan mengalami 'deja vu' dengan kerap.. Kebanyakan perkara pada hari itu seperti pernah berlaku pada aku..

Merumitkan lagi keadaan, sewaktu defragmentasi otak, aku akan menjadi pening dan keliru.. So, kalau tidak ada kerja yang penting, sewaktu defragmentasi otak, aku akan berehat dan tidur.. Memang aku akan kurangkan aktiviti luar dan aktiviti-aktiviti yang memerlukan otak aku bekerja dengan 'mata' dan 'fikiran'.. Peh.. RUmit giler..

Tapi, aku bersyukur bahawa defragmentasi otak ini hanya berlaku dalam tak sampai 48 jam.. Dan berlaku sekali-sekala sahaja, mungkin lima tahun sekali.. Hehe.. AlhamduliLlah.. Punca defragmentasi otak nie tidak lah pulak aku tahu dan aku tak pernah pulak cuba mengkaji.. Aku pun tak tahu ini satu perkara yang 'normal' atau 'unik'..

Segala perkara yang aku terlupa akan aku ingat balik ketika aku kembali normal sampaikan aku sendiri tak ingat perkara apa yang pernah aku lupa.. hehe.. Dan segala kekeliruan aku ketika defragmentasi otak turut aku lupa.. Dan bila aku normal, aku dah tak keliru dan ingat macam biasa.. Yeay!!

Ada hikmah di balik defragmentasi otak nie.. Cuma aku tak tahu.. Mungkin aku akan melakukan kajian di kala 'masters' nanti tentang ini.. Hehe..

Otak merupakan satu ciptaan Allah yang hebat.. Serius!


No comments: