p/s: ini ialah sebuah cerpen
Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus tingkap bilik yang tidak tertutup rapat. Siulan angin meremangkan bulu roma. Kipas berputar perlahan, dan lampu suram menerangi ruang tamu. Mamat termenung sendiri, tidak tahu apa yang perlu dibuat. Ditenung telefon bimbitnya, senyap. Hanya siulan angin menemani malamnya yang sepi.Sedang matanya hampir terkatup awal, jam dinding berdenting sepuluh kali bergema ke sekalian is rumah. Dan selepas dentingan terakhir, telefonnya berbunyi mesra. Mamat tersenyum. Mesej singkat yang ditunggunya tiba. Selepas membelek skrin biru itu, dia terkejut. Mungkin satu anjakan akan berlaku padanya malam ini.Dia bersiap siaga. Mengenakan baju t-shirt biru Hard Rock Cafe dengan gitar bersilang. Jeans yang baru dibelinya disarungkan menggantikan kain pelikat. Dompet kelabunya dan jam tangan diletakkan ke dalam poket. Sekilas cepat tangannya mencapai kunci motornya yang tergantung di tepi pintu. Dia perlu keluar.Malam itu hujan renyai-renyai. Langit gelap tidak langsung bercahaya. Bulan yang sepatutnya mengambang hilang di bawah awan. Tiada sinar melainkan lampu kalimantang di bahu jalan. Dipecut motornya selaju boleh. Harapan ingin sampai ke tempat di tuju dengan cepat.Sampai di Dewan Besar, dia memarkirkan motornya. Berhati-hati dia menurunkan tongkat, senyap. Bunyi decitan kasut dan bola keranjang bergema dari dalam dewan. Keriuk daun pintu yang dibukanya mengejutkan Umairah yang sedang khusyuk bermain bla keranjang, sendiri.Mamat menghampiri Umairah dengan senyuman yang melirik panjang. Umairah berhenti bermain dan membalas senyuman sinis kepada Mamat. Persis memerli betapa lama dia menunggu Mamat untuk datang. Jam dewan berdenting sebelas kali. Cukup memberi peringatan bahawa Mamat terlalu perlahan.Mamat tahu Umairah perlu berlatih bola keranjang kerana ada perlawanan pada esok hari. Dia tahu Umairah perlu bimbingannya. Sebagai seorang pemain bola keranjang, Mamat perlu mengajar Umairah bagaimana bermain dengan betul, bermain dengan baik kerana Umairah hanya seorang amatur.Sejam bermain bersama, Umairah dan Mamat cukup penat untuk terus. Mamat menghantar Umairah balik ke rumahnya. Dan apabila tiba di rumah Umairah, Mamat terus beredar senyap meredah malam. Jam dua belas malam bukan waktu yang sesuai untuk merempit sendirian.Tibanya di rumah, Mamat terus melihat telefon bimbitnya. Ada satu mesej, dari Umairah. Umairah ketakutan kerana kawan serumahnya tidak ada di rumah. Umairah perlukan teman. Dan hanya Mamat seorang sahaja yang rapat dengan Umairah.Mamat tidak berkira. Selepas mandi menghilangkan peluh, Mamat terus memecut ke rumah Umairah.
Ahhh. Bodoh apa aku tulis nie? Elok-elok aku nak tulis cerita seram, jadi tah ape-ape. Hampeh tul!! Tak jadi la tulis cerpen seram. Hurmph. Maaf, cerpen tak dapat ditamatkan. Takde idea dan takde 'penghidupan'.
Maaf. Lain kali la aku tulis cerpen lagi.
No comments:
Post a Comment