Salam Alaik..
Alhamdulillah.. Aku dah selesai bertapa.. Maka selepas beberapa hari bertapa, aku dah boleh terbang dan berjalan atas air.. Cuma berada di dua tempat pada masa yang sama je belum dapat lagi.. Tunggu la!
Ok, kembali kepada topik asal.. Aku dapat beberapa soalan la dalam entri aku yang ini.. Dan aku berterima kasih kerana sanggup dan sudi meluangkan masa untuk menjawab.. Haha.. Aku ingat takkan ada soalan, tapi nyata tanggapan aku salah..
Ok soalan dan jawapan..
Anon I: Bilakah kali pertama emak ko beli kasut kat ko?Jawapan: Aku tak ingat la.. Mungkin masa aku kecik kot, kasut yang bunyi-bunyi kat tapak tue.. Haaha
Wi Sega: Ko rasa ko poyo ke tak?Jawapan: Aku dah bagitau dalam entri tue, yang aku rasa aku poyo.. Haha.. Maaflah, aku tak suka kepoyoan, tetapi kekadang tak boleh elak nak jadi poyo.. Maafkan aku..
Anon II: Salam..kata bertapa..boleh bukak internet jugak?oh bila tarikh tutup pertanyaan ni ye?Jawapan: Masa nie guna scheduled post, jadi bertapa tak efek sangat la.. Dan, dah tutup dah pertanyaan..
Orked: Kenapa kau suka mengkritik secara berlebihan? erm, on certain topic la..Jawapan: Hoho.. Kau dari dulu kata aku suka mengkritik.. haha.. Aku terima.. Aku mengkritik (bagi aku tak berlebihan) sebagai satu cara meluahkan pandangan aku.. Dan tak silap aku, aku sentias amemberi kritikan membina.. Hahaha... Thankz sebab tak jadi Anon.. Kau memang berani..
Anon III: Redz apa khabar?Jawapan: Ceh.. Bergantung pada keadaan.. Masa aku tulis nie aku sihat la.. Mungkin esok lusa tak tahu la..
Anon IV: apa nama adik beradik kamu yang lain?ni pun kiranya soalan berkenaan diri kamu jugak la kan.Jawapan: Nama adik beradik aku yang lain dirahsiakan atas sebab keselamatan.. Maaf la tak dapat jawab.. :P
Anon V: Bila agak2 nak buka pintu hati utk cinta seterusnya? Dah ready? Belum? Apa ciri-ciri wajib perempuan pilihan ko?Jawapan: Hurm, pintu hati aku sentiasa terbuka untuk cinta, kerana cinta itu fitrah.. Ready? Itu soalan subjektif.. AKu tak tau nak jawab macam mana.. Haha.. Ciri-ciri wajib jugak subjektif.. Aku pun tak tau aku nak yang macam mana.. Haha..
Anon VI: awat hang cute sangat?Jawapan: Ini soalah yang tidak relevan sebab aku tak cute.. Jadi, tidak ada jawapan yang konkrit atas penipuan.. Hahah..
Anon VII: Ko smoker kan? Ada rasa nak berenti x?Jawapan: Aku dah 8 kali buat plan nak berhenti.. AKu serius nie, tak tipu! Tapi biasanya plan aku gagal sebab aku TERLUPA aku ada plan tue.. Hahaha.
Penangan bertapa:-
Ok bai!
2 comments:
aku suka tgok tang 5th division tu top sekali. hehehe
Asri: Semestinya 5th Division diberikan keutamaan.. Hahaha
Post a Comment