Salam Alaik...
Dua Puluh Haribulan Lapan Dua Ribu Sebelas.
- Pagi menyambut ketibaan Azizanhakim a.k.a Apek Jijan ke Manipal. Datang ke Manipal jauh dari Belgaum, untuk melambai kengkawan yang kehidupan mereka di Manipal mungkin akan berakhir.
- Kacau Wawan sepuas hari dengan Apek. Sebab lepas nie 6 bulan mungkin tidak sempat mengganggu dia. Haha.
- Segerombolan kawan batch 25 datang rumah nak join melambai Do, Wawan, Oyop, Mat Yie, Panjang dan Hafiz.
- Aku, Apek dengan Edi bergerak ke Mangalore Airport dengan teksi, mahu hantar budak yang disebutkan di atas ini sampai check in.
- Siap hantar masuk, gerak ke City Centre Mangalore, bertemu dengan Ayam untuk berbuka sekali. Nasi Arab Apek belanja.
- Masuk Spar, beli bahan basah untuk masak dan hadiah untuk bebudak perempuan yang dijangka meninggalkan Manipal malam tue.
- Gerak balik Manipal dalam pukul 9pm, dengan teksi. Ayam ikut sekali gerak ke Manipal. Pukul 10, teksi pancit dalam perjalanan. Berusaha dengan pakcik driver teksi tue tukar tayar sebab nak balik on-time sebelum pukul 11pm.
- Sampai Manipal tepat 11pm, prepare lebih kurang lepas tue set-set Mirae, Mun, Fit dengan Zaty tiba di rumah raya untuk bagi harta pusaka seperti vespa, barang dapur.
- Apek, Ayam, Edi dan Aku bagi hadiah yang dibeli kat Mangalore kat bebudak tue, stail cabutan bertuah.
- Lambai tangan kat diorang, dalam hujan rintik-rintik. Diorang akan meneruskan perjalanan ke Ooty, tempat percutian tanah tinggi.
Dua Puluh Satu Haribulan Lapan Dua Ribu Sebelas.
- Lepak rumah yang blackout. Layan cerita hantu dengan Ayam dan Edi. Apek, Mantap dah tido masa tue.
- Pukul 2.30am teman Edi masak sahur. Ayam dengan Rohil layan cerita Korea. Aku naik kejap ambik laptop lepas tue format sebab ada masalah teknikal.
- Pukul 4am sahur sedia, dan makan ramai-ramai. Masih 6 orang di meja makan, walaupun 2 orang dah gerak keluar. Aku, Edi, Rohil, Mantap dan tetamu kehormat Apek dan Ayam.
- Tido sepanjang hari, sementara Edi dan lain-lain bersedia untuk masak berbuka.
- Petang keluar dengan Apek beli air, buah etc.
- Berbuka dengan enam orang tadi, dan juga Zaid, ahli baru Rumah Raya. Welcome. :)
- Lauk berbuka: Ayam golek Edi Style, Daging masak kicap, Bawal masak merah, Kobis Masak Lemak.
- Lepas berbuka, berborak panjang sampai hampir miss waktu Isyak.
- Lepas Isyak gerak ke Nature makan Ais krim, Ayam belanja. Kena paksa. hehe.
- Gerak ke Teaze untuk layan Bubble Tea pulak, sesi tembak menembak pearl berlaku.
- Dalam jam 10.45 hantar Apek ke Udupi. Dia nak naik bas ke Belgaum. Ayam, Aku, Edi, Rohil, Mantap, dengan Farid follow. Tunggu bas sampai jam 12am baru sampai.
- Lambai tangan kat Apek. Selepas tue, fikir idea nak letak vespa Edi kat mana. Sebab tayar belakang pancit. Mujur bawak motor lebih. Haha. Tinggal vespa kat hotel mana tah, esoknya ambik.
Dua Puluh Dua Haribulan Lapan Dua Ribu Sebelas.
- Edi masak sahur, seperti biasa.
- Ayam gerak ke Mangalore pukul 10am kurang lebih. Dia cadang nak gerak kul 7am, tapi biasalah, Ayam.. Haha..
- Habis kisah Au Revoir. Sambung study untuk praktikal.
No comments:
Post a Comment