Saturday, May 9, 2009

"Perlawanan Pertama Kami Agak Baik!!!" ~ Doo


Salam Alaik...

Pertemuan antara pasukan Batch 20 dan 24 petang tadi berkesudahan dengan kemenangan pihak Batch 20 dengan 2 jaringan berbalas satu... Gol pihak batch 20 dijaringkan oleh Ganesha melalui sepakan penalti manakala gol kedua dijaringkan oleh Muiz melalui sepakan basikal (bicycle kick)... batch 24 kemudian mengasak dan mendapat gol saguhati melalui jaringan penalti oleh Praveen...

Pada awal perlawanan, batch 24 amat kental bertahan... Pasukan penyerang batch 20 agak buntu setelah usaha bertali arus untuk menembusi benteng pertahanan batch 24 yang diketuai Panjang Ferdinand dan juak-juaknya iaitu Xiang (bek tengah), Mantap dan Rohil masing-masing di bahagian pertahanan kiri dan kanan...

Pada separuh masa pertama, pasukan batch 24 berjaya melakukan beberapa hantaran terus melepasi benteng batch 20, tetapi nasib tidak menyebelahi Kugan kerana gagal menguji kehandalan presiden IYA, Zack dalam mengawal pintu gol lawan dengan sepakan lemah...

Setelah banyak cubaan mengasak gagal, akhirnya batch 20 mendapat sepakan penalti setelah Ganesha dijatuhkan oleh Panjang di dalam kawasan penalti... Ganesha dengan tenang menewaskan penjaga gol batch 24, Skantha yang mantap sebelum ini... Beberapa penonton menegaskan Panjang mendapat bola dahulu, tetapi tidak dapat dibuktikan kerana tiada ulang tayang... Panjang selepas perlawanan menyatakan bahawa beliau memang tidak bermain dengan bola, sebaliknya bermain kaki...

Batch 20 masih belum berpuas hati dan melancarkan beberapa serangan merbahaya... Hasilnya, satu lagi gol dapat dihasilkan melalui kekalutan pemain pertahanan di depan pintu gol... Gol kedua ini, menurut beberapa pengulas, adalah gol yang ofsaid... Dan pembantu pengadil telah mengangkat bendera sebagai tanda ofsaid sebelum menurunkannya kembali setelah referee tidak melihat ke arahnya... Tetapi, tidak dapatlah dipastikan siapa yang betul kerana tiada ulang tayang...

Separuh masa pertama tamat dengan batch 20 mendahului 2-0... Masuk separuh masa kedua, beberapa pemain diganti (Redz in, Arvin out; Superman in, Rohil out; Doo in, Yob out; Vishnu in, Kugan out)...

Sepanjang separuh masa kedua, aksi hambar dipamerkan oleh kedua-dua pihak kerana kehabisan stamina... Pada 5 minit terakhir, batch 24 mendapat sepakan penalti setelah Praveen dijatuhkan... Batch 24 kembali semangat di sebalik serangan-serangan merbahaya pihak batch 20...

Tamat perlawanan, batch 20 (2) dan batch 24 (1)...

Komen pascaperlawanan:

~kita bermain dengan baik sekali... Cuma kadang-kadang jentera serangan gagal mengasak dengan lebih bahaya.. Tetapi ini sudah dikira bagus kerana kami masih baru, dan batch 20 dah banyak pengalaman~ Rohil memberi komen ala-ala Arsene Wenger...

~Kami umpama pemain Malaysia menentang pemain Man United... Badan mereka besar untuk dibandingkan dengan kami... Kami memang gagal mengawal bola kerana badan kami yang kecil ini~ Yobo

~Kami agak sedih apabila banyak pemain kami cedera... Tetapi mereka tetap bersemangat, dan kami mampu menang jika pemain kami cergas~  Panjang

~Panjang memang terbaik dalam bidang pertahanan... Tengok sahajalah tandukan melayang dia yang menyebabkan ramai kagum keupayaannya dalam pertahanan sedangkan dia ialah bekas penjaga gol di SAKTI dahulu~ Mantap

~Saya agak sedih tak dapat buat skil Zidane... tapi takpa, kita masih muda dan punya banyak masa untuk kembali beraksi dengan baik... Kami sudah bersungguh-sungguh, tetapi nasib tidak menyebelahi kita... Perlawanan kompetetif pertama kami agak baik sebenarnya~ Doo

~Saya tidak dapat bermain dengan mantap hari ini kerana stamina saya tiba-tiba jadi haram... Mungkin tidakan saya yang skip makan tengahari menyebabkan saya gagal menghasilkan tenaga yang mencukupi.. Walau apa-apa pun, kami dah cuba yang terbaik... Mungkin kali ini kami kalah, tapi nanti kami akan menang~ Sam der Tsar

Starting XI:

                                                   Skantha

Rohil (Superman)(Arvin)       Panjang       Xiang           Mantap (Rohil)


Pau (Kugan)        Yobo  (Doo)     Doo (Praveen) (Yobo)   Arvin (Redz)


                               Anthony          Kugan (Vishnu) (Yobo)

Edited Version (jam 0030): Yobo masuk balik setelah keluar sebentar menggatikan Vishnu, Arvin masuk balik menggantikan Superman, Rohil masuk balik menggantikan Mantap, Kugan masuk balik menggantikan Pau... Untuk pengetahuan korang, Liga Supremo nie membenarkan pemain bertukar banyak kali sesuka hati ala-ala American Football... (Pemain yang bermain sepenuh masa: Skantha, Panjang, Xiang, dan Anthony)

Yellow Card: Panjang , Rohil
Injured: Yobo; Doo, Redz, Mantap (dijangka kembali bermain dalam perlawanan seterusnya)

4 comments:

oyop said...

beb...kne edit balek nie...sub 2nd half maen bape lame jer??ktorg sume masuk balek beb pastuh...hahahaha

Redz da Tsar said...

Erks.. Sub laen k.. ku main sampai habis...

Don Balon said...

Molek..teruskan bersukan dan popularkan bola di Benua Keling :)
ni dok, asyik kriket, hoki...

Redz da Tsar said...

Don>>

hehe... Kriket mmg tak boleh nak lawan dah... Tapi hoki jarang-jarang la ada nampak kat sini... Bola sepak, ada gak tempe main, tapi banyak yang konsisten main budak Malaysia dengan Arab jer