Saturday, January 2, 2010

Senyumlah Seindah Suria, dan Jangan Senyum Semanis Gula

Salam Alaik...

Tahun baru dimulakan di seluruh negara dengan konsert-konsert dan juga pesta muda-mudi di mana-mana tempat yang boleh berkumpul... Selain itu, terdapat jugak beberapa agensi mahupun orang perseorangan yang membanting tulang dalam usaha dakwah ketika malam tahun baru... Agak-agaknya berapa juta mambang yang dapat didakwah pada ambang tahun baru? Hehe...

Di samping tue, tahun baru kali ini disambut dengan senyuman yang tak cukup manis apabila penduduk yang berpendapatan rendah terpaksa mengurangkan penggunaan gula di rumah mereka, dan menyebabkan kuota gula untuk senyuman telah dikurangkan... Mungkin senyuman sekelat kopi lagi menjimatkan kot...

Selain itu, subsidi untuk roti putih juga dikhabarkan dihapuskan, menyebabkan rakyat yang berpendapatan rendah dan mempunyai bajet yang terhad kembali kepada tradisi nenek moyang mereka iaitu dengan bersarapan lempeng atau cekodok atau nasi goreng kosong menggantikan sandwich atau roti bakar...

Usaha kerajaan untuk menambahkan lagi pendapatan negara dengan mengurangkan kos untuk menampung subsidi merupakan satu idea yang bijak... Dan, usaha untuk mengurangkan defisit negara ini ditambah dengan peningkatan cukai rokok, yang merupakan satu idea serampang dua mata dalam menggalakkan peningkatan pendapatan negara di samping mengurangkan jumlah perokok dalam negara... Idea ini merupakan idea yang sangat berkesan dalam meningkatkan pendapatan negara kerana jumlah perokok yang berhenti merokok akibat kenaikan harga rokok tidaklah sebanyak mana...

Walau apa-apa pun, aku menyokong penuh tindakan kerajaan ini kerana aku ialah rakyat Malaysia yang berada di India... Aku tak rasa cukai rokok lagi, dan harga gula kat India memang tinggi... Dan, pendapatan negara merupakan satu perkara yang aku ambil serius kerana pendapatan negara la yang memastikan aku dan kawan-kawan aku berada di luar negara untuk belajar...

Semoga lebih banyak subsidi dikurangkan dan semoga harga rokok naik lagi 400 kali ganda... Hurmphh...

p/s: Sila jangan salurkan duit negara kepada projek yang tak memberi untung kepada rakyat atau kepada komisyen... Sebab anda menggunakan duit rakyat yang bekerja membanting tulang untuk memajukan negara... Kalau rakyat tak merasa nikmatnya, maka anda bukanlah seorang yang lebih baik walaupun anda mungkin baik... Harap maklum...

15 comments:

JJ KRN said...

Aku sangat suka. Harga rokok naik.

Finaz said...

sib baik Islam dah bg guideline utk taat kpd pemimpin so sebagai rakyat ikut jelah... but still doa akak agar suatu masa pemimpin bersifat Ulil Amri akan dpt memimpin ngra ni dgn adil & saksama.. (agak2 kat mana lah pemimpin yg bercirikan sifat itu berada skrg?...Oh Tuhan..)

Aku Anak Pahang said...

Hamba rakyat tidak mampu lagi dgn semua ini...apakah sudah hilang kelayakan mereka utk memtadbir negara ini.

Anonymous said...

td kat petronas trkejut beruk cz harga roti putih dah jadi 3.20..

dulu 2.90 jewk gardenia!!!

sedeyh..x jd beli!

mira ellyna said...

harga rokok mmg xleh turun.
nti ekonomi negare jejas huhu..

eloklah mmg sokong sbb perokok mkin bertmbh lak klu xnek.

ohmalaysia.com said...

betol tu redz. harap duit tu disalurkan ke saluran yg betul.

aku pun bterima kasih kt kerajaan msia yg sudi taja aku, kwn2 blaja.

saharul said...

biasalah....kerajaan. kot manapun, buat apapun, apa kata dek rakyatpun....keputusan tetap keputusan.....apa slogan tu." rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"....kah kah kah...

Sang Harima said...

hahaha... lepas ni minum air kosong je la ganti teh..
err, roti canai pakai gula tak?

Pengembara silam, said...

Biasa lah dah namanya rakyat..Rakyat golongan penerima bukan pembuat..Sebab tu aku berusaha untuk tidak menjadi rakyat..he he

Daud Mili said...

rokok yang ada quality, dah jadi mahal,...so, rokok yang takder kuality diseludup dengan pelbagai jenama ke dalam Malaysia, dan rokok2 murah(tak da quality ni) dikhuatiri lebih merbahaya kepada kesihatan...

isu subsidi ditarik, yang pelik, kenapa mereka x terangkan kemana subsidi itu pegi,..untuk cover apa ek??...ekonomi mmg la tak kan pernah okey, kalau rasuah dan project tak menguntungkan masih diteruskan...

dengar2 byk duit pelajar, elaun pelajar, seperti sukan dll... telah ditarik...so, pelajar2 pas ni duduk dalam kelas je la...x bleh wat apa2 aktiviti luar, sebab sekolah itu sendiri takder bajet...

mazru said...

takpe rokok seludup banyak...heheheh

Redz da Tsar said...

Jaja: Kenapa suka pulak?

Finaz: Hehe... Di manakah? Mungkin berada di balik manusia menanti masa yang sesuai...

Yassin: Biase la, bila mata ditutup dengan duit, maka tak nampak la rakyat...

Ghostone: Relax... Boikot jer, amacam?

Mira: Kalau naik macam mana pun, perokok payah nak kurang... Yang black market seperti Nusantara tue masih jadi altenatif...

OM: Hehe... Bagus ler tue... Taja kita bagus ler, tapi kalau taja bail-out company yang nak bankrupt atau taja F1 waktu negara tengah jatuh, payah la..

Cikgu: Rasanya lebih kepada pencapaian diutamakan, dan pencapaian jugak didahulukan... Rakyat? Hurm.... haha

SH: Roti canai pakai jugak gula.... Kot... haha... AKu tak tau... tapi mesti ada side effect punye...

PS: Bagus-bagus... Macam mana tak jadi rakyat?

DM: Biasa la... Ada Top Secret Operation agaknya... Tu sebab taknak bagitau ke mana semua duit tue pergi... Kalau setakat bagitau 'untuk membangunkan kaw luar bandar' baik tak payah..

MM: Itu ler pasal... Haha... Roti Putih seludup dengan gula seludup ade tak?

Hashim Zabidi said...

Berc akap tentang rokok. Adeui! Org tuan lelaki sudah kurangkan rokok sebab tua dan sakit-sakit. Orang perempjuan pulak le ni yg kuat merokok.
Tak percaya, boleh cek....

Redz da Tsar said...

PAkNgah: Betoi jugak tue... tapi ramai jugak laki yang merokok... haha... APa-apa pun, kalau rokok 'halal' mahal, berubah la ke rokok 'haram', murah jer..

pungkar said...

rokok murah(haram) x bleh masuk paru-paru aku r....rse cam kertas kne bakar je...hehe