Monday, April 26, 2010

Kalau Lihat Panjangnya Tembok Besar, Panjang Lagi Aku Mencarut...

Salam Alaik...


Oh, nampak tenang awan ini, tapi malam tue ribut seyh~

Sebab dah hampir seminggu aku tak mencarut, jadi terpaksa la melayan entri aku yang aku rasa 'panjangdanlebatmengalahkanjanjiahlipolitik' nie~

Aku memang dah lama berhajat besar dan berhati besar bak taj mahal nak mencarut dalam blog nie, cuma masa dan tulang belakang aku gagal memberikan kerjasama penuh dalam usaha aku untuk menghapdet blog yang cikai ini...

Sepanjang minggu bermula hari isnin yang lepas (bukan hari nie), aku agak sibuk... Pagi memang takleh nak update sebab bilik ak nie matahari memang terbit lambat... Hatta jam loceng berdesing kat sebelah telinga pun aku tak sedar... Oh, aku sangat rindukan jam loceng Malaysia yang menjengkelkan... Eish...

Bila tiba tengah hari, aku pun makan + tido... Kalau bukak laptop pun, balas komen dalam FB dan mengtongsampahkan emel yang bersepah... Setiap petang pulak aku biasanya akan layan stamina aku kat depan umah sambil lepas stress kat bola hitam yang dah nak tercabut kulit... Elok-elok kaler hitam, pastu tukar putih sket (sebab tercabut kulit) dan sekarang sebab main atas tanah berdebu Manipal, dah tukar jadi cokelat~ Haha...

Cari Bola Yang Tak Tersembunyi

Pas maghrib, biasalah, sebagai seorang budak yang sedang belajar, bergerak ke library.. Ceh, rajin gilak aku~ Takde la study mana pun, cuma lepak kat Cofe Day berbincang isu semasa dan isu-isu lain... Cerita pasal FB, status kontroversi, Muktazilah, Syiah, dsb... Pastu gelak slow-slow sebab takut tempe yang berdating kat belakang tue terganggu~ Hehe...

Pas balik dari library, macam bese la, layan lepak lagi kat Nandini.... Sambil ditemani sebatang rokok berasap, dan lime juice 5 rupee sebotol (RM0.40), bersembang lebat macam ahli politik la... Kalau ada orang tangkap gambar aku, campur photoshop sket, buleh la buat kontroversi aku layan Carlsberg... Haha... Mangkuk la~

Sampai bilik memang la online, tapi tak lama... Aku takleh duk bersila lama-lama, kebas Gluteus Maximus aku... Belum campur vetebra yang macam osteoporesis nie (sejak bila lelaki muda ada osteoporesis nie)? Pas online seminit dua, sambil layan sokernet dan berkebun di Barn Buddy, aku duduk atas meja tulis 'diari seorang lelaki'... Hehe.. Kalau aku jadi PM, aku jual diari tue kat eBay... Boleh cecah RM 4 juta tue...

Itulah rutin seharian aku sepanjang minggu nie diselit sket dengan aktviti melayan ragbi, bola sepak, basketball malam-malam (ikut perangat tempe pakai jeans main basket) dsb... Maka, al-kisahnya aku pun berharap agar aku dapat tulis blog dan melawat blog kawan-kawan pada hujung minggu yakni semalam dan kelmarin... tetapi, ribut kencang malam sabtu tue berjaya meranapkan sistem elektrik kat Manipal lantas menggagalkan aku untuk online~

Hari Ahad, azamku bersambung.... Hajat nak cakap lebat pas MU menang dengan Spurs, tapi macam bese la, sibuk pulak dengan tido, test motor laju-laju kat highway dan melayan chroma key effect kat dalam video... Maka, terbantutlah lagi...

Malam isnin, sebelum tido, aku bukak la blog aku yang dah lama aku tak bukak nie... aku saja tengok livefeed, nampak la ada orang search dalam google yang terus direct ke blog aku... Aku bukak tengok terus ke link arkib Ogos 2008... Maka aku baca la segala apa yang aku tulis masa tue... Hehe.... Nostalgia beb... Dari hal peribadi, sampai ke hal politik semua aku lenjan... Masa tu kat Intec, banyak masa dan boleh online atas sofa~ hehe... Banyak la artikel yang boleh keluar...

Lepas syahdu melayan nostalgia, aku pun membukak blog member-member aku... Wah, boleh tahan update.... Banyak tertinggal nie... Aku pun mencatat isi yang sesuai untuk aku tulis pada hari esoknye (hari nie)... Tapi, masa tulis tadi, isi aku jadi berterabur.. Ah, tak payah la nak ikut isi.. Lenjan je la ikut otak... Apa ingat nak buat esei BM setebal 5 muka surat cikgu Mai masa kat SBPIT dulu ke? hehe...

Maka terhasil la entri ini~

Kah-kah-kah... Sapa yang nak baca cerita pasal travel aku dulu, boleh la layan kat sini.... Ketua rombongan yang buat... Aku tak rajin nak tulis panjang-panjang.,... Haha... Maaf... Ingat nak cakap lebat MU menang lawan Spurs, tapi tiba-tiba Chelsea pun nak menang jugak, 7-0 pulak tue... takpe la.. Ada rezeki menang la MU BPL nie... Kalau takde rezeki nak wat camne, kan? hehe...

Apa-apa pun yang berlaku, atau apa-apa pun yang kita fikir, atau apa-apa pun yang kita buat; pastikan semuanya berlandaskan Quran dan Sunnah.... Jangan duk kalut nak angkat sesetengah ulama khalaf tapi duk kutuk ulama khalaf yang lain... Jangan duk sibuk nak marah atau kritik ulamak lain 100% (SERATUS PERATUS) KECUALI ulama dia maksum melampau...

Sesungguhnya Islam itu agama Allah dan yang menerangkan syariatnya hanya rasulullah... Kalau nak angkat sangat Ibnu Arabi, atau nak angkat Ibnu Taimiyah sampai kutuk dan kritik Ibnu Hajar al-Asqalany atau al-Ghazali macam ulamak tue takde langsung jasa; baik tak payah la...

Sebelum habis, nak tunjuk gambar katil aku yang sentiasa kemas sepanjang minggu...
(Buleh klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Katil aku yang sangat kemas sepanjang minggu


Jazakumullah Khair~

8 comments:

Aku Anak Pahang said...

Salam sahabat..
Kawan nei nok nulis panjang2 tak reti juga, nok komen lagi tak kena yang pasti kawan nak ucapakan salam jua buat aok.. lama kita tak bersua di alam siber ini bz ngat ker aok?

deus X machina said...

cantik katil

Wanturd™ said...

woit. ada topi man u! haha. ciss.

tu la.patut kau blagak malam sabtu tu. time man u baru menang dengan spurs. haha

fi3lina said...

blanket PINK!! ;)

hans said...

kemas gila katil ko yer bro

cikmemy said...

tajuk gempak aku ngatkn ko ade cite hot.ceh..weyh,bola kau da mcam bola2 api la...selimut pink lak tu.tercabar aku taw..haha..erm...relax nampak ko nye xtvt hari2..ko baru masuk sem ke...

Don Balon said...

Selamat rodonc..
Moga berbahagia dan berjaya di rantau orang.. :)

tuan director said...

ragbi pun hang minat.
aku boring la ragbi ni