Monday, August 16, 2010

Ayah Saya Kata Macam Tu!

Salam Alaik...

p/s: Dipetik di Saifulislam.com oleh Hasrizal Abd. Jalil (Abu Saif)

***************************************************************

GURU NANAK DAN KUCING ASHRAM

Pernah suatu ketika Guru Nanak dan pengikut-pengikutnya mahu mengerjakan sembahyang cara mereka. Tetapi mereka diganggu oleh kucing ashram yang menyelit-nyelit di celah kaki mereka. Lantas Guru Nanak mengarahkan supaya kucing ashram itu diikat di tiang setiap kali mereka mahu bersembahyang.

Selepas beberapa ketika, Guru Nanak telah meninggal dunia. Pengikutnya masih mengamalkan ajaran Guru Nanak seperti biasa dan setiap kali mereka mahu bersembahyang, mereka akan menambat kucing ashram tersebut di tiang. Akan tetapi selepas kucing ashram itu mati, pengikut-pengikut Guru Nanak mencari pula kucing lain untuk diikat setiap kali mereka mahu mengerjakan sembahyang!

Berkurun selepas itu, barulah ahli teologi membongkarkan hal ini, betapa kesilapan telah berlaku apabila pengikut ajaran Guru Nanak menyangkakan bahawa sembahyang mereka tidak sah tanpa kucing yang ditambat di tiang! Mengapa semua ini terjadi? Jawapannya mudah, bertaqlid buta dan agama menjadi ritual. (–”The Guru’s Cat” from The Song of the Bird by Anthony De Mello)

Saya kisahkan cerita di atas kepada pelajar-pelajar sebuah kolej semasa mereka mengikuti sebuah kursus yang saya kendalikan bersama Fitrah Perkasa. Para pelajar dibawa ke tepi pantai dan kami belajar zikir dan fikir terhadap kebesaran Allah berpandukan ayat 190 serta 191 surah Aali Imran. Kemudian kami bersolat dua rakaat. Selepas solat di atas pasir, saya kisahkan cerita kucing ashram tersebut dan saya tanya kepada pelajar, mengapa kalian menyapu muka selepas memberi salam tadi? Soalan itu saya biarkan tergantung supaya pelajar kaitkan ia dengan kisah Guru Nanak dan kucing ashram itu tadi.


***********************************************************


dipetik di sini

Renung-renungkanlah... Walaupun nampak enteng, kekadang perkara macam ni la kita tak cakna... (^^)


Selamat beramal...

7 comments:

Don Balon said...

kuikui..
lawak jugek weh..

meh berokok molek nampok? berenti la weh..
---dari seorang anak yang terlalu sedih kehilangan seorang ayah akibat kanser..

akuanakpahang said...

Simboliknya gitu agoknya lepas bagi salam meraup muka macam tok bomoh "menawar air" mesti kena hembus ausss!! :)

Webmaster@Echam said...

Koi pun pernoh tertanyer soalan tu. Nape lepas bagi salam kena raup muka. Tapi sampai skng ni takde jawapan....

Mazru Majid said...

kalo lepas salam letak jari telunjuk kt btg idung pun ander jugek..

Redz da Tsar said...

\don: itu gambo lame sangat dah weyh

\aap: hehe.. gitu la gayenye gamoknye

\echam: jawapannye menyapu pasir ler.. hehe

\mazru: itu sebab hidung deme penyet

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

adooiiii tak terlintas jawapannya kat kepala baru ni aje terfikir

Don Balon said...

Duan..koi sebagai rodonc koi mendoakan yang terbaek untuk aok..
moga aok balik ke tanah air lebih perkasa daripada masa pegi dulu..
ameen..