p/s: Ini ialah sebuah Cerpen
Malam itu hatinya begitu gembira. Menerima sebuah pesanan ringkas di telefon genggamnya daripada seorang rakan perempuan yang diminatinya memang sangat mengujakan... Setiap kali menerima pesanan ringkas itu, dia terasa seperti dia berada di kayangan, seperti menerima hadiah berupa sehelai baju sang bidadari syurga. Kegembiraannya seperti tiada tolok bandingnya, hatta apabila mendapat markah 99% untuk kertas Matematik Tambahannya masih lagi gagal menyaingi kegembiraannya itu, walaupun markah Matematik Tambahannya tidak pernah melepasi dua angka...
"Dah makan nasik ayam tadi"
Mesej yang ringkas, ditenung lama... Dirasakan berdasarkan mesej itu bahawa penghantarnya mempunyai perasaan cinta kepadanya.... Ya, hanya satu ayat, yang tidak punya makna yang besar bagi sang kebanyakan dirasakan begitu istimewa... Senyumannya panjang sehingga lidahnya mampu menjilat Mastoid Process di belakang telinganya... Dia membalas, "Sedap tak nasik ayam?" dan kemudian menunggu... Menunggu dengan penuh harap... Matanya tidak pernah lepas daripada telefon genggamnya, Nokia Siri 3 yang paling popular, 3310...
"Sedap"
Dan kegembiraannya kembali lagi... Hebat seperti tadi... Dia terasa seperti mengambil kokaina pada dos yang kecil, mampu menyebabkan euforia* dan perasaan dihargai... Dia tersangat yakin, yang pengirim pesanan ringkas itu sangat cinta akan dia... "Serius", getusnya dalam hati... Dan dia tertidur dalam kegirangan yang amat melampau, dan terbawa-bawa ke dalam mimpi...
***
Keesokan harinya, dia bersarapan di Restoran Ali Hijrah, bersendirian... Roti canai dua keping, dan kuah dal sambal menjadi hidangan paginya setiap hari, tanpa gagal... Dan telefon genggamnya seperti biasa, berada di sisinya di atas meja itu...
"Sorang je?" tiba-tiba Aiman menegurnya... Ditarik kerusi di hadapannya dan duduk tanpa dijemput...
"Sorang je la... Sapa lagi nak makan dengan aku," balasnya ringkas...
"Ala, awek kesayangan ko takde ke?" Aiman menambah...
"Haha... dia bangun lambat la... Mana sempat nak bersarapan"
"Owh... Aku tak pernah nampak pun ko keluar dengan dia... Ko selalu citer, tapi tak pernah tunjuk pun..."
"Alang-alang ko kat sini, meh aku tunjuk bukti," dia menolak pinggan roti canainya ke tepi dan mengambil telefon genggamnya dan dibuka pilihan 'peti masuk' dan menunjukkan mesej yang diiterimanya semalam kepada Aiman...
"Apekah?" soal Aiman, pelik...
"Ko baca tak mesej tue?"
"'Makan nasik ayam'?"
"dan lepas tue?"
"'sedap'?, so?"
"ko tak nampak ke apa yang aku cuba buktikan?"
"Apekah?" Aiman membuat muka bosan sambil mulutnya senyum sinis...
"Ko tak rasa ke dia mencintai aku?" katanya bersungguh-sungguh...
"Ape daa... Dengan dua mesej tue ko nak kate dia cinta akan kau? Takde pulak aku baca ayat 'aku cintakan kau' atau sekurang-kurang 'ILUSM'"
"Ah, ko tak tau! Aku baca mesej nie je pun aku dah tau dia cintakan aku sebagaimana aku cintakan dia..."
"....... Aku rasa kau ada masalah la." Aiman bermuka serius...
"Ko tak percaya kat aku ke?" balasnya dengan muka seposen...
"Aku rasa baik ko taip perkataan Erotomania kat Wikipedia, dan fahami apa maksud tue" Aiman bersahaja, dan menganggkat punggungnya bergerak meninggalkan Ali Hijrah tanpa bersarapan...
-Tamat-
*Euforia - Perasaan gembira yang berlebihan, teramat sangat gembira
*Erotomania - Perasaan delusi seperti dicintai seseorang walaupun sebenarnya tidak...
*Delusi - Kepercayaan yang palsu, tetapi sangat utuh; berlawanan dengan realiti dan kebenaran; tidak boleh digoncang, diubah dan dikongsi walaupun kepalsuannya telah dibuktikan.
P/s: Aku pun tak faham sebab apa aku tulis cerpen nie.. Nie semua sebab exam forensik kot... Haha... Sorry kalau plot terlalu ringkas... Malas nak tulis panjang-panjang... Lagi satu, nak memperkenal 'adab memerli' yang ditunjukkan oleh Aiman pada dialognya yang terakhir... Hehe...