Saturday, November 20, 2010

Kersani: Mentera Semerah Padi dan Mat Kilau

Salam Alaik...

Lepak-lepak di Nandini Store dengan Doo dan Edy selepas balik library memang satu rutin... Dan malam tadi mendengar lagu Mentera Semerah Padi M. Nasir... Lalu timbullah satu persoalan... Apakah maksud 'Kersani'?

Sebelum membebel panjang, aku letak dulu lirik mentera semerah padi...

M. Nasir
Mentera Semerah Padi

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

Aku ambik kat sini

Memula dengar aku ingat mentera semerah padi nie hanya mentera lagu biasa, yang takde kaitan dengan apa-apa jampi klasik... haha... Lepas aku dengar dan timbulnya persoalan tentang apa itu 'kersani', maka aku pun balik dan tanya Mr. Wikipedia...

Maka jawapannya:

Besi Kersani adalah istilah yang sering digunakan di dalam mantra pendekar silat dan penganut ilmu batin di kawasan Nusantara (Indonesia dan Malaysia) terutama di dalam budaya Melayu. Di dalam bahasa Minangkabau besi kersani disebut sebagai basi karasani. Istilah besi kersani ini juga tertulis di dalam Alkitab di Kitab Yeremia 15:12 versi Terjemahan Lama, yang berbunyi: "Adakah besi yang dapat memecahkan besi dari utara, yaitu besi kersani?". Istilah kuraisani (bahasa Melayu lama untuk kersani) ini juga terdapat di dalam Naskah Melayu tua yang ditemukan di Tanjung Tanah, Kabupaten Kerinci yang berisi tentang undang-undang dari Raja Aditiawarman untuk daerah tersebut [1]


Jika melihat dari bahasanya, besi kersani ( besi kursani, qursani, khurasani , khursani) mungkin berasal dari kata khurasan [2] atau khorasan, suatu kawasan yang meliputi bagian dariIran, Afganistan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan. Di kawasan ini dahulunya dihasilkan pedang dengan kualitas besi yang sangat bagus dan kuat. Kekuatan besi inilah yang kemudian diibaratkan menjadi kekuatan batin di dalam tubuh oleh pengamal ilmu batin.

Nampak tak apa maksud kersani?

Kenapa Kersani ada dalam Mentera?

Untuk melambangkan kekuatan yang baca mentera tue la... Takkan tak baca kat atas nie... hehe... Jadi, mentera yang mengandungi unsur perkataan kersani nie memang wujud la... Dan semestinya bila namanya 'mentera' maka ada unsur metafizik... Ishk... Nampak tak unsur khurafat kat situ? Hehe..

Maka katanya Mat Kilau, pahlawan kebanggaan Pahang, juga punya mentera yang ada unsur kata kersani, yang berbunyi lebih kurang begini:-

Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu ........

Hehe... Adakah ini petua untuk menjadi kuat dan hebat? Gagah dan berani? Oh, anda salah... Ini sekadar mentera untuk pembakar semangat (bukan semangat hantu tue)... Sekadar satu rima yang membawa maksud yang dalam..

Kalau ingat baca mentera nie jadi kuat, atau pakai besi kersani boleh jadi kuat, nanti ada risiko untuk khurafat, dan mungkin boleh menjadi syirik... Aku dah bagi amaran awal-awal ok...

Tapi bila baca kat sini, aku dapat tambahan banyak lagi mentera... Mula la sifat syak wasangka dalam diri aku menyelaputi sisi-sisi husnuzon aku... Maka bilamana terbaca akan mentera ini, aku berfikir sejenak betapa mentera ini ada unsur yang nampak 'islamik' tetapi diselit dengan sedikit unsur khurafat, bid'ah dan wahdat al-wujud...

Aku bukan mufti atau ulama' untuk menilai benda tue... Haha... Sesuka hati aku jer nak kata khurafat la, bid'ah la, wahdat al-wujud la... Jadi, aku tarik balik komen aku di atas tue... Boleh tengok sendiri dalam blog tue untuk menilai... Tapi, mengikut pengamatan aku yang kurang ilmunya ini, maka janganlah diamalkan mentera atau jampi atau doa itu kerana jelas sekali tidak menepati syariat Islam dan sunnah Nabi S.A.W...

Eish... Ape kejadah? Nak cerita pasal besi kersani tetiba pulak termasuk dalam mentera, khurafat dsb nie? Lari topik sudah!

Mengetahui sejarah itu penting, yang benar jadikan panduan, dan yang salah dijadikan sempadan... (^^)

Aku nak exam selasa nie... Bebudak SPM, aku ada block exam... Jadi, aku menggantung dulu la penulisan blog ini selama semaksimanya sehingga minggu selepas minggu depan...

p/s: Teringat petua seseorang kepadaku untuk mengelakkan diri ditahan ketika pemeriksaan pengawas sekolah (zaman rambut panjang dulu). Baca ayat ke 9 (tak silap aku) surah yassin... Jangan amalkan, kerana tidak menepati sunnah!!

Tambahan (26 Mac 2014)

Setelah bertanya kepada Ulama' kontemporari, beliau berkata bahawa mentera dan jampi lama-lama yang tidak berasaskan ayat Quran dan Hadis Nabi DIHARUSKAN untuk diamalkan selagi tidak ada unsur syirik dan khurafat..

Kalau duk puja besi, panggil jembalang tanah atau seru penjaga kawasan, maka itu ialah syirik dan haram diamalkan.. Kalau sekadar sebut besi dan doa kepada Allah supaya tulang sekuat besi, takde masalah..

Mungkin ada daripada tulisan awal aku nie yang perlu diubah.. Aku akan ubah nanti la bila berkelapangan jika perlu..

54 comments:

Anonymous said...

huhu
baru tau..
laaa...
kalo xmo bagi amal..
nape bg jgk ayat tue!
ahaks!

Aku Anak Pahang said...

Salam sahabat.
Gitulah mentara dan serapah org dulu2 yang ada kelebihannya pun begitu dlm serapah dan mentara org melayu penutupnya mesti ditutup dgn kalimat atau disebut berkat doa drp kalimah Allah jua.

Redz da Tsar said...

Lelaki ini: Saja berkongsi.. =)

AAP: Maka kiranya serapah ini memang penutupnya dari ayat dan kalimah Allah, tetapi bila mengamalkannya nampak seperti mengamalkan jampi yang dilarang oleh syarak... Kerana jampi yang dibenarkan syarak hanya berdasarkan ayat al-Quran bukan ayat lain...
=)

Anonymous said...

Kamu x belajar mana kamu tau ilmu kursani ni khurafat? maksud mentera pun kamu tak tau...

Apa ilmu kat dunia ini selagi tidak bercanggah dengan islam tidak mengapa...

Kenal ilmu bangsa kamu sendiri baru cerita...Tanye semua guru silat kenapa pahlawan melayu dulu2 pakai ilmu ini...

Janganla harapkan internet je kawan...bukan membantu kamu pun

Redz da Tsar said...

Anon: Aku menulis berdasarkan observasi aku sebagai seorang awam.. Maaf jika mengguris hati kamu.. Aku masih berpegang pada pendapat sesiapa yang mengamalkan jampi ini KERANA nak kuat, maka ada unsur khurafat di situ.. Kalau setakat main-main takde hal.. Maaf..

Anonymous said...

Terima kasih kerana memahami...bukan apa...orang yg tidak tahu dan tidak faham je cakap ilmu ini kebal...

kenapa kita yg menerima berita dari si penipu yg cakap Ilmu ini kebal tanpa soal selidik pada pemilik asal ilmu ini? kalau kita tidak tahu dah menfitnah namanya...

tidak elok la kan...nak tahu jawapan jumpa dengan gurunya...(dulu org ckp nik aziz wahabi) dah nik aziz difitnah...nk tau kene jumpa depan2 tanya... :)

Anonymous said...

tak baik mencarut tanpa ilmu..

Anonymous said...

tak baik mencarut tanpa ilmu..

Whisperer said...

hehe, xpela.naseb dlm penulisan saudara ade kate tarik balik...berkatalah dengan ilmu...bukan bergantung pada wiki, blog, dsb.

Redz da Tsar said...

Hehe.. Apa yang perlu ditarik balik secara spesifiknya?

Whisperer said...

Aku bukan mufti atau ulama' untuk menilai benda tue... Haha... Sesuka hati aku jer nak kata khurafat la, bid'ah la, wahdat al-wujud la... Jadi, aku tarik balik komen aku di atas tue... :)

Whisperer said...

sy terjumpa post ni pun sbbkan ada org boleh explain knapa mentera ni nama dia SEMERAH PADI. sy mmg kurang ilmu ttg ni dan paling2 bukan org yg layak untuk mengatakan sst ttg mantera ni. bg sy, sy xpernah hidup dizaman itu, apatah lagi mengenal pengamal mantera ini, apatah lagi mengenal tauhid mereka. mungkin ada unsur yg mmbuatkan saudara curiga.sy kira itu masih tidak mengapa. biasalah org menilai.yg ptg kita tidak terlalu 'judge' sst. sama jgk la, dlm menilai manusia. :)

Anonymous said...

betul tuu ..jangan menilai/menghukum sesuatu tanpa usul periksa kerana setiap sesuatu ade penjelasannya ..cube la bace buku berkenaan ilmu2 ni
.lebih molek kalau rujuk kepada guru yg mursyid ..lagi2 ilmu seperti ini dan ilmu yg berkaitan agama ..kadangkala ianya diluar kotak fikiran ..lain kali bicara dengan ilmu ,bukan kosong sahaja ..tapi ape2 pon just kongsi pandangan jee :-)

Unknown said...

redz da sar... ak sokong, bagus ko bgi ilmu ini.. mantera yg trtulis tu memg ad unsur2 mistik dn boleh trgolong dlm prkara yg meragukn.. jngn diamalkn lebih2 lgi pngunaan raksa.. memg memudaratkn. m nasir sndri mngatakn yg lgu smerah padi tu adalh lagu kegelapan.. nk selamat dn lebih meyakinkn rujuk pada Alquran dn bca terjemahan.

Unknown said...

Raksa disini bermaksud cecair logam, jadi apa yang salahnya, dalam termometer pun ada raksa...

Unknown said...

Raksa disini bermaksud cecair logam, jadi apa yang salahnya, dalam termometer pun ada raksa...

Den Yusuf said...

Setiap manusia ada kersaninya masing² yang dudukya dibelakang badan . Janganlah berkata kata kalau diri sendiri pun tidak dikenali inikan pula ilmu Tuhan - Hakikat Insan

reyzha said...

Xder nk ckap apa2. Cuma nk gtaw. Belajar lah dgn guru. Bukan dgn website. Kerana manusia cipta wesite. Bukan website cipta manusia. Ada sesetengah ilmu yg dirahsiakan dari website. Kerana apa.? Takut jd sesat. Belajar la dgn guru yer.

reyzha said...

Xder nk ckap apa2. Cuma nk gtaw. Belajar lah dgn guru. Bukan dgn website. Kerana manusia cipta wesite. Bukan website cipta manusia. Ada sesetengah ilmu yg dirahsiakan dari website. Kerana apa.? Takut jd sesat. Belajar la dgn guru yer.

reyzha said...

Xder nk ckap apa2. Cuma nk gtaw. Belajar lah dgn guru. Bukan dgn website. Kerana manusia cipta wesite. Bukan website cipta manusia. Ada sesetengah ilmu yg dirahsiakan dari website. Kerana apa.? Takut jd sesat. Belajar la dgn guru yer.

paridah said...

Tidak salah berkongsi ilmu walau sedikit

Unknown said...

boleh kaga itu mentera d amalin om

Unknown said...

Org dulu2 hanya berbekalkan keris di pinggang dan ilmu persilatan utk mempertahankan, melindungi diri dan ahli keluarga,mentera semerah padi lagu sekadar pemangking semangat dan mengingati pahlawan nenek moyang kita dulu...ilmu persilatan utk kebaikan bukan untuk kejahatan...belajar dgn Tok Guru baru tahu...

Unknown said...

Saya sokong

Anonymous said...

setiap doa dan amalan persilatan melayu/nusantara yg tak bertentangan dengan aqidah Islam yg diturunkan dari guru2 InshaaAllah ada gunanya..nak tau kne belajar ya..belajar silat bukan nak tunjuk kuat..tp akan berguna 1 hari nnt..

Unknown said...

Belayar lah di pertemuan 2 lautan ilmu..

Unknown said...

Trjemaah xcukup lgkap

Unknown said...

Wtf semua gado pasal ape siak😑 dia cuma kemukakan pendapat dia.. Yg hangpa dok sebok kecam dia pasaipa..

Unknown said...

baca mentera memang syirik.
tp besi karsani ini memang ada kisahnya
dan btl lirik m.nasir tu
memang besi karsani ni ada di belakang kit
dan dia menjadi tulang belakang kita
allah swt nak menjadikan adam tegak dan blh berdiri, dipasak kan nya besi karsani itu menjadi tulang belakang adam, br nabi adam blh tegak berdiri.

babyridermy said...

Thanks atas penulisannya..

faiz said...

Kersani tu ada dalam kita sejak azali lagi...

Unknown said...

Mana kita tahu..maksud tersirat dlm mentera ni..falsafah dia..org dulu penuh dgn falsafah.. kok2 mana dia berbalik kepada mengagongkn Allah.. mereka byk alim ilmu2 tasauf..makrifat ni.. wallahuaalm

Hafis said...

Betol tu surah yasin ayat yang ke sembilan..naik koto polis pn tk tahan jika diizinkan allah..

Apytyzer said...

Kursani ada dalam diri cari lah ia dan bangkitkan dia bukan batu kursani kat luar tu in shaa allah atas izinNYA mengalir lah dia di seluruh tubuh

Redz da Tsar said...

Allah itu aula, azza wa jalla.

Islam itu teratas.

La haula wala quwwata illa biLlahil 'aliyyil 'azim

Karimah yusoff said...

Jgn sempitkan Ilmu,Allah yang Maha Luas

fieqqqqqaa said...

saya sokong karimah. ilmu ni perlu diterokai. kt ats dia dh cakap yg sesat jd kan sempadan. hadam molek la..

Unknown said...

Sila buktikan dengan al Quran atau hadis sahih

Unknown said...

Benar komen dan penelitian tuan...mentera2 yg diagung2kan dlm alam persilatan melayu majoritinya adalah bait2 syirik dan kufur yg diamalkan sejak dulu...nauzubillah...Hanya AlQuran dan Sunah Rasulullah meri.tis jalan yg lurus...jalan utk kembali kpd Allah...

Unknown said...

Rasulullah juga pernah perang dan terluka, sahabat banyak yang syahid..kalau ini adalah ilmu islam..kenapa tidak di ajarkan oleh Nabi..Manusia paling agung. Semoga Allah melindungi kita dari syirik tanpa kita ketahui. Allahulmusta'an.

Anonymous said...

Sangat2 betul apa yang saudara ckp. Benda kalau Rasulullah tak ajar, jauhkan. Simple je, ikut nabi bukan guru2

priya said...

Silat ni belajar seni bela diri bukan benda mengarut memanglah seoalah olah nampak syirik tetapi tidak sebenarnya hanya digunakan untuk penguatan dalaman supaya tidak takut menghadapi musuh bukam tujuan untuk memuja. Yang salah guna pesilatnya bukan manteranya. Jika mantera dibaca untuk mambawa benda yang faedah atau tidak menyalahi syarak makna tidak sesat itu. Jangan ikut al quran sahaja bahkan hadis nabi saw pun ikut. Al quran dan hadis jalan seiringan.

Jebat said...

Betullah tu... Besi kursani yg dipakai tu untuk support kita... Tapi jangan sampai kita percaya 100 batu tu yg tolong kita... Semua atas hak nya

We Are Just Mice said...

Kita x hidup zaman panglima, pendekar dahula kala .. kita sendiri tak memahami ... Percaya lah akan tiba saatnya penting berilmu ...

Unknown said...

fahamilah maksud tulang besi urat dawai......

Unknown said...

T ksh atas peringatan dr saudara

Unknown said...

T ksh d atas perkongsian ilmu dr sedara2 semua.. alhamdulillah

Unknown said...

Mn dpt ?

Anonymous said...

Ilmu Allah itu luas. Akan dpt pada mereka yg mencari. Tak semestinya perlu termaktub dlm Al-Quran dan hadith baru nak percaya ada. Lagipun ilmu fizik, ilmu kedoktoran, ilmu matematik dsbnya juga tak tertulis dlm Al-Quran. Cume krn ilmu tu diajar di sekolah, kite menerima. Kalau ilmu tu tak diajar agaknye kite pun menolak.

Unknown said...

Alhamdulillah

Cikgu Ramlah said...

Besi kesrani boleh di lebur menjadi sebilah keris. Lambang pahlawan kepahlawanan melayu.. Seperti mat Kilau apabila namamu disebut sebut

Anonymous said...

Saya juga sokong kerana bangsa Melayu ada rahsianya. Malah keturunan dr para wali yang memiliki karamah. Bangsa yang bakal melawan kuasa besar dengan teknologi moden kita tidak maju kehadapan dengan teknologi tapi kita ada senjata dan rahsia yang dapat melawan.

Anonymous said...

besi kursani= tembaga ie copper.
copper dlm tubuh berfungsi utk generate sel2 darah. logam akan jd bentu bendalir ie = raksa (bukan mercury ya). so mengalir masuk urat belikat etc. simple.

amel666 said...

ye tak ye. Sy ingat kan besi kersani - Iron (zat besi) darah merrraaa. Manakala Besi putih -- ape lagi dare puteh mungkin. Ibarat adik saya, bile kersani mengalir... Tegak je berdiri. Hanya tewas dlm genggaman Serikandi
....
klau serikandi tu x masuk dlm rongga lain nye le hehehe.
Harap keyboard2 warrrior yg x suka ilmu / suka menghukum tapi mendalami nye pemalas. OP tq maklumat bermanfaat bg kami yg niat nak join briged 313 x lama ni.