Friday, December 31, 2010

Kaunter Aduan dan Tahun Baru.

Salam Alaik...

Kalau dah nama manusia biasa, wajib la tak puas hati tak kira la benda tue dah cukup bagus atau terlebih bagus... Kalau terlebih bagus pun nanti ada jugak orang tak puas hati, "Apesal melampau baik sangat nie? Mesti ada udang di sebalik batu". Perasaan tak pernah berpuas hati nie memang normal... Kalau asyik-asyik puas hati, maka kita dapat buat andaian bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan dia...

Kalau semua orang puas hati, tak kan ada la kaunter aduan rakyat, atau kaunter biro pengaduan awam, atau pejabat wakil rakyat, atau frasa 'surat menyurat tidak dilayan'... Haha...

Jadi apa yang cuba aku cakap nie? Hurm...

Bila ada sesuatu yang kita tidak puas hati, bukan bermakna kita tidak bersyukur ok! Tak bersyukur tue konteks lain... Contoh, harga petrol RON 88 (bukan nama sebenar) RM 5.50 untuk seliter (bukan harga sebenar), memang mahal... Sapa yang puas hati memang tipu la! Kalau tak puas hati, kita akan protes (atau tarik tangan pemimpin dan nasihat kat tempat yang tertutup) untuk memastikan harganya diturunkan kepada yang sepatutnya, tapi kalau kita tak bersyukur, kita akan protes sambil memaki hamun, mencarut dan segala tindakan jahat yang lain... Nampak tak bezanya kat situ?

Contoh lain, ada jiran kau datang kat rumah kau, pastu lempang anak kau sesuka hati maka bapak dia... Tentu tak puas hati, kan? Kalau kau tak puas hati, kau akan adukan kepada polis atau saman, atau paling kurang nasihat... Tapi kalau kau tak bersyukur kau akan jumpa mamat tue belasah dia tanpa soal-siasat... Dan, kalau kau nak bersyukur dengan berkata, "takpe, dia lempang je, aku bersyukur dia tak bunuh anak aku", itu serius bodoh... Itu bukan bersyukur, itu kufur nikmat... haha.. Sesuka hati aku jer nak label... Abaikan label 'kufur nikmat' tue...

Bila nak mengadu nie, kita boleh mengadu atau melahirkan rasa tak puas hati dengan pergi ke balai polis, atau biro pengaduan awam, atau pergi mengadu kat pihak yang berkuasa... Kalau anak jiran umur 7 tahun curi duit anak kau, pergilah mengadu kepada jiran, jangan mengadu kat ketua kampung pulak... Itu zalim (tak meletakkan sesuatu pada tempatnya) namanya...

Kalau nak mengadu pulak mesti kena pada masa... Kalau balai polis takpe la, sebab bukan 24 jam... Tapi kalau nak mengadu kes kecil kat ketua kampung, jangan mengadu pukul 2 pagi... Naya ketua kampung tue... Tak pasal-pasal dapat pelempang sedas dua... Ketua kampung kerja takde shift, dan dia seorang manusia... haha...

Kalau nak mengadu pada Allah, ha, ini terbaik! Tak perlu nak tunggu awal/akhir tahun atau lepas solat... Kita boleh mengadu bila-bila masa dan di mana jua... Tak perlu patung sebagai perantara atau syeikh sebagai orang tengah... Adu je terus, Dia Maha Mendengar... Tak payah nak bagi komisen kat sapa-sapa... Tapi bila mengadu tue, silalah sertakan dengan usaha ok!

Janganlah pulak jadi orang yang kuat mengadu mengikut musim pulak! Nak kena tunggu akhir dan awal tahun baru nak doa, atau nak tunggu lepas solat baru doa, atau masa berbuka puasa je doa... Waktu makan biasa taknak pulak doa... Main lahap jer, Bismillah pun tak baca... Ingat ye, doa boleh bila-bila masa.. Sapa kata doa itu bid'ah, cepuk kepala dia... Yang bid'ahnya kalau doa pada waktu 'spesifik' tanpa ada usul dari nabi...

Kau nak doa akhir dan awal tahun kau doa la, tapi sepanjang tahun tue jangan pulak kau tak doa sebab bagi kau ada doa akhir dan awal tahun jer... Dan, tolong, jangan sandarkan doa akhir dan awal tahun kepada Nabi, sebab memang takde asas dalam Hadis atau Quran tentang doa akhir/awal tahun... Aku ulang sekali lagi, nak doa kau doa la, tapi jangan kata kat orang, "Sunnah doa akhir dan awal tahun nie!"... Takde maknanya... Berdosa lagi ada.. Doa sorang-sorang sudah...

Ingat ye, doa boleh sepanjang masa... Kalau kau kata doa sempena akhir dan awal tahun hijrah boleh, maka doa akhir dan awal tahun Masihi pun boleh jugak... Nama pun doa... tapi jangan pulak kau kata doa kedua-dua awal dan akhir tahun masihi dan hijrah itu sunnah...

Sekian, satu pantun:-
Selamat Tahun Baru Masihi!
Daripada duk melepak kat KLCC,
Baik doa kepada Ilahi,
Semoga sepanjang tahun diberkati!

Thursday, December 30, 2010

Entri Popular Hari Ini

Salam ALaik...

Serinya Arsenal, dan United; serta kekalahan Liverpool dan kemenangan Chelsea dilitupi dengan berita Harimau Malaya membaham Garuda... Bak kata sokernet, Garuda binatang mitos, maka dengan mudah boleh dibaham...

Tahniah kepada pasukan kebangsaan... Biar tunjuk sikit taring tue tajam... Selama nie asyik menajamkan taring, tapi tumpul jugak...

Dah, ramai dah orang ulas tentang benda nie... Jadi, biarlah ia diulas orang lain... Bosan juga kalau baca semua blog tulis benda nie...

Tahniah sekali lagi... Semoga harapan untuk ke Pusingan Akhir Piala Dunia FIFA menjelang 2018 menjadi kenyataan insya Allah... Apa yang penting, istiqamah dalam berusaha dan jangan berputus asa... Kepada penyokong Harimau Malaya, tunjukkan sokongan anda tanpa ragu... Dan biarpun kalah, darah harimau yang mengalir dalam pembuluh darah jangan dibuang...

Ultras Malaya, aku tabik kau semua! Aku di India hanya mampu jadi SubUltras dengan memberi skongan depan TV, dan bukan dalam stadium...

p/s: Lagu Negaraku dan We're the Champion boleh menyebabkan bulu roma aku tegak... Serius...

Tuesday, December 28, 2010

Penyiar TV India dan Kesannya kepada Psikologi.

Salam Alaik...

Sekali tengok aku punya tajuk macam Tesis pun ada... haha... Saja nak bagi gempak tajuk... Tapi tentang penyiaran TV India tue betul aku nak cakap... Kaitan kepada psikologi tu sekadar mainan kata yang tidak membawa makna...

Apa yang aku tak puas hati tentang saluran TV India nie?
Pertamanya, kebanyakannya aku puas hati sebab banyak saluran termasuk HBO, StarMovie, StarWorld, SPix, ZStudio, ESPN, TenSport, TenAction+, DiscoveryCh, Nat.Geo., dsb... dengan harga yang murah iaitu 225 Rupee (RM 20) sebulan jika dibandingkan dengan Astro di Malaysia...

Ada kira-kira 40 channel, tapi dari 40 tue, hanya beberapa ja yang aku layan seperti HBO, StarMovie, SPix, ESPN dan Star Sport... Tapi paling penting ialah ESPN dan StarSport... Haha...

Tapi yang peliknya ESPN India nie tak tetap frekuensinya... Provider TV nie bodoh melantun-lantun sebab suka hati je nak tukar frekuensi ESPN... Maka, suatu ketika dulu aku boleh melihat ESPN di Ch.02, tapi kemudia ketika ICC Cricket World Cup, ESPN punya frekuensi menjadi TenCricket dan tak pernah tukar... Aku cari balik frekuensi ESPN, kemudian jumpa la... Dan celaka sekali lagi kepada provider kerana dengan jayanya menukar kepada TenAction+... Lahanat!

Takpe, aku cuba lagi cari... Dan jumpa lagi ESPN... Dan sekali lagi, aku diuji dengan channel ESPN aku ditukar kepada StarCricket... Kriket-kriket-kriket!! Bengong... Kacau la channel lain... ESPN jugak kau nak ganggu... Dan disebabkan oleh itu, maka apabila nak tengok EPL pun payah... Selamat Piala SUzuki live kat StarSport... Kalau tak putih mata lagi...

Malam nie, atau awal pagi esok ada United vs Birmingham... Jadi, sebab StarCricket yang ada, maka akan aku sekali lagi tuning, sehingga berjumpa ESPN... Semoga perjuangan aku berjaya... Haha... Kalau sekali lagi tukar memang mencarut habis la... Tolong la! Bukan semua orang nak tengok kriket bhai!

Esok, Indonesia vs Malaysia kaki kedua perlawanan akhir Piala Suzuki... Semoga menang! Jangan gaduh-gaduh ok.... Tunjukkan ketamadunan Malaysia yang jelas mempunyai prasarana kelas pertama, bersama minda bukan kelas ketiga...

Dan akhir sekali, majulah bola sepak untuk negara... Kepada kipas-susah-mati Harimau Malaya, aku hormat kerana sentiasa menyokong pasukan kebangsaan... Kepada kipas-baru, jangan hangat tahi ayam... Bila kalah terus hilang dari sokongan!

Tentang benda lain:

Sapa nak gi rumah ak, meh aku tunjuk rumah aku...


Rumah aku berada di jam 4.30 daripada rumah berbumbung biru... Ada balkoni yang jelas di depannya...

Megi India

Salam Alaik...

Bangun tengah malam, atau dengan nama lainnya 'qiamullail' memang selalu terjadi pada aku... Tapi hendaklah aku tegaskan di sini bahawa qiamullail aku ini hanyalah qiamullail dari sudut bahasa, bukan dari segi istilah...

Bila dah terbangun malam, akibat mimpi buruk atau gangguan nyamuk, biasanya perut akan membuat bunyi-bunyi indah... Sungguhpun bunyi itu sering terjadi, tetapi tatkala lapar, bunyinya memang akan jelas kedengaran...

Masalahnya di India nie, mee segera atau nama kampungnya Megi memang tak sedap... Rasanya tawar, takde kuah yang banyak... Nak makan pun rasa nak termuntah... Mungkin sebab dah biasa dengan Megi Malaysia yang mantap dan sedap...

Jadi, apa solusinya? Aku mudah je... Beli je la Megi yang tak sedap tue, pastu beli sekali kiub pati ayam... haha... Masak air, letak kiub pati ayam dan perencah dia tak sedap tue, campur garam dan perencah kari sket, dan kalau rasa nak ekstreem, letak Monosodium Glutamate, atau nama lain Ajinomoto... Kalau rajin lagi, letak la kobis dan rempah yang ada... Campur je... haha... Baru masyuk...

Tadaa~ Megi yang tak sedap dah jadi sedap;... Enak dimakan di waktu lapar sampai sendawa... Haha... Pegh...

Selamat Makan!

Sunday, December 26, 2010

I'm Sunni and I'm Okay.

Salam Alaik...

Baru-baru nie timbul kisah JAIS memberkas pengikut mazhab Syiah yang melakukan aktiviti mereka sempena 10 Muharam... Ketika pengikut Mazhab 'Sunnah Malaysia' sibuk membuat bubur asyura, mereka berselawat dan mengingati (menangisi) kematian Saidina Hussein a.s...

Adakah salah menangisi kematian? Jadi di sini, hendaklah dibezakan antara menangis dan meratap... Sesungguhnya menangisi kematian seseorang yang kita sayang itu fitrah kerana manusia punya perasaan sedih... Cuma yang menjadi masalah jika kita MERATAP (menangis dengan melampau)... Ini yang dilarang oleh Sunnah...

Bukan tentang Syiah aku nak berkongsi, tetapi aku mahu berkongsi dengan budaya 'melabel'.. Haha... Benda nie dah lama dah... Sejak dulu lagi, apabila berlakunya Revolusi Iran, ulama' di Tanah Melayu sudah berpecah kepada dua, Kaum Muda dan Kaum Tua... Perlabelan seperti ini telah memecahkan agama Islam dengan jayanya... Tak cukupkah Islam berpecah kepada Sunnah dan Syiah (khawarij dah hampir pupus, kot)?

Perpecahan Kaum Muda - Kaum Tua berhenti seketika, dan kini timbul label baru... Salafi/Wahhabi dan sebagainya... Kenapa perlu memecahkan Islam? Tatkala banyak isu lain yang hangat dan lebih penting seperti zina, homoseksual (I'm gay and I'm Okay), comolot di NY wannabe; banyak ulama' lebih mementingkan isu 'Wahhabi'; 'Qunut'; dsb... Apekah?

Kenapa tidak dipentingkan isu yang sedang membarah dalam Malaysia? Baik, syiah, tarekat, juga penting kerana ia berkaitan dengan akidah; tetapi aku tersangatlah yakin bahawa syiah, tarekat, salafi itu punyai 'ilmu yang cukup tinggi sehingga kepercayaan dan keyakinan mereka seperti melekatkan dua kertas dengan menggunakan gam gajah... Sama ada lekat terus, atau terkoyak terus... Jadi, kenapa perlu membazir masa dan tenaga melabel dan menyesatkan?

perkara itu penting, serius... Tapi, jangan sampai perkara lain yang juga penting dilupakan... Sibuk menangkap orang Syiah, dan melarang Salafi memberi tazkirah; tetapi pada masa yang sama anak muda yang berpelukan di khalayak, atau si homoseksual yang tidak malu mengaku (walau ambil masa 30 tahun) dibiarkan? Di mana keutamaan?

Wahai pemikir Islamik! Wahai ulama', wahai Salafi, Wahhabi, Sunni, Syiah dan Sufi! Bukalah mata dengan isu yang lebih besar... Bawalah isu yang lebih nyata ke media dan ambil tindakan... Bukan membawa isu perpecahan, aku betul kau salah... Bukan menyatakan "kau sesat!" atau "kau syirik!"...

Tugas seorang Muslim ialah "Amr bil ma'ruf wa Nahy 'anil Munkar"... Serulah orang yang dikatakan salah itu ke arah kebaikan dengan nas dan hujah dan bukti yang ada... Bukan menuduh, "engkau sesat!"... Melabel bukan satu pilihan yang bijak untuk mematikan hujah... Melabel bukan lesen untuk kau menjadi benar... Ingatlah firman Allah S.W.T:

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat.

[Al-An'am: 159]

dan

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.

Semoga kita semua tidak terjebak dalam urusan melabel dan memecahbelahkan agama ini... Allah berfirman:

"Berpeganglah kepada tali (agama) Allah dan jangan berpecah belah".

Wallahu a'lam.

Saturday, December 25, 2010

Menabung Amalan Mulia

Salam Alaik...

Sebab dah dekat hujung tahun, aku pun kira la simpanan syiling aku... Agak-agak berapa banyak? Haha...


Inventori syiling:

10 rupee x 1 = 10
5 rupee x 95 = 475
2 rupee x 195 = 390
1 rupee x 230 = 230
50 paise x 25 = 1250 paise (12.5 Rupee)

Jumlah: 1117.5 Rupee...


banyak tak? RM 1 = 12 Rupee
Kiranya ada la RM100 nie... Huhu...

Pesanan Penaja: Simpanlah duit untuk Masa Depan.. haha

Friday, December 24, 2010

Melayu

Salam Alaik...

p/s: Idea dirembat daripada buku 'The Malays: Their problems and future' karya Syed Husin Ali.

Melayu, jika berasaskan perlembagaan Malaysia, bermaksud orang yang menganut Agama Islam, bertutur (secara rutin) bahasa Melayu, mengamalkan budaya Melayu dan lahir di Malaya selepas hari merdeka atau anak kepada ayah atau ibu atau keduanya yang lahir di Malaya selepas hari merdeka...

Definisi yang sangat panjang untuk manusia yang biasanya berkulit coklat terang, bermata hitam/coklat, dan berambut hitam... Kalau ikut perlembagaan Malaysia, banyak Melayu kini dah tak jadi Melayu dari segi perlembagaan... Lihat sahajalah kes murtad, yang bersepah dalam kalangan remaja Melayu... Bila seorang Melayu sudah tidak Islam, maka bangsa Melayunya itu telah tiada...

Dan lihat kepada syarat kedua, bertutur secara rutin dalam bahasa Melayu... Agak-agak berapa ramai ahli perniagaan yang bertutur secara rutin (hatta bersama keluarga) dalam bahasa Inggeris? Ramai, kan? Mereka sudah tidak Melayu kerana tidak bertutur dalam bahasa Melayu secara rutin...

Dan syarat ketiga yang paling ramai langgar... Berbudaya masyarakat Melayu... Ramai antara kita tidak mengamalkan budaya Melayu... Atau paling tidak adab Melayu... Berbaju ala barat, menyanjung budaya barat, malah tengok bola pun dari barat jugak... Haha... Lihat sahaja Melayu yang mempunyai kelas sosial yang tinggi... Berapa banyak adat Melayu yang ada pada mereka? makan pun bersudu garfu, pakai kot dan tali leher... Rumah bersusun atur barat... Kalau residen Inggeris masih hidup, tentu dia bangga adaptasi yang mereka bawa kepada bangsa Melayu...

Aku bukan nak kondem Melayu, aku cuma nak kondem definisi Melayu... Idea ini dibawa oleh Syed Husin Ali, orang kuar PR yang telah dilupakan...

Lihat pula baba dan nyonya... Jika mereka memeluk Islam, maka secara automatik mereka Melayu... kerana mereka bertutur dalam bahasa Melayu, punya adat yang banyak diadaptasi dari bangsa Melayu... Adakah mereka melayu? Tidak! bagaimana pula orang Arab yang singgah di Tanah Melayu? Yang mengamalkan budaya dan bertutur dalam bahasa Melayu? Adakah mereka Melayu? Ya, mereka Melayu berasaskan perlembagaan... Tetapi tidak dari darah...

Syed Husin Ali memang bernas dalam pemikirannya...

Haha... Panjang benanye aku ak tulis... tapi sebab benda nie aku dah tangguh 4 hari sebab demam... So, aku berenti kat sini dulu la... Kalau rajin aku tulis lagi... Haha...

Sunday, December 19, 2010

Hamburan Kata-kata Hati yang Bermain di Otak Seorang Manusia Yang Rumit

Salam Alaik...

Tajuk panjang sket sebab nak bagi gempak... Aku memang dah lama tak tulis... Bukan sebab takde idea, tapi masa aku di depan laptop dah berkurang... Hidup sebagai pelajar perubatan memang menyibukkan aku... Kalau tak sibuk pun, aku sibukkan diri aku dengan tidur...

Apa yang aku buat minggu nie?
-takde apa-apa yang signifikan-
Serius... Selain daripada layan tetamu di rumah tatkala Legenda, atau menonton perlawanan bola sepak Malaysia dan Vietnam, menyertai usrah batch 27 di ICHS, berbaik-baik dengan polis di Manipal, mengutus rasa rindu kepada seseorang, dan melepak di library sambil menyalin sket apa-apa yang patut dan puasa pada hari khamis.. Takde yang signifikan..

Baru-baru nie keluar kes lelaki Melayu (dan semestinya muslim) mengaku gay, dan juga video melayu-bajet-kat-NY yang comolot tepi jalan... Apa komen?

Orang yang mengaku gay tue serius bahaya... Dan boleh ditahan di bawah akta Hasutan kerana tindakan yang boleh menghasut gay-gay yang lain untuk berani mengaku di dalam talian... Oh, tolonglah! Kalau nak jadi homo, kau tanggung la sorang-sorang... Jangan la nak mengaku kat dalam YouTube... Jenis nak naik rating macam Uncleseekers la tue... Dan serius, mereka berdua berjaya mencari publisiti...

Tentang yang comolot ala NY tue, itu serius bodoh... Semua bodoh, yang lelaki, yang perempuan dan yang jadi juru kamera... Semua bangang... Lelaki tue bangang sebab bagi pilihan dia atau KLCC... Kemfem dah la orang pilih KLCC... Kau ada apa? Rambut macam tue lagi hebat dari KLCC ke? Haha... Yang perempuan pulak cerdik sangat duk menangis meratap merayu kat lelaki tue... Diorang provoke je dowh... Tindakan kau pilih KLCC tue serius lagi bagus dari tindakan kau ala-ala NY kat tepi Pavillion... Yang juru kamera plak bengong sebab rakam benda tak senonoh tue... Malas la nak komen... Hurmphhh... Kau nak comolot, kau comolot la, tak payah kat public... Orang yang nampak tak tegur plak dapat saham...

Ok, aku dah cukup mencarut... huhu...

Dr. Asri kata bagi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan selagi tak mengancam keselamatan negara... Ok, aku serius selama ini banyak bersetuju dengan pendapat dia, tapi dalam hal ini aku tak bersetuju apabila dia tidak berkenan dengan tindakan JAIS menahan 200 orang Syiah... Syiah tue apabila berada di Malaysia, boleh dikategorikan menyimpang kot... Apa lagi mau cakap? Makin dibiar makin bahaya... (Teringat dia pernah menghantar surat bantahan kepada penerbit sebuah penerbitan untuk menghalang Faisal Tehrani dari menerbitkan buku yang mempunya unsur Syiah)... haha... Apa nie?

Redz Devil aku dah balik umah... TQ!

Next entri aku akan buat entri yang kembali serius dan berat, insya Allah... Sehingga bertemu kembali...

Tuesday, December 14, 2010

Siri Falsampah: Ringkas

Salam Alaik....

  1. Kalau taknak orang buat apa yang kita tak suka, jangan kita buat apa yang orang tak suka.
  2. Kalau taknak orang buat apa yang kita tak suka, jangan kita buat benda yang sama kat orang lain
  3. Kalau nak orang buat apa yang kita suka, kita buat la apa yang orang suka
  4. Kalau nak orang buat apa yang kita suka, kita buat la benda yang sama kat orang; tapi kena pastikan orang tue suka apa yang kita buat kat diorang.
Sempoi...

Sunday, December 12, 2010

Legenda: Antara Gaya Bahasa dan Isi-hati

Salam Alaik...

Blog aku nie memang sebuah blog yang sangat bebas dari segi tema... Tak kira la dari hal peribadi, cerpen, sehinggalah hal fakta, semua ada... Kebanyakan apa yang aku tulis dalam blog aku sejak kebelakangan ini berkaitan fakta dan hal ehwal yang agak berat... Aku bukan taknak tulis yang ringan, atau cerita-tentang-perasaan-aku, cuma aku tak berapa berkenan bercerita isi-hati kepada khalayak...

Wuhuu...

Oleh sebab itu, entri aku dalam blog biasanya bersifat serius dan jarang yang bersifat sadis... Walaupun jiwa aku sedih, koyak atau tertoreh atau apa-apa je la: Aku tetap takkan luahkan dalam blog... Kalau luahkan pun, aku akan luahkan secara terlindung dan tersirat... Tapi betul, kalau sedih atau tekanan, aku akan tulis entri yang tak-kira-genre atau bergenre bebas dan letak dalam blog... Wahaha... Lega sket jiwa...

Adakah ini entri perasaan?

Mungkin ini sebuah entri perasaan... Perasaan yang aku nak luahkan tapi tak terluah.. haha... Biarkan ia menjadi entri mengarut yang takde isi yang penting selain hanya mainan kata yang dirasakan indah tapi sebenarnya tidak seindah hati yang berduka... PEgh...

Susunan ayat-kata aku tidak menggambarkan isi-jiwa yang sebenarnya... Ayat serius kekadang aku letak ketika aku sedang bersahaja, malah mungkin sedang tersenyum... Tapi apa-apa pun memang susunan bait-bait kata tidak langsung berkadar terus dengan susunan apa yang ada dalam hati...

Dah la!

Cukup bercerita tentang hati dan jiwa serta kaitan dengan gaya bahasa...

Legenda 2010 dah berlalu... Ramai member Malaysia di seluruh India datang... Karad, Belgaum, Bangalore, Mangalore, Salem dan Davangere... Makanan yang dijual pun menarik... Ada cendol, rojak, sate, karipap, lepat pisang dan sebagainya... Memang pandai budak MMMC berniaga... Maaf la kalau aku tak beli kat kedai korang... Aku dah telan BBQ banyak tengah hari tue... So, memang tak layan la makanan berat... haha...

Pagi Ahad, iaitu hari ini, seperti biasa la... Melayan cuti yang indah... Sambil mendengar Blue Water yang melankolik... Sedih kerana sesuatu...

Dah la, kurang perasaan dah nak menulis... Kecewa dengan sesuatu... Haha...

Lagu yang indah penuh irama
Tanda kasih masuk ke hati
Kau datang membawa gembira
Tapi kau hilang di bawah janji

Monday, December 6, 2010

Nosofobia (Nosophobia)

Salam Alaik...

Nosofobia atau dalam bahasa Inggerisnya Nosophobia merupakan sejenis sindrom yang sering dialami pelajar perubatan... Jadi, apa dia Nosofobia nie?

NOSOFOBIA a.k.a Nosophobia
Nosofobia nie dulunya dikenali sebagai Hypochondriasis of Medical Student Disease atau Penyakit Hipokondriasis Pelajar Perubatan. Mereka yang mengalami sindrom ini akan merasakan mereka mempunyai simptom yang mereka baru je belajar...

Contoh, hari tue mereka belajar simptom Angina Pectoris atau nama popularnya 'Lemah Jantung', iaitu simptom kesakitan di bahagian kiri dada dan mungkin sampai ke bahagian lengan kiri; dan mereka yang ada nosofobia nie pun tiba-tiba terasa yang mereka sakit di bahagian itu.. Padahal takde pun, tapi dah memang nama pun Mental disorder, nak buat macam mana... Erks, ini mental disorder tak kronik ok... Kalau kronik takdenye diorang dapat belajar MBBS...

Lagi satu contoh, hari tue belajar simptom Strok, atau nama lainnya angin ahmar... Antara simptomnya cakap leweh (slurred speech) tak berbutir, pastu yang mamat ada nosofobia nie pun dengan jayanya tiba-tiba terasa yang dia punya cakap tak berbutir... Padahal ok jer... Maknanya perasan lebih la nie... hehe...

Hari Nie Belajar Psikologi Ke?
Haha... Tiba-tiba plak aku citer pasal Psikologi (Psikiatri?) plak... Sebenarnya aku nak citer pasal aku jer... Selama nie, aku asyik terperasan yang telinga aku nie ada problem... Sebab kalau pakai earphone jer rasa sakit kat telinga, macam ada air dalam telinga... Jadi aku saspek aku ada penyakit telinga... Tapi aku tak tau la plak Otitis (jangkitan dalam telinga) ke ape... Jadi, aku buat keputusan, lepas habis Exam Praktikal aku pergi buat check-up kat Kasturba Hospital...

Bila dah sampai hospital, dan dah jalani pelbagai karenah birokrasi India, aku pun sampai kat Bahagian ENT (entah la nama panjang dia apa)... Masuk bilik tue, aku pun kata kat doktor, yang aku punya telinga macam ada problem... Lepas tue doktor tue pun pakai lampu kat kepala macam nak gi melombong Bijih timah (padahal lubang telinga aku je pun), dan tengok telinga aku...

Setelah dibelek lebih kurang doktor tue tanya, "berapa kali kau korek telinga".. Aku jawab la seminggu sekali... Doktor tue pun balas, "Tak payah... Kau korek banyak sangat sampai putih telinga (bersih sangat)... tue sebab sakit tue... Pasni jangan korek banyak kali... Sebulan sekali pun dah cukup"...

Aku pun keluar dari bilik doktor tue dengan hampa... Hilang dah satu nikmat dunia... Takleh korek telinga... Dah la korek telinga tue best... Lebih kurang bersin jer sedapnya.. huhu... Aku nie takut je lebih... Sila jangan kaitkan aku dengan Nosofobia ok... Telinga aku betul sakit, bukan perasaan jer...

Perasaan Takut Lebih
Perasaan takut lebih nie bukan semata pada pelajar Perubatan jer... Malah, ramai yang mengalaminya, cuma tak dipanggil nosofobia jer... Contoh, pabila nak angkat takbiratul Ihram sebelum memulakan solat, ada jenis yang akan bermula dengan 'Usolli .........' sampai 3 kali... Tak menjadi jadi... Pastu bila dah batal 3 kali takbir, kena pulak ambil wudhu' baru sebab Ustaz kata kalau tiga kali takbir tak jadi, wudhu' batal...

Nampak tak kat situ timbul perasaan syak atau takut... Padahal benda tue tak wajib pun, malah ada pendapat yang menyatakan benda tue bid'ah (al-Hafiz Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitab Fatawa Nabiy 'Ala Solat)... Selain daripada tue, ada jugak yang jenis mandi hadas besar, guna baldi, pastu tiba-tiba air dia dah letak atas kepala jatuh setitik dalam baldi tue, terus dibuangnya air itu atas tiket air musta'mal tak boleh buat mandi hadas... Tak menyusahkan ke tue? Kat sini bukanlah nak bincang air musta'mal atau air mutlak... Benda tue ulama' berbeza pendapat... Cuma, kalau setitik hatta segenggam takde hal la (Fiqh Sunnah oleh Syed Sabiq)... Tak berubah pun bau warna dan rasa...

Sifat takut dalam nie atau sifat syak macam nie semua disebabkan syaitan yang membisik ke dalam jiwa manusia... Bila dah ada syak maka, mula la hilang khusyuk, dan sebagainya... Kerja syaitan nie memang macam tue... Jangan salahkan syaitan kalau dalam diri timbul syak... Dalam surah an-Nas, Allah dah kata (bermaksud):-

"Katakanlah (wahai Muhammad), aku berlindung daripada Tuhan manusia; Raja Manusia; Tuhan (yang berhak disembah oleh) manusia; daripada bisikan was-was Syaitan; yang mewas-waskan ke dalam hati manusia; daripada jin dan manusia."
Agama Islam ini mudah... Kalau belajar, mengaji, menuntut 'ilmu banyak, maka akan tahu betapa mudahnya Islam... Contoh lain, ada pendapat imam al-Ghazali yang menyatakan bahawa orang yang potong kuku/rambut masa Haid kena bawak mandi sekali kuku dan rambut yang telah dipotong tue... Kalau yang dengar-dengar tak kaji, maka nampaklah macam Islam menyusahkan... Sebenarnya, itu hanyalah pendapat imam al-Ghazali tanpa sokongan hadis dan dalil yang sahih... Kalau nak ikut, ikut la... Kalau taknak, takpe...

Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185 berfirman yang bermaksud:-

"Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu."
Dan dalam surah al-Maidah ayat 6:-

"Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatnya bagimu, supaya kamu bersyukur."

Malah, jika ada dua pilihan dalam sesuatu perkara, nabi sendiri akan memilih perkara yang lebih mudah... Ada hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (komfem sahih):-

"Nabi tak pernah diberi pilih 2 perkara melainkan baginda pilih yang mudah selagi mana ia tidak berdosa"
Selain daripada itu, Nabi melarang bertanya sesuatu jika nampak perkara itu menyusahkan...
"Jangan tanya perkara yang zahir pada kamu menyusahkan kamu". [H.R Ahmad, Hadis No. 13173]
Ada satu hadis nabi S.A.W, aku tak ingat matannya, tapi kurang lebih maksudnya macam nie la, bila dihidangkan daging sembelihan ahli kitab, maka bacalah bismillah dan makanlah... Tak perlu nak was-was yang daging itu diorang sembelih baca bismillah ataupun tak... Nanti aku cari balik matannya dan statusnya...

Jangan sampai menyusahkan diri jika tak mampu... Contoh, bapaknya sakit, tak boleh jalan... Lepas tue nak solat kena tunggu anak balik sebab tak mampu nak ambil wudhu' sendiri... Maka mudahkan urusan bapaknya dengan Jamak kan solat tue sekali (kerana sakit) berdasarkan pendapat imam Malik yang disandarkan kepada Hadis nabi... Jamak je la, bukan Qasar ok... Qasar hak eksklusif untuk musafir jer...

Tapi, dalam menyatakan Islam itu mudah, jangan la sampai memudahkan... Kekadang bila dengar 'Islam itu mudah', mula la sesuka hati menolak apa yang wajib... Jangan la macam tue... 'Berambi' la, bak kata orang Pahang... Pilih yang mudah selagi tak berdosa... Pilih tue berdasarkan ilmu la... Jangan la bila nampak pakai tudung tue menyusahkan, lepas tue sengaja tanggal tudung atas alasan Islam itu mudah... Jangan, ok!

Kesimpulan: Jangan menimbulkan kepayahan dalam diri dengan syak dan was-was... Anjurkan kepada yang mudah dan berlandaskan syarak... Kerana Islam itu memang daripada dulu mudah, kemudian disusahkan oleh kita...

Selamat beramal! Panjang sangat la pulak aku tulis...

Pesanan Penaja: Beramallah berdasarkan al-Quran dan Sunnah! Elakkan perkara yang tidak menepati sunnah...

p/s: Aku main tulis takde rangka nie... Maaf a kalau lari topik atau tersasar dari topik asal atau isi tak teratur... Dan lagi satu, jangan kata aku wahhabi sebab mengambil pendapat imam lain... KOMEN AMATLAH DIALU-ALUKAN jika ada kekhilafan atau kekeliruan...

Wallahu a'lam

Rujukan:
  1. Fiqh Sunnah by Syeikh Syed Sabiq
  2. Fatawa Nabiy 'Ala Solat by Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
  3. Sahih Bukhari
  4. Terjemahan al-Quran
  5. Wikipedia
  6. Note Forensik Bab Mental Disorder
  7. Kuliyyah online (Website dan Youtube)
  8. dan sebagainya

Saturday, December 4, 2010

Coretan

Salam Alaik...

Hari nie aku tak banyak perasaan nak menulis dengan panjang.. Jadi aku kemas kini ala-ala Tun Mahathir je...

  1. Peperiksaan dah tamat.. Apa-apa pun keputusan, aku rasa memang tak mencapai piawaian NASA dan Paramedik Man United.
  2. Hari Kolej (College Day) dah siap semalam.. Para pensyarah memang sangat 'sporting' menari joget, walau Encik Dekan, Encik Ullas Kamath menari joget muka keras..
  3. Hari ni aku dijadualkan ke Mangalore.. Kalau panggung wayang tak dengki dengan aku, aku boleh la tengok Heri Potah..
  4. Bilik aku yang macam dek kelasi bawahan kapal lanun dah bertukar wajah jadi bilik kapten.. Setelah berpeluh mengemas..
  5. Kipas bilik aku taknak pusing.. Saja nak bagi aku kurangkan air dalam badan agaknya..
  6. Aku nak tunggu minggu depan.. Ada Legenda, dan semestinya ramai rakan KTT aku seluruh India datang.. Selamat datang ke Manipal (sekali lagi)
  7. United saja bagi kalah sebab nak bagi PELUANG kat Wenger untuk menang piala setelah 5 tahun kempunan.. Asyik-asyik Man United dengan Chelsea je bolot.. (Ceh, alasan klise)
  8. Celaka, 'update' ala Mahathir pun panjang jugak..
  9. Kenapa tetiba aku tulis tentang peribadi pulak nie? Dah buang tebiat ke? Eish..
  10. Saja nak bagi cukup sepuluh poin.. Baru masyuk..
p/s: Kalau sayang seseorang, tak semestinya kita tunjuk kat khalayak yang kita sayang dia.. Sebab kekadang sayang itu daripada hati, dan hati pula berkata bahaya jika tunjukkan sayang di khalayak.. Macam sayang Allah la, kalau senyap-senyap sudah.. Jangan nak bagitau satu dunia dia buat qiamullail tiap malam.. Aku ingat nak buat ni dalam bentuk poin jugak, tapi (rujuk poin nombor sepuluh)..

Terima kasih!

Thursday, December 2, 2010

Teka-Teki: Apa Yang Ringan Tapi Berat?

Salam Alaik...

Saja aku nak bawak satu teka-teki yang jarang didengar oleh kebanyakan... Sebab aku yang reka teka-teki nie... Hehe... Soalannya mudah, 5 patah kata jer... Jawapan ada 4 patah kata...

"Apa yang ringan tapi berat?"

Mudah, kan soalannya?

Teka Teki Imam al-Ghazali

Aku ingat alang-alang nak tulis tentang teka-teki, boleh la nak kongsi teka-teki imam al-Ghazali... Tapi aku rasa memang ramai sangat dah tau teka-teki nie... Korang pun boleh agak, kan? Jadi, aku tak jadi la nak kongsi kat blog aku nie... Kalau nak baca jugak, klik kat sini...

Bila Nak Bagi Jawapan?

Haha... Biasanya kalau letak teka-teki mesti orang yang bagi teka-teki tue akan bagi peluang untuk meneka... Tapi, aku risau nanti macam-macam jawapan keluar dan aku tak sempat nak balas... Jadi, aku bagi terus la jawapan... Ok? Tapi kalau korang nak teka dalam hati, jangan scroll down lagi sehingga korang 'surrender'... Hehe...

Jawapannya ialah:-
































"Subhanallah wabihamdihi, subhanallah il-'Azim"...

Daripada Abu Hurairah R.A, Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud, "Ada dua frasa yang ringan atas lidah; tapi berat atas al-Mizan (timbangan); dan disukai oleh ar-Rahman (Allah): (iaitu) Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil 'Azim".

H.R Bukhari dan Muslim
Sememangnya Sahih...

Jadi, moh la kite semua berzikir dengan perkataan ini... Asalkan tengah lapang, contoh waktu tersekat di kesesakan lalu-lintas, atau tunggu lampu hijau, boleh la kita mengamalkannya... Kalau buat zikir lepas solat takpe jugak, tapi sorang-sorang sudah (dalam hati atau sekadar didengar untuk sendiri)... Kalau ajak berjemaah, nanti tidak menepati sunnah pulak ye... (Rujuk Hadis Ibnu Mas'ud vs Ahli Zikir Halaqah)...

Subhanallah wabihamdihi, subhanallah il-'Azim...
(Maha Suci Allah dan Segala Puji Bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Hebat)