Wednesday, October 21, 2009

Kemalangan atau Kecelakaan

Salam Alaik...

Situasi I:
Sekumpulan pelajar kolej Mentakab-Mangalore Medical College sedang dalam perjalanan ke Malpe Beach, kira-kira 70km daripada Mangalore... Pelajar-pelajar perubatan tahun ketiga itu berkonvoi dengan motor berkuasa sederhana mereka seperti Bajaj Pulsar 200, Honda CBZ, Apache dsb...

Sampai di Manipal, ketika melalui jalan lurus menghala ke Malpe, ada sebuah kereta tiba-tiba membuat pusingan U secara merbahaya dan mengejut tanpa menghiraukan konvoi itu... Pelajar-pelajar itu yang sedang menaiki motor dengan kelajuan 65km/j tidak mempunyai pilhan lain selain melanggar kereta itu... Semua pelajar yang menyertai konvoi itu terlibat... Motor dan kereta itu rosak teruk, tetapi pelajar dan pemandu kereta itu selamat tanpa sebarang kecederaan...

Situasi 2:
Tiga orang pelajar dengan dua biji motor sedang bergerak menaiki motorsikal menuju ke hospital untuk melawat rakan mereka yang baru sahaja dimasukkan ke hospital kerana demam panas... Cuaca sangat indah hari itu, dan mereka hanya membawa motor dengan kelajuan 50km/j sambil mengambil angin petang yang sepoi-sepoi bahasa...

Ketika melalui jalan besar menuju ke Bulatan Harimau dari Bulatan Syndicate, seekor burung gagak sebesar burung helang terbang rendah dan tiba-tiba pengsan ketika terbang... Burung gagak itu jatuh melayang dan menghentam kepala pelajar yang sedang menaiki motorsikal itu... Motornya hilang kawalan lalu terjatuh... Motor yang lagi satu juga terkejut dan cuba mengelak... Tetapi terjatuh juga akibat terlanggar pembahagi jalan...

Cuba kita lihat kedua-dua situasi ini... Apa perbezaan utamanya berdasarkan tajuk yang diberi? Situasi 1, aku lebih suka menggunakan istilah kecelakaan jalan raya berbanding kemalangan jalan raya kerana dalam situasi ini, kereta itu dengan celakanya melakukan kesalahan jalan raya yang menyebabkan terjadinya kecelakaan jalan raya...

Kalau situasi 2, aku lebih suka menggunakan perkataan kemalangan jalan raya sebab tiada sesiapa yang celaka dalam hal ni... Ini semuanya hanya nasib malang yang menimpa pembawa motorsikal itu... Kesian...

Apa macam? Faham tak perbezaan kecelakaan dengan kemalangan? Untuk uji kefahaman, sila beritahu apakah yang berlaku dalam situasi di bawah ini (kemalangan atau kecelakaan):

Situasi 3:
Seorang pelajar sedang menaiki motorsikal Royal Enfield 500cc meluncur di jalan raya sekitar Udupi... Ketika sedang memecut dengan kelajuan 90km/j, tiba-tiba lampu trafik (traffic light) terjatuh dari tiangnya dan menghempap badan pelajar itu... Pelajar itu hilang kawalan lalu melanggar pejalan kaki yang berada di tempat kejadian... Pelajar itu mengalami kecederaan ringan manakala pejalan kaki mengalami kecederaan parah...

Situasi 3: Kecelakaan atau kemalangan?

5 comments:

Portgas .D. Ace said...

sume kes kt india ke nieh??
uish..
gile seyh..

Mus said...

Situasi 3 tu kmlangan..tp ade ke lmpu jtuh dr tiang dye??
Huhu..

Situasi 1 mmg celaka. Adakah ini kisah benar??

dzul said...

situasi 3 kecelakaan.
mmg celaka pihak yg bertanggungjwb menyelenggara trafic light kt india..kalau dh buruk tukar la baru..mcm juga dlu kt mesia tayar lrt timpa orang..celaka gk 2.

.cik farah. said...

kecelakaan dan kemalangan. dua2 ade dlm situasi ke3. btw, cemerlang gile anak murid cikgu Maisarah nie. kalo cikgu bc ni, msti die bangga. haha.

Anonymous said...

qada' & qadar kot