Saturday, March 13, 2010

Perancangan dan Kehendak

Salam Alaik...

Keputusan SPM dah pun dikeluarkan oleh KPM... Bila dah keluar, maka macam-macam ekspresi perasaan boleh dilihat sebab ramai yang kata bahawa SPM merupakan peperiksaan penentu masa depan.. Hehe...

Ada yang bersedih tak mencapai target, ada yang gembira bila result melebihi jangkaan dan ada juga yang tak rasa apa-apa sebab mereka tak target apa-apa... Apa yang ingin aku tekankan, keputusan tidak sama sekali akan berubah melainkan kalau hantar borang semakan semula kat KPM...

Jadi, apa-apa keputusan yang dapat, perlulah ditelan dan difikirkan signifikannya kepada hidup kita... Boleh dijadikan sempadan atau teladan... Jangan down tak tentu pasal sampai nak bunuh diri la, nak berkurung dalam rumah la sebab apa yang korang buat takkan mengubah keputusan tue...

Cuba bayangkan, jika anda dapat keputusan yang teruk, dan anda ambik keputusan tue dengan cara yang teruk, maka perjalanan anda akan juga menjadi teruk... Bila dapat 4A2B4C, anda kecewa giler babi, pastu kecewa dengan hidup dan taknak belajar dah, sapa yang rugi? Anda yang pilih jalan anda bila keputusan dah keluar (ok, sesetengah parents yang pilihkan)...

Lagi satu kes, result keluar dapat 2A4B4C... Tapi dia ambik dengan satu perasaan yang positif, syukur dan berazam untuk memperbaikinya, dia akan berjaya... Berjaya yang macam mana? Bergantung kepada caranya la... Payah la pulak kalau dapat 2a4B4C nak ambik dentistry...

Ada yang kecewa sebab study bagai nak rak, pulun habis-habisan tapi result tak ke mana... Ingatlah bahawa mungkin cara study kita yang salah... Cuma jangan down... Ubah cara study sampai kita berjaya...

Mungkin ada jugak yang salahkan Tuhan bila gagal mencapai impian... Sebelum salahkan-Nya, meh biar aku bagitau sesuatu, "Kita merancang, Tuhan merancang, tapi perancangan Tuhan adalah yang terbaik"... Allah tahu segalanya... Dan Dia tahu apa yang terbaik bagi kita... Dan setiap apa yang berlaku itulah yang terbaik bagi kita... Apa yang penting syukur, reda dan teruskan perjuangan...

Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya...
Lain la kalau korang gagal sekali kemudian memilih untuk menggagalkan diri lagi tanpa berusaha untuk tak gagal...

"Sesungguhnya Allah berkuasa atas setiap sesuatu"

Renungkanlah~

"Jikalau kau bersyukur akan aku tambah lagi (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu kufur ingatlah bahawa azab-Ku amatlah pedih"

Nikmat yang kita akan dapat tak semestinya apa yang kita nak... Kadang-kadang nikmat tue datang dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, rakan dsb... Ambil yang positif ok!

Teringat kawan aku si Ediamin pernah bagitau aku, "Allah takkan berikan apa yang kita mahu, tapi Dia berikan apa yang kita perlukan"...

Perjuangan kita masih belum selesai selagi kita belum maut~

update: Gambar di Jais Almer, Sam Sand Dune... Boleh klik sini

13 comments:

Relevan said...

Kegagalan dalam akedemik tak semestinya gagal terus..berusaha agar menjadi orang berguna..

Kawan sekolah SRP pun tak lepas tapi heh heh ok lah juga..selalu kawan bagi motivasi kepada anak2..

Moge aok redz belajor sampai target..mana tau sempat kawan terima rawatan dari aok nanti..

Anonymous said...

dapat 6a jewk lam spm..

Aku Anak Pahang said...

Org dulu blajar tak tinggi tapi akal tinggi...org hari ini SEGELINTIRNYA blajor tinggi akal ttp pendek.

*andaian kawan semata2.

hans said...

yups
aku dulu dapat biasa2 pun indah jer hidup
Allah dah tentukan hidup masing2
kita usaha jer nak capai apa yg kita nak

deus X machina said...

Aku Spm teruk gak
takde A langsung

tapi aku tak give up...aku amek form 6...n berjaya gak masuk univ.
dh nak konvo pun
erk888

deus X machina said...

so adik2 yg rasa result teruk...jgn la give up
dunia belum berakhir~~~~

fi3lina said...

betul.
"everything happens for a reason."
mungkin rezeki kita bukan waktu spm, rezeki kita waktu jauh ke depan, we never know. :) just pray for the best and keep struggling.^_^

tuan director said...

aku pun result spm teruk gak. cukup2 makan ja.
yang penting kita usaha dan bersemangat untuk berjaya.

Amir said...

Tahniah utk ko Redz.. SBPI Temerloh superb!!! top 10 kat Malaysia.. kalo aku jd ko, mesti aku bangga gile.. haha..

http://ohmalaysia.com/blog/senarai-top-10-spm-2009/

redballerina said...

bersyukur dengan apa yg dapat atas usaha.
sekalu kita gagal x semestinya selama gagal.

*spm aku dulu kantoi gak!heehe
tp skang da degree :)

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Whisperer said...

hmm,td bace komen2 kat oH Malaysia...aku un budak medik gk...belajar kat ipta bese je...hmm aku budak sekolah bese je.. bukn Mrsm dam ape yg same waktu dgnnye... aku dpat teruk la jgk spm... 5A1,1a2 je... bio, kimia, and add math dapat 3B, physics Aku dapat 5c... haha..teruk gler..pastu aku sambung matrik..first sem aku dapat 4 flat. second sem dapat A- untuk bio.. haish.. so purata pointer aku 3.94...haha...skang aku amek medik..dah lulus 1st year.. n semua exam aku lulus...Alhamdulillah sangat... haha..adik2 yg minta amek tuh amek la... tp kalau x sanggup baik undur awal2...haha... memang senang..bg yg boleh adapt...bg yg x boleh... susah giler... haha...menakutkan tul statement aku... pape jer yg korg nak kalau usaha mesti dapat! usaha lah ye...=)

Redz da Tsar said...

Thankz Sherry atas pendapat.. :p