Tuesday, March 9, 2010

Aku dan Perbezaan Pendapat

Salam Alaik...

Aku ialah seorang muslim yang berpegang kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, berakidah mengikut pendapat al-imam asy'ariah dan dari segi feqah aku mengambil banyak pendapat dari al-imam asy-Syafie...

Sungguhpun begitu, aku juga ada mengambil pendapat imam-imam besar yang lain sebagai contoh dalam hal jual beli... Al-imam asy-Syafie menegaskan bahawa semasa membeli barangan, wajib ada akad jual-beli ataupun jual-beli itu tidak sah... Maka, di atas keadaan aku yang agak payah untuk berakad di sini, aku guna pendapat imam-imam lain yakni tidak perlu akad... Begitu juga dalam hal 'batal atau tak wudhu' apabila menyentuh bukan muhrim... Aku mengikut pendapat al-imam Malik, Hanafi dan juga imam Ahmad...

Dan dalam mengambil pendapat imam-imam ini, aku melihat hujah dan nas yang disediakan oleh mereka atau oleh ulama' mutakhir yang membincangkan hal ini...

Walaupun aku mengambil pendapat imam yang lain dalam sesetengah perkara, aku masih lagi menghormati pendapat imam asy-Syafie dalam perkara itu, dan aku tidak akan bergaduh atau menuduh sesat sesiapa yang mengikut pendapat yang lain, jika pendapat itu mempunyai hujah dan asas yang kukuh... Lagipun siapalah aku nak menuduh sesat seseorang itu, kan?

Maka, aku juga berharap, orang lain faham apa yang aku maksudkan, dan menegur aku jika terdapat keraguan dalam cara aku hidup... Sesungguhnya aku juga manusia yang tidak lari dari membuat salah dan dosa... Hormatilah semua pendapat imam-imam besar, dan beramallah setakat mana yang kita tahu, dan jika tidak tahu, maka bertanyalah kepada yang tahu...

=)
Betulkan aku kalau aku salah~

p/s: Entri ini dipos dengan menggunakan scheduled post... Sila rujuk di sini... Harap maklum~

4 comments:

Ahmad Syazwan B. Ahmad Tarmizi said...

hujah kita adalah al-Quran dan hadis sahih. jangan taksub sesuatu pendapat atau aliran ja.
membe aku cakap kat aku
"gila hang subuh tak qunut.tak sah sembahyang"

Anonymous said...

testosterone pills help pubertydrugs like cymbalta

[url=http://www.bebo.com/buylevitraonline1]buy levitra online gameday de[/url]

Mazru Majid said...

i like..

scheduled post?hmm bagus utk mrk yg sibuk..macam aok la sibuk study..

hans said...

biasalah tu
lumrah alam