Sunday, March 21, 2010

Tido Lagi, Lagi dan Lagi

Salam Alaik...

Hari nie merupakan hari terakhir sebelum cuti semester aku tamat... Aku rasa cukup gembira, bukan gembira sebab nak mula kelas, tapi aku gembira sebab penyeksaan 'tanpa aktiviti' selama 10 hari sebelum nie akan tamat...

Mujurlah dalam 10 hari tue, ada la beberapa aktiviti yang menarik sikit, seperti lunch di Ajay, masak-masak bersama Ediamin, layan novel The Lost Symbol etc... Kalau tak lagi beku la hidup aku kat sini...

Kalau takde aktiviti maka, tido la menjadi pilihan hati... Lepas subuh tido sampai kul 11am, pastu bangun sat layan internet... Pas lunch dan zohor, aku tido balik sampai kul 4... Lepas asar ingat nak maen bola, tiba-tiba tido balik... Sebelum Isyak, baru bangun nak solat maghrib... bagi salam kiri kanan, tunggu 5 minit, pastu sambung Isyak... haha... Pastu tak tido dah sampai kul 2am... Eish...

Kalau kira, ada la dalam 12 jam aku tido jer... Badan tak naik jugak... jadi, bila dah banyak tido nie, maka bila nak mula kelas nanti mulalah payah nak kembali kepada rutin biasa... Mulalah ngantuk dalam kelas sebab tak cukup tido... haha... Mudah-mudahan aku tak mengantuk insya Allah~

Tapi bagus jugak tido nie... Sebab kalau aku tido, tak kira la tempat atau masa, mesti aku akan mimpi (bukan mimpi basah kay)... Jadi, walaupun pada zahirnya takde aktiviti, tapi dalam mimpi ada jugak la aktiviti... Boleh la nak travel balik ke utara, atau balik ke Malaysia, dan mungkin jugak pergi ke 'black Taj Mahal' yang hanya dalam sejarah...

Sekurang-kurangnya minda aku memastikan aku ada aktiviti 'luar' walaupun badan sedap je melepak atas katil... hehe... Seronok sebenarnya bermimpi... Mengembara dengan tah sapa-sapa, dan ke mana-mana yang aku sendiri pun tak tau kewujudannya, dengan pelbagai plot dan drama, memang mengasyikkan...

Jadi, pas ada aktiviti (kelas) menjelang esok, maka kembara ilusi dan mimpi aku akan berkurangan... tentang mimpi tue semua, ada la aku tulis dalam 'Diari Seorang Lelaki'... Mana tau nanti ada masa bila aku terbaca boleh la aku gelak dengan 'kekarutan' mainan minda... haha..

Dah la, aku nak lipat baju lak nie.. Bersepah atas katil... Kalau tak lipat nanti takleh tido pulak...

p/s: Nanti kalau rajin aku tulis la dalam satu entri khas tentang mimpi aku~

12 comments:

tuan director said...

dgr tido lepas asar tak elok.xtau betul ke x

deus X machina said...

lebih best redz...kalo tulis entry pasal mimpi basah ko
erk888

Aku Anak Pahang said...

Salam waris..
lama tak bertanya kabor kita.. goner sihat laa yeek..apa pun jgn byk tido badan jadi lemah..mata bengkak, kurangkan tidor ada org kata tidor juge umpama mati..jadi jika byk tidor kurang masa hidupnya hehehe..

hans said...

aku xcukup tido
sob sob sob

Anonymous said...

Hello. And Bye.

Anonymous said...

bagusnya bermimpi..apsal akak jarang2 sangat bermimpi ye? yelah i really wonder that!

saharul said...

tidur le perkara paling best yang percuma...

Fiffy Hazirah said...

pasal tido ni.. memang hobi terbesar aku. kalau study 5 minit, lepastu sejam lbih tido.. smbung balik sudy 5 min, sejam lg tido. mcm tu la seterusnya.. hahahah..

jd aku kena aktif kt uni, kalau aku busy, mata aku alert ckit, komitmen banyak, xlak dia ngantok.. kalau free sgt, duduk bilik study je, tu la dia mula wat hal.

ak pernah je kot tido 24 jam straight.. gila wehhh!!!

Relevan said...

Selamat tidor lagi redz..jangan mimpi basah yak..

mazru said...

koi pun suka tudo jugek..hehehe..

dpt mimpi naik ke bulan mmg syok

Pacifist said...

tido tu sepupu sepapat pd kematian.tp tak tido pun xleh,apa yg penting bersedehana.

Wanturd™ said...

apsal mimpi sume tulis dalam diari, apsal tak tulis kat blog? haaa.ni mesti kau mimpi basah ngn awek tak cun kan? kan? hehe