Tuesday, November 4, 2008

Selangkah ke alam Ghaib

Salam Alaik...

Di keheningan malam, termenung ku berseorang, tak lena mata dipejam, terdengar suara terngiang...

Satu ungkapan yang indah... Membawa aku kembali berfikir tentang tragedi yang menimpa aku ketika aku mengambil ujian percubaan dahulu...

Ketika itu, masih segar di fikiranku, aku tak dapat tidur sehingga jam 5 pagi sedangkan aku mempunyai exam jam 7 pagi... Aku amat sedih apabila kejadian itu berlaku disebabkan suara itu... Aku amat bengang... tetapi jikalau aku mengahamburkan kebengangan aku, maka akau dalam golongan yang mengutuk ciptaan-Nya...

Kali ini, ketika aku bersiap-siaga menjalani exam final ini, aku masih diganggu dengan suara yang terngiang-ngiang itu... Suara yang amat menyeramkan... Makhluk yang sangat kejam... Menyebabkan aku tidak boleh tidur awal seperti perangcangan... Sudah dua kertas exam aku lalui, kedua-duanya aku menjawab dalam keadaan tidak fit disebabkan oleh aku diganggu makhluk itu...

Jika dahulu, ketika di SBPIT, aku sering ditindih oleh perasaan sehingga aku mencungap-cungap menggapai oksigen, kali ini makhluk ini pula yang mengikut aku... Rakan sebilik aku, Amir, tidak pula diganggu... hanya aku, ya, hanya aku diganggu... Tetapi kali ini aku masih bersyukur kerana walau diganggu aku masih dapat tidur setelah kira-kira sejam berguling-guling atas katil...

Malam ini, akan aku hapuskan engkau sehabis-habisnya... Akan aku lumatkan engkau sehingga kering segala darah-darah engkau... Aku akan bakar kau, aku akan gantung kau, aku akan pastikan kau dan suku sakat kau tidak lagi mengganggu aku... aku dah serik... Aku pastikan kau tidak lagi menghisap darah aku, nyamuk!!!

6 comments:

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. adat pendekar kalau mau lawan dgn yang kuat. kahkahkah

fadzil hafiz said...

ah lu!!suke betol mainkan perasaan gua...

MieTo said...

lu memeng ske wat cter x senonoh..
buang mase gua nak bace.
akekekeke..

bungaditepijalan said...

x ske nyamuk.
dia yg sbbkan saya almost kene denggi.
wuaaaaaaaaaaaaaa.

.b.e.d.d.y. said...

jd la spt aq n r0om8ku..
sjk awl sem kami mmpunyai ubat nyamuk letrik, ridsect..
sume nye angkare ukm yg dlitupi hutan shingga mndorong nyamuk mnyerang kami..
hehehe..
try jgn x try..
=D

ijan said...

ciss... ko nak kena ni...

nape member ko x kena kaco. aku syak musti darah dia tu kurang manis...