Sunday, November 22, 2009

Alahai, payahnya la...

Salam Alaik...

Situasi Satu:
Seorang anak muda di sebuah masjid di bandaraya Jerantut sedang mengangkat takbiratul ihram buat kali ke-5 setelah 4 kali gagal sambil menyebut 'usolli-usolli-usolli'.

Situasi Dua:
Seorang remaja berumur 20 tahun disuruh ke saf belakang kerana tidak memakai ketayap/songkok/kopiah ketika berjemaah di surau al-Muflihin, Gombak.

Situasi Tiga:
Seorang dewasa berumur 35 tahun dipandang serong kerana solat dengan menggunakan 'cap' atau topi.

Situasi Empat:
Seorang suami menghabiskan masa selama 50 minit untuk mandi hadas kerana bimbang air tidak rata sepenuhnya

Situasi Lima:
Seorang pelajar ilmu feqah Universiti Utara Malaysia dimarahi akibat mempersoal kata-kata seorang ustaz yang pada pendapatnya kata-kata ustaz itu tidak mempunyai dalil yang kukuh.

Situasi Enam:
Seorang remaja dituduh wahhabi kerana tidak membaca doa selepas solat semasa solat berjemaah di Masjid Tengku Ahmad

Situasi Tujuh:
Dua kumpulan manusia bertelagah akibat berbeza fahaman tentang hukum mengangkat al-Quran tanpa wudhu' sampai tuduh menuduh sapa ahli sunnah wal jamaah dan sapa bukan

Heish... Susahnya la jadi Muslim...
(Islam susah atau muslim yang menyusahkannya?)
Betulkan aku kalau aku salah...
Wallahu 'alam

9 comments:

Cikgu Jang .. said...

mengkala dianggap payah, payahlah jadinya....mengkala dianggap mudah, mudahlah baginya.....yang tak tahu, pegi tanya yg tahu...yg dah tahu, beritahu yg tak tahu....

YASSIN said...

Betulnya mekala bender ringan jangan diringankan, bender berat jangan diberatkan..se lagi org mmg reti membebel aje, cer suruh dia pulok buat haram tak tau. adat org kita yang bernama MELAYU.

naderROXX said...

islam itu mudah, tapi tidak boleh dimudahkan..
berdoalah..
sesungguhnya, dari Allah kita datang. dan kepadaNya lah kita kembali..

.:FARA anak ABAH:. said...

kdg2..muslim ni..menganggap islam 2 sebagai adat..2 y susah 2..cntohnye..pompuan xbole g meminang laki..pdhal bini nabi dlu de je kot..dlm AQpon xde ckp xbole..Alah da bg AQ..hadis pon de..ikut je la..klu rse susa,tgk pndapat2 ulama`..xyah la nk diputar belitkan..kesian mualaf2 2..blom tmbh lg ng muslim y da start rse leceh n murtad..dunia2..da dibagi undg2,xnk ikut..da de AQ ng hadis pon bnyk songeh lg..ckup la..ikut je pe y diajarkan..n blaja dlm2 lagi syariah 2 klu nk tau reason sume hukum hakam Allah..sbb klu nk ckp,kne de bukti o sabab nuzul..xyah nk pening2 kple..cari sndiri klu musykil..

Hashim Zabidi said...

sembahyang tak payah, sebab senang.
kalau senang tentu tak payah.

azerrul said...

salam
artikel dr www.saifulislam.com

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?”

Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib”.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”.

artikel penuh-http://saifulislam.com/?p=1820#more-1820

Webmaster@Echam said...

Islam itu mudah....

mazru said...

koi ade dgr org bercakap..

"islam itu mudah..tetapi jangan dipermudahkan.

solat itu mudah tetapi jgn dipermudahkan".

Bzli said...

islam itu mudah
ikut dari asalnyaa