Saturday, November 28, 2009

Rempit: Satu Keajaiban dan Penghormatan

Salam Alaik...

Amaran: Artikel ini sangat sesuai untuk kertas esei Bahasa Melayu PMR... Harap maklum...

Menjadi Mat Rempit merupakan satu impian kanak-kanak mahupun remaja kini. Sungguhpun jika ditanya secara umum, tiada yang akan mengakui minat mereka untuk merempit pada masa hadapan. Tetapi di dalam hati, mereka sering tergoda dengan keberanian Mat Rempit ketika di atas jalan raya. Fenomena Rempit yang bermula sejak era KL Menjerit ini sebenarnya memerlukan kekuatan mental, fizikal dan otak yang terbaik.

Menjadi Mat Rempit membuatkan otak Mat Rempit itu, atau lebih saintifik, serebellum Mat Rempit itu menjadi tajam. Serebellum ialah bahagian otak yang mengawal ketepatan dan kepersisan sesuatu gerakan. Tanpa serebellum yang hebat, mana mungkin Mat Rempit mampu membawa motor mereka menyelit di antara dua lori sampah, atau mengawal motor ketika melakukan aksi 'wheelie' ataupun 'wheekang'.

Di samping itu, otak Mat Rempit ini sangatlah unik untuk dibandingkan dengan manusia biasa, hatta seorang doktor ataupun ahli politik. Kebolehan ahli politik ialah menyelinap ke dalam otak manusia dan mempengaruhi manusia itu, tetapi Mat Rempit pula berkebolehan dalam menyelitkan unsur dalam otak mereka ke dalam enjin dan jiwa motornya. Setakat ini para saintis yang mempunyai otak yang juga hebat pun gagal mengesan bahagian otak manakan yang boleh berhubung terus dengan motor. Hal ini dibuktikan dengan kehebatan Mat Rempit mengawal motornya, seperti motor itu ialah sebahagian daripada otot dan saraf Mat Rempit itu sendiri.

Mat Rempit juga mempunyai kelenjar Adrenal yang sangat ekstrim yang dikawal rapi oleh bahagian otak yang bergelar Hipothalamus. Buktinya, Mat Rempit menjadi berani apabila berada di atas jalan raya. Setiap kali menyelit antara dua kereta ataupun lori, Mat Rempit menunjukkan kehebatan dalam mengawal pengeluaran hormon ACTH lantas menyebabkan hormon seperti Adrenalin dan Noradrenalin gagal dirembeskan dengan banyak. Ini dibuktikan dengan Mat Rempit yang langsung tidak gementar dan berdebar berhadapan dengan lori ataupun kereta, hatta dengan polis sekalipun.

Tidak terlalu melampau jika mengatakan bahawa Mat Rempit juga mempunyai kehebatan dalam sistem saraf yang mana setiap kali berlaku kejadian seperti dihimpit kereta ataupun tedengar siren polis, Mat Rempit mampu memberi tindak balas refleks yang mengagumkan. Kehebatan saraf Mat Rempit ini mungkin 3 kali ganda hebat daripada saraf wartawan Melodi yang juga hebat mengesan kontroversi dan isu hangat.

Kesimpulannya, jika mahu menjadi Mat Rempit yang sejati, seseorang itu memerlukan otak yang sangat hebat dan juga sistem saraf serta kawalan hormon yang terbaik. Jika kita melihat Mat Rempit yang terkorban di jalan raya, marilah bersama menyambut kematian orang yang mempunyai kehebatan otak ini dengan menanam mayatnya di tepi jalan tanpa perlu mandi jenazah. Angkatlah mayat itu seperti syuhada, dan kambuslah mereka dengan pakaian mereka itu, dan biarkanlah jasad dan pakaian itu menjawab bagaimana mereka mati di dunia. Sebagai penutup, ingatlah, walaupun Mat Rempit mempunyai otak yang kuat dan tajam, tetapi jelas sekali mereka TIADA AKAL!


Mat Rempit: Otak Hebat, Akal Tiada. Gambar dari http://hesmel.blogspot.com

8 comments:

YASSIN said...

Goner gaya pun kala mat rempit kawan ttp mual, jelok, bosan, hamun nengokkan...lagi bosan kalau dia org buat aksi dihadapan kawan masa tgh bawak kereta kala nok jatuh tertunggeng pun tunggu kawan lepas dulu hehehe...

mazru said...

koi rase mat rempit ni elok keje kat sarkas buat show,paling tidak pun dapat duit isi minyak.

redz,kat India ade mat rempit tak?

Finaz said...

selekoh kat Muzium Negara tu jer boleh dikatakan tiap2 5 ke 6 bulan ada jer Mat Rempit yg Terpeliot kat situ. Mungkin mereka inginkan jasad mereka diabadikan di Muzium Negara tu kot?

Cikgu Jang .. said...

menkala jumpe mat rempit terpukang tepi jalan....jgn ditolong, bior aje dia org insaf..

relevan said...

Ini memang rempit sejati..(rujuk gambar)..

dzul said...

mat rempit ni perangai mcm penagih adrenalin..

hans said...

hahahaha
betul2
aku sokong entry pmr ko nih 1000%

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛