Monday, November 23, 2009

Empat Perkara Secara Ringkas

Salam Alaik...

Satu
Kemenangan Manchester United dan Chelsea sabtu lepas memang sudah dijangka, begitu juga dengan persembahan konsisten Liverpool untuk 7 perlawanan terakhir ini.... Tetapi kekalahan Arsenal kepada Sunderland agak tidak menepati ramalan... Bukankah Arsenal satu tim yang hebat? Menang selalunya dengan gol yang melebihi 2 butir, tetapi semalam kalah pulak... Jelas sekali tidak semua mampu diagak dalam bola sepak.... Kedudukan Top 5: Chelsea, Man United, Arsenal, Tottenham Hotspur, Aston Villa... Ok la, ekstra, aku letak tim ketujuh: Liverpool... hehe

Dua
Aku agak berbangga bila ada seorang rakyat Malaysia berpakaian lengkap Melayu, bersama tanjak dan bersamping songkek berjumpa dengan Presiden Barrack Obama untuk menyerahkan watikah perlantikannya sebagai duta Malaysia ke AS... Bangganya aku bukan kerana berjumpa presiden Pak Cik Sam (Uncle Sam) tue, tetapi bangga kerana dia bangga berpakaian seperti itu di sana... Walaupun agak panas (aku rasa la), dia tetap bangga.... Pegh... Kalau aku jadi PM, komfem, aku pergi mesyuarat PBB pun pakai macam tue jugak...

Tiga
Perlantikan seorang Ahli Parlimen sebagai duta berstatus menteri ke sebuah negara yang sangat jauh menimbulkan persoalan bagi aku... Bukannya apa, cuma aku rasa pelik, sepatutnya seorang ahli parlimen perlu bekerja bersama rakyat di Malaysia... Jika beliau berada di negara lain, benua lain, bagaimana beliau mahu memberi komitmen kepada kawasannya... Aku dulu ada sekali melayan seorang Dato' Zul Deen (bukan nama sebenar) dalam fesbuk berkaitan isu seorang ahli parlimen tak dapat tauliah untuk berceramah, Dato' tue bagi alasan kata ahli parlimen tue perlu menumpukan perhatian kepada kawasannya, dan tidak perlu berceramah... tetapi apa pulak komen Dato' nie dalam isu nie? Ok fine, kepentingan negara lebih penting, tetapi tak bolehkah lantik orang lain? Perlantikan itu adakah sekadar menjaga hati kerana duta itu digugurkan dari kabinet? Malas nak komen lebih, bahaya kepada aku dan negara...

Empat
Aku tak jadi nak potong rambut pendek sebab undian 50-50...

6 comments:

Cikgu Jang .. said...

Tiga
Perlantikan seorang Ahli Parlimen sebagai duta berstatus menteri ke sebuah negara yang sangat jauh menimbulkan persoalan..

pelik bin ajaib betoilah ...Gone gaya rakyat nak ngadu kala pemimpin takde kat sini.....tahun depan tosoh pilih pemimpin ginilah...

mazru said...

betul lah..memang tak patut berlaku macam tu..

YASSIN said...

Kawan amik n0 4 aje tamboh satu undi potong hehehehe.......

relevan said...

Potong je rambut wehh..kat kedai Husin..

dzul said...

hmh..mcm2 hal dah..

jiwafaham said...

Hehehe... beginilah kalau hidup di Alam Malaysia.. yang satu masa dahulu dipanggil ALAM MAYA.

Bezanya ALAM MAYA satu dunia, tapi Alam Malaysia ini berapa bahagian saja dari ALAM MAYA... cuma kononnya MODEN, CANGGIH DAN BERWAWASAN.... maka terjumpa la EMPAT PERKARA SECARA RINGKAS ini....