Saturday, October 11, 2008

Kupasan Beberapa Isu Semasa Berdasarkan Pandangan Saya...

Salam Alaik...

Hari ini saya ada membaca beberapa keratan akhbar tentang beberapa isu yang melanda Malaysia dan Dunia... Keratan itu saya ambil dalam Berita Harian hari ini edisi tengah...

Isu pertama yang saya tertarik ialah isu berkenaan dengan penyatuan parti komponen BN dalam satu parti iaitu BN, tidak lagi ada UMNO, MIC, MCA dsb (betulkan saya kalau saya salah)... bagi pendapat saya yang buta politik dan amat mentah dalam ilmu-ilmu politiuk ini, saya beranggapan penyatuan BN merupakan satu perkara yang amat bahaya kepada UMNO... Kerana, jika dilihat daripada nisbah parti komponen itu, dapat dilihat bahawa kepimpinan Melayu dalam BN bakal terhakis... Ditambah pula dengan perpecahan Melayu dalam politik dewasa ini, maka secara tidak langsung meningkatkan risiko kepimpinan Malaysia jatuk ke tangan bukan Melayu... Artikel ini bukan bertujuan untuk membangkitkan semangat perkauman, tetapi sekadar memberi pendapat yang boleh disanggah jika tidak dipersetujui atau difikirkan sedalam-dalamnya jika disokong...Saya malas memberi hujah atau pendapat lebih panjang sebab saya bukanlah ahli politik... Cukuplah pendapat ini...

Isu kedua yang saya tertarik ialah isu keruntuhan ekonomi... Walaupun keruntuhan ekonomi di Amerika dan beberapa bahagian lain di dunia amat teruk, termasuk jiran kita, Indonesia, Alhamdulillah, Malaysia masih lagi selamat dengan keruntuhan ekonomi yang agak kecil... Walaupun KLCI sudah menjunam ke bawah 1000 mata, tetapi tidaklah penurunan itu sampai merencatkan ekonomi negara... Adakah kemampanan ekonomi Malaysia ini disebabkan olehh kebijakan Menteri Kewangan Malaysia yang baru sahaja menerajui sistem ekonomi Malaysia ini? Atau faktor Menteri Kewangan sebelumnya, atau sebelum kepada sebelumnya? Tapi yang penting, ekonomi Malaysia (mungkin) masih stabil...

Isu seterusnya ialah berkaitan dengan penurunan harga minyak mentah sedunia... Saya ada membaca tadi bahawa harga minyak mentah dunia kini turun 4 dollar kepada 77 dollar... tetapi saya tidak pasti adakah 77 dollar itu harga minyak mentah yang sering dicarutkan oleh semua orang... Tetapi, jika itulah yang dimaksudkan, maknanya, harga minyak mentah memang sudah amat rendah jika dibandingkan dengan harga tertinggi pasaran dahulu iaitu 148 dollar... Betulkan saya jika saya salah... Jadi, jika begini situasi sekarang, saya rasa harga minyak petrol di Malaysia setelah rebat tunai dimansuhkan sepatutnya seperti dahulu, iaitu RM1.92/l atau lebih rendah daripada itu... Ini berita yang menarik...

Sebelum artikel ini menjadi lebih bosan dek kerana penggunaan bahasa yang agak baik dan betul, saya ingin menegaskan bahawa artikel ini merupakan pandangan peribadi saya yang boleh disokong dan disanggah... Sila tinggalkan komen untuk memberi pendapat, cadangan, sokongan atau bantahan... Terima kasih...

p/s: Layak tak aku jadi PM dengan gaya bahasa seperti nie? macam tak layak jer... Haha...

4 comments:

rahimin idris said...

kalau kau tulis dengan bahasa yang betul mana ada bosan. aku suka. keep up man!

Don Balon said...

Duan,
memanc harga minyok jatuh amat doh..
sama la dengan minyok sawit.. minggu lepas harga kilang felda pun tinggey 370 je setan..

tapi puok ni nok menurunke payoh amat..
nok naik ceppppaaaat je..
seperkara lagi.. tuan hamba boleh perhatikan takat minyok je la turun..
harga barang yang doh naik dulu sebab harga minyok naik payoh doh la nok turun kecuali baranc kawalan..
Ni yang daroh koi naik ke telinga ni..

poyotito's said...

minyak minyak dah turun banyak beb!
tapi kerajaan celaka betul buat tak reti je..

Dzulkarnain Mohamad said...

dulu time harga minyak mahal kemain cepat naikkan harga. entah2 signboard harga minyak perbandingan antara negara tu ada lg terpacak kat bandar pusat nu..

time harga turun senyakkk je seme..
apekehel..

harga baja sawit pn x turun2..sawit ye turun harga..

mari kita membaja 2 kali sethn biar baja tak laku br dia tau..