Sunday, October 19, 2008

Ops. Lasmin (hakcipta terpelihara)

Salam Alaik...

Hari ini sudah 19 Oktober 2008... Semalam, 18 Oktober, kelmarin 17 Oktober... Esok, kalendar akan setuju kalau aku kata 20 Oktober... Minggu depan pula, 26 Oktober... Dua minggu lagi, 3 November... Kalau dua minggu lagi 3 November, maknanya, kurang lebih, peperiksaan Lembaga Penilaian Menengah Senior Selatan Australia atau SSABSA akan berlangsung dalam 15 hari lagi...Tetapi, aku masih lagi tak cakna... 'Gior*' dengan kehidupan aku kini... Aku persis menganggap dua minggu lagi itu jatuh kepada 3 Oktober... Tapi malang sungguh, 3 Oktober dah dua minggu berlalu...

Jadi, walau apa-apa sekalipun yang berlaku, 3 November akan datang jua mengikut perancangan... Lainlah jika aku berjaya menggerakkan badan aku selaju mungkin untuk memecahkan zon relativiti masa yang dicanangkan Albert Einstein, mungkin juga aku boleh melambatkan masa... Tapi, itu hampir mustahil untuk berlaku kini...

Aku masih lagi culas memegang buku... Kalau aku pegang pun, sekadar untuk diisi ke dalam beg dan dibawa ke INTEC... AKu juga masih lagi menggunakan laptop untuk bermain game, melayari internet untuk melihat perkembangan semasa Man Utd dan memuat turun video aksi Ronaldo memperbodoh lawannya... Sepatutnya kini aku sudah menjdi ulat buku...

Sikap aku kini masih lagi seperti sikap aku sebulan sebelum ini, ketika menghadapi peperiksaan percubaan...Sikap ini jugalah yang aku buat beberapa bulan yang lalu sebelum peperiksaan pertengahan tahun... Sikap ini jugalah yang aku adaptasi sebelum aku mengambil SPM... Tapi, ketika itu nasib aku baik... Sangat baik... Tak dapat jawab, aku hentam dan alhamdulilah, betul... Tak semua, separuh dapat markah... Masa tu, tak hairanlah dapat result 'boleh tahan la'...

Tapi sekarang, SSABSA bukan permainan... SSABSA bukan SPM, trial atau mid-year... SSABSA ialah peperiksaan yang akan menetukan sama ada aku akan fly ke Australia, atau berkelana ke India atau Indonesia, atau hanya panjat bukit seksyen 2 untuk ke UiTM, atau paling teruk, aku kena sambung belajar asasi di Malaysia... Huh...

Kalaulah aku ambil tawaran untuk menjadi cikgu Matematik atau Kimia di bawah Program Pelajar Cemerlang Kementerian Pelajaran, aku boleh la buat sikap camni... Kalau aku ambil program Matrikulasi, sekurang-kurangnya aku dah fly ke Indonesia... Tapi, aku ambil SSABSA, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan pulak tue...

Tapi, kalau aku menyesal pun, Firmad tetap kata "sape suruh amik medic", cikgu SBPIT aku tetap kata, "Awak boleh punya", Man United tetap menang 4-0 dengan West Brom, harga minyak dunia tetap turun, harga barang kat Malaysia masih tinggi tak turun2 dan yang paling penting SSABSA tetap 2 minggu dari sekarang... Huh...

Aku taknak 6 minggu dari sekarang , bila aku dapat result SSABSA, aku bermonolog dalaman, "kalaulah aku study betul2, tak dapat result macam nie" sebab masa tue dah terlambat, dah jauh sangat... Betul kata imam al-Ghazali, perkara yang paling jauh ialah 'masa yang lepas'...

Sebagai solusi kepada kes ini, aku ingin melancarkan satu operasi tergempar yang diberi nama Ops. Lasmin [bukan Ops. Oktober (Syaaz 2008)]... Ops ini mempunyai modus operandi yang luar biasa yang mana aku akan buka buku jika dan hanya jika aku tidak berblog, tidur, main, tengok game Man Utd, balik umah, berborak dan keperluan2 biasa manusia...

Paham tak modus operandinya?

Ops Lasmin bermula sekarang...

p/s: Agak-agaknye la kan, berjaya tak aku dalam exam kalau buat ops macam nie?

10 comments:

dzul said...

oi..kalau mcm tu baik tayah wt operasi..sama je..

study memolek oi..adik aku pn kata kau genius sekolah, tp kalau memain ngat susah jugak..spm boleh la weh..

adik aku la epol tu..haha

lah said...

pe y gua nk ckp....

lu rendam buku...pastu minum
mujarab....smpai australia...

chika said...

"kalaulah aku study betul2, tak dapat result macam nie"

kata2 kau memang menyentuh hati aku bai.

aku rasa dihimpit kesedaran.

seriyes.

aku xnak cakap macam ni 6 minggu lagi nanti.

arghh!

psiko.

Anonymous said...

boleh punya ko kan genius perang... aku yakin 100%

Cheguman said...

Wan,
Saya sendiri sedang buat MA dalam bidang yang tak selari dengan kecenderongan peribadi. Saya selalu yakinkan diri bahawa ini adalah pilihan Allah SWT dan kita hanya menuruti kehendak-Nya.

Wan di Jerantut? Area mana? Dulu sekolah mana? Saya membesar di Jengka 8.

fadzil hafiz said...

gua rase lu mesti boleh punye!!

tp bab lu up MU tu mmg gua x bley blah!!haha...

Don Balon said...

Blajor mmolek Duan..
nanti 14 tahun akan datanc member2 skoloh buat reunion aok malu nok gi..
(Dzul, koi bukan sebab tu...harhar)

Anonymous said...

koi yakin aok bleh..bleh jawab...
hehehe...

Redz da Tsar said...

Dzul>>
Haha... Aku akan study memolek... Kem salam kat Epol yerk...

Scott>>
Idea tue aku pernah teringin nak cuba, tapi memandangkan sayang kat buku, tak jadi lah...

Chika>>
Kalau taknak macam tue study la...

Salikin>>
Haha... itu perang bro... Ini exam... haha...Lain sesangat

Demang>>
Terima kasih atas nasihat... Saya duk kat Taman Koperasi, sebelah sungai Jan... Sekolah Rendah kat SKBJ, menengah kat SBPIT...

Padel>>
haha... lex la... Up Man Utd je kot... balik2 no 5 gak skrg...

Don>>
Ok... Koi buat memolek... Koi dengo aok buat master kat spain yerk?
bagus la...
haha...

Nadz>>
Thankz...

poyotito said...

tu la wei!
belajor molekk..
menda bukan boleh reverse2..


liverpool steady!!
harap maklum.