Thursday, April 30, 2009

Separa Deja Vu #2: Kesatuan Manchester vs Arsen(g)al...

Salam Alaik...

Perlawanan separuh akhir 'kaki pertama' semalam di 'Trafford Yang Lama' memang mengingatkan aku tentang perlawanan Piala FA pusingan ke-5 musim lepas yang mana Arsen(g)al telah dibolosi 4 gol dan hanya menyerang sebanyak 2 kali sepanjang 90 minit perlawanan...

Walaupun Kesatuan Manchester hanya menang sebanyak 1-0 semalam, tetapi jelas sekali perlawanan semalam sangat menarik dengan penuh serangan merbahaya... Selamat semalam Almunia yang jadi penjaga gol... Kalau Fabianski yang jadi penjaga gol, mesti kena sekurang-kurang 3-0...

Arsen(g)al, semalam hanya berjaya membuat satu percubaan tepat, itupun gagal membuat Edwin van der Sar berpeluh... Walaupun serangan yang agak bahaya dari Arsen(g)al agak banyak, tetapi bola itu hanya sekadar melalui kotak penalti... Mungkin bola tu segan nak masuk dalam gol...

Aku malas nak cakap banyak... Sebab ada 'kaki kedua' di Emirates... Kesatuan masih banyak perkara yang perlu dilakukan... Penyokong Arsen(g)al, jangan bersedih... Masih ada 'kaki kedua' nanti... Kalau masih kalah, bertambahlah koleksi musim tanpa piala... Haha...

Kepada Kesatuan, teruskan usaha... Apa yang penting, kerjasama!!!

Monday, April 27, 2009

Patogen Itulah Yang Menghambat Aku

Salam Alaik...

Kecelakaan yang menimpa aku semenjak hari Rabu yang lepas jelas sekali melumpuhkan sistm badan aku selama sehari... Kes itu mengakibatkan aku tidak mampu berdiri walau seketika dengan aman di bumi ciptaan Tuhan ini... Hal ini semua disebabkan oleh kebiadaban anasir negatif yakni bakteria dan patogen-patogen celaka menyerang aku...

Jelas sekali serangan bak orang gasar itu telah berjaya menjadikan aku lumpuh dalam keadaan aku sedang normal... Satu serangan itu telah mengakibatkan daya serangan balas badan aku terpaksa bekerja kuat setelah lama berehat...

Pabila anasir jahat itu menerjah masuk, sistem badan aku dengan pantas bertindak... Sistem pengawalan suhu utama yang terletak di Medula Oblongata (kot) pantas menukar tahap suhu dari 36.9 darjah selsius kepada 38 darjah selsius, terima kasih kepada kecelakaan bakteria jahat itu...

Tindakan untuk menghalang kerakusan bakteria dengan menaikkan suhu badan itu telah mengakibatkan badan aku mengalami suhu di bawah par lantas mengaktifkan sistem meningkatkan metabolisme badan serta menjadikan aku kesejukan sedang panas menguasai iklim India...

Tanpa teragak-agak lagi, tindakan Pusat Pengawalan Suhu badan dalam mengahalang kegiatan bakteria itu telah melumpuhkan pelbagai sistem badan aku yang bergantung penuh kepada suhu normal manusia iaitu 36.9 darjah...

Hajat badan untuk memusnahkan bakteria dengan menjadikan enzim-enzim yang bertindak membantu kegiatan negatif itu ternyahasli tidaklah bersifat berfokus, tetapi lebih bersifat sejagat... Maka, enzim-enzim lain yang terlibat dalam penghadaman makanan aku serta enzim yang membantu dalam meneruskan hidup aku sebagai manusia biasa juga terjejas...

Oleh sebab hal ini, makanan yang aku makan tidak dapat dihadam dengan jayanya serta mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang ketara dalam usus seraya menjadikan bahagian abdomen aku sering sakit... Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang seperti membantu bakteria, aku hampir tertewas... Malah, deria rasa aku terhadap Nikotin dan Tar juga terjejas dengan teruk...

Tetapi, dengan izin Allah, segala macam dugaan itu telah berjaya diharungi dengan jayanya... Bala tentera Bakteria itu berjaya diusir dan sebahagiannya mati kerana kekurangan bekalan makanan serta dibunuh oleh askar upahan aku, sel darah putih...

Kini, aku kembali sebagai manusia yang normal, walau kadang-kadang saki baki bakteria yang melarikan diri sewaktu diserang balas itu keluar untuk melakukan serangan-serangan kecil... Terima kasih kepada Tuhan sekalian alam... Menciptakan sistem badan yang begitu teratur di samping ujian yang begitu cantik untuk hamba-Nya berfikir...

Rujukan:
Ganong, WF 2008, Review of Medical Physiology, 22nd edn., Tata McGraw Hill Publishing Co. Ltd., New Delhi.

Jain, AK 2008, Textbook of Physiology, 3rd edn., Avichal Publishing Co. New Delhi

Sunday, April 26, 2009

Hurm...

Salam Alaik...

Darrent Bent - Celaka!!!

Luca Modric - Mana defend???

ENd Of First Half - seri je nie kot

Ronaldo - Yes!!! satu lagi!!!

Rooney - Hohoho... Yezza!!! 

Ronaldo - 3 poin dalam tangan!!!

Rooney - Ini satu bonus!!!

Berbatov - Wah.. memang Man United terbaik!!!



ENd of Match United 5-2 Spurs...

P/s: kenapa esok takde exam anat eh?

Saturday, April 25, 2009

Adakah?

Salam Alaik...

Beberapa hari lepas:
Anatomy Class Test

Kemudian:
Physiology Problem Based Learning

Beberapa Hari Selepas Itu:
Pening kepala

Hari ini:
Masa terhad untuk Physiology

Esok Pagi:
Physiology Class Test...

Kesimpulan:
Adakah aku hanya mampu bertawakkal tanpa berusaha...

*Allahumma najjihtu fi kullil imtihan*

Wednesday, April 22, 2009

Macha, Teh Tarik Satu!!!!

Salam Alaik...

Teringat dahulu...

Pergi ke sebuah restoran dengan rakan-rakan... Hajat hanya sekadar untuk makan-makan... Bukan nak tengok bola... Haha... Sampai kat sana, pertama sekali yang ak tengok ialah menu... Mencari makanan yang sesuai dengan cita rasa dan duit yang ada dalam poket... Jadi, tengok la menu itu...



Menu: Macam-macam ada...

Aku memilih untuk makan Nasi Pattaya, Rohil pulak makan Mee Hoon Goreng dan Doo mengambil keputusan untuk memamah Nasi Goreng Ayam... Dan yang paling penting, "Teh Tarik Sejuk Tiga..." Uhu... Dah order, pergi la duduk... Masa nie, memang menguji kesabaran... Ye la, tunggu bukan main lama... Siot... Dah siap mencarut beberapa kali, akhirnya....

Nasi Pattaya Aku


Nasi Goreng Ayam Doo

Mee Hon Goreng Rohil

Maka, kami pun makan.... memenuhkan perut yang kosong... Setelah habis layan makanan dan lagu hindustan yang berkumandang, kitorang duduk melepak... Pergi ke kaunter untuk membayar harga makanan... Maka Macha tu pon bagi la resit:


Resit: Mahal siot...

Kitorang bayar dengan senang hati 200 Rupees (Pattaya= Rs 50; Nasi Goreng= Rs45; Mee= Rs45, Teh tarik x 3= Rs60) tu... lebih kurang Rm 16 la... Peduli apa... Asalkan dapat makan... Maka, kami pon pulang... Sebab sabtu nie ada class test Physio... Jadi, kena study... haha...

Best gak makan kat Fudkot nie... Bak kata mottonya 'Truly Malaysian' walaupun rasa takde la Malaysia sangat... Rasa India jugak la wujud... Tapi serius, lagi sedap dari Mamak Malaya

Melayang Menjauh Mengenang Kamu

Salam Alaik

Aku sekadar nak berkongsi gambar kat sini... Sekadar untuk suka-suka...
-Cuba untuk kembali melayangkan fikiran aku ke rumah-

Superhero Jerantut... Menjaga Keamanan Jerantut dari Satu Puncak... Gambar oleh Zimi

Jerantut Sewaktu Matahari Hampir Terbenam... Pandangan dari Atas Atap... Gambar Oleh Aku...

Jalan di hadapan Rumah aku... Lorong 5 Taman Koperasi... Gambar Oleh Aku...

Gambar dari Atas Atap, menghadap ke Barat Laut... Gambar oleh Aku...

Gambar Pandangan Ke Tenggara... Gambar Oleh Aku...

Sangat teruja untuk melihat keadaan Kancil aku, Atap aku, shisha Masjid, umah akak aku, Wawa dan Ezzati serta kawan-kawan aku... Tunggu aku 2.5 tahun lagi... Insya Allah jika panjang umur...

Monday, April 20, 2009

Kadang-kadang, Hari Yang Indah Itu Tidak Memberi Makna

Salam Alaik…

Aku betul-betul panas tak bersebab hari ini... Aku pun tak tau sebab ape... Nak kate sebab Man United kalah, tak logik langsung...

Aku bangun pagi tadi, tulang belakang aku lenguh, kaki sakit, otak pening dan mood memang tak bagus... Aku pun pelik... Dah la exam pagi tadi... Lantak la... Kali terakhir aku sepanas ni masa aku dan rakan-rakan menguruskan Malam Merentasi Zaman... Tapi masa tu aku panas bersebab... Hari ni? Aku tak tau sebab apa...

Jawab Anatomi tadi memang haram la... Aku main jawab je tak pikir banyak-banyak... Result? Tunggu je la… Mungkin last dalam kelas kot…

Apa-apa pun keputusan yang keluar, aku tak kisah… Aku akan buktikan Class Test Fisiologi yang akan datang, sabtu nie, akan aku tempuhi dengan jayanya…

Amaran!!!

Jangan stress masa exam… Hancur nanti…

Deja Vu

Salam Alaik...

Beberapa bulan lalu, Shah Alam...

Arsenal vs Man United
Next 2 days,

Biology SSABSA


Semalam, Manipal...

Man United vs Everton
Next day,

Class Test Anatomy

Result For Tomorrow?
No one know...

Sunday, April 19, 2009

Incredible India dari Pandangan Aku: Bahagian 1 Sambungan (18SG)

Salam Alaik...

Kali nie, aku cuma nak letak gambar-gambar yang ngeri yang aku ceritakan dalam entri yang lepas setelah diminta oleh Dzul... Kepada sesapa yang sangat lemah semangat, sila jangan teruskan... Entri kali ini diklasifikasikan sebagai 18SG, saya ulang 18SG...


18SG



18SG



18SG

Sebagai tanda menghormati bayi ang telah maut ni, anda nasihati agar tidak memuat turun gambar ini sesuka hati...
Bayi no.644: Study of  Brain Developement

Bayi No.674: Study of Embryology

Yang ini aku tak tahu ape nama penyakitnye

Hampir-hampir Cyclopia

Sindrom Muka Gergasi (Oyop cakap)


P/s: Gambar-gambar ini semua diambil dari Pena Pemacu Mr.Oyop (Amierul Izwan 2009)... Terima kasih... Gambar Cyclopia yang lain Mr.Oyop tak ambik, jadi aku tak dapat nak letak...

Friday, April 17, 2009

Incredible India dari Pandangan Aku: Bahagian 1

Salam Alaik… 

Apa yang kali ini aku nak cerita? 

Haha... Kali ini aku nak cerita tentang beberapa perkara yang agak menarik yang selama ini sentiasa bermain di minda aku... 

Untuk pengetahuan korang, kat Kasturba Medical College (KMC), tempat kitorang belajar, ada dua buah muzium: muzium anatomi dan muzium patologi... 

Muzium anatomi memang antara muzium yang terngeri yang pernah aku tengok... Kenapa? Haha... Penuh dengan organ-organ manusia yang sebenar yang diletakkan dalam balang... Macam-macam ada... 

Antara yang terngeri pernah aku tengok ialah baby yang ada satu mata... Banyak woo... Ada la lebih 4 orang baby macam tue... Spesies dajal kot (just kidding)... Itu ok lagi kot... Ada satu kotak kaca besar, die letak mayat orang yang dah diawet... Tak seram pun, tapi muka die memang tak bleh bla... Haha... Kesian die... turutan pembesaran embrio dan fetus pun ada... Giler la... Mana la die dapat benda tue...

Dalam muzium tue, banyak lagi yang ngeri… Aku malas nak cerita sebab aku dah lupa… Aku masuk sekali je kot… Ingat nak masuk lagi, tapi tak berkesempatan… 

Apa yang pelik yang aku nak cerita tue sebenarnya ialah: 

Kenapa ramai yang masuk melawat muzium tue ramai dari golongan orang kampung atau orang kebanyakan? Pelajar pun tak ramai masuk... Setiap hari memang penuh la muzium tu dengan orang luar... Kalau pelajar sekolah ok lagi, tapi yang datang mak cik-mak cik, pak cik-pak cik dan orang-orang dewasa yang jelas dan nyata dari kalangan orang kampung atau orang bandar yang berada di sektor bukan profesional... Tengok la sendiri gambar nie:

Bila lagi Malaysia nak jadi macam nie ha? Rakyat yang cintakan ilmu... Kebanyakan rakyat kat sini suka akan ilmu, tetapi tidak berpeluang untuk pergi jauh... Entri ini 100% dari pandangan semata aku...

Thursday, April 16, 2009

Aku Seorang Jack Sparrow

Salam Alaik...

Sebelum aku mencarut lebih-lebih, aku nak mengumumkan keputusan peraduan... Peraduan itu dimenangi oleh semua peserta kecuali -Cinta Cukulet-(tak tepat langsung), Dzul (tak menjawab soalan) dan Don Balon (tak letak slogan, tapi jawapan paling tepat)...Para pemenang hendaklah menghantar sampul surat beralamat sendiri kepada alamat yang tertera di entri yang sebelum nie...

Ok...

Sambung mencarut...

Aku berjalan-jalan sambil terhuyung hayang untuk pergi makan malam kerana kepeningan yang amat sangat... Ini semua sebab kepenatan yang amat sangat mengakibatkan aku tidur dari jam 5 petang sampai jam 7.30 malam... Aku bangun pun sebab ada tempe yang buat bising kat depan bilik aku + bahiya laundry datang hantar baju...

Aku bangun dari tido tu, aku bukak mata, aku rasa dunia tengah berpusing... Aku gagahkan langakah aku ke laptop, ada 6 (kot) offline msg YM... Aku baca dalam keadaan pening dan aku balas tah ape-ape + mengarut... Sori kepada sesapa yang berkenaan...

Pastu aku yang sedang pening nie, bergerak keluar bilik bersama Mr.Do dan Rohil mencari makanan kat medan selera berhadapan bangunan MAHE... Aku masuk medan selera sambil mencari-cari makanan... Dah dapat makanan, aku duduk dan mula makan (tengah pening nie) sambil melayan mesej-mesej yang sampai... Akibat dari pening, aku tak habis makan nasik (memang aku ambik banyak pon) dan 4 keping chapati yang aku ambik semua tak habis... Takde selera...

Pas makan, aku balik bilik, dan sekarang, aku duduk depan laptop dan menaip... Tengah menaip, Panjang plak datang explain tentang 3rd week developement of embryo (1st week following missed menstrual period)... Ok lah... Tengah pening pon boleh jer belajar embryology... Dah siap belajar, aku sambung tulis... Dan sekarang, korang plak bace entri yang aku tulis sambil pening tue... Layan je la...

-masih lagi pening-

Sape Anak Pahang? Kalau Berani Jawab La!!!

Salam Alaik…

 Hari ini aku nak buat satu pertandingan…

 Mudah je pertandingannye, jawab soalan di bawah dan sertakan slogan yang berbunyi :


Saya sayang Malaysia kerana......... (tidak kurang dari 10 patah perkataan)...

 

Soalan : Papan tanda yang terpampang di dalam gambar terletak di mana ?

 

Jawapan yang paling hampir dengan jawapan yang tepat bakal memenangi hadiah bernilai 500 rupee (lebih kurang RM50)...

 

Syarat-syarat :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 9 tahun (yang bawah 18 tahun sila minta kebenaran ibu bapa dulu)
  3. Mempunyai alamat tetap untuk 5 tahun mendatang
  4. Untuk menuntut hadiah, sila kirimkan sampul surat beralamat sendiri ke :

 

501 B Nehru Block

MAHE Hostels

Manipal

576104 Udupi

Karnataka India

 

     5. Hadiah tidak akan diberikan jika sampul surat tidak diterima… Terima Kasih…

Monday, April 13, 2009

Laporan Trafik India: Dibawakan oleh ERO.fm

Salam Alaik...

Bayangkan,
Kalau korang bangun awal di pagi hari cuti (Ahad atau Sabtu) disebabkan oleh bunyi hon yang tak pernah berhenti, apa perasaan korang?

Ha...
Inilah yang aku lalui ketika di Bangalore dulu... Bising nak mampus... Bunyi hon tak pernah nak berhenti... Yang buat bunyi hon tue pulak bukan sebab kesalahan lalu lintas, tapi tah ape-ape sebab ntah... Sengaja je kot... Dah memang hobi mereka...

Selalunya, kalau sesebuah kereta atau kenderaan, nampak seorang makhluk melintas jalan kira-kira 100m di hadapan, mereka tetap akan hon... Aku pun tak paham... Bergerak atas jalan yang lurus, dengan kereta tak banyak pun diorang nak hon... Kalaulah aku bawak balik budaya tu ke Malaya, confirm aku kena sumpah seranah, lagi teruk kalau kena belasah... Haha... Memang kalau korang tak dengar bunyi hon kat sini walaupun sesaat, memang pelik... Hon-hon-hon...

Berjalan kat tepi jalan pun kena hon jugak... Hampeh...

Bayangkan,
Kalau korang sedang aman damai berada di tepi jalan yang kecik, kemudian, ada sebuah bas datang dengan kelajuan yang tinggi selamba lalu depan korang dengan jarak antara hidung dan bas hanya 20cm? Apa perasaan korang?

Macam gamp@ng kan?
Bas kat sini memang tak pernah tau erti bawak bas dalam keadaan berhemah... Kalau tengah nak bukit, selama je bawak laju pastu hon suka hati nak memotong kereta kecik... Kadang-kadang, mangkk-mangkuk yang bawak motor terpaksa ke tei jalan memberi laluan... Kat Malaya, memang la bas laju, tapi takde la semua kurang ajar...

Bayangkan,
Kalau korang sedang aman damai bawak bas, bergerak dari Bengaluru Airport ke Hotel, pastu ada kereta berduyun-duyun potong ikut kiri.... Sakit jiwa tak? (Lagi satu, memang bas tu pandei bawak kat line kanan...)

Itulah yang berlaku kat India... Diorang main redah je jalan... Potong ikut kiri, masuk simpang salah, mencilok antara dua bas, selamba jer... Memang babeng la...

Kalau kat Malaya,
Motor Mat Rempit la berkuasa, tetapi kat India, motor jadi kerdil... Pak Cik yang bawak Auto (kitorang panggil Nyut-nyut) lagi berkuasa... Cuma kalah dengan bas jer... Bapak segala kurang ajar Auto la... Tak pernah nak bawak memolek... Kadang-kadang (kebarangkalian 1 dari 100) sesapa yang tak pernah naik Auto kena cas lebih la... tapi, Pak Cik Auto nie, jarang la nak amik cas lebih macam Brader Teksi Malaya... Dari Seksyen 18 ke KTM Seksyen 19 dah RM5... Sepatutnya RM3 je... Dasar cekik darah...


Raja segala kenderaan: Nyut-nyut (www.minpaku.jp)

Dah la... Banyak pulak aku kutuk... Tapi memang nak anding dengan Malaya, India punya trafik memang b@ngsat...  Tapi, bangsat-bangsat pun, aku tak pernah lagi jumpa kemalangan selama 1 bulan aku di sini... Lastly,

Bayangkan,
Kalau korang sedang menaiki motor Bajaj Pulsar 200cc, tiba-tiba ada awek nak naik... Apa yang korang buat?

haha... Ini takde kaitan pun... Cuma nak gitau aku mungkin akan beli motor Bajaj Pulsar 200cc bulan 6 atau 7 nie... 

Saturday, April 11, 2009

Mr. Redz Holiday...

Salam Alaik...

Semalam, au bersama kawan-kawan aku mengunakan cuti Easter yang tak pernah wujud di Malaya untuk pergi bercuti di Teluk Penyu (turtle bay)... Bukan Teluk Penyu Hawaii, tetapi Teluk Penyu Karanataka jer... haha..

Ak ada mendengar khabar bahawa Teluk Penyu ini dipenuhi dengan pelancong-pelancong asing... Jadi, kitorang ingat nak pergi mencuci matal la... haha... Bodoh punye sebab...

Kitorang bertolak dari Manipal, dan bergerak sejauh 51 km ke utara untuk ke Teluk Penyu dengan menaiki Teksi... Kira-kira 1jam perjalanan (kalau kat Malaya, 40 minit jer) sambil dipenuhi detik-detik cemas aksi-aksi pemanduan gila cara India (nani aku cerita lain kali), kami sampai di Resort Teluk Penyu... Bayaran teksi murah la... 600 Rupee satu cab (RM48)... Kalau dibanding dengan Malaya, aku rasa boleh sampai RM 100 Tue...
Rohil dan Wawan (Gambar aku takdak sebab aku naik teksi lain)

Sampai jer kat Teluk Penyu tue, kitorang pergi la mencari hotel... Dan akhirnya berjumpa la dengan hotel 'Vege Non-Vege Hotel'... Haha.. Lawak macam gamp@ng tak nama hotel die? Miahaha... Taraf hotel nie memang lemah la... Tak sampai 1 bintang pon... Tapi, nak wat camne, resort full... Bayaran pon murah jer... Sebilik double dan sebilik triple, baru 800 rupee (kira-kira RM64)... Haha... Giler la... Duduk 10 orang baru RM64... Tapi memang hampeh la kondisi bilik tue...

Petang tue, dalam jam 1630 (Lebih kurang jam 1900 waktu Malaya), kitorang turun ke pantai dan bermandi-manda... Agak best la, memandangkan dah lama tak jumpa laut... Ombak sebenarnya besar masa tu sebab hari bulan penuh... Tapi, tak kesah la... Asal dapat mandi... Dah rasa kecut kulit, kitorang pergi main bola sepak pantai pulak... Ada dua team, satu geng tutup aurat vs geng boxer... Geng boxer kalah 1-2, dan setelah macam nak mati main, perlawanan ditangguhkan (second leg) ke pagi esoknye (hari ini)...
Ahli-ahli pelancongan (tiada dalam gambar, Wawan)
Berdiri (dari kiri): Redz, Rohil, Eddy
Duduk (tengah): Yie, Do, Apih, Yob
Duduk (depan): Panjang, Mantap


Pas main bola, sambung mandi la...Menghadap pantai... Muka di'cover' kerana seksi

Habis mandi, kitorang balik bilik dan melepak... Malam, pas makan, kitorang melalak menyanyi lagu Malaya... haha... Bapak enjoy... Malam sikit lagi, kitorang melayan poker, main 'tee'... Aku punye luck tak bagus malam tue... Jarang menang dan jarang kalah... Yang stardom malam tue, Panjang la.... Yang loser plak Rohil... Haha...

Hari ini,

Bangun jam 10 pagi (subuh bangun yerk, pastu ido balik), makan dan melepak... Second leg tak jadi sebab semua bangun lambat... Aku, wawan dan Rohil berjalan-jalan di sekitar pantai... memerhati keindahan alam dan kesempitan hidup warga India... Wawan dengan mesra rakyatnya, mengajak melawat kawasan setinggan tue... AKu dan Rohil follow jer... Wawan bergambar la dengan kanak-kanak itu... Kanak-kanak kat Malaya perlu bersyukur sebenarnya..
.Aku, dan Wawan bersama kanak-kanak yang belum bernasib baik

Aku, Wawan dan Tempe (orang TEMPatan)

Pas berjalan-jalan, kitorang balik ke Manipal... Kembalilah semula ke Manipal... Sampai Manipal, semua penat + muka 'high'...

Kesimpulan:
Seburuk-buruk tempat percutian aku di Malaysia, Itulah sebaik-baik tempat percutian di India...

Friday, April 10, 2009

Kepala Blog Baru Aku (My New Blog Header)

Salam Alaik..

Bersempena perisiwa yang berlaku baru-baru ini, aku dengan ini mengumumkan aku telah menukarkan blog header aku dengan jayanya... Walaupun nampak seperti kurang menarik kerana masih berasaskan asas yang sama, aku tetap berpendapat blog header ini merupakan antara yang terbaik...

Sape-sape yang tak puas hati boleh komen... Sebarang komen jangan disertakan dengan kata-kata kesat...

Thursday, April 9, 2009

Eh, celaka giler kotak baru nie?

Salam Alaik...

Pagi tadi, kira-kira 25minit yang lepas ada seorang senior aku iaitu Izul bagi aku sekotak Dunhill 20 dari Malaya... Aku yang dah lama tak perkena rokok Malaya terima dengan hati yang sangat berbunga... Pucuk dicita, ulam mendatang... Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan... Haha... Aku pada awalnya terus memasukkan kotak itu ke dalam poket sejurus selepas aku dpat sebab dia bagi depan Dissection Hall... Bahaya tue...

Kemudian, aku bergerak ke Nandini Store, merokok kat sana kejap... Ada masa yang terluang sikit tue, aku membelek kotak baru Dunhill 20 yang sangat siot tue... Ada gambar janin yang keguguran... Aku tak kesah pon... Hari-hari jumpa mayat, jadi tak heran tengok benda tue... Pastu aku belek ke sisi kotak tue, ada tertulis 'Produk ini mengandungi 4000 bahan kimia berbahaya termasuk tar blah blah blah'... Pegh... Celaka giler... Dah takde da amaran oleh kerajaan Malaya...

Haha... 

Biarkanlah... APa yang penting, kotak baru ue belum memberi kesan kepada aku... Tengok India, steady jer... Ada amaran bodoh jer... Takde nak gambar2x... Sepatutnya kat kotak rokok Malaya tue, kena ada tulis 18SG... baru betul.... Nanti aku takut ada budak tertengok rokok bapak dia terus mengigau malam...

huhu... Tak ke haru...

Tentang match Man United malam semalam, aku agak kecewa la... Seri saat-saat akhir kat home... Agak koyak la hati aku... Tapi, aku tak tau la kekoyakan hati aku nie boleh dibandingkan dengan kekoyakan Liverpool yang yang kalah di tempat sendiri 3-1... Haha... Rasakan!!! Biar diorang tau betapa pedih kalah kat tempat sendiri (walaupun memang diorang tak star pon kat Anfield)...

Sampai sini dahulu... Aku nak layan dunhill Malaya pulak... Best woo...

Tuesday, April 7, 2009

Adat Pertandingan la Menang dan Kalah...

Salam Alaik...

Pertama-tamanya, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mendapat gelaran Tun... Tidak lupa ucapan tahniah aku kepada seorang Pahang, Dato' Seri Najib Tun Razak kerana menggagalkan impian aku untuk menjadi PM ke-6 Malaysia... haha... Just kidding...

Dalam membicarakan soal kalah-menang nie, apa yang penting yang perlu kita tahu ialah, mesti ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah... Sebagai perbandingan, ila kita lihat perlawanan antara Man United dan Fulham, Man United ialah pihak yang kalah dan Fulham ialah Pihak yang menang... Seperti juga kes Pilihanraya baru ni, ada yang menang dan yang kalah...

Kalau kita lihat keputusan pilihanraya kecil ini, pihak yang menang seharusnya jangan takabbur dan riak... Tunaikan amanah yang diberikan rakyat dengan sabaiknya... Kepada pihak yang kalah, jangan putus asa... Teruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara... Tiada salahnya bangkit selepas jatuh... Sebagai perbandingan, selepas man United kalah dengan Fulham dan Liverpool, Man United mula bangkit semula dengan menang dengan Aston Villa walau di saat terakhir...

Haha...

Ape aku mencarut nie?

Abaikanlah...

Yang penting, setiap kemenangan disusuli dengan amanah, dan setiap kekalahan disusuli dengan penambahbaikan... Jangan lepas kalah nak hentam tak tentu pasal, dan jangan selepas menang takabbur dan ujub...

Hehe...

Aku kat India, jadi aku tak boleh kupas banyak sangat tentang Malaysia sebab aku tak tau berita semasa yang tepat dan benar... Kalau layan Internet je, nanti dikatakan bias.... haha...

Adios...

Monday, April 6, 2009

Cadaveric Anatomy

Salam Alaik…

Alhamdulillah, lama dah aku bercadang nak bercerita tentang kehidupan aku terkini di sini… Tetapi, gajet dan prosedur kerenah birokrasi di sini jelas menggagalkan niat aku sebelum ini… Dan kini, aku kembali…

Haha… Masuk je minggu kedua aku kat sini (sekarang dah minggu keempat kot), aku dah dihidangkan dengan seorang ‘cadaver’… Sangat cantik cadaver itu… Biasa la, ciptaan yang Maha Agung tidak pernah yang tak cantik… Cadaver itu dahulu pernah menjadi sebaik-baik ciptaan di muka bumi… Sekarang, ia dah menjadi satu bahan seperti ABM atau Alat Bantu Mengajar yang terbaik…

Untuk mengkaji keindahan anatomi dan segala yang berkaitan dengannya, cadaver la sumber terbaik… Tiada ciptaan manusia standing dengannya...

Pada kali pertama aku ingin bertemu dengan cadaver itu, aku berasa agak cuak sebab aku tidak tahu apakah reaksi aku sejurus selepas aku menemuinya... Tetapi, disebabkan dikelilingi wanita-wanita yang indah, aku masuk ke dissection hall itu dengan perasaan seperti biasa…

Sekali aku tengok cadaver itu, rupanya tidaklah seseram mana… Beliau seperti manusia juga, Cuma tidak bergerak… Keseraman melihat cadaver memang tidak ada langsung… Apa yang aku fikirkan sehingga kini, setelah berpuluh kali berjumpa cadaver itu, hanyalah bau formalin yang menusuk kalbu… Sakit hidung seyh… Pening kepala aku…

Sekarang, cadaver tue dah barai di bahagian axilla, pectoral dan bahagian belakangnya... Semakin barai cadaver itu, semakin banyak perlu aku pelajari… Semakin banyak urat (arteri dan vena), saraf dan daging (otot) yang perlu aku hafal… Haha… Insya Allah, setiap daging di bahagian dada dan belakang semua aku dah tau mana asalnya, dan mana hujungnya…

Anatomi merupakan matapelajaran yang paling aku suka satakat ini, mengalahkan subjek kimia dan fizik yang aku sanjung tinggi dahulu… Kenapa? Sebab bila belajar anatomi, aku Nampak betapa indahnya ciptaan Tuhan… Setiap urat dan saraf disusun rapi di tempatnya… Tiada yang tertinggal… Sangat indah… Nikmat betul belajar anatomi di India ni… Terima kasih kepada cadaver…

Sebagai penghargaan aku kepada cadaver, aku abadikan sedikit gambar beliau...

Banyak sangat aku nak cerita tentang aku di sini, tetapi, al maklumlah, hidup sebagai pelajar MBBS ini memerlukan masa yang panjang untuk study…