Monday, April 6, 2009

Cadaveric Anatomy

Salam Alaik…

Alhamdulillah, lama dah aku bercadang nak bercerita tentang kehidupan aku terkini di sini… Tetapi, gajet dan prosedur kerenah birokrasi di sini jelas menggagalkan niat aku sebelum ini… Dan kini, aku kembali…

Haha… Masuk je minggu kedua aku kat sini (sekarang dah minggu keempat kot), aku dah dihidangkan dengan seorang ‘cadaver’… Sangat cantik cadaver itu… Biasa la, ciptaan yang Maha Agung tidak pernah yang tak cantik… Cadaver itu dahulu pernah menjadi sebaik-baik ciptaan di muka bumi… Sekarang, ia dah menjadi satu bahan seperti ABM atau Alat Bantu Mengajar yang terbaik…

Untuk mengkaji keindahan anatomi dan segala yang berkaitan dengannya, cadaver la sumber terbaik… Tiada ciptaan manusia standing dengannya...

Pada kali pertama aku ingin bertemu dengan cadaver itu, aku berasa agak cuak sebab aku tidak tahu apakah reaksi aku sejurus selepas aku menemuinya... Tetapi, disebabkan dikelilingi wanita-wanita yang indah, aku masuk ke dissection hall itu dengan perasaan seperti biasa…

Sekali aku tengok cadaver itu, rupanya tidaklah seseram mana… Beliau seperti manusia juga, Cuma tidak bergerak… Keseraman melihat cadaver memang tidak ada langsung… Apa yang aku fikirkan sehingga kini, setelah berpuluh kali berjumpa cadaver itu, hanyalah bau formalin yang menusuk kalbu… Sakit hidung seyh… Pening kepala aku…

Sekarang, cadaver tue dah barai di bahagian axilla, pectoral dan bahagian belakangnya... Semakin barai cadaver itu, semakin banyak perlu aku pelajari… Semakin banyak urat (arteri dan vena), saraf dan daging (otot) yang perlu aku hafal… Haha… Insya Allah, setiap daging di bahagian dada dan belakang semua aku dah tau mana asalnya, dan mana hujungnya…

Anatomi merupakan matapelajaran yang paling aku suka satakat ini, mengalahkan subjek kimia dan fizik yang aku sanjung tinggi dahulu… Kenapa? Sebab bila belajar anatomi, aku Nampak betapa indahnya ciptaan Tuhan… Setiap urat dan saraf disusun rapi di tempatnya… Tiada yang tertinggal… Sangat indah… Nikmat betul belajar anatomi di India ni… Terima kasih kepada cadaver…

Sebagai penghargaan aku kepada cadaver, aku abadikan sedikit gambar beliau...

Banyak sangat aku nak cerita tentang aku di sini, tetapi, al maklumlah, hidup sebagai pelajar MBBS ini memerlukan masa yang panjang untuk study…


8 comments:

Portgas .D. Ace said...

mayat btol ke 2..
tkut seyh..

Redzwan Abdullah said...

Portgas:
Yup..
Real Mayat..
Kitorang panggil cadaver... haha..

.beddy. said...

kagum
tak terkata

Mus said...

gler ganas..tp nape xde kaler ek myat 2, x feeling la..ngeh3

anum farida said...

pergh..
nasib bek aku x amik medic...
leyh pengsan kt situ.......

Redzwan Abdullah said...

Beddy>>
Hoho...
Kenapa kagum?

Mus>>
Yang tgn tue, mmg takde kaler sebab kulit da takde, yang atas meja tue mayat gelap, kulit gelap maksud ak..

Anum>>
Takdenye nak pengsan.. Macam patung je atas meja tue.. Takde pulak die nak bergerak..

Hahahaha

.beddy. said...

kagum sbb ko leh tersengih3 pegang mayat tuh

shiqah said...

huish....

menurut p'amatan aku yg brade di bidang same...agak x ptot ah m'revealkn ke seantero dunie gbr2 cadaver neh..
adapun ia suda tdk b'nyawe..privecynye ptot dipelihare memandangkn ia juga prnah hidup sbg manusia spti kite semue...
at least respect ah cadaver tuh walopun rupe parasnye da x sesempurne mane...