Monday, April 27, 2009

Patogen Itulah Yang Menghambat Aku

Salam Alaik...

Kecelakaan yang menimpa aku semenjak hari Rabu yang lepas jelas sekali melumpuhkan sistm badan aku selama sehari... Kes itu mengakibatkan aku tidak mampu berdiri walau seketika dengan aman di bumi ciptaan Tuhan ini... Hal ini semua disebabkan oleh kebiadaban anasir negatif yakni bakteria dan patogen-patogen celaka menyerang aku...

Jelas sekali serangan bak orang gasar itu telah berjaya menjadikan aku lumpuh dalam keadaan aku sedang normal... Satu serangan itu telah mengakibatkan daya serangan balas badan aku terpaksa bekerja kuat setelah lama berehat...

Pabila anasir jahat itu menerjah masuk, sistem badan aku dengan pantas bertindak... Sistem pengawalan suhu utama yang terletak di Medula Oblongata (kot) pantas menukar tahap suhu dari 36.9 darjah selsius kepada 38 darjah selsius, terima kasih kepada kecelakaan bakteria jahat itu...

Tindakan untuk menghalang kerakusan bakteria dengan menaikkan suhu badan itu telah mengakibatkan badan aku mengalami suhu di bawah par lantas mengaktifkan sistem meningkatkan metabolisme badan serta menjadikan aku kesejukan sedang panas menguasai iklim India...

Tanpa teragak-agak lagi, tindakan Pusat Pengawalan Suhu badan dalam mengahalang kegiatan bakteria itu telah melumpuhkan pelbagai sistem badan aku yang bergantung penuh kepada suhu normal manusia iaitu 36.9 darjah...

Hajat badan untuk memusnahkan bakteria dengan menjadikan enzim-enzim yang bertindak membantu kegiatan negatif itu ternyahasli tidaklah bersifat berfokus, tetapi lebih bersifat sejagat... Maka, enzim-enzim lain yang terlibat dalam penghadaman makanan aku serta enzim yang membantu dalam meneruskan hidup aku sebagai manusia biasa juga terjejas...

Oleh sebab hal ini, makanan yang aku makan tidak dapat dihadam dengan jayanya serta mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang ketara dalam usus seraya menjadikan bahagian abdomen aku sering sakit... Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang seperti membantu bakteria, aku hampir tertewas... Malah, deria rasa aku terhadap Nikotin dan Tar juga terjejas dengan teruk...

Tetapi, dengan izin Allah, segala macam dugaan itu telah berjaya diharungi dengan jayanya... Bala tentera Bakteria itu berjaya diusir dan sebahagiannya mati kerana kekurangan bekalan makanan serta dibunuh oleh askar upahan aku, sel darah putih...

Kini, aku kembali sebagai manusia yang normal, walau kadang-kadang saki baki bakteria yang melarikan diri sewaktu diserang balas itu keluar untuk melakukan serangan-serangan kecil... Terima kasih kepada Tuhan sekalian alam... Menciptakan sistem badan yang begitu teratur di samping ujian yang begitu cantik untuk hamba-Nya berfikir...

Rujukan:
Ganong, WF 2008, Review of Medical Physiology, 22nd edn., Tata McGraw Hill Publishing Co. Ltd., New Delhi.

Jain, AK 2008, Textbook of Physiology, 3rd edn., Avichal Publishing Co. New Delhi

13 comments:

Portgas .D. Ace said...

oit!!??
ckp r bhasa Melayu bese..
wat bhasa sc watpe..
mne ak pham..
ish..tensen nye ak..

Don Balon said...

Weh..
nok jadi doktor berenti la melitup weh!!
jangan jadi ketam menyuruh anok mengetam kayu...
(peribahasa khas dari jerantut, kuikui..)

anum farida said...

bile doctor dah berckp...
gitu la gaye...
sume bhse die dah kuar....:P

Mus said...

minum la Vitagen..
"V is for Vitagen" cm dlm iklan tu..
Haha..

tum tum said...

huh..
ayat2 cinta medic~

suda diserang patogen pon maseh ade hati mahu bermadu kasih dengan nikotin wa tar..

hoh!

myieda said...

ak dpt bygkn situasi ko nih.sbb ak br je apply mggu lps bsme sistem bdn ak.
kami berjaya menyamakan mata pd separuh minit pertama.
tp sekarang ni dh menang r kn..xkn ak bley rilex2 bg komen.hahah
ok redzuan...berusaha!

.beddy. said...

cuba untuk memahami..
patogen ok lg..penah la dgr..
medula oblongata(betul x aq eja?)..penah dengar..
ble dh d aplikasikan dgn situasi ko nih n tmbah plak ngan suhu2 tuh..
aq pening..
ha3..

p/s:
..jagalah kesihatan..
..hindarilah nikotin dan tar..
hehehe
:P

~Cinta Cukulet~ said...

huh dasyat entry kamu..siap rujuk ganong..thumbs up utk kamu huhu

Dzulkarnain Mohamad said...

peh..best n3 ni..br la paham skit prinsip2 antibodi..

don,
cilakak..melitup..lama dah x dengar..hampir lupa dah aku..haha

Redz da Tsar said...

Portgas>>
bahsa sains ape?
Itu bahsa melayu standard cuma menggunakan istilah-istilah fisiologi, anatomi yang sememangnya tiada dalam Bahasa Melayu

Don>>
Haha... Keh nak tunjuk sempadan... Orang ramai nak tunjk teladan jer.... borink ar...

Anum>>
haha...
Belum doc lagi kot..

Mus>>
Vitagen mana ada kat sini doe...

Tum2>>
Owh... Sori... Cinta Medik tiada dalam kamusku...

Myieda>>
Tahniah la menang...Haha

Beddy>>
Haha.. Yang peningnya ayat tue, bukan perkataan kot

Cukulet>>
Haha... Ayat jer... Tak bukak pon ganong...

Dzul>>
Haha... Melitup tue merokok eh?

rOses said...

hehehe....xpaham gak nie..

100 kali da bce..huhu

pakDin said...

karangan ni boleh masuk dlm prosa moden x??

padelkopak said...

kamu doktor ya?sudah ada gaya.sungguh teliti penerangan kamu itu.dengan cara itu kita dapat mensyukuri nikmat ilahi.dengan cara itu juga.kita dapat mengenali tuhan sekalian alam...