Thursday, July 30, 2009

Kesian kat Diorang

Salam Alaik...

Suatu ketika dulu, ketika aku kat rumah, tak silap aku tahun lepas, aku ada berborak dengan kawan aku... Aku tanya diorang tentang pendapat diorang dalam bab Wahhabi... Aku masa tu baru terbaca tajuk akhbar Utusan "Cendiakawan Malaysia Membawa Wahhabi ke Malaysia"... Kawan aku nie pon berkata yang Wahhabi nie sesat... Huih? Hehe... Sesat ke? Aku tanya la sebab apa diorang sesat... Kawan aku pun kata la diorang nie tak baca doa qunut masa solat Subuh dan doa lepas solat serta semua perkara bid'ah tak kira la hasanah atau dholalah... Erks... Hurm... Kawan aku tambah lagi, kat Malaysia diorang menolak tahlil arwah, bacaan yassin malam jumaat dsb... hehe... Aku dengar je masa tue...

Tapi sekarang aku terfikir, imam masjidil haram yang berfahaman Wahhabi tue sesat ke? Lagi satu, Imam Syafie pun pernah tak baca qunut masa melawat makam guru dia (aku tak ingat imam yang mana) sebab guru dia tu tak baca qunut semasa subuh... Sesat jugak ke Imam Syafie? Kesian diorang kena cap sesat...

p/s: Exam aku dah habis...

12 comments:

tum tum said...

salam.
islamic studies tbahagi kpd dua.
usul, fundamental dgn furu',branches.
wahhabi ni tmasuk dlm furu'.
furu' ni plak cara islam itu disyariatkan. mcm mazhab. kite ade byk mazhab. tapi malaysia mengamalkan mazhab shafie.
wahhabi ni x sesat. wahhabi ni mcm syiah. dan x semua syiah sesat. ade kumpulan syiah nie mereka tlampau cintakan ahlul bait. selalunye mereka yg bpegang kpd wahhabi ni, mereka yg belajar dekat Madinah. sbb Madinah mmg kuat dgn wahhabi.

ttg bacaan doa qunut dlm solat tue, x salah dan x sesat. mereka yg mjadi imam mengamalkan furu' yg berbeza. kita xkan kufur kalo kite mengamalkan furu' yg berbeza. kalo kita berbeza usul, dan sbg contoh mengatakan Tuhan itu dua. tue baru dikire sesat. akidah da lari da maknanya tue.

jadi, jgn pelik kalo imam2 kat masjid x baca doa qunut, x baca basmallah. ikot sahaja imam. jgn mufarakah plak. hehe.

asif, pjg plak komen sy.
sekadar ingin berkongsi ilmu.
wallahualam. :)

iszaid said...
This comment has been removed by the author.
iszaid said...

betul tu kak..

Redz da Tsar said...

Tum n Zaid>>
Tu la pasal... Kalau korang yang ada ilmu pasal agama nie tak kesah la... Yang mana jenis tak tau nie yang payah... Pasal qunut tue sebenarnya lecturer aku kat Intec kata... Dia kata "Wahhabi tinggalkan Qunut, padahal qunut itu rukun"... AKu dah pelik... Mana pulak ada dalam rukun... Hehe... Kadang-kadang mereka beribadat tapi tak tau asas payah jugak... Ishk3x... Sebenarnya saja nak letak entri nie... Thankz for the panjang lebar komen

Anonymous said...

salam
Dar al-Ifta’ al-Misriyyah (Jabatan Fatwa Mesir) : Dalam keputusannya bernombor 375292 menyebut, Wahhabiyyah masih lagi termasuk di dalam Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mereka berpegang dengan manhaj yang rigid pada sesetengah perkara, maka tidak harus mengkafirkan atau menghukum mereka terkeluar daripada agama.

Anonymous said...

Pegangan tauhid wahabi berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang bermazhab Hanbali. Dalam aspek akhlak dan tasawuf pula aliran Hanabilah banyak berpegang kepada pandangan Imam al-Harawi al-Ansari dan Sheikh ‘Abd al-Qadir al-Jaylani. Secara umumnya, Imam Muhammad Abdul Wahab muncul ketika pengaruh mazhab Hanbali merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah dan penyelewengan amalan keislaman seperti percaya kepada khurafat dan melakukan amalan bidaah. Sehubungan itu, beliau melancarkan gerakan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab untuk membersih dan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan hadis

Nadzrulife* said...

ada yang berpendapat wahhabi da terkeluar dpd golongan ahli sunnah dan ade yg tidak..

xnak komen pjg bab ni..lagipun belum cukup ilmu ttg nih..

hehe..pasal letcr ko tu..kalau dia baca komen tu..terasa beb..

Portgas .D. Ace said...

hoho~
lme x on9..

Don Balon said...

Koi senyum sebab koi lebih prefer fahaman Wahabi ni..
mana ada sesat weh.. :)
Raja Fahd dulu pun deme kubur gitu2 je..
tu baru nampok persamaan manusia tak kira raja atau hamba.. :)

Redz da Tsar said...

Don>>
Koi prefer Wahhabi jugak... Haha.... Kesamarataan... Takde la Raja nak kena naik kete kuda pastu kena tarik dgn 40 askar ATM... Eish... Hehe...

Anonymous said...

salam..
sy pernah tanye abg sye pasal hal ini..abg sy bukan la ustaz atau pun imam..die insan biasa aje..tp die byk kwn2 dr golongan ustaz..die kate due2 tu tak slah...wahabi tu tak sesat..so die nasihatkan sye buat la amalan harian yg biase sye buat..huhu..jgn ragu2 dlm ibadat katenye..
sekian..wassalam..

Wira Diarikoi said...

kalau kita ada ilmu
barulah boleh kata org
tu sesat atau tidak.

Itu pn nk tengok takat mana
ilmu yg dituntut.

kalau setakat ngaji
di timur tengah lepas tu
balik nk kate org sesat tak
layak lagi weh...