Sunday, July 12, 2009

PPSMI atau PPSMM?

Salam Alaik...

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang baru sahaja dibatalkan baru-baru nie menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat... Ada yang membantah, ada yang menyokong... Pihak pembangkang terutama puak-puak Pakatan Rakyat tentunya berpuas hati kerana apa yang diperjuangkan oleh mereka dituruti oleh kerajaan...

Bagi aku, PPSMI merupakan satu cara untuk meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris sesetengah pelajar dalam bidang sains dan matematik... Tapi, bagi sesetengah yang lain, PPSMI hanya menyusahkan mereka...

Kenapakah kerajaan memansuhkan PPSMI yang mereka sendiri cadangkan dahulu... Ya, aku tahu, PPSMI dibuat dalam zaman Mahathir, dan tak kesah la nak mansuhkan sekarang sebab Najib yang jadi PM... Haha... Kalau ingin mengatakan PPSMI menjatuhkan keputusan SPM atau PMR atau UPSR, tak logik sebab sepanjang masa keptusan itu meningkat... Betul tak? Ok... Mungkin ada yang mengatakan gred turun, tu la sebab BI, Sains dan Matematik meningkat... Tapi andaian tu tak berbukti, jadi kita terima sajalah bahawa PPSMI meningkatkan keputusan sains, matematik dan BI di sekolah...

Mungkin kerajaan terikut dengan kata-kata intelek-intelek yang memperjuangkan Bahasa Melayu... Yang menyatakan PPSMI akan menjahanamkan bahasa Melayu... Baiklah... Memang diakui, PPSMI akan menidakkan BM sebagai bahasa Rasmi... nama pun bahasa Rasmi, takkan tiba-tiba bahasa rasmi tak digunakan sebagai bahasa pendidikan kebangsaan... Bukankah Mahathir yang perkenal Akta Bahasa Kebangsaan dulu?

Entri kali ini bukan lah aku nak back-up PPSMI... Serius bukan... Aku paham betapa penting PPSMI... Tapi aku lagi paham betapa BM lagi penting... BM bahasa kebangsaan... Jika dilaksanakan PPSMI, BM akan dihina... Kenapa aku kata dihina? Sebab bahasa kebagsaan diketepikan oleh bahasa Inggeris...

Ok... Ada yang kata BI ialah bahasa antarabangsa... Tanpa pengetahuan dalam BI, habis la... tapi ingin aku tegaskan kat sini... Perancis maju jugak kan? Jepun maju jugak kan? Russia? DIorang guna BI ke? Huhu... Kita nak guna BM boleh... Tapi kena pastikan BM menjadi bahasa ilmu dengan menterjemah banyak buku ke dalam BM... Contoh Buku Teks Fisiologi oleh FW Ganong, atau Peta Anatomi Manusia oleh Frank H Netter, atau Anatomi Klinikal oleh Richard S. Snell..

Kalau ikut pengalaman aku,... PPSMI penting sebab aku kena pergi ke luar negara... Masa tu barulah aku kalut nak tukar perkataan dan ayat sains dari BM ke BI... Dari Natrium ke sodium; kalium ke potassium, argentum ke silver, aurum ke gold , dari penyahtinjaan kepada defacation, dari tinja ke faeces, dsb... PPSMI penting untuk orang yang macam aku dan ambil bidang yang sama macam aku...

Tapi untuk orang yang masa depannya lebih kepada pertanian, perladangan, dan penternakan? untuk orang yang cita-citanya menjadi ahli sastera, polis, tentera, bomba? perlu ke belajar sains dan matematik dalam BI? Tak perlu... Maksud aku tak perlu, bukan tak boleh... Bukan aku nak mengecilkan kebolehan mereka... Tapi cumaaku nak beritahu sains dan matematik dalam BI hanya diperlukan oleh sesetegah golongan manusia... Macam ahli politik, mereka hanya perlu tahu istilah sains dan matematik... Tak kira la BM atau BI.. Tahu sikit-sikit sudah... Sebab itu bukan bidang mereka...

Apa konklusinya? AKu ingat apa yang terbaik ialah kita bagi opsyen kat pelajar... Sama ada untuk PPSMI atau PPSMM... Satu sekolah buat dua jenis kelas... Satu belajar Sains dan matematik dalam BI, satu lagi dalam BM... Yang mana rasa sains san matematik dalam BI berguna bagi mereka, silakan masuk kelas yang ada PPSMI... Kalau rasa belajar dalam BM sudah memadai, ambik kelas yang PPSMM...

Aku tahu, ada la yang kata cara/ cadangan ini akan membazir wang, membazir tenaga kerja (guru), rumit dan sebagainya... Tapi, mana yang lebih membazir? Membazir tenaga kerja atau membazir wang dengan membuat buku teks baru (BM) dan melupuskan buku teks lama (BI)... Cukuplah zaman aku dulu guna buku teks yang baru setahun (sebab silibus baru) dan terpaksa dilupuskira sebab buku teks yang lebih baru (BI) perlu digunakan untuk batch selepas aku...

Cukuplah.. Banyak sangat membebel... BM sangat penting, BI juga penting... Pilih la yang mana satu... Kalau aku ada anak, aku suruh diorang amik yang BM punya... Sebab BM ialah bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa aku dan bahasa bangsa aku...

Orang melayu: berbahasa melayu, berketerunan melayu, beradat melayu dan beragama Islam...

7 comments:

Nadzrulife* said...

akhirnya isu PPSMI dah tamat. Aku sebagai pelajar memang sedih dengan keputusan pemansuhan PPSMI di semua peringkat. Oh tidak!!!

kadang2x ako tergelak je kalau ada kawan2x ako terutamanya yang kurang pandai tentang bahasa inggeris, maaf sangat sopan, yang BODOH bahasa inggeris menentang PPSMI. Alasan yang kerap diberikan:

1) martabatkan bahasa Melayu laa bro..ape guna BI! aku bukan nak ke oversea pun!
2) Kalau jepun,rusia,perancis dll boleh, nape kite perlu tukar??
3) aku bodoh bahasa inggeris << paling tepat!

adoyaii...kita xboleh samakan negara kita dengan diorang, kemajuan negara adalah sangat berbeza. Malah sistem negara kita juga berbeza. sebagai Contoh, kita lihat jepun, walaupun PM kerap tukar, tapi sistem diorang tak pernah berubah, sehinggakan mereka terus maju dan maju, bukan sebab pemimpin, tapi sebab sistem. ini cuma 1 contoh, aku xnak kasi contoh lain, sbb MALAS! << sikap ini mmg xpena berubah dlm MELAYU...LOL!

isu BI/BM sbnrnya bukan 1 masalah pun...tak jatuh martabat bahasa melayu kalau kita tukar. Kalau tukar kepada PPSMM pun ada je orang melayu xlulus BM, apa kejadahnya benda tu...tepuk dada tanya diri sendiri...

idea redz tepat, kalau yang belajar ilmu sains mahupun matematik, mula2x dlm melayu bile nak tukar kepada BI agak ambil masa nak tukar, tapi tak mustahil. Kenala rajin kan? xsemua orang Melayu pemalas kan..Meh ako quote skit apa kata redz tadi

"...masa tu barulah aku kalut nak tukar perkataan dan ayat sains dari BM ke BI... Dari Natrium ke sodium; kalium ke potassium, argentum ke silver, aurum ke gold , dari penyahtinjaan kepada defacation, dari tinja ke faeces, dsb..."

nampak x,disitu kite boleh nampak kekalutan yang akan berlaku...aku xdapat bayangkan aku belajar komputer dalam bahasa melayu... notebook = buku nota // harddisk = cakera keras // software = perisian // motherboard = papan mak?? papan induk laa...LOL!!

Hahaha! Panjang lagi aku nak komen, tapi aku rasa baik aku buat 1 artikel je kan...aku rasa aku nak hantar artikel kat Utusan Malaysia, (Suara Keadilan, MalaysiaKini, Harakah, Blog DSAI, Harian Metro? Maaf korang takde dalam list! LOL!!)tentang perkara ni...tapi biasalah, ini cuma pendapat, perbezaan pendapat adalah 1 perkara biasa...aku orang Melayu...darah aku darah Melayu...aku seorang patriotik dan paling pastinya aku Islam...

/**
*ini komen ke artikel?? huhu...
*salah silap mohon maaf...
*/

.:FaRaHEeN:. said...

lg suka blaja math+sc in BI sbb ayat dy xputar belit..
B.melayu gne BM
math+Sc gne eng
pas2 de b.arab..
b,jepun lg..
xke 2 sume seimbang??
aim kte adalah utk melahirkan msia intelek
dan utk ke arah itu,pengorbanan penting..

`carilah ilmu sampai ke liang lahad`

`carilah ilmu smpai ke negeri china`

`sungguh,manusia diciptakan sangat suka MENGELUH.Apabila ditimpa kesusahan,dia berkeluh kesah.Dan apabila dia mendapat kebaikan (harta) dia KIKIR.Kecuali orang2 yang melaksanakan solat." -Al-Ma`arij : 19-22

`y membezakan msia di akhirat adalah iman,manakala didunia adalah ilmu mereka`

kepelbagaian bahasa tidak akan mengubah adab2 juga adat2 melayu.
lebih baik rawat penyakit msyarakat drpd pnykit `malas belajar` rakyat nih.
sekat segala unsur2 -ve dr barat y boleh merosakkan adab2 bangsa

iszaid said...

Aku stuju ngan korang sumer (malas nak bacer... panjang sangat wo...) hahaha

Dzulkarnain Mohamad said...

pada aku isu ppsmi bukan masalah bahasa tp kefahaman iaitu dalam skop yang lebih jelas lebih tertumpu kepada bidang2 berasas biologi dan teknikal. kalau nak elokkan bahasa sahaja elok sgt apa yang kerajaan nak buat skang. menambahbaik pengajaran b.i. sahaja sudah cukup..

ENGLISH UTK ORG BESAR

masalah aku pun mcm kau juga dulu tp aku bukan bidang biologi. bila masuk fakulti aku dah start kena tune otak guna istilah2 inggeris. banyak. buku2 rujukan 80%english..berapa kerat je pakar yg rajin buat keje translate nih kat mesia. buku2 dari luar byk cetakan2terbaru semua english. pendek kata translate yg ni yg tu keluar..haha..

aku akui semua yag kau kata tu tepat. isu penggunaan bahasa bukan utk sesetengah pihak saja.

ok cukup..aku tak perlu ambil contoh diri aku la. aku ambil contoh kwn aku yg rata2 spm dgn english agg C5,C6 aje tp tetap boleh survive utk course medic dlm negeri mahupun oversea. lepasan matrik dulu ada juga dihantar ke oversea. tak ada masalah pun walaupun mereka kena tune balik otak dgn istilah2 pelik. perit juga mungkin tp semua dah jadi doktor skang.

org kata hendak seribu daya walaupun pada asasnya lemah english tp semua boleh sbb english bukanlah penentu aras kejayaan individu.

kalau english je pandai, math,bio kimia xleh catch up pn x kemana juga malah ada kwn aku tere yarabbi english tp kena rejek juga dari universiti.. tahan lg member yg x brapa tere english merangkak2 pn lepas juga. score juga.

ah, penat la aku sebenarnya byk g nak tulis nih..ah, n3 aku 2 sebenarnya sebahagian kecil je dari pandangan hati nurani aku..hehe..

ENGLISH UTK BUDAK2

Pada aku sesapa yg jadi cikgu math dan Sains sekolah rendah je yang layak berkata2 tentang ini. terutama cikgu yang mengajar di kg2 pedalaman yang masih banyak bertebaran di seluruh negara. yang murid2nya turut bercita2 tinggi tp amat slow penggunaan english yg mungkin dipengaruhi persekitaran.

Ada cikgu yang sampai mengalir air mata nak bagi murid paham matematik dan sains. bagi paham je tau. bukan bagi paham dgn guna english lg nih. ntahla sbb aku pun bukan budak2 jd x sempat nak selam masalah budak2. sebab aku dah masuk peringkat ENGLISH UTK ORG BESAR..haha..apa2 pn yg penting faham..

MieTo said...

klu bhs Melayu xboleh, Inggeris pun xleh gak..
cube try bahasa Kelantan..
molek sangat la tu..
abe suko!!!

Portgas .D. Ace said...

msalah nye kn..
sapew nk naek kn bhsa kite klu bkan kite sndri??

puteraohtrabulan said...

Isu PPSMI,aku mengikuti perjalanannya.Isu ni ada pro & kontra.Dan aku setuju dengan pendapat Nadzrulife.Dan apa yg aku nampak.Dasar pendidikan kita sentiasa berubah,yg konon mengikut arus perubahan masa.