Saturday, July 18, 2009

Malaysia Oh Tanah Airku!!!

Salam Alaik...

Kemenangan tipis Kesatuan Manchester menentang Malaysia XI di stadium Bukit Jalil memang memeranjatkan aku... Sungguhpun aku menyokong Malaysia (dalam konteks Malaysia vs Man United), aku tak terdetik pun Malaysia mampu menjaringkan 2 gol... Walaupun gol kedua hasil daripada kesilapan Foster dan Gibson, aku tetap berbangga sebab Malaysia buat gol menentang Manchester United, King of England dan King of World (King of Europe dah takde)...

Aku memang sedih tak dapat tengok Manchester main, sedangkan aku tengok Chelsea vs Malaysia XI dulu... Tapi nak buat macam mana, aku berjuag demi negara di perantauan... hehe...

Ok... Kalau musim lepas Chelsea menang dengan Malaysia XI 2-0, dan Chelsea dapat no. 3, musim nie aku rasa Man United payah nak menang BPL... Setakat no. 2 boleh la aku bagi... hehe... Mudah sangat bocor... Dah la gol senang je Amri Yahyah buat... Hehe...AKu rasa diorang panas kot.... Huhu

Post Match talk nanti, mesti Ferguson salahkan padang tak rata la, padang huduh la, takut injured la... tapi apa yang pasti Malaysia buat 2 gol lawan Man United... Yang penting Malaysia boleh bla jugak la hebatnye... huhu...

Owen pulak, berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya dengan jersi United... Bagaimana masa BPL nanti? Boleh ke dia ganti Ronaldo? Ganti Teves... tak lama lagi Berbatov pon duduk kat Bench je la... haha...

Apa-apa pun, tahniah Malaysia atas kekalahan tipis menentang Man United...

Keputusan: Mas 2 - Man 3
Mas: Amri Yahyah 45, 52
Man: Rooney 9, Nani 28, owen 85

14 comments:

Henshin said...

huhuhu..sangat mengejutkan!

ako teruja gilew bilew dpt tahu MU mng 3-2 lawan Malaysia...kuat juga Malaysia ni..

jangan pandang rendah lagi kat Team Malaysia...

p/s : team takraw, bila plak nak naik?? haha...

anum farida said...

hahaha..
lam tren td beddy sgt jeles tgk org2 yg gi tgk mu vs mas..

hahahhaha...
:D

oyop said...

yg sebenarnye kn,team Malaysia x improved byk mane pon,tp man utd maen x smpy separuh drpd kebolehan sebenar dorg.....hahahaha....btw,tahniah Malaysia!!

Henshin said...

oi oi oi...pk +ve...

Redz da Tsar said...

Nadz>>
Haha... Team Malaysia khabarnya sangat tamak untuk menjaringkan gol untuk diri mereka sendiri... huhu... Aku tgk highlight tadi, ada beberapa peluang miss sebab ketamakan...

Anum>>
Awat beddy tak tgk... takpe, isnin nie boleh tgk...

Oyop>>
Haha... improve la tue.. nak macam mana lagi... Lawan United bolos 3 bijik je... Kalau ikut prediction, kurang-kurang 5-0 diorang taruk... Gol 1st smart doe... haha...

Takpe.. Nak tgk improved atau tak, tgk isnin nie... hehe...

Nadz>>
sentiasa +ve bila kena bab MALAYSIA!!!

Don Balon said...

Duan..
koi tak tengok game penuh..
tapi Manchister pandai meniaga..
cuit slow2 je..
tak bersungguh langsung..
kuikui..
berapa juta deme dapat..
yang tertipu kita juga..

MieTo said...

walaupun ku fanatik ManU tapi tanah air tetap dihatiku..
ni y buat aku bersemangat nak main bola..
weh moh turun main!!

.b.e.d.d.y. said...

aku nak jalan2 semalam tapi MU sibuk2 pulak datang malaysia ni..
buat sesak tren je..
haha..
macam mana nak tengok esok wei, akademik lagi penting>>>>poyo sangat..
:p

JJ KRN said...

haha MU saje kasi chance kat mesia la , tanak rekod mesia bertqambah teruk :)


u orang jerantot ke? if yes,area mana eh?
i da follow u,kalo kesian follow la balek. haha:P

JJ KRN said...

aku kat taman damai weyh. lu umo brape?

JJ KRN said...

kau umo doploh? study mana skang dol? aku pon tade kat jerantut pon. skang kat uniten bangi je.

Basuh Baju said...

amri yahya mungkin dpt datuk pasni..haha

JJ KRN said...

INDIA?
lu kalau jumpa shah rukh khan ckap gua kim salam sayang taw. haha.

foundation IT. dah sem akhir dah. next year degree:)))))

MieTo said...

bukan stakat datuk..
Tun terus...
lepas ni mesti ada filem pasal Amri yahya..
ha3...