Saturday, November 28, 2009

Rempit: Satu Keajaiban dan Penghormatan

Salam Alaik...

Amaran: Artikel ini sangat sesuai untuk kertas esei Bahasa Melayu PMR... Harap maklum...

Menjadi Mat Rempit merupakan satu impian kanak-kanak mahupun remaja kini. Sungguhpun jika ditanya secara umum, tiada yang akan mengakui minat mereka untuk merempit pada masa hadapan. Tetapi di dalam hati, mereka sering tergoda dengan keberanian Mat Rempit ketika di atas jalan raya. Fenomena Rempit yang bermula sejak era KL Menjerit ini sebenarnya memerlukan kekuatan mental, fizikal dan otak yang terbaik.

Menjadi Mat Rempit membuatkan otak Mat Rempit itu, atau lebih saintifik, serebellum Mat Rempit itu menjadi tajam. Serebellum ialah bahagian otak yang mengawal ketepatan dan kepersisan sesuatu gerakan. Tanpa serebellum yang hebat, mana mungkin Mat Rempit mampu membawa motor mereka menyelit di antara dua lori sampah, atau mengawal motor ketika melakukan aksi 'wheelie' ataupun 'wheekang'.

Di samping itu, otak Mat Rempit ini sangatlah unik untuk dibandingkan dengan manusia biasa, hatta seorang doktor ataupun ahli politik. Kebolehan ahli politik ialah menyelinap ke dalam otak manusia dan mempengaruhi manusia itu, tetapi Mat Rempit pula berkebolehan dalam menyelitkan unsur dalam otak mereka ke dalam enjin dan jiwa motornya. Setakat ini para saintis yang mempunyai otak yang juga hebat pun gagal mengesan bahagian otak manakan yang boleh berhubung terus dengan motor. Hal ini dibuktikan dengan kehebatan Mat Rempit mengawal motornya, seperti motor itu ialah sebahagian daripada otot dan saraf Mat Rempit itu sendiri.

Mat Rempit juga mempunyai kelenjar Adrenal yang sangat ekstrim yang dikawal rapi oleh bahagian otak yang bergelar Hipothalamus. Buktinya, Mat Rempit menjadi berani apabila berada di atas jalan raya. Setiap kali menyelit antara dua kereta ataupun lori, Mat Rempit menunjukkan kehebatan dalam mengawal pengeluaran hormon ACTH lantas menyebabkan hormon seperti Adrenalin dan Noradrenalin gagal dirembeskan dengan banyak. Ini dibuktikan dengan Mat Rempit yang langsung tidak gementar dan berdebar berhadapan dengan lori ataupun kereta, hatta dengan polis sekalipun.

Tidak terlalu melampau jika mengatakan bahawa Mat Rempit juga mempunyai kehebatan dalam sistem saraf yang mana setiap kali berlaku kejadian seperti dihimpit kereta ataupun tedengar siren polis, Mat Rempit mampu memberi tindak balas refleks yang mengagumkan. Kehebatan saraf Mat Rempit ini mungkin 3 kali ganda hebat daripada saraf wartawan Melodi yang juga hebat mengesan kontroversi dan isu hangat.

Kesimpulannya, jika mahu menjadi Mat Rempit yang sejati, seseorang itu memerlukan otak yang sangat hebat dan juga sistem saraf serta kawalan hormon yang terbaik. Jika kita melihat Mat Rempit yang terkorban di jalan raya, marilah bersama menyambut kematian orang yang mempunyai kehebatan otak ini dengan menanam mayatnya di tepi jalan tanpa perlu mandi jenazah. Angkatlah mayat itu seperti syuhada, dan kambuslah mereka dengan pakaian mereka itu, dan biarkanlah jasad dan pakaian itu menjawab bagaimana mereka mati di dunia. Sebagai penutup, ingatlah, walaupun Mat Rempit mempunyai otak yang kuat dan tajam, tetapi jelas sekali mereka TIADA AKAL!


Mat Rempit: Otak Hebat, Akal Tiada. Gambar dari http://hesmel.blogspot.com

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha

Salam Alaik

Salam Aidil Adha dari pihak pengurusan betheredz.blogspot.com... Semoga aidil adha merupakan titik tolak kepada kita untuk terus berkorban setakat yang kita mampu demi agama, negara dan bangsa...

Salam~

Wednesday, November 25, 2009

Berfikir Sejenak

Salam Alaik...

Hidup sebagai seorang rakyat Malaysia memang sangat menguntungkan... Serius... bersyukur giler kalau jadi rakyat Malaysia... Lihat sahajalah negara yang aman dan makmur nie, tak berperang dah sejak 13 Mei 1969... Kalau ada pun, perang kecik-kecik melawan penjenayah bersenjatakan pisau potong daging... hehe...

Kat Malaysia, kereta-kereta yang berada di jalan raya sangat cantik, menakjubkan dan indah pada rupa... Terutamanya kereta yang berjenama negara seperti Proton Juara dan Saga... Baru-baru nie, keluar pulak MPV baru Perodua... Jelas sekali industri automobil negara sangat pesat membangun...

Cikgu-cikgu pun sekarang pakai kereta besar, ada yang pakai Civic, City, Vios, Waja malah ada yang pakai Evo Lancer... Jangan terkejut... hehe... Kalau doktor ataupun pensyarah, mesti dah beli macam-macam dah... Belum campur dekan ataupun ahli perniagaan... Camry pun dah tersebar merata... Semua nak pakai kereta besar...

Tapi, kat India, pensyarah a.k.a lecturer pakai motor je... Kalau ada kereta pun, setaraf Nissan Charade jer... Dekan MMMC pun pakai Suzuki Maruti, ala-ala viva la.... Sempoi je hidup diorang nie... Pro-Chancellor Universiti Manipal pakai Civic jer, sedangkan kalau kat Malaya komfem dah Mercedes mata belalang juta... Belum campur kereta aksesori kat rumah untuk anak-anak seperti Lancer ataupun Mazda RX7...

Saja terfikir menda nie sebab tadi nampak lecturer aku pergi dewan lapah (dissection hall) naik motor... Bawah nie motor die...

Motor Lecturer aku... Anatomi





Monday, November 23, 2009

Empat Perkara Secara Ringkas

Salam Alaik...

Satu
Kemenangan Manchester United dan Chelsea sabtu lepas memang sudah dijangka, begitu juga dengan persembahan konsisten Liverpool untuk 7 perlawanan terakhir ini.... Tetapi kekalahan Arsenal kepada Sunderland agak tidak menepati ramalan... Bukankah Arsenal satu tim yang hebat? Menang selalunya dengan gol yang melebihi 2 butir, tetapi semalam kalah pulak... Jelas sekali tidak semua mampu diagak dalam bola sepak.... Kedudukan Top 5: Chelsea, Man United, Arsenal, Tottenham Hotspur, Aston Villa... Ok la, ekstra, aku letak tim ketujuh: Liverpool... hehe

Dua
Aku agak berbangga bila ada seorang rakyat Malaysia berpakaian lengkap Melayu, bersama tanjak dan bersamping songkek berjumpa dengan Presiden Barrack Obama untuk menyerahkan watikah perlantikannya sebagai duta Malaysia ke AS... Bangganya aku bukan kerana berjumpa presiden Pak Cik Sam (Uncle Sam) tue, tetapi bangga kerana dia bangga berpakaian seperti itu di sana... Walaupun agak panas (aku rasa la), dia tetap bangga.... Pegh... Kalau aku jadi PM, komfem, aku pergi mesyuarat PBB pun pakai macam tue jugak...

Tiga
Perlantikan seorang Ahli Parlimen sebagai duta berstatus menteri ke sebuah negara yang sangat jauh menimbulkan persoalan bagi aku... Bukannya apa, cuma aku rasa pelik, sepatutnya seorang ahli parlimen perlu bekerja bersama rakyat di Malaysia... Jika beliau berada di negara lain, benua lain, bagaimana beliau mahu memberi komitmen kepada kawasannya... Aku dulu ada sekali melayan seorang Dato' Zul Deen (bukan nama sebenar) dalam fesbuk berkaitan isu seorang ahli parlimen tak dapat tauliah untuk berceramah, Dato' tue bagi alasan kata ahli parlimen tue perlu menumpukan perhatian kepada kawasannya, dan tidak perlu berceramah... tetapi apa pulak komen Dato' nie dalam isu nie? Ok fine, kepentingan negara lebih penting, tetapi tak bolehkah lantik orang lain? Perlantikan itu adakah sekadar menjaga hati kerana duta itu digugurkan dari kabinet? Malas nak komen lebih, bahaya kepada aku dan negara...

Empat
Aku tak jadi nak potong rambut pendek sebab undian 50-50...

Sunday, November 22, 2009

Alahai, payahnya la...

Salam Alaik...

Situasi Satu:
Seorang anak muda di sebuah masjid di bandaraya Jerantut sedang mengangkat takbiratul ihram buat kali ke-5 setelah 4 kali gagal sambil menyebut 'usolli-usolli-usolli'.

Situasi Dua:
Seorang remaja berumur 20 tahun disuruh ke saf belakang kerana tidak memakai ketayap/songkok/kopiah ketika berjemaah di surau al-Muflihin, Gombak.

Situasi Tiga:
Seorang dewasa berumur 35 tahun dipandang serong kerana solat dengan menggunakan 'cap' atau topi.

Situasi Empat:
Seorang suami menghabiskan masa selama 50 minit untuk mandi hadas kerana bimbang air tidak rata sepenuhnya

Situasi Lima:
Seorang pelajar ilmu feqah Universiti Utara Malaysia dimarahi akibat mempersoal kata-kata seorang ustaz yang pada pendapatnya kata-kata ustaz itu tidak mempunyai dalil yang kukuh.

Situasi Enam:
Seorang remaja dituduh wahhabi kerana tidak membaca doa selepas solat semasa solat berjemaah di Masjid Tengku Ahmad

Situasi Tujuh:
Dua kumpulan manusia bertelagah akibat berbeza fahaman tentang hukum mengangkat al-Quran tanpa wudhu' sampai tuduh menuduh sapa ahli sunnah wal jamaah dan sapa bukan

Heish... Susahnya la jadi Muslim...
(Islam susah atau muslim yang menyusahkannya?)
Betulkan aku kalau aku salah...
Wallahu 'alam

Saturday, November 21, 2009

Sepintas Lalu

Salam Alaik...

"Aku cuma harap korang main betul-betul... Jangan kalah dah... Kita dah la tercicir 5 poin sekarang nie..."

Glory-glory~

Thursday, November 19, 2009

Kenapa Aku Tak Boleh Jadi PM?

Salam Alaik...

Saje boring-boring selepas Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) nie, aku rasa macam nak mengarut jer... Kekadang aku terfikir jugak, aku rasa aku macam nak jadi PM Malaya masa aku dah besar (tua) nanti... Tapi kekadang aku terfikir balik, boleh ke jadi PM aku nie? Sebab ape aku kate gitu, meh biar aku tulis yang mane dan...

  1. Sebagai seorang PM, aku mestilah hebat dalam berkata-kata... Walaupun aku pandai berkata-kata, tetapi tidak semestinya aku hebat... Kalau ada orang panggil aku buat perasmian majlis Oimpik, mampus aku nak berucap... Bantainye semua orang tido, tak ke malu aku dan kerajaan aku... Itu belum masa perhimpunan agung parti... Bantai aku berucap, semua perwakilan tersengguk, tak ke naya aku.. Komfem pemilihan kalah teruk...
  2. Sifat seorang PM nie jugak memerlukan kesabaran dalam menghadapi masalah... Walaupun aku nie seorang yang happy-go-lucky, tetapi setiap masalah yang aku hadapi biasanya aku hadap dengan happy jugak... Sepatutnya seorang PM perlulah menghadap masalah tue dengan serius... Nanti aku kena cop Baby-Like PM pulak... Eish...
  3. Selain tue, PM mestilah realistik dalam melaksanakan sesuatu atau melihat impak atas satu usaha, tetapi aku nie jenis sentiasa positif dan positif lagi... Cube bayangkan kalau ekonomi negara jatuh teruk, pastu aku dengan selamba cakap kat kabinet, "relax-relax... Sekarang jatuhlah ekonomi kita, lama-lama nanti naik la balik... Ekonomi kite masih stabil an selamat"... Tak ke bengang pakar ekonomi... Pemegang/pemain saham komfem dah tak undi aku nanti...
  4. PM nie pulak lagi, mesti hebat dalam membuat keputusan yang tepat dan cepat yang mana aku sangat lemah bergantung pada keadaan semasa... Cube bayangkan kalau ade kontraktor US datang Malaya kata nak buat jambatan dari Langkawi ke Tanah Besar, dan pada masa tue kawan aku kontraktor besar nak jugak projek tue... Pastu kontraktor US tue pulak tawar harga murah, tapi kawan aku tawar harga mahal giler... Kalau aku bagi US, nanti kate lupe ke anak bangsa, kalau bagi kawan aku, kate bagi ke kroni. Eish... Kalau aku jadi macam tue, mboh aku batalkan je projek tue... Bila batalkan, rakyat Langkawi pulak bising, bila teruskan, peniaga feri Langkawi pulak bising... Aduh... Ini contoh ye... Takde kena mengena dengan hidup atau mati...
  5. PM pulak asyik sibuk je sepanjang masa... Kalau aku jadi PM, aku mana boleh sibuk-sibuk nie... Kalau tibe-tibe ade Menteri atau Ahli Parlimen ajak berbuka puasa kat Kedah, dan pastu pulak ade ceramah politik kat Bangsar, mampus aku... Nak kena ke Kedah, pastu balik ke Bangsar pulak... Kalau tak pergi nanti, tak dapa dekat dengan rakyat... Dua-dua penting untuk menjaga persepsi... Huhu..
  6. Haa... Nie antara yang best la nie.. Kalau jadi PM, kena rajin-rajin kat Malaya... Tapi kalau aku jadi PM, komfem malam sabtu atau malam ahad aku terbang ke UK, layan Man United punye game... Kalau tak kantoi, takpe la... Cube bayangkan kalau tengah aku melompat sokong United, tibe-tibe ade kamera fokus kat aku... huhu.. Semua rakyat tengok PM diorang lari dari Malaya layan Man United... Sedangkan Pahang FC vs Shahzan Muda tak pernah pun jenguk... Maka hebohlah sokernet.blogspot.com dengan kehebatan aku menyokong United tue...
  7. Lagi satu, sebagai PM aku kena pandai menyerang balas tuduhan atau fitnah dengan ilmiah dan beradab... Tetapi itu bukan aku... Kalau aku kena tuduh, biasanya aku lawan balik, hentam peribadi si penuduh aku tue... Contoh A tuduh aku guna C4 letupkan perempuan skandal TPM, aku akan balas kat A, "alah, ko tue steady je meliwat pembantu ko takpe plak!!!"... (Sekali lagi ditegaskan, ini hanya contoh dan takde kaitan dengan sape-sape... Harap Maklum)
  8. Dan serius, aku tak pandai membuat manifesto yang gempar-gempar... Sebab aku takut aku tak mampu laksanakan... PM mestilah hebat dengan memuat manifesto yang maha hebat, dapat memancing hati rakyat dan menyakitkan hati pihak lawan.. Dan PM mestilah optimistik dalam melihat manifesto itu, yang mana aku walaupun sentiasa positif, tak mampu untuk bersikap seperti itu untuk sesuatu yang belum pasti...
Jadi, inilah antara sebab aku tak layak jadi PM... Kalau aku nak jadi PM jugak, aku kena bah diri aku supaya sesuai untuk meletakan kaki aku sebelah kat neraka dan sebelah lagi kat syurga...

p/s: ini hanya pendapat peribadi aku dan takde kaitan dengan politik dsb... Ini hanya karya fiksyen jenaka yang tak sinis dan tidak serius... Jangan ambil berat karya ini dan dah baca, simpan dalam jiwa sahaja... hehe

Wednesday, November 18, 2009

Doktor, Maza dan Kemanisan...

Salam Alaik...

Kalau duduk kat India nie, ada satu air oren atau mangga jenama Maaza... Manis dia terlampau sangat la... Sampai boleh kering tekak aku... Kalau ayah aku mium Maaza nie, boleh melambung kandungan gula dalam darah sehingga 20mmol/L... Boleh masuk E & A sebab hiperglisemia...

Aku nie bukan seorang yang kuat manis... Serius... Kalau rasa manis sangat biasenye aku tambah air... Kalau makan kat Ali Hijrah atau al-Awwal, komfem aku tambah air putih dalam teh tarik dia... Manis melampau... Deria rasa manis aku sangat kuat kot...

Kalau manis pun, aku layan tapai, dodol atau kuih berintikan gula melaka (cth: Buah Melaka)... Itupun takleh manis sangat... Kalau terlebih manis, aku boleh termuntah dengan jayanya... Itulah sebab kalau aku balik dari mamak Shah Alam, selepas layan teh tarik, selalu rasa tak sedap tekak... Ceit...

Baik layan Coke atau Pepsi dari layan Maaza...

Off Topic: Semoga semua pendakwah di jalan Allah diberikan kemudahan dalam urusan dakwahnya dan dalam urusan menyebarkan kefahaman tentang Islam kepada semua. Tetapi, halangan dan cabaran tue memang asam-garam pendakwah, kan? Jadi, terima je la~

Tuesday, November 17, 2009

SPBIT atau SBPIT?

Salam Alaik...

Semalam aku sengaja mencari-cari Facebook cikgu-cikgu aku kat SBPIT, dan ada la terjumpa beberapa orang... Dalam mencari tue, aku teringat yang SBPIT ada pengetua baru, jadi aku pun bukak la wikipedia, nak tengok update nama pengetua... Masa aku baca artikel tue, aku terperasan sesuatu di bahagian sejarah sekolah perenggan akhir (klik sini untuk membaca terus di wikipedia):

"Terkini, nama-nama kelas bagi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah diubah kepada Smart, Perfect, Brilliant, Intelligent dan Thinker, dan sekaligus membentuk singkatan nama sekolahnya iaitu SPBIT."

Aku nak tanya, sapa la yang buat mende nie? Mesti seorang yang warga SBPIT jugak, kan? Macam mana boleh wujud kesilapan macam nie? Eish... Sila ubah kalau rajin... Aku malas nak ubah lagi...

Sunday, November 15, 2009

Biarkan atau Tidak?

Salam Alaik...

Rambut aku memang selalunya panjang... Apabila aku kecik dulu, masa sekolah rendah, rambut aku memang panjang, tetapi tidaklah sepanjang sekarang... Biasanya masa tue, rambut depan atau atas je yang panjang, sebab aku sikat belah tepi...

Bila masuk sekolah menengah, rambut aku panjang lagi, lebih panjang dari sekolah rendah... Sebab aku dah mula belah tengah, jadi rambut aku panjang kat atas... Kalau tarik, boleh sampai hidung la... Walaupun aku Ketua Biro Disiplin, aku tetap punya rambut yang panjang... Cuma, dalam 5 tahun aku kat situ, sekali je kena hampir botak... Itupun sebab sekolah buat undang-undang gila, suruh budak potong rambut guna mata satu... Aku jugak yang last sekali potong rambut tue, itupun lepas berdebat dengan Kapten ROR...

Lepas SPM, aku biarkan sahaja rambut aku tidak terpotong... Memang kembang + serabut + panjang giler la... Pergi sekolah masa Hari Anugerah Cemerlang pun masih panjang, siap kena tegur dengan cikgu lagi... Hehe...

Bila masuk INTEC, aku masih lagi kekalkan kepanjangan rambut aku... Cuma tidaklah sepanjang lepas SPM... Dan, kadang-kadang aku potong pendek bagi boleh jadi pacak... Kiranya kat INTEC nie la rambut aku mula pendek... Walaupun tak selalu, tapi boleh la tahan pendek...

Kalau kat India, aku biarkan dia panjang... Sejak lepas AUSMAT, aku biarkan dia panjang dan gunting hanya sekali sekala... Bila kat India, rambut aku agak panjang... Semester pertama, aku gunting sekali... Bila balik umah bulan 7 baru nie, aku ingat nak potong pendek, buat spike, tapi aku kansel saat-saat akhir....

Sekarang, rambut aku giler panjang... Walaupun tak speanjang budak Aussie, aku rasa dah cukup panjang bagi aku... Rambut belakang dah lebih bahu, rambut atas dah cecah bibir... Cuma belah tepi je nipis dan pendek sikit sebab Yob yang potong selepas raya...

Aku nak buat pendek rambut aku nie... Tapi aku sayang sebab nak simpan sampai sepanjang nie makan masa lama... Tapi kalau panjang, serabut pulak aku nak uruskan... Nak pakai gel atau minyak rambut memang aku tak suka... Ada yang kata suruh aku pendekkan rambut, ada yang kata biar je macam nie... Aku pulak 60-40... 60 untuk biar, dan 40 untuk potong... Kiranya aku nak ambik pendapat korang la nie, nak biar atau nak potong...

Undian:
Siapa yang rasa perlu potong, sila undi ya, dan sapa rasa perlu simpan, sila undi tidak... Undi anda merangkumi hanya 40% dari markah penuh... Sesiapa pun boleh cuba untuk mengubah keputusan aku dengan meninggalkan komen... Untuk mengundi sila lihat ruangan sebelah kanan entri ini..

Untuk pengguna facebook, sila ke sini untuk mengundi

Friday, November 13, 2009

Suatu Masa Ketika Aku Masih Kecil

Salam Alaik...

Masa kecik dulu aku selalu belajar mengaji al-Quran dengan ayah aku... Biasanya lepas Maghrib aku akan belajar la... Dan biasanya jugak aku akan belajar al-Quran kat tingkat atas rumah aku, tempat ayah aku selalu solat dan mengaji masa dia sihat dulu sebab kat situ tenang kot...

Aku masa kecik dulu, ada masa culas nak mengaji, ada masa rajin giler... Dan pada satu malam yang aku tak ingat aku umur berapa, mungkin darjah 5 atau 6, aku pergi ke tangga untuk naik tingkat atas, hajatnya mahu mengaji al-Quran dengan ayah aku... Sampai kat tangga aku duduk diam dan memasang telinga... Aku dengar ayah aku mengaji kat atas... Sebab aku seorang anak yang baik aku taknak la ganggu dia mengaji... Jadi, aku pun selamba pergi melepak kat depan layan Buletin Utama...

Aku pun pelik gak, kenapa mak aku tak suruh aku naik atas mengaji sedang aku menonton Buletin Utama dengan penuh khusyuk... Aku biarkan saja... Asal dapat layan berita Malaysia dan berita dunia sudah... Masa tue aku tak ambik pot langsung bola sepak nie... Aku suka layan politik dan isu semasa... haha...

Semasa sedang melepak kat ruang tamu tue, aku terdengar enjin kereta Datsun putih ayah aku masuk parkir rumah... Aku tanya la kat mak aku, "bila pulak ayah keluar?"... Mak aku selamba jawab, "ayah keluar kul 6.30pm tadi solat jemaah kat masjid..."

Jadi, suara sapa yang mengaji kat tingkat atas umah aku tue?

Wednesday, November 11, 2009

Tok, Nak Air Satu

Salam Alaik...

Aku dulu kat Malaya memang selalu turun pasar malam/pekan sari kat bandaraya Jerantut... Memang sangat meriah... Pelbagai kaum wujud, tak kira Melayu, India ataupun Cina... Malah, orang Asli pun turun bersama memeriahkan pasar tue...

Kalau dah kata pasar, memang sangat bising la... Tak boleh tak bising... Dengan orang tawar menawar sampai la Mat Rempit jalan-jalan usha awek... Semua bising... Campur bunyi generator lagi masyuk... Ceis...

Tapi yang paling mendapat tempat selain kedai jual jersi Golok dan kedai Ayam Goreng, ialah kedai ubat herba... Ramai la datang dari seluruh Pahang, dan kadang-kadang ada jugak sesat dari Kelantan atau Kedah mempromosi ubat-ubat herba mereka... Pakai tiang speaker 3 meter melangit, cakap-cakap macam ahli politik dah, ayat hambur macam penceramah agama... macam-macam...

Tapi yang paling aku pelik dan rasa macam nak gelak ialah bila mana ada satu PakCik yang menjual air jampi... Dia beria-ia kata air jampi tue sangat mujarab dalam membentuk minda anak-anak supaya jadi lebih pandai dan boleh dapat 10A, sangat hebat dalam mengawal anak muda yang liar, boleh elak gangguan Syaitan dsb...

Maka berteriak la PakCik tue kata "Air jampi nie 100% dibacakan ayat al-Quran"... Hehe... Cuma satu aku nak tanya kat PakCik tue (tapi tak tertanya), "PakCik, kalau saya beli air nie, saya minum dengan selawat 40 kali campur dengan Habbatus Sauda', dan saya minum tiap-tiap kali sebelum makan dan sebelum solat, adakah saya akan menjadi pandai tahap Gaban?"...

Mesti sapa-sapa yang baca perenggan kat atas nie akan jawab, "Kalau tak berusaha mana boleh pandai!!!"... Ok... Betul tue, tepat sekali... Kalau minum air jampi ke, air mentera ke, air Habbatus Sauda' ke, makan kismis 45 bijik ke, kalau tak berusaha mana boleh jadi:... Inilah dia sebahagian daripada silap kita dulu-dulu... Asyik bergantung kepada air jampi dan umpama membuat air jampi tue seperti dewa yang boleh membijakkan orang...

Aku tak kata tak boleh minum, cuma kalau sapa-sapa yang beli tue silalah jangan kata, "dengan air nie, boleh la anak aku berjaya"... Tapi aku yakin, pada zaman IT dan kepesatan pelajaran dan keluasan jajahan ilmu ini tidak ada lagi sikap seperti ini... Khurafat + Syirik namanya tue... Nak minum boleh, tapi sandarkan permintaan kita kepada Allah selaras dengan usaha kita...

Lagi satu yang best dalam bab pagar-memagar makhluk halus nie... Bila pagar rosak atau runtuh atau pecah, mulalah masing-masing menikus kata dah takde perlindungan dari kejahatan makluk halus... Ceit... Ape kejadahnya paku tue yang menghalang? Ini semua kuasa Allah... Bila pagar pecah, macam Allah dah takde je nak cover kita... Haduyai... Doa mohon perlindungan sudah cukup... Tak perlu nak perantara seperti paku, batu dsb... Boleh jadi khurafat nie...

Hurm, sebelum aku berundur, aku cuma nak pesan, kalau ada apa yang aku salah, sila betulkan... Aku cuma manusia biasa yang tidak sempurna...

Jazakallah
Wallahu 'Alam

Tuesday, November 10, 2009

Rindu Sama Kamu

Salam Alaik...

Intro: Tahniah kepada Chelsea kerana berjaya menang menentang United semalam... Serius, kekalahan semalam tidaklah merunsingkan aku langsung kerana aku tahu segalanya akan berputar kembali seperti musim-musim sebelum ini... Lihat sajelah nanti...

Ahad baru nie, semasa aku kat Bangalore, kat kedai kamera, aku terpandang sesuatu yang muncul dalam mimpi aku beberapa hari sebelum tue... Aku nampak dia sangat comel... Kulitnya lembut, pergerakannya menawan, dan serius aku rasa macam nak picit-picit je tanda geram...

Kalaulah aku dapat dia, serius, aku akan buat apa yang paling aku suka untuk dia... Mimpi tue jelas meningkatkan nafsu aku kepada dia... Ya, kepada dia yang sudah lama tidak aku jumpa... Geram sungguh... Tak pernah aku rasa segeram ini untuk memegangnya...

Rindu aku dulu sudah terubat ketika di Malaya... Tetapi kini, setelah hampir 3 bulan, dia kembali... Sengaja membuatkan aku terliur dengan lenggoknya... Aku membayangkan kalaulah dia tahu aku sayang dia, tentu dia akan mahu kepada aku...

Tetapi, aku dan dia berbeza... Dia kepunyaan orang lain... Dia ada komitmen lain... Dia jauh berbeza dari aku... Aku hanya mampu memandang dia dari luar sahaja... Tak mampu untuk aku memegangnya dengan tanganku...

Mahu saje aku merompaknya dari genggaman si empunya... Tetapi aku tahu batas aku sebagai Muslim tidak boleh mengambil apa yang bukan hak aku... Biarlah dia bersama tuannya... Biarlah aku menanggung derita melihatnya gembira bersama tuannya... Biarlah aku simpan sahaja nafsu aku kepadanya... Tidak lama mungkin... Hanya paling kurang 10 bulan saje... Kelak di Malaya, akan aku gunakan sepenuhnya kesempatan untuk meluahkan segalanya kepada dia...

Indahnya kau~Rindu aku sama kamu... Alangkah indah kalau aku dapat kamu dan akan aku masak kamu dengan tempoyak dan sedikit cili padi... Wah~ Maaf, gambar dia tak jelas sebab dalam akuarium... Gulai Masam Ikan Patin a.k.a Patin Masak Tempoyak, bilalah lagi aku mahu merasa kamu~

Monday, November 9, 2009

Misi Tercapai

Salam Alaik...

Misi 1: Teman Mun beli kamera DSLR dia...
Komen: Tercapai, nama kameranya Orked...

Misi 2: -daripada Doo, sulit dan persendirian-
Komen: Tiada komen

Misi 3: Beli but untuk Doo
Komen: Nike Merah Hitam

Misi 4: Melepak melepaskan tensi
Komen: Berjaya

Misi 5: Shopping~
Komen: Hehe... Tiada komen~

Friday, November 6, 2009

Aku dan Loghat Pahang

Salam Alaik...

Aku ialah seorang pelajar yang berasal dari Pahang... Mak bapak aku pun orang Pahang... Aku sekolah sampai umo 17 tahun pun kat Pahang... Aku hidup pun penuh dengan orang Pahang... Naik kereta pun aku dengar Pahang fm... Lagu faveret pun Menghilir di Sungai Pahang... Ayah aku orang Lipis, mak aku orang Tembeling... Aku dulu sokong Pahang FC... Kebanyakannya Pahang la aku nie...

Tapi, aku duduk kat Pahang, kat bandar Jerantut... Kat kawasan perumahan... Satu je yang aku tak berapa Pahang... Iaitu loghat dan slanga aku... Aku tak pandai sangat berloghat Pahang... Sikit-sikit tau la aku... Kalau setakat perkataan yang eksklusif di Pahang tue aku tahu maknenye, tapi tak pernah pulak aku cuba mengaplikasikan dalam hidup aku...

Petang-petang lepas SPM dulu, sesalu sangat aku melepak tengok bola Liga Jerantut... Aku selalu duduk kat Grand Stand, tempat orang-orang otai (tua & separuh abad) duduk... Aku selalu dengar mereka berloghat Pahang, dan aku faham... tapi untuk aku cakap amat payah...

Lidah aku cuma mewarisi kelajuan percakapan orang Jerantut tetapi tidak kosa kata dan seninya.. Aku hanya mewarisi seni memerli dengan lembut tapi tajam... Tetapi tidak melalui loghatnya yang unik... Itulah satu yang aku ralat sangat... Tak reti berloghat Pahang... Ramai orang luar Pahang tak sedor yang Pahang nie mempunyai loghat yang unik, banyak dan lembut... Deme tak tahu yang Pahang juga punya loghat... Aku cuba untuk membawa loghat ini... tetapi tidak boleh tanpa orang kedua.. kalau aku nak berloghat Pahang, aku kena berdua...

Jadi, aku berikrar hari ini, aku akan cuba berloghat Pahang dan belajar selok belok seni loghat Pahang apabila aku berkesempatan di Malaysia nanti~

Wednesday, November 4, 2009

Mainan Tido~

Salam Alaik...

Penat aku tido petang tadi... Daripada lepas zohor, berhenti jap masa Asar, pastu sambung balik sampai la mak aku call dari rumah bertanyakan perihal exam tadi...

Dalam masa aku tido tadi, macam-macam mimpi menerjah otak aku... Penat gak cuba untuk recall mimpi tue... Akhirnya berjaya jugak... Tapi yang paling best sekali aku mimpi ada orang tanya aku, "tak rindu gulai masam ikan patin ke?"... Ceit... Saje je nak bagi aku terliur eh... Hampeh punye mimpi...

Mak aku kata, kalau mimpi tentang ikan, tak lama lagi dapat duit banyak... hakhakhak... Elaun aku nak masuk la tue... Cepat-cepat elaun~ Aku mahu simpanan yang mantap... Takde la aku perlu mencatu urusan aku... Hehe...

Banyak lagi mimpi aku... Aku rasa tak payah la nak tulis satu-satu... Bukan menarik pun... Mungkin kepenatan sangat pas exam tadi... Esok plak exam Physio... Wallaweh... Baca tak habis lagi... Pulun la malam nie...

*Amaran oleh aku: Percaya akan mimpi bermakna sesuatu boleh membawa kepada khurafat dan syirik~

Monday, November 2, 2009

Malaysia Oh Tanah Airku

Salam Alaik

Cuma mahu mengutarakan rasa rindu diriku kepada tanah tumpah darah aku... Cuma mahu melihat buminya yang hijau dan makmur... Cuma mahu menyelinap di dalam cahayanya yang panas... Cuma mahu menyelami isi hatinya dengan sepenuhnya... Cuma mahu menghidu khabar beritanya yang panas... Cuma mahu memerhati kontroversi dan politik serta kekalutannya... Cuma mahu memikirkan apa yang salahnya di sana... Cuma mahu menggelengkan kepala tanda tidak setuju tanpa mampu mengubahnya... Cuma mahu diam belajar sebab peperiksaan bermula esok... Cuma mahu lihat hidup di India kini dan mengimbas sesekali keadaan di Malaysia...

Cintaku pada Malaysia tidak pernah pudar... Serius...

Gambar dari Razaklatif.com