Thursday, July 31, 2008

Rindunye Aku

Salam Alaik...

Dah lame aku tak tulis blog nie.. Rindu kan maen.. Bukan aku tak berisi untuk dicarutkan, tetapi aku kekurangan masa... Haha... Aku kena prepare untuk IELTS, Malam Merentasi Zaman, dan semestinya INTEC In-Pro... Banyak benda aku kena fikir...

Tapi, malam nie, aku cuba mencuri masa sebentar untuk menulis...

Semalam, birthday teman lelaki aku.. Haha.. teman ialah kawan.. Jangan ingat aku gay plak... Ame namanya... Aku sempat la nak ucapkan Birthday kat die dalam blog... Yang aku terkilan sangat bila aku langsung tak jumpa die semalam... Sori Ame... Hehe... Aku tak sengaja...

Semalam gak aku ada jaga booth Malay Stadi, sori rerakan tak dapat bagi komitmen sepenuhnya... Aku Kesian kat member aku yang tanpa mengenal erti penat membantu melariskan booth Malay Study... AKu kena lecture dgn Puan Faizah for IELTS...

Sory lagi skali.. Senang kan nak katakan sorry (Dz Imran 2008).. Hehe...

Aku banyak nak tulih, tapi tak bermood... Sorry kepada pembaca-pembaca yang setia...
Esok, kredit Wi Fi aku tamat... Kalo aku terasa nak tambah, aku akan tambah lantas menyemarakkan blog aku...
Sorry sekali lagi...

Wednesday, July 30, 2008

Aku, kawanku, dan musuh ketatku...

Salam Alaik...

Aku baru sahaja balik dari stadium Shah Alam, menyaksikan perlawanan Chelsea FC melawan Malaysia XI...

Perjalanan pergi amat sengsara dek kerana kesesuckan lalu lintas dan sebagainya... Bila dah sampai Stadium kena jalan kaki 758.39m barulah sampai ke entrance C stadium... Dan aku amat tidak terkejut apabila melihat orang Malaysia dan asing membanjiri pintu masuk sehinggakan pak cik yang jaga pintu masuk berpeluh melampau... Kesesuckan orang melampau itu persis orang sedang melontar Jamrah semas musim haji... Selamat aku dan kawanku, Zul berjaya hidup dengan aman damai dan tidak dipijak...

Masuk ke dalam stadium, aku melepak dekat Yellow zone... Melihat keramaian orang itu, aku mengelengkan kepala kerana perlawanan Selangor vs Kedah lagi ramai... haha... Chelsea tak cukup glamer... Perlawanan bermula dan satu voey daripada Deco berjaya ditangkis penjaga gawang Malaysia, Helmi Eliza... Wah, permulaan yang baik...

Aku malas nak komen panjang sebab aku tau yang esok akan keluar surat khabar tentang perlawanan ini... Cuma aku nak tabik kehebatan pasukan Malaysia yang berjaya bertahan dengan jayanya... Serangan agak kurang tetapi peluang untuk gol ada...Cuma disia-siakan oleh penyerang...

Permainan malaysia tampak menunjukkan peningkatan dengan skill yang menarik dan berjaya meng'ayam'kan pemain Chelsea...Secara keseluruhannya, Malaysia boleh ke pusingan Akhir FIFA world cup pada 2020 jika membuat peningkatan....

Kawan aku, Zul, seorang Chelsea dengan bangganya menyalahkan padang stadium Shah Alam sebagai punca Chelsea gagal membenam Malaysia lebih dari 5-0... Percaturan Santhianathan dalam formasi 4-1-4-1 berjaya menghasilkan permainan yang menarik...

Dalam aspek musuh ketatku, aku melihat bahawa mereka amatlah ayam kerana tidak membenam Malysia 5-0... Dan jika dilihat perkembangan ini, jelas bahawa Arsenal, Liverpool dan tentu sekali, team yang tehebat di Eropah dan England, Manchester United mampu mengalahkan Chelsea kelak... Sesungguhnya, jika permainan seperti ini diteruskan oleh Scholari, maka, tidak hairanlah beliau akan dipecat awal...Haha...

Dah la, yang penting Chelsea tak best, best Malaysia lagi... Hidup Malaysia....

Tuesday, July 29, 2008

Chelsea FC vs Malaysia XI


Tiket aku...
Untuk budak sekolah...
RM 23...
Semoga stress aku hilang...
Melihat musuhku bermain...

Not a positive day

Salam Alaik...

Amaran!!
Post ini adalah post yang Emosional dan Tidak Lucu... Anda tidak dijamin untuk seronok atau gembira!!

Pagi yang indah dan agak gelap mungkin kerana matahari muncul lewat...Dalam kegelapan pagi aku bangun dengan perasaan yang gembira, ceria dan berada dalam 89% positif...Jam 7.30am, aku call mak aku sebab hari nie birthday die... Tapi, dalam post nie, bukan kisah gembira yang aku nak citer...

2 jam pertama aku di intec aku hadapi dengan biasa... Dan setelah itu, aku berhadapan dengan keruntuhan psikologi tahap ke 4... Menjadikan mood aku 80% negatif... Aku ada beberapa sebab menjadikan aku amat negatif dan aku taknak menyatakan di sini, sebab ini bukan tempatnya...

Kehadiran sesetengah rakanku yang menjadikan aku agak negatif... Bukan salah mereka, tetapi salah aku yang menegatifkan mereka... Emosi aku betul2 tercabar...

Kebobrokan psikologi bertambah bila aku dapat satu SMS, yang sekali lagi aku akan merahsiakan isinya, dan isi sms itu betul-betul mencabar... Aku terasa amat bengkak, dan tdak mmbalas mesej tu... Kebengkakan aku nampak agak surut sehingga 65% setelah aku tidur dari jam 1.30 sampai kul 2.00pm... Semasa CTIS 30, aku cuba menjadi positif sehingga 50% postif, dan aku menerima mesej yang kedua yang menambahkan kesan dalam jiwa aku pada jam 3.15pm lantas menjadikan emosi aku mencanak kepada 80% negatif... Dan, aku bertindak membaca surat khabar.. Situasi politik terbaru Malaysia menjadikan emosi aku kepada 65% negatif...

Habis CTIS 30, aku memutuskan untuk balik Cemara tanpa menghiraukan tutorial Chem... Semoga aku berjaya menyurutkan kenegatifan aku malam nie semasa melihat Chelsea vs Malaysia... Jeritan sekuat singa Afrika malam ni mungkin mampu mempositifkan aku kembali...

Aku berhenti sampai di sini dahulu, agar aku dapat berehat...Au revoir...

Bila dah dapat Ijazah Sarjana Muda!

Salam Alaik...

Dalam tajuk kali ini aku nak mencarut tentang pengalaman aku dalam industri perokokan... Iaitu berkenaan dengan tahap pembelajaran aku dalam bidang ini...

Orang biasanya bangga bila dapat ijazah, tetapi dalam konteks aku ini, aku dapat ijazah dalam biang perokokan... Layak ke nak bangga? Haha... Langsung tidak...

Aku bermula dengan sijil perokokan pada umur aku 14 tahun, tetapi sudah bermula mempelajari bidang ini pada umur 11 tahun...Untuk mendapat sijil ini aku perlu pandai 'menarik' asap rokok yang dipenuhi kandungan nikotin, dan berpuluh-puluh karsinogen serta beribu-ribu bahan kimia yang merbahaya... Caranya mudah, cuma perlu hisap rokok seperti tarik nafas, dan pada awalnya aku terbatuk macam orang dah kena kanser... Setelah aku berjaya 'menarik' asap rokok tue, aku dah dikira mendapat sijil perokokan...

Apabila dah dapat tarik, aku mula dengan menghisap secara profesional untuk mendapat diploma.. Dan diploma aku memerlukan aku menghisap rokok secara perlahan dan melayan kandunan nikotin yang bakal mengalir dalam darah aku... Untuk pengetahuan pembaca sekalian, nak dapat diploma ini bukan susah, cuma perlu merokok secara konsisten sehingga anda boring... Haha.. Disamping itu, dalam diploma ini, aku perlu mengkaji faktor-faktor dan kesan merokok... Untuk membuktikan aku dah berjaya manghayati seni ini, aku pernah mendapat markah 97/100 dalam esei BM ketika trial SPM tak silap aku..Dalam konteks kebosanan, aku dah pernah sampai nak termuntah isap rokok... Kirenya dah dapat diploma la..Dan aku dapat diploma tue tahun awal 2008, pada umur 18 tahun...

Kemudian, aku meneruskan pembelajaran aku ke tahap ijazah sarjana muda, iaitu ijazah sarjana muda dalam bidang seni merokok... Dalam bidang ini aku mengambil pengkhususan dalam 2 perkara iaitu menghasilkan 'O' dan keluarkan asap ikut hidung... Dan, dalam perkara kedua, mengeluarkan asap ikut hidung, aku dah berjaya buat semenjak dari aku ambik diploma lagi... Hehe... Dan, setelah berguru dengan encik Sazzul Iqbal, aku berjaya berlatih membuat 'O' dan akhirnya berjaya secara konsisten pada hari ini, dan akhirnya aku dah dapat ijazah... Tahniah untuk aku...

Aku akan menyambung pengajian dalam bidang ijazah sarjana, iaitu sarjana berhenti merokok, antara bidang yang paling payah sekali dalam industri perokokan... Dan dalam usaha aku untuk berhenti tue, aku terpaksa berhadapan dengan pelbagai ranjau dan duri... Aku dah mula mengkaji untuk Sarjana ni sejak aku berumur 17 tahun... Tetapi memang payah...Aku mengambil cabaran ini kini dan insya Allah target aku, sebelum aku berangkat ke Australia aku dah dapat Ijazah Sarjana...

Bila sebut akan kedoktoran atau PhD, aku perlu mengambil inisiatif untuk memberhentikan perokok-perokok tegar sekurang-kurangnya seorang... DAn aku akan cuba membuat PhD ini selepas mendapat ijazah sarjana dan MBBS, insya Allah... Sokonglah aku dalam pembelajaran ini...

Soalan lazim:
1. kenapa aku merokok?
Jawapan: Aku merokok pada awalnya kerana inkuiri, bosan dan pengaruh rakan sebaya, kemudian kini, aku merokok kerana ketagihan nikotin..
2. Apa sedapnye merokok nie?
Jawapan: Dapat nikotin, release tension sebab nikotin boleh tenangkan minda, dan mengisi masa lapang...
3. Kau kan akan jadi doktor, takkan merokok plak?
Jawapan: Aku akan cuba berhenti... Lagi pun aku boleh tunjuk sempadan kepada pesakit aku... Kalau aku berjaya dapat Ijazah Sarjana, aku boleh tunjukkan tauladan... Hehe...

Tambahan:
Ciri perokok professional:
1. Tak habiskan sebatang rokok sampai ke puntung
2. Hisap dengan lambat, penghayatan.
3. Dapat ijazah sarjana muda...
Hehe...

Tue je malam nie...
Thankz for reading...

Monday, July 28, 2008

Boleh ke Tom dan Jerry bersahabat?

Salam Alaik

Aku sejak kebelakangan nie terbaca dari akhbar arus perdana, arus pembangkang, buletin friendster tentang jalinan persahabatan antara Pertubuhan Tom dan Pakatan Jerry... Maka, dalam berita-berita itu, ada antaranya dikatakan persahabatan antara Tom dan Jerry itu adalah untuk kepentingan bangsa mamalia, tidak kira di laut atau di darat, warna gelap atau pon cerah... Pada mulanya aku agak sangsi dengan perkhabaran ini kerana politik Tom dan Jerry ini banyak perselindungan yang aku sebagai pemerhati tidak dapat meihat... Jika dilihat pada aspek positif, persahabatan antara Tom dan Jerry nie boleh menjadi satu titik tolak kepada satu istilah yang diperjuang oleh Tom, tetapi dibangkang oleh Jerry iaitu Ketuanan Mamalia...

Situasi politik mamalia kini diancam dengan kehadiran reptilia dan serangga yang mungkin memecahbelahkan mamalia... tetapi aku harap jika Tom dan Jerry betul nak bersahabat, biarlah sahabat yang ikhlas dan bukan atas tiket untuk mencari tampuk kepimpinan alam haiwan nie...

Bukan musatahil Tom dan Jerry bersahabat, sebab dulu pernah juga bersahabat sebentar dan implikasinya positif... Tetapi aku tak tahu sebab ape Tom dan Jerry kembali bermusuh... Mungkin ada hikmah di sebalik itu...Apa-apa pun, kite tunggu dan lihat... Sama ada Tom dan Jerry akan bersahabat atau pun tidak...

Sekarang, Tom dan Jerry baru mula nak berbincang (atau bertemu)...Mungkin suatu masa nanti Tom dan Jerry akan bersatu? hehe... Harapanku agar Mamalia dan alam Haiwan sentiasa aman dan makmur di samping kekotoran politik Tom dan Jerry dapat dibersihkan...

Apa yang aku mencarut nie? Kalau sape paham carutan aku, tahniah...

Sunday, July 27, 2008

Kalau Stamina Hebat Macam Tapir

Salam Alaik...

Pagi ini, indah seperti biasa, dengan kicau burung pungguk merindui bulan, dengan si cengkerik berbunyi diselangi kokokan sang ayam.... Pagi ini, aku seperti tidak biasa, membangunkan diri seawal 5.30am... Giler tak? Ahad adalah hari untuk tido bagi aku.. Hehe... Tapi apakan daya aku, panggilan untuk berjalan dalam TESCO WALK FOR LIFE seawal pagi itu... Setelah bersarapan sehelai roca mamak sejuk, aku bergerak ke Taman Tasik Titiwangsa... Setelah mendaftar dan mengambil T-Shirt, aku pergi Subuh sebentar...


Setelah penat melihat peserta-peserta itu semua bersenaman aerobik, aku pon memulakan langkah ke petak mula..Hehe... Setelah karutan ntah dari sape, maka bermulalah acara jalan kaki itu... Setelah tertinggal lebih 0.5km daripada kelompok pendahulu, aku dengan semangat mengejar tanpa kenal erti penat... Kejaran aku akhirnya membuahkan hasil setelah aku memotong 324 orang peserta dihadapan aku....

Setelah hampir kegarisan penamat, aku berasa amat letih dan membiarkan 2-3 oang memotng aku dan baharulah aku melakukan langkahan terakhir... Setelah mendapat sijil dan kupon Tesco, aku pergi la redeem kupon tue dan dapatlah keropok bantal TESCO, justea green tea, 2 tin MALTA, TESCO Isoplus dan seekor air minuman TESCO.... Setelah aku memakan keropok (atau biskut) bantal, aku melarikan diri daripada tema Walk For Life (beramal kepada Majlis Kanser Nasional) itun dan aku pergi ke tepian tasik lalu kunyalakan pembunuh senyap aku... Sedang aku melayan asyiknye nikotin, aku terdengar panggilan penyampaian hadiah...

Lalu, aku pergi melayang ke pentas utama dan dengan selamba berdiri sambil minum air Isoplus (pada awalnya aku nak minum MALTA)... Dan pada ketika itu, aku diumumkan sebagai pemenang hadiah... Hahaha... Hebat gak aku berjalan... Aku pon dengan muka selamba badak menaikkan diri ke pentas utama dan terima hadiah dari nestle... Hahah... Sape kate aku tak kuat stamina? Suck-suck kok pon hebat gak...

Aku lari topik sket tentang minuman MALTA nie... Minuman nie pada awalnya aku menyangkakan halal... Selamat Dr. Zaid bagi warning... Aku check balik, takdek plak alkohol, minuman barli jer, TETAPI, rupenya minuman itu dikeluarkan oleh syarikat arak terkemuka negara merangkap syarikat arak terbesar di Asia Tenggara: Guinness Anchor Berhad... Hah!!! Dapat point da... Haram meminum MALTA sebab kalau minum menda tue, secara automatik kite menguntungkan syarikat Arak... Dan mane2 yang ada kaitan dgn arak ialah....HARAM!!!

Tak habis lagi citer pasal hadiah tadi, korang mesti nak tau aku dapat no berapa kan? hehe... Aku sebagai yang hebat, da tsar, telah mendapat no 4,4,5,8... Hehehe.... Luck giler ah... Ingat senang dapat no 4458 tue? Hehe... Apa kaitan 4458 dengan stamina? Kalo aku takdak stamina, aku takkan join menda nie, so aku takdak peluang nak menang hamper nie...hehe... Memang luck aku ah...

Saturday, July 26, 2008

Mimpi yang Indah, Tapi....

Salam Alaik

Aku membangunkan diri aku seawal jam 9.21am setelah tidor selewat jam 2.30am... Aku terbangun sebab aku ada mimpi yang best tp dipotong oleh kelantangan makcik cleaner Indon yang berborak... Mimpi tue memang best dan bertepatan dengan kekecewaan aku sebelum aku tidor... Aku malas nak bagitau ape... Tapi memang agak kecewa ah... Tapi kehadiran mimpi aku pg td menjadikan kekecewaan aku tue hilang sebentar... Mimpi ape? Hahah... Bukan mimpi basah tau... Ada la mimpinye... Malas aku nak bagitau... hehehe...Pas bgn pagi aku catat mimpi aku tue dalam journal Malay Study... Hehehe tp dalam tulisan yang hanya aku dan Nasha (raden) je paham...Pas tulih tue, aku melayan perasaan aku dengan mendengar lagu shitty day by Soko...Then, aku tulih ah blog nie... Ado!!! Sedeynye mimpi tue tak habis....

Sebagai penutup post kali ini, aku bagi lirik lagu shitty day...

I hate myself today.
I don’t know what’s happening to me.
I hate my face today.
I think I look so shitty.
I have some spot everywhere.
And I’m not even shaved.
My hair all greasy.
I look disgusting.
My eyes are glued.
My lips are chapped.
My legs are prickling.
And plus I’m stinky today.
How can I date someone with a face like that?
I know you’re gonna dump me again,
And I am gonna cry.
Cuz you want a perfect girl,
And I’m not what you expect.
You want a perfect girl,
And I look shitty today.
Maybe I should put some makeup,
And find some crazy outfits.
But I am very tired today
And I don’t care if I’m not pretty.
Should be like these girls,
Skinny and great all the time.
I’m still wearing my slippers
And eat all the candies at home.
I should sleep more,
And stop going out everyday.
I should focus more,
And stop complaining today.
Tell me,
How can I date someone with a face like that?
I know you’re gonna dump me again,
And I am gonna cry.
Cuz you want a perfect girl,
And I’m not so perfect.
You want a perfect girl,
And I look shitty today.
Tell me,
how can I date someone with a face like that?
I know you’re gonna dump me,
And I am gonna cry.

Natacha 2007, Soko-shitty day, Sweets Lyrics, viewed 26 July 2008, www.sweetslyrics.com/471527.soko%20-%20shitty%20day.html>

Freesbie

Betul kot aku eja tue... Malam nie, dalam kul 8.30pm, aku melawat amir yang dalam competition in-pro bowling kat ole2... Menyokong die agar menang... setelah berada dalam ole2 lebey kurang 30 minit, aku pergi gunting rambut... Menjadikan rambut aku pendek... Pendek ah gak... Hehehe...

Pastue, aku pergi latihan drama yang memerlukan aku marah, dan sesungguhnya aku memang jarang marah dan tak tahu apa itu ekspresi marah dan menjadikan en.John, director aku bengang...Jelas sekali pengalaman aku dalam drama BI dan telemovie Jiwa Kacau tidaklah membantu aku menjiwai watak seorang ayah yang marah... HAhaha... Lawak dowh...

Setelah drama kami diganggu oleh pemain-pemain freesbie, kami dengan tak malu mencube permainan yang pernah satu ketika dahulu kami gelar permainan anjing... Setelah melihat cabaran yang diberikan oleh freesbie nie, aku dan rerakan mengakui, bahawa permainan ini bukanlah hanya sesuai kepada anjing, malah kepada pelajar intec yang memerlukan hiburan... heheh...

Mungkin freesbie berjaya menarik minat aku sebentar sehingga aku berjaya menghabiskan masa sehingga 11.30pm... Dan sekarang, aku tulis blog sebelum aku hantar dobi jap lagi... Hehehe...

Wednesday, July 23, 2008

Bila Redz da Tsar Mengarut

Salam Alaik...



Bila aku da mula mengarut... Tajuk yang agak bagus dengan apa yang mungkin akan aku ceritakan... Kenapa aku mengarut? Mungkin dah bosan, atau penat, atau rasa letih pada minda menjadikan aku terasa untuk mengarut... Karutan aku yang seperti ini aku harap hanya sekali berlaku seumur hidupku... Karutan apakah yang aku lakukan?



Hurm, nak tahu ker? Karutan yang aku maksudkan ialah mengarut... Alamak, aku pon tak tau nak tulis macam mana karutan aku... Yang penting aku escape kelas tanpa sebab yang munasabah tadi untuk pertama kalinya seumur idop ku... Bukan ku tak pernah escape kelas, tapi escapeku dahulu, escape yang bersebab atau sekurang-kurangnya sebab yang cikai... Tapi escapeku hari ini bertunjangkan selesema yang dah surut pon sebenarnya.... Jadi, aku rasa aku mengarut jer escape kelas...



Sebelum aku nak escape tue, otak positif aku berfikir "Owh, mentang-mentang kelas Malay Study, Ko bleh plak escape camtu?"...Tapi, otak negatif aku dengan selamba jer balas, "Alah, baru sekali, lagipon tak terjejas lah credit hour kiter...".. Aku sebagai panel juri menentukan tindakan organ dan sistem ini, dengan sengaja memenangkan otak negatif...Hehehe... Hujah yang otak negatif bagi kukuh sangat....Lantas, muzakarah antara otak2 itu berjaya diselesaikan secara adil...



Sebut pasal muzakarah otak-otak, aku nie sebenarnya bergantung kepada muzakarah ini lah dalam menentukan tindak-tanduk aku.... Jika aku ingin melakukan seswatu, mereka ini, iaitu otak positif (kerajaan) dan otak negatif (pembangkang) akan berdebat... Dan aku sebagai pendengar akan menentukan hujah yang kuat dan seterusnya melakukan usul yang aku pileh... Oleh sebab otak positif aku tak pandai berhujah, lembik dalam mentadbir, segala hujah biasanya dimenangi oleh otak negatif...Yang aku respeknya otak-otak nie, diorang tak pernah bergaduh pon... Tak pernah saling mengutuki... Tak macam parl*m*n Malaysia, macam dak kecik gadoh....



Dah, aku da start mengarut dan mencarut... Sehingga bertemu lagi... Jangan tido petang sampai kol 6.30, nanti kuat mengarut macam aku sekarang nie....



Malam nie kalo aku rajin aku post lg....



Bye...

Tuesday, July 22, 2008

Bila aku mencarut!!!

Salam Alaik...

Kenapa aku tukar tajuk blog aku? Ini adalah sebab aku akan cuba menjadikan blog aku ni satu tempat untuk aku melempiaskan segala pendapat, perasaan dan sebagainya...
Kenapa aku perlu melempiaskan segala perasaan aku? Sebab aku kadang-kadang gumbira dan kadang bosan...Dan sebagai faktornya, aku tak tahu di mana patut aku lepaskan segalanya dan aku memilih blog inilah...

Kenapa anda baca? Inilah dikatakan far-fetched atau illogical... Lari dari topik sebenar... Hehehe...

Dah, cukup mencarut...
Hari ini hari yang agak ok... Hari inilah hari yang positif...Yang mana pagiku bangun jam 6.30 dan bergerak ke INTEC jam 7.15... Awal sungguh... Hari ini jugak aku belajar menjawab soalan kimia setelah study selama 3 jam... Hahaha....Lawak sungguh... Mujur boleh jawab...

Bila carutan aku dah panjang, aku rasa bosan... Bila bosan aku nak tido... Tapi, sebelum aku tamatkan post nie, aku nak ucap Hepi Burfday kat Nad (Cenad) dan kami baru jer meraikan birthday die tadi... Suprise ah kononnya...

Seoronk sangat die...Aku paling tak tahan bile die dengan nada sayu merayu agar sesape yang ada member yang bleh bawak die g MTV... Begitu teringin die... Hahaha...

Lame la plak mencarut, orang pon da bosan... Aku po angkat kaki dulu ah...
Research paper da print, jadi aku bleh sleep in peace (S.I.P)...

Study Skills

Study?

Skills?

Hahaha... Jangan harap aku nak tulis tentang study skills dalam blog nie... Study aku adalah study cara gile yang mane hanya orang yang gile je boleh follow... Secara jujurnya, aku study berasaskan mind set yang baik... Kalau aku nak study, aku kena pastikan yang aku study dalam keadaan yang aku rasa ak boleh terima, iaitu dengan kata lain study ikut mood... Cara aku study yang macam inilah yang aku implement kat INTEC dan jika diteruskan dalam program AUSMAT, aku akan maut sebelum SSABSA tiba... Kenapa aku cakap camni? AUSMAT ialah program yang akan membunuh makhluk yang malas dan hanya membenarkan makhluk yang pintar, pandai mengurus masa dan rajin untuk fly, dan sesungguhnya kenyataan inilah yang meyebabkan aku terasa macam belum senang untuk aku fly...


Major dalam medic menambahkan lagi kehangatan program ini bagi aku... Biasa lah, aku kena ambik ranking 5% terbaik dunia, senang ke? Top 100 Malaysia pon naseb...Heheheh...


AGHHHH, kenapa aku melalut nie?


Sekarang da jam 3.33am, yang mana lebey kurang 12 jam dari sekarang ada exam Chemy, dan aku baru tau tentang exam tue hari semalam (21 Julai 2008). Jadi, nak taknak, kehebatan last minute study aku perlu diterapkan dan aku bangun jam 3.15 pg nie untuk study la setelah tertido diulit buku kimia pada jam 11pm tadi...


Pagi semalam (21 Julai 2008), Puan Faizah memberi amaran tentang kesalahan dalam pembikinan Research Paper, dan aku rasa sikap aku yang selalu buat kerja last minute memberi keuntungan. Kenapa? Aku tak hantar lagi research paper dan sebagai kesan positifnya, aku boleh ubah research paper tue sehingga yang terbaik boleh aku buat... Tidaklah aku kata yang paper aku boleh dapat A, tapi sekurang-kurangnya kebarangkalian untuk salah rendah lah... Tapi, kalo salah, aku akan terima kesan yang amat power dan ayat yang menusuk jiwa mungkin, "dah la hantar lambat, salah lagi?"...


Abaikan segalanya, aku nak study chemy... Semoga aku dapat study dengan baik... Hehhehe...

Sunday, July 20, 2008

kegeraman aku

Post nie diedit dari post yang hari jumaat

Salam alaik

Kegeraman aku yang aku jadikan tajuk ini hanyalah sebagai satu penarik...Hehehe... Bukannya ape, semalam aku tak dapat buat post sebab internet buat hal... Jadi, kegeraman itu sudah berakhir... Semalam, Pagi aku agak dicemari dengan kebaranan Puan Faizah... Aku tidak menyalahkan dia sebab aku tau ahli kumpulan aku yang salah... Tetapi, mungkin ada sedikit salah faham... Apa-apa pun, itu hanyalah sebahagian daripada cabaran dalam menempuh hidup sebagai pelajar AUSMAT... Hehhe...

Hari ini, tiada apa yang boleh aku cerita lanjut, kerna hari aku seperti biasa... Cuma mungkin aku boleh menyatakan bahawa aku telah dipilih untuk melakonkan watak ayah dalam drama kumpulan aku... Bapak ah lawak... Manakah kesesuaian watak? AKu yang mempunyai muka budak PMR (bajet) telah diberi watak seorang yang mempunyai anak.. Hahaha... Petang aku pegi maen badminton...apak ramai makhluk maen... Dalam post nie, aku bercadang nak letak nukilan aku:

Layan...

Nukilan si atas atap

Seronok benar
Memberi rezeki kepada jin
Sambil melihat indahnya alam
Bintang beribu terangi langit malam
menghambat bosan ke dalam kelam
mencampak tekanan mendalam

Indah ciptaan Tuhan tiada bandingan
tunjukan seni ketuhanan
ditambah kuning si bulan
membawa diriku keawangan
Indah nian ciptaan Tuhan
Malam gelap kedinginan
menghilangkan segala kegusaran

Ciptaan Tuhan memang agung
membawa aku merenung betapa kerdil diriku
Malam mengajar aku erti suram
malam mengajar aku erti alam
malam mengajar aku berfikir tentang hidup
malam itu amat indah; di atas atap.

12072008; Jam 0204; Diedit: 17072008; Jam 1902

Tuesday, July 15, 2008

Politics and Ghost

SAlam ALaik

Yeah... one great thing in Malaysia just occured... One man, who doesn't appear in Malaysia TV after 10 years, one man who is expelled from the government, one man once
time ago is a deputy prime minister appear in a debate with a man who is not special in Fuel, who is only 4 years in a parliment, a year in a cabinet, in a hot issue of the fuel price...
It is look like Anwar Ibrahim get the public attention with his brilliant arguments... It is return to the public, considering who is right and who is wrong... Hehe...
I feel stupid to write in english...

Haha..just trying to know how well I am writing in English...I don't mean to be a political researcher because I know that politic is suck... I mean malaysia's politic...
With a stupid plan and strategy to gun down the opposition, with a damn skills to attack government, then, the publics whose want a new dawn, get stuck with this situation...
The politicians are argue with each other and the publics and national matter was forgotten... Great! It shows how Malaysian politicians work..

Hey politicians, think again that you were voted by the citizen, so fulfill the job and think about Malaysia future...I hate to say that Politik itu hantu!!!
The future politicians should read this and think about their purpose of joining this field...

Stop bubbling!!! Who is laughng about my language, I am sorry... I just want to try to write in English...If there is any error(s), just leave a comment...
Or give me letterof complaint..Hehehe...

Pagi yang biasa

Salam Alaik...

Sepatutnya aku nak post semalam tapi malangnya kehidupa aku tamat pada jam 9 malam smalam...Mungkin kerana kepenatan yang amat sangat menyebabkan aku maut awal...Hehe... Aku menerima ajakan dari Zul untuk melihat permainan Chelsea dengan Malaysia semalam, tapi malangnya aku terpaksa manolak dek kerana aku agak sibuk... Lagipun, Chelsea bukanlah faveret aku...



Hari ini aku terjaga jam 3.29am...Hajat hati ku nak buat qiamullail tetapi setelah nafsu lebih menguasai aku, maka apakan daya, aku tertewas juga akhirnya... PAgi ini, aku bangun jam 6.30am...Berguling-guling dahulu untuk menunggu Amir mandi... Seperti biasa, hidup aku berjalan sehingalah break jam 10am... AKu ke KOOP untuk membeli kudapan, tetapi alangkah berkecamuk hati melihat KOOP dipenuhi mangkuk-mangkuk junior...Dah la cafe diorang conquer, kat KOOP pun same.... Tak silap aku mase aku junior dulu takdak pulak kitorang memadatkan cafe dan koop...



Setelah itu, tym Malay Study plak... Aku duk kebosanan dan tibe-tibe Hazra menegur aku...HAhahaha...agak hilang la rase bosan pabila ditegur budak tu... Ada gak ah tean nak berborak... Tym berborak, aku teringat akan game badminton, dah lame aku tak main... Hilang stamina aku nanti... Hehehe...



Setelah kelas CTIS 30, aku ada tutorial Chemy... Layan je la... Balik dah pukul 6.15pm... Malam nie tak tau nak buat apa dah... Tido kalo bosan... Atau beli beg baru... Huhu... Beg aku putus tadi... Jatuh saham aku jap...heheh... Anyway, apa-apa pun, hai ini tak banyak impak besar ke atas aku... Just aku kena pikir, aku ada 40kg lagi asingment perlu dibereskan...

Sunday, July 13, 2008

Kaki Pungkau



Salam Alaik...





Aku malam nie telah berjaya menipu seorang makhluk Allah paling kuat membebel....


Entahla... Bukan best pun menipu, tapi bolehlah menghiburkan hati...Aku sebenarnya kesian kat dia sebab selalu kena tipu dengan aku...Bukan ape, die kate taknak percaya kat aku dah, tapi tadi percaya macam nak mampus...hahaha... Squido... Harap-harap pasni tipu aku dah tak menjadi sebab aku taknak label kaki pungkau tue lakat kat aku...Malam nie, perut aku penuh giler coz makan McD + air coke 2 gelas... Macam nak pecah perut... Assignment tak setel lagi...Dilema seorang budak AUSMAT....hehehe... Ape-ape pon, 3 hari 2 malam di rumah cukup untuk menghilangkan sebahagian kegundahan di hati...

Squido...best...Comel... Cantik...

Mengerikan (bukan aku)...

Seni...

Hehehhe...






Semoga dirahmati Allah...

Great Time

Salam alaik...



Baru-baru nie, 11Julai-13Julai aku balik umah dgn niat ntuk melempiaskan stress aku jauh ke langit...



Hari Jumaat

Sampai umah kul 7 pm...

Malam aku jejalan kat sekitar tmn koperasi...

Tgh malam atas atap...

pagi tido...



Hari Sabtu..

Bangun pagi untuk g balik kampung...

Makan sarapan katkerambit...

Sampai Penjom pegi panjat pokok manggis + kutip durian + cantas rambutan...

Tgh hari melepak umah Da...

Balik terus gi umah Zimie...

Petang jalan2x terjumpa stonehenge semut...

Borink coz member ramai tak balik+ ada program

Malam pegi pasar malam...

Pegi TF beli 3rd Hawaii Short...

Makan-makan...

Tgh malam buat projek bangunan 5 tingkat...

Pagi tido...



Ahad...

Pagi beli sarapan...

Pastu mandi, pegi tido sampai kul 12.30...

Bangun tgk TV...

2.30pm prepare nak balik...

3pm..bus sampai...

Cuti tamat...

Nampak sempoi, tapi 75% stress aku da hilang...

Alhamdulillah...

Wednesday, July 9, 2008

Si Tua Yang Dihalau

Penyisih itu masih mentah
masih muda
menghunus gelak tawa bingar
meramai pusat makanan
menghalau yang tua keluar

Si tua malang itu
menjadi bingung, kaget
kafe yang dahulu pernah tenang
diisi si tua lama; aman
Kini dirampas si muda
mengahmbur si tua keluar berawangan

Kini segalanya
yang dipegang 6 bulan
dirampas dalam 7 hari
tiada sesalan dihati
hanya rasa dipinggir
dihumban si muda tenaga
Si tua itu sedih
si tua yang malang itu.


tribute kpd senior: ausmat 19

Tuesday, July 8, 2008

Hidup Ini Indah

Koleksi Gambar Dari Atas Atapku

Asslamualaikum



Hidup ini memang sentiasa indah... Cuma aku je yang kekadang menganggap sesuatu peristiwa itu musibah... Alhamdulillah, sekarang ini aku dah pandai mengindahkan hidup aku dengan pelbagai perkara... Dengan kehebatan aku mempositifkan keadaan, aku rasa aku boleh mengindahkan hidup aku...Sesape yang baca blog aku nie boleh la cube mempositifkan segala keadaan yang melanda dengan mengelakkan sebutan yang negatif...HEhehe... Bagaimana?

Ubahlah kata'BODOH' kepada 'BELUM PANDAI', 'LEMBAB' kepada 'BELUM CEPAT', SUSAH kepada BELUM SENANG dan MALAS kepada BELUM RAJIN... Inilah kunci kepositifan...



Kalau kat rumah, benda yang paling indah ialah berada di atas atap dan memikirkan keindahan ciptaan Tuhan sambil berbaring dan bermunasabah diri...Hehehe...



Cubalah kalau boleh..InsyaAllah menenangkan dan tidak membosankan....





Sunday, July 6, 2008

wahhabi

Wahhabi

Salam Alaik

alhamdulillah, kebelakangan ini aku ada mengkaji tentang wahhabi... ada yang mengatakan wahhabi adalah sesat dan ada yang mengatakan wahhabi tidak sesuai diamalkan di Malaysia (islam.gov.my 2007). aku pelik kenapa orang membincangkan perkara yang dianggap cabang dalam islam ini... Setakat ini aku mengkaji bahawa wahhabi diamalkan di Arab Saudi dan di pelopori oleh Muhammad bin Abdul Wahhab... Betulkan kalau aku salah... Aku ada membaca bahawa wahhabi ini menolak perkara bid'ah....aku memang menerima bahawa bid'ah itu ada dua, hasanah dan dholalah, tetapi apa yang menyebabkan bid'ah ditolak adalah disebabkan oleh bid'ah mampu menyebabkan umat Islam keliru sama ada amalan itu (seperti Wirid, Tahlil, talkin dan sebagainya) sunnah ataupun adat. ada sumber menyatakan wahhabi tidak tahu membezakan adat dan bid'ah (utusan Malaysia online)... tapi hujah itu pantas dfitolak kerana wahhabi bukan tidak tahu membezakan perkara itu tetapi tidak mahu umat islam menganggap bid'ah itu amalan sunnah lantas menjejaskan kesucian Islam... aku juga nenbaca bahawa wahhabi ada melarang umat Islam berdoa di kubur nabi, hal ini disebabkan oleh wahhabi tidak mahu umat islam menganggap makam nabi tempat yang keramat dan menjadi perantara doa itu (islam.net 2007)..

kalau difikirkan balik, perselisihan antara wahhabi dan ahli sunnah ini tidak patut diperbesarkan dan tidak patut saling menyesatkan kerana kedua-dua ahli fahaman itu masih mengucap 2 kalimah syahadah, melaksanakan rukun islam, rukun iman…tiada mereka mempersekutukan Allah. … Kalau semua terus berbalah tentang perkara ini, maka Kuffar akan seronok dan gembira kerana umat Islam berbalah dan berpecah… Tidak ada hak bagi kita mensesatkan oaring…dalam mengkaji hal ini, aku mengambil beberapa sumber seperti website jakim, Wikipedia, harakah daily, dr.asri, utusan Malaysia dsb…Semua yang aku tulis berasaskan sumber dan bukan pendapat aku… kredibiliti sumber tidak dapat disahkan tinggi tetapi boleh digunakan sebagai rujukan…

terima kasih.

Thursday, July 3, 2008

Atap Rumah Aku Yang Selalu Aku Ceritakan

aku yang sedang bajet hensem dan berlagak seperti seorang superhero yang kurus.